You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID KALI PERTAMA 2015

SEKOLAH KEBANGSAAN JIJAN, NILAI, NEGERI SEMBILAN


Tarikh
Masa
Tempat

:
:
:

26 November 2013 (Rabu)


8.30 pagi
Bilik Gerakan, SK Jijan

Kehadiran :
1. Hjh. Noor Azikin bt. HJ. Husein (Guru Besar)
2. Pn. Hjh. Jamaliah bt. Azit (GPK Hal Ehwal Murid)
3. Pn. Hafizah bt. Masron (GPK Kokurikulum)
4. Pn. Saadatul Jannah bt. Abd Jalil
5. Pn. Wan Ilyani Yusrina bt. Wan Mustama
6. Pn. Rodziah bt. Zainal
7. Cik Nadiah bt. Mohamad
8. Pn. Shakinah bt. Tahir
9. Pn. Salwa bt. Mokhtar
10. Pn. Masrina bt. Ma Hassan
11. Pn. Mawar bt. Bakar
12. Pn. Nurul Huda bt. Zainal Abidin
13. Pn. Wan Sureyani bt. Wan Ismail
14. Pn. SIti Raezaihan bt. Tukiman
15. Pn. Norizan bt. Adam
16. Pn. Arba'ayah bt. Ismail
17. Pn. Umyati Samtifa bt. Mohamad Samsuddin
18. Pn. Vasanthi a/p Manickam
19. Pn. Wan Zuraini bt. Wan Ramli
20. En. Sathiaseelan a/l R.Krishnagopal
21. Pn. Salwani bt. Mohamed Zain
22. Pn. Noor Ziah bt. Sheikh Omar
23. En. Shamsul Kamar b. Ariffin
24. Pn. Hanesabirin bt. Yusoff
25. En. Azhar b. Punandir
26. En. Amran b. Abdul Wahab
27. En. Izwar Arfany b. Abd Jais
28. En. Mohd Rusydan b. Osman

Tidak Hadir:
1. Pn. Faridah bt. Salleh
2. Pn. Serinor Dalila bt. Md Derus
1.

- Cuti
- Cuti Bersalin

Ucapan Pengerusi.

1.1
Pengerusi mengucapkan terima kasih dan selamat kembali bertugas
kepada semua yang hadir pada mesyuarat hari ini sebagai persediaan bagi memulakan
sesi persekolahan 2015.
1.2
Pengerusi juga mengingatkan tanggungjawab semua dalam membentuk sahsiah
pelajar bukan sahaja melalui bidang akademik tetapi juga melalui aktiviti-aktiviti yang
lain yang telah dirancang, meliputi bidang kebajikan dan keperluan murid sebagai
seorang insan cemerlang.
1.3

Pengerusi meminta semua guru mengambil perhatian, membaca dan

meneliti
pekeliling-pekeliling yang dinyatakan iaitu:
a) SPI 6/2008 : Menangani Masalah Ponteng di Sekolah
b) SPI 5/2008 : Keracunan Makanan di Sekolah
c) SPI 2/2009 : Penguatkuasaan Penggunaan dan Membawa Telefon Bimbit
ke Sekolah
d) SPI 8/2009 : Langkah-langkah Keselamatan Semasa Mengikuti
Aktiviti/Program Lawatan Sewaktu di Luar Waktu
Persekolahan
e) SPI 8/2010 : Garis Panduan Mencegah dan Menangani Perbuatan Buli
Dalam Kalangan Murid di Sekolah
f) SPI 8/2011 : Pengurusan Keselamatan Murid di Sekolah
Tindakan :Makluman
2.

Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu.

Pn. Vasanthi mencadangkan minit mesyuarat yang lalu disahkan dan disokong
oleh Pn. Norizan.

3.

