You are on page 1of 10

MEMBINA AYAT TUNGGAL

JAMILAH BT HAMZAH
EN SHEIKH ROSLAM BIN SHEIKH ABDULLAH
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal dalam Penulisan Bahasa Melayu.
Sampel terdiri daripada 13 orang murid pemulihan Tahun 6 Jaya Sekolah Kebangsaan Semut Api, Kota
Bharu, Kelantan. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif jenis kajian tindakan. Empat kaedah
digunakan dalam kajian ini iaitu Kaedah Gambar Kata, Kaedah Mengeja Kata, Kaedah Buat Apa? dan
Kaedah Kotak Idea . Instrumen utama yang digunakan ialah praujian dan pascaujian. Dapatan kajian ini
menunjukkan berlaku peningkatan pencapaian sampel iaitu daripada kelulusan sebanyak 54 peratus dalam
praujian kepada 100 peratus kelulusan dalam pascaujian. Peningkatan purata markah sebanyak 46 peratus.
Siri tindakan kaedah yang digunakan terbukti dapat membantu meningkatkan kebolehan sampel dalam
membina ayat tunggal. Kebolehan sampel dalan membina ayat juga turut meningkat daripada purata markah
sebanyak 40.5 peratus dalam praujian kepada 75.5 peratus dalam pascaujian. Peningkatan sebanyak 35
peratus. Hasil kajian ini menunjukkan objektif kajian telah tercapai. Walau bagaimanpun, bimbingan secara
intensif dan secara individu perlu dilakukan bagi memastikan murid benar-benar menguasai kemahiran ini.
Pengenalan
Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira (3M) adalah amat penting dalam
kalangan murid, sebagai teras memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan.
Pendidikan peringkat rendah
merupakan pendidikan awal kepada murid untuk menguasai kemahiran asas 3M. Hal ini sejajar dengan
hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang bermatlamat untuk melahirkan insan yang seimbang serta
berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Penguasaan
kemahiran asas 3M perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid berkomunikasi dan
menimba ilmu pengetahuan. Murid akan dapat menyatakan dan menghasilkan bahan atau bukti berbentuk
idea dalam bentuk tulisan untuk berhubung dengan orang lain atau diri sendiri dan meluahkannya, sama ada
pengalaman, perasaan atau maklumat. Namun, dalam apa juga sistem pendidikan, adalah amat sukar untuk
memastikan semua murid berjaya menguasai kemahiran asas 3M ini lantaran keupayaan intelek masingmasing terutamanya dalam menguasai kemahiran menulis. Banyak kajian yang dijalankan mendapati
kebanyakan murid menghadapi masalah dalam penulisan terutamanya dalam aspek membina ayat dengan
betul dan lengkap. Sekiranya hal ini tidak diberi perhatian, penekanan atau bimbingan yang sewajarnya,
golongan murid ini mungkin gagal dalam memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan
terbenam.
Fokus Kajian
Kajian saya dalam meningkatkan kebolehan murid membina ayat tunggal ini amat sesuai dengan tahap
kebolehan murid Tahun 6 Jaya. Saya telah mengenal pasti masalah dan sikap 13 orang daripada mereka yang
berpotensi untuk lulus sekiranya dibimbing, secara merujuk guru kelas dan guru mata pelajaran, dokumendokumen yang berkaitan seperti meneliti hasil kerja dan buku latihan, serta membuat post-mortem kertas
jawapan murid dalam Ujian Bulanan Berpusat.Hasil post-mortem yang dibuat, saya dapati mereka boleh
menulis ayat tetapi dengan pelbagai kesalahan seperti kesalahan ejaan, tanda baca, pemilihan kata yang tidak
tepat, dan kesalahan dari segi struktur yang membuat ayat itu tergantung dan sukar difahami. Pemilihan
perkataan atau istilah yang salah dan penggunaan bahasa ibunda. Keadaan ini menunjukkan murid-murid ini
mempunyai kosa kata yang lemah, kurang membaca dan kurang latihan. Kajian ini amat penting dan saya
yakin bahawa kajian ini boleh membantu meningkatkan pencapaian mereka dalam membina ayat tunggal.
Objektif Kajian
Kajian yang dijalankan ini bertujuan mencapai objektif seperti yang berikut :
1.
Mengesan peningkatan pencapaian murid dalam membina ayat tunggal.
2.
Murid dapat menguasai kaedah-kaedah yang digunakan bagi meningkatkan kebolehan murid membina
ayat tunggal.
3.
Membantu murid meningkatkan kebolehan membina ayat tunggal.
Soalan Kajian

