You are on page 1of 4

Soalan Esei: (aras aplikasi)

Andaikan anda seorang guru matapelajaran Sains tingkatan 5 Arif yang muridnya terdiri
daripada kaum Cina, India dan Melayu. Anda akan mengajar topic Mikroorganisma kepada
murid anda.Gunakan Model ASSURE sebagai panduan untuk memilih dan menggunakan
media yang tepat dalam proses pengajaran anda.

Jawapan:
Pengaplikasian kaedah dan model pengajaran adalah penting supaya sesuatu objektif
pembelajaran dapat dicapai. Model pengajaran yang sesuai digunakan untuk membantu guru
mengajar dan menyampaikan maklumat kepada pelajar dengan lebih jelas dan berkesan
supaya objektif pembelajaran dan pengajaran guru dapat dicapai. Bahan yang digunakan dapat
membantu guru untuk menjelaskan konsep dan memberi penerangan kepada pelajar agar
mesej yang ingin disampaikan jelas dan tepat.
Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih sempurna dan dapat
mencapai objektif pembelajaran dengan adanya perancangan yang lengkap dan sistematik.
Seseorang guru perlu mengetahui perkara yang hendak dilaksanakan sebelum, semasa dan
selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka memerlukan satu perancangan yang
rapi untuk memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih
efisien dan berkesan. Model reka bentuk pengajaran yang digunakan adalah model ASSURE.
Model ASSURE (Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino, 1993) adalah model reka
bentuk pengajaran yang boleh digunakan untuk merancang penggunaan media secara
sistematik. Model ini bertujuan untuk menyediakan panduan merancang dan mengendalikan
pengajaran yang menggunaan media. Model ini berfokus kepada perancangan pengajaran
dalam situasi bilik darjah.
Model ASSURE bermaksud mempastikan pembelajaran berlaku. Dalam model ini
terdapat enam langkah seperti yang ditunjukkan:

A - Analyse learners (Analisis pelajar).

S - State learning objectives (Nyatakan objektif pembelajaran).

S - Select methods, media and materials (Pilih kaedah, media dan bahan ).

U - Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan).

R - Require learner participation ( Penglibatan pelajar dalam pembelajaran ).

E Evaluate / Review (Penilaian / semak semula bahan).


Langkah 1 : Analisis pelajar
Model ASSURE bermula dengan analisis pelajar. Ciri-ciri umum pelajar termasuklah
deskripsi tentang umur pelajar, tingkatan, latarbelakang dan sebagainya. Maklumat yang
dinyatakan di atas boleh dijadikan asas dalam pemilihan media. Maklumat tersebut boleh
diperolehi dengan meneliti rekod pelajar dan berinteraksi secara langsung dan pengajar akan
dapat mengetahui harapan, sikap dan latar belakang pelajar.
Peringkat pertama berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar
tentang tajuk dan kandungan pelajaran. Maklumat diperolehi daripada ujian kemasukan dan
juga interaksi bersama mereka. Pelajar pernah mendapat maklumat daripada buku rujukan dan
mendapat pendedahan melalui majalah dan TV.

Media yang digunakan perlu disesuaikan dengan ciri-ciri pelajar, kandungan pelajaran,
kaedah, media dan bahan pembelajaran. Untuk menganalisis ciri pelajar, terdapat 3 perkara
penting yang perlu dilihat iaitu: penggunaan sesuatu media dalam proses pengajaran dan
pembelajaran perlu disesuaikan dengan ciri-ciri pelajar supaya penggunaannya berkesan dan
bermakna kepada pelajar itu sendiri. Perkara-perkara berikut harus dijadikan pertimbangan
guru iaitu perkembangan tahap kognitif dan fizikal pelajar yang akan diajar. Dengan itu bahan
media yang digunakan dapat disesuaikan dengan tahap kognitif pelajar, di mana hasil
pengajaran dan pembelajaran adalah lebih berkesan. Selain itu, perbezaan budaya dan bahasa
setiap pelajar harus diberi pertimbangan dimana pelajar tingkatan 5 Arif terdiri daripada kaum
Melayu, Cina, dan India.
Langkah 2: Nyatakan objektif
Objektif pembelajaran perlu dinyatakan dengan jelas supaya guru dapat lebih fokus
kepada perkara yang sepatutnya dipelajari dan dikuasai oleh pelajar. Setiap aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang dirancang adalah untuk menyampaikan maklumat berdasarkan objektif
pembelajaran. Penggunaan kaedah dan media yang bersesuaian dapat dipilih kerana guru
telah fokus terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap baru yang perlu dikuasai oleh pelajar.
Objektif pembelajaran berfokuskan kepada apakah pengetahuan, kemahiran dan sikap yang
baru untuk dipelajari. Objektif topik ini ialah pelajar dapat:
1.
Memahami pengelasan mikroorganisma.
2.
Mengetahui pelbagai jenis mikroorganisma daripada segi rupa bentuk dan saiz.
Langkah 3: Pilih kaedah, media dan bahan
Dalam proses pemilihan, membaiki atau mengubah suai media, guru perlu berdasarkan
kepada tingkat kebolehan pelajar dan objektif pembelajaran yang ingin dicapai. Terdapat 3
perkara yang perlu dilakukan dalam langkah ini:
i.
Memilih kaedah
Dalam satu pengajaran, pelbagai kaedah berbeza akan diaplikasi untuk disesuaikan
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dipilih seperti set induksi, pengenalan untuk
konsep, aktiviti berkumpulan dan latihan. Guru menarik perhatian pelajar dengan memulakan
set induksi dan diikuti dengan kaedah perbincangan, latihan dan latih tubi untuk mempelajari
sesuatu pengetahuan yang baru.
ii.
Memilih media
Pemilihan media yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran merupakan
antara faktor yang membolehkan mesej atau maklumat disampaikan secara bermakna. Media
yang dipilih ialah slaid, video, tayangan komputer multimedia. Format media yang dipilih perlu
sesuai dengan keupayaan pelajar.
iii.
Memilih bahan
Bahan sumber pengajaran pembelajaran merujuk kepada isi pelajaran yang menjadi
fokus pembelajaran. Bahan yang dipilih ialah buku teks Sains tingkatan 5, nota, dan buku
latihan.
Langkah 4: Gunakan media dan bahan
Penggunaan media dan bahan dalam pengajaran adalah penting kerana hal ini menjadi
penentuan kepada keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh

