You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA

KEBERSIHAN, KECERIAAN DAN KESELAMATAN (3K)


SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL
KUALA TERLA
BIL. 1/2015
Tarikh
Masa
Tempat:

:
19 JANUARI 2010 (ISNIN)
:
1.10 petang
Bilik Guru

Kehadiran:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
1.

En.P.Shanmugam
Pn.R.Kaveri Naidu
Pn.C.Shamala
Pn.S.Selvarani
En.P.Balan
En.N.Arun
Pn.M.Punitha
Pn.Yasotha
En.Faidzul
Ucapan Aluan Pengerusi
1.1 Ucapan pengerusi yang menyarankan agar tahun 2015 Kelab 3K perlu
mengemaskini pengurusan fail.
1.2 Berharap piawaian 3K yang dibuat mengikut standard yang telah ditetapkan
mencakupi aspek kebersihan, sistem keselamatan berfungsi dan persekitaran yang
selamat (Contoh : Tempat pembiakan nyamuk aedes)
Tindakan: Makluman

2.

Ucapan Penasihat
2.1 Berharap semua pihak dapat berusaha untuk mengekalkan markah sekolah dalam
aspek 3K demi merealisasikan visi sekolah iaitu mencapai tahap sekolah
berprestasi tinggi menjelang 2015.
Tindakan: Makluman

3.

Perkara yang dibincangkan


3.1 Aktiviti Tahunan Program 3K 2015
3.1.1 Keceriaan Kelas seperti susun atur dan hiasan kelas pada minggu
pertama persekolahan.
3.1.2 Program bersama Bomba Daerah Cameron Highlands pada bulan
March berkaitan dengan ceramah keselamatan serta demonstrasi
memadam kebakaran dan pertolongan cemas.

3.1.3
3.1.4

3.1.5

3.1.6
3.1.7

Gotong-royong Perdana pada 15 Mei 2015 seperti yang diarahkan


oleh pihak kementerian melibatkan murid-murid, guru-guru dan ibu
bapa serta penjaga murid.
Keceriaan Tandas
- Pintu tandas dan selak akan dibaiki
- Cadangan untuk mengecat dinding tandas dengan pelbagai jenis
warna supaya nampak ceria
- Cadangan untuk mengecat doa masuk ke tandas pada dinding
sebagai panduan kerana penggunaan kertas tidak efektif dan
tidak tahan lama
Tampal dan gantung kata-kata hikmah di kantin dan laluan gajah
menyusur menggunakan bahan yang keras. Polisterin dan kayu tidak
sesuai. Cadangan untuk menulis dan mengecat kata-kata hikmah di
tangga menggunakan cat minyak supaya lebih berwarna-warni dan
cantik serta diserahkan pelaksanaannya kepada Panitia English.
Dinding di sebalah tandas lelaki dibuat lukisan mural berkaitan
dengan sifir, pelaksanaan oleh Panitia Sains.
Pertandingan Keceriaan Kelas dengan ganjaran piala pusingan secara
mingguan untuk mengumpul mata pada hujung tahun bagi
mendapatkan hadiah mengikut Tahap 1 dan Tahap 2.
Tindakan : Semua Guru, Murid dan Kakitangan

3.2 Perancangan Aspek Keselamatan


3.2.1 Laluan keluar masuk sekolah perlu lebih sistematik
Tindakan :Pn.Thanam
3.2.2

Papan tanda dan poster keselamatan perlu ditambah terutamanya di


kantin dan bangunan baru apabila siap nanti

3.2.3

Pemeriksaan alat pemadam api yang sudah tamat tempoh dan perlu
ditukar ganti

3.2.4

Pelan laluan kecemasan perlu dikemaskini

3.2.5

AJK Keselamatan dimasukkan sekali bersama 3K melibatkan


program bersama tetapi laporan berasingan.

3.2.6

Latihan Kebakaran peringkat sekolah akan diadakan sekali lagi


untuk penggal kedua persekolahan.

3.2.7

Pemantauan sistem perparitan sekolah perlu dilakukan oleh semua


pihak dan maklumkan kepada pekerja jika memerlukan tindakan
lanjut.

4.

Hal-hal lain
4.1.1

5.

Mural di dinding-dinding bangunan sekolah akan diserahkan kepada


pihak luar jika harga yang ditetapkan berpatutan.

Penutup
5.1 Guru Besar berharap semua pihak akan melaksanakan tanggungjawab masingmasing demi sekolah tercinta dan juga untuk anak-anak murid hasil didikan kita
supaya mereka dapat belajar dalam suasana yang lebih kondusif dan lebih selamat.
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan mesyuarat
ditangguhkan pada jam2:30 petang.
Disediakan oleh,
.
(SYAMALA A/P CHETTIAPPAN )
Setiausaha
Program 3K
SJK(T) KUALA TERLA

Disahkan oleh,
..
(SELVA RANI A/P S)
PK HEM
SJK(T) KUALA TERLA

You might also like