Bagi mencapai objektif kajian, saya membina persoalan kajian seperti berikut:
1.
Adakah terdapat peningkatan pencapaian murid dalam membina ayat tunggal?
2.
Apakah murid dapat menguasai kaedah-kaedah pengajaran yang digunakan bagi meningkatkan
kebolehan murid membina ayat tunggal?
3.
Adakah kebolehan murid membina ayat tunggal meningkat?
SOROTAN LITERATUR
Soroton literatur ialah hasil dapatan yang diperoleh oleh pengkaji-pengkaji yang lalu. Melalui dapatan
kajian-kajian ini, saya mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian saya. Berikut adalah
beberapa maklumat tentang kajian lalu berkaitan dengan kemahiran membina ayat.
Masni Mohamad Saidi dan Suen Sau Chun (2003) telah menggunakan teknik S-R 8W1H dalam
kajian mereka yang bertajuk Meningkatkan Kebolehan Membina Ayat Majmuk tentang sesuatu topik
dengan menggunakan teknik S-R 8W1H dalam kalangan murid Tahun 3B di Sekolah Rendah Jenis
Kebangsaan Cina Ave Maria, Convent, Ipoh. Murid-murid telah diberi latihan membina ayat dengan
menggunakan gambar bersiri, gambar komposisi, membina ayat menggunakan situasi atau topik yang tidak
mengunakan kata hubung. Hasil kajian menunjukkan telah berlaku peningkatan dan membuktikan
kepentingan penggunaan formula dalam pembelajaran.
Iskandar Muda bin Ishak (2005), telah menjalankan kajian yang bertajuk Penggunaan Latih Tubi
Dengan Menggunakan Gambar Bagi Meningkatkan Pencapaian Dan Kebolehan Murid Tahun Lima
Membina Ayat Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan (LKTP) Padang Piol, 27040 Jerantut, Pahang.
Kajian ini dibuat untuk mengatasi masalah 95 orang murid tahun lima dalam membina ayat bahasa Inggeris.
Beliau dapat membuktikan teknik latih tubi dapat meningkatkan kemahiran murid dalam membina ayat yang
baik dan sempurna melalui ujian PKSR 3. Hasil kajian beliau telah menunjukkan peningkatan dalam
membina ayat bahasa Inggeris telah berlaku sebanyak 75 peratus.
Azizah Othman dan Samidon Abdullah (2006) pula telah membuat kajian yang bertajuk,
Meningkatkan Kemahiran Murid Membina Ayat Mudah Dengan Struktur Yang Betul Dalam Bahasa
Inggeris Menggunakan Formula P/NVPA/PO/S2CD/OP3/AF2. Kajian ini telah dijalankan untuk
mengatasai masalah murid tahun enam di Sekolah Kebangsaan Kampung Chamek, Kluang, Johor, dalam
membina ayat mudah mengikut struktur yang betul dalam bahasa Inggeris. Penyelidik telah melatih 15 orang
murid tahun enam membina ayat mudah dalam bahasa Inggeris dengan struktur yang betul menggunakan
kaedah P/NVPA/PO/S2CD/OP3/AF2.
Kaedah ini didapati berjaya meningkatkan penguasaan murid
sebanyak 80 peratus.
Selain itu, Habsah bt Nan (2006), telah membuat kajian yang bertajuk Teknik Four Wifes And One
Husband: Membina Ayat Penyata berdasarkan Gambar Tunggal Atau Bersiri. Hasil daripada kajian beliau
ke atas 32 orang murid Tahun Lima Pintar di Sekolah Kebangsaan Beseri, Perlis mendapati bahawa
pencapaian murid dalam kemahiran murid dalam membina lima ayat penyata berpandukan gambar atau
gambar bersiri telah meningkat sebanyak 63 peratus.
Kesimpulannya, berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan ini, saya dapati banyak strategi
dan kaedah yang boleh kita gunakan bagi membantu murid membina ayat. Kaedah penggunaan kata tanya
dan gambar merupakan satu asas penting dalam mencungkil idea murid bagi membina sesuatu ayat. Selain
itu, penggunaan teknik latih tubi amat berkesan dalam mengukuhkan kemahiran murid.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian yang saya jalankan menggunakan jenis kajian tindakan. Data yang dikumpul dianalisis dalam bentuk
kualitatif dan dihuraikan secara deskriptif. Data berbentuk statistik (nombor) juga digunakan dalam
penyelidikan saya untuk menyokong dapatan hasil kajian.