menggunakan internet dalam proses pengajaran dan menyediakan bahan pengajaran dalam
bentuk nota dan latihan. Buku teks Sains tingkatan 5 juga digunakan. Media dan bahan yang
telah dipilih akan menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran pelajar. Selain itu
pemilihan bahan dan media tersebut adalah bersesuaian dengan pengalaman pelajar, jadi
akhirnya dapat mendatangkan manfaat kepada para pelajar.
Langkah 5: Penglibatan pelajar dalam pembelajaran
Untuk mempastikan proses pembelajaran berlaku, pelajar perlu terlibat dalam aktiviti
pembelajaran seperti perbincangan, gerak kerja kumpulan, latihan, latih tubi dan
sebagainya. Pengukuhan serta merta perlu diberikan atas tindak balas pelajar yang betul.
Dalam topik pengajaran ini, pelajar dibahagikan kepada kumpulan untuk mencari rupa bentuk
mikroorganisma melalui internet. Selepas itu latihan struktur juga diberikan kepada pelajar.
Langkah 6 : Penilaian / semak semula bahan
Penilaian ialah proses untuk melihat keberkesanan keseluruhan proses P&P mahupun
program pendidikan yang dilaksanakan. Penilaian boleh dibuat terhadap sesebuah program
atau kursus, kesusuaian penggunaan media, pembinaan bahan pengajaran, dan pencapaian
murid mengikut keperluan.
Setelah tamat pengajaran, penilaian perlu dilakukan untuk melihat kekuatan dan
keberkesanan media secara menyeluruh agar penambahbaikan dapat dilakukan untuk
mendapatkan kesan penggunaan media yang maksimum dalam pengajaran. Penilaian ialah
proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara. Keputusan penilaian akan
mempengaruhi keputusan yang diambil terhadap perkara yang dinilai. Secara umum,
pencapaian pelajar dibahagikan kepada tiga, iaitu
i.
Prestasi pelajar berdasarkan rujukan criteria (penilaian pelajar berdasarkan suatu
set objektif yang telah ditentukan)
ii.
Prestasi pelajar dalam aspek kemahiran.
iii.
Sikap.
Pelajar akan dinilai dengan soalan betul/salah untuk melihat pemahaman mereka. Selain itu
pelajar juga menjawab soalan struktur
.
Kesimpulan:
Berdasarkan model ASSURE, pemilihan dan penggunaan media yang dibuat secara teliti dapat
memastikan guru membuat pilihan media yang tepat dan menggunakan media secara optimum
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Soalan esei:(aras analisis)


Senaraikan ciri-ciri murid yang perlu diambil kira bagi memilih media pengaaran yang
berkesan.Jelaskan setiap ciri-ciri tersebut.
Jawapan:
Pemilihan media dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu mengambil kira ciri-ciri
murid kerana keberkesanan penggunaan media bergantung kepada latar belakang murid itu
sendiri. Berdasarkan model ASSURE, analisis pelajar merupakan langkah pertama dalam
penggunaan media pengajaran secara sistematik. Terdapat tiga aspek utama dalam analisis
iaitu:
i.

Ciri-ciri umum

Guru perlu memahami aspek umur, jantina dan latar belakang sosial murid supaya
mereka dapat mengetahui tahap pelajaran, konteks pelajaran dan penggunaan contoh yang
dapat memberikan kesan yang baik. Bagi mencapai objektif kognitif, media abstrak sesuai
untuk mengajar murid dewasa, dan media konkrit sesuai untuk mengajar murid yang lebih
muda.
ii.

Keperluan khusus

Guru perlu menganalisis tahap kebolehan dan kelemahan murid supaya mereka dapat
mengetahui keperluan media yang sesuai bagi membantu murid menerima mesej dengan lebih
jelas. Bagi murid yang kurang cekap membaca, mereka perlu memilih media berbentuk audio
berbanding perkataan secara visual kerana ketidakcekapan membaca murid tersebut. Murid
dapat mendengar perkara yang ingin diajar melalui media berbentuk audio seperti radio.
iii.

Stail pembelajaran

Setiap murid mempunyai stail pembelajaran yang tersendiri dan berbeza antara satu
sama lain. Bagi murid gaya pembelajaran visual, mereka lebih suka belajar dengan paparan
computer atau paparan teks. Bagi gaya pembelajaran auditori, mereka lebih senang dengan
arahan lisan atau percakapan kuat. Manakala kinestatik pula lebih berkesan melalui
pengalaman sendiri atau melibatkan diri secara fizikal dalam kelas. Oleh itu guru digalakkan
mempelbagaikan pendekatan mereka supaya dapat memenuhi keperluan stail pembelajaran
murid dengan media bersesuaian.

You might also like