Ucapan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM)

3.1
Pn. Jamaliah mengucapkan terima kasih di atas komitmen semua guru selama ini
dan diharapkan kecemerlangan diteruskan bagi tahun 2015. Beliau turut mengedarkan
senarai penuh Jawatankuasa Unit HEM bagi tahun 2015.(rujuk lampiran 1)
Tindakan :Semua Guru
3.2
GPK HEM meminta semua guru merujuk Takwim Tahunan Hal Ehwal Murid
2015 (muka surat 15) di dalam Buku Pengurusan SK Jijan 2015. Semua perancangan
seperti yang tertera di dalam takwim tersebut. Tambahan dan penambahbaikan aktiviti
yang dicadangkan:
a) En. Shamsul mencadangkan agar tarikh asal pelaksanaan 6 hingga 10 April
2015 bagi pemeriksaan buku teks dianjak awal ke bulan Februari. Ianya
bertujuan agar murid-murid lebih bersedia dalam penjagaan buku teks
semenjak di awal persekolahan.
b) Pn. Masrina memaklumkan lawatan prasekolah akan dilaksanakan pada hari
persekolahan di dalam bulan Mei.
c) Pn. Jamaliah memaklumkan bahawa hanya 9 murid yang terpilih bagi
Rancangan Makanan Tambahan (RMT) 2015. Beliau juga meminta guru
berkenaan mengisi jadual kedatangan murid RMT di waktu rehat. Pn. Mawar
mencadangkan guru kelas agar menetapkan seorang murid pengganti tetap
untuk murid RMT.
Tindakan :Ahli Jawatankuasa
3.3
GPK HEM turut mengingatkan kepada guru-guru kelas agar memastikan buku
kedatangan ditulis dengan kemas. Sebarang kesilapan dalam penulisan tidak boleh
menggunakan pemadam tetapi perlulah dipotong dan ditandatangan secara ringkas atau
initial. Buku tersebut perlulah dihantar ke pejabat selewat-lewatnya pada sesi kedua
pengajaran dan pembelajaran (PdP). Semua guru kelas diminta merujuk lampiran 2 bagi
senarai tugasan yang berkaitan.
Tindakan : Guru Kelas
3.4
Bagi semua guru, Pn. Jamaliah mengingatkan supaya menggunakan pas keluar
masuk murid yang sedia ada untuk kegunaan tahun 2015.
Tindakan :Semua Guru

3.5
Bagi guru bertugas mingguan untuk tahun 2015, diminta mengisi borang
pembahagian tugasan guru mingguan dan borang pertandingan keceriaan kelas yang telah
disediakan oleh Pn. Jamaliah. Selain itu, guru-guru diminta memastikan perkara yang
berkaitan sepanjang minggu bertugas seperti yang dinyatakan di dalam lampiran 3.
Tindakan :Semua Guru
4.

Hari Pendaftaran Tahun 1 2015

4.1
Pn. Jamaliah memaklumkan bahawa Hari Pendaftaran Tahun 1 2015 akan
diadakan pada 2 Januari 2015. Tentatif dan ahli jawatankuasa hari pendaftaran adalah
seperti yang diedarkan (lampiran 4).
Tindakan :Semua Guru
5.

Perkara Berbangkit

5.1
Bagi tahun 2015, Pn. Jamaliah memaklumkan perhimpunan pagi berjalan seperti
biasa di dewan terbuka SK Jijan. Namun, bagi sesi pembelajaran selepas waktu rehat,
murid-murid diminta untuk beratur di gelanggang badminton dan bergerak serentak ke
kelas masing-masing dalam keadaan senyap. Jika keadaan tidak mengizinkan seperti
hujan, murid-murid boleh terus masuk ke kelas. Diminta guru memastikan pengawas
memainkan peranan.
Tindakan :Semua Guru
6. Ucapan penangguhan
Pengerusi berharap agar semua guru dapat melaksanakan amanah yang diberikan dengan
sebaik-baiknya dan sentiasa bekerjasama dalam memastikan kecemerlangan SK Jijan.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.00 pagi.

Disediakan oleh:

Disemak dan disahkan oleh:

................................................
(Saadatul Jannah bt. Abd Jalil)
Setiausaha Hal Ehwal Murid
SK Jijan

.............................
(Jamaliah bt. Azit )
GPK Hal Ehwal Murid
SK Jijan

You might also like