Reka Bentuk Kajian

Dalam kajian ini, saya telah memilih model Kajian Tindakan Stephen Kemmis dan Mc Taggart (1988), yang
dipetik daripada Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga. Model ini menyarankan empat langkah kajian
tindakan berdasarkan gelungan iaitu Mereflek (Reflect), Merancang (Plan), Bertindak (Action)
danMemerhati (Observe).

MEMERHATI
Mengumpuldanmenga
nalisis data
bagimenilaikeberkesan
antindakan.

MEREFLEK
Mereflek bagi melihat
kekuatan dan kelemahan
P&P sendiri

GELUNGA
GELUNGA
N
N 11

BERTINDAK
Melaksana tindakan
bagi mengatasi masalah
yang menjadi fokus

MERANCANG
Merancang tindakan
bagi mengatasi
masalah yang
dihadapi

kegelungke
dua

Rajah 1: Proses Kajian Tindakan Model Kemmis dan Mc Taggart


Kumpulan Sasaran
Saya menjalankan kajian ke atas 17 orang murid Tahun 6 Jaya Sekolah Kebangsaan Semut Api,
Kota Bharu, Kelantan.. Kelas ini terdiri daripada 14 orang murid lelaki dan tiga orang murid perempuan.
Kelas ini merupakan kelas ketiga yang menempatkan murid-murid yang lemah pencapaian akademiknya.
Seramai 13 orang murid berada pada tahap yang sangat lemah dipilih sebagai sampel kajian ini.
Pelaksanaan Tindakan
Di bawah ini ialah peringkat pelaksanaan tindakan yang saya jalankan dalam kajian tindakan ini.

Rajah 1: Langkah pelaksanaan kajian tindakan

KEPUTUSAN

Jadual1: Penskoranmarkah
GRED
A
B
C
D
E

PERATUS
80 -100
60 - 79
40 - 49
20-39
0-19

PENCAPAIAN
Cemerlang
Baik
Sederhana
Lemah
Sangat lemah

Jadual 1 menunjukkan skala pemarkahan yang dijadikan penunjuk bagi menilai tahap pencapaian
sampel dalam praujian, semasa pelaksanaan tindakan, dan juga semasa pascaujian. Melalui skala ini, sampel
yang mendapat markah 80 peratus hingga 100 peratus akan dikategorikan pada tahap cemerlang iaitu
mewakili gred A. Markah 60 peratus hingga 79 peratus pula dikategorikan pada tahap baik iaitu mewakili
gred B. Markah 40 peratus hingga 59 peratus dikategorikan pada tahap sederhana iaitu mewakili gred C dan
sampel yang mendapat markah 20 peratus hingga 39 peratus dikategorikan pada tahap lemah iaitu mewakili
gred D. Manakala markah 0 peratus hingga 19 peratus pula dikategorikan pada tahap sangat lemah iaitu
mewakili gred E.

Dapatan 1
Perbandingan Praujian dan Pascaujian
Jadual 2: Perbandingan Keputusan Praujian Dan Pascaujian

1.

Sampel 1

Praujian
Markah(%
)
28

2.

Sampel 2

3.

Bil

Nama

Gred

Pascaujian
Markah%) Gred

Jumlah
Perubahan

76

+48

17

52

+45

Sampel 3

28

88

+60

4.

Sampel 4

67

76

+9

5.

Sampel 5

56

81

+25

6.

Sampel 6

45

88

+43

7.

Sampel 7

14

74

+60

8.

Sampel 8

21

71

+50

9.

Sampel 9

31

71

+40

10. Sampel 10

43

62

+19

11. Sampel 11

41

81

+40

12. Sampel 12

81

90

+9

13. Sampel 13

57

71

+14

Jumlah

Lulus: 54%

Lulus: 100%

+46%

Keputusan pascaujian menunjukkan kelulusan sampel sebanyak 100 peratus berbanding dengan praujian
yang hanya sebanyak 54 peratus iaitu peningkatan sebanyak 46 peratus. Perubahan ini dapat dilihat dengan
jelas melalui Jadual Analisis Perbandingan Data Praujian dan Pascaujian di atas.
Berikutan dengan
perubahan dan peningkatan positif yang ditunjukkan oleh sampel melalui pascaujian, objektif kajian saya
yang pertama iaitu mengesan peningkatan pencapaian murid dalam membina ayat tunggal telah tercapai.

Analisis Perbandingan Praujian dan Pascaujian


Jadual 3: Analisis Perbandingan Keputusan Praujian Dan Pascaujian
Markah
%
80-100
70-79
50-69
40-49
0-39

Gred
A
B
C
D
E

Praujian
1
1
5
4
2

8%
8%
38%
30%
16%

Pascaujian
5
7
1

38%
54%
8%
0
0

Perbezaan
Peningkatan
+30%
+46%
-30%
0
0

Tahap
Cemerlang
Baik
Sederhana
Lemah
Sangat lemah

Jadual 3juga telah menyokong dapatan kajian saya yang pertama. Jadual ini menunjukkan
pencapaian sampel mengikut gred. Lima sampel iaitu sebanyak 38 peratus sampel mendapat grea A dalam
pascaujian, berbanding dengan sati sampel atau sebanyak 8 peratus sampel sahaja dalam praujian.
Peningkatan sebanyak 30 peratus. Tujuh sampel atau sebanyak 54 peratus sampel telah mendapat gred B
dalam pascaujian, berbanding dengan hanya 8 peratus sahaja dalam praujian. Peningkatan sebanyak 46
peratus. Hanya satu sampel mendapat gred C dalam pasca ujian berbanding dengan 38 peratus dalam
praujian, menunjukkan perbezaan sebanyak 30 peratus. Satu peningkatan yang amat baik.
BIL
NAMA
K1
K2
K3
K4
Praujian
Pascajian %
Pningktn
1.
Sampel 1
93
73
64
81
28
76
55
2.
Sampel 2
93
50
44
77
17
52
43
3
Sampel 3
83
77
57
85
28
88
63
4.
Sampel 4
83
80
54
77
67
76
25
5.
Sampel 5
87
63
54
65
56
81
36
6.
Sampel 6
90
67
57
88
45
88
48
7.
Sampel 7
90
53
37
69
14
74
67
8.
Sampel 8
80
67
48
92
21
71
56
9.
Sampel 9
93
67
52
69
31
71
49
10.
Sampel 10
90
67
57
69
43
62
35
11.
Sampel 11
100
77
54
77
41
81
48
12.
Sampel 12
100
97
72
85
81
90
17
13
Sampel 13
100
73
85
73
57
71
31
Dapatan 2
Analisis Kaedah Tindakan
Jadual 4: Analisis Kaedah Tindakan

Bagi menjawab persoalan yang kedua, saya telah membuat analisis keempat-empat kaedah yang saya
gunakan dalam kajian saya. Jadual 4 menunjukkan hasil analisis tersebut.Jadual 4 menunjukkan keempatempat kaedah yang digunakan ini telah membantu meningkatkan kebolehan sampel membina ayat. Hal ini
dapat dibuktikan melalui peningkatan pencapaian sampel dalam pascaujian jika dibandingkan dengan
keputusan praujian, iaitu sebelum tindakan rawatan dijalankan. Kesemua sampel menunjukkan peningkatan
peratusan yang sangat baik. Kesimpulannya, melihat kepada keputusan praujian iaitu sebelum tindakan
rawatan dilaksanakan dengan keputusan pascaujian iaitu selepas tindakan rawatan dilaksanakan, didapati
bahawa objektif kajian saya yang kedua telah terjawab iaitu kesemua kaedah yang digunakan itu telah dapat
membantu sampel meningkatkan kebolehan membina ayat tunggal.
Dapatan 3
Analisis Peningkatan Kebolehan Sampel dalam Membina Ayat
Jadual 5: Analisis Peningkatan Kebolehan Sampel Dalam Membina Ayat

Berdasarkan jadual 5, terdapat peningkatan purata pencapaian markah bagi sampel 1 hingga sampel
13. Purata keseluruhan markah bagi praujian ialah sebanyak 40.5 sementara dalam pascaujian ialah
sebanyak 75.5 iaitu peningkatan purata sebanyak 34.0. Peningkatan purata ini menunjukkan berlakunya
peningkatan prestasi sampel dalam membina ayat dan menunjukkan berlakunya proses pembelajaran yang
Praujian
Pascaujian
Bil
Peningkatan
Nama
Markah
Gred
Purata Markah
Gred
Purata
Purata
(%)
(%)
28
D
2.1
76
B
5.8
3.7
1. Sampel 1

2. Sampel 2

17

1.3

52

2.7

3. Sampel 3

28

2.1

88

6.8

4.7

4. Sampel 4

67

5.1

76

5.8

0.7

5. Sampel 5

56

4.3

81

6.2

1.9

6. Sampel 6

45

3.5

88

6.8

3.3

7. Sampel 7

14

1.1

74

5.7

4.6

8. Sampel 8

21

1.6

71

5.5

3.9

9. Sampel 9

31

2.4

71

5.5

3.1

10. Sampel 10

43

3.3

62

4.8

1.5

11. Sampel 11

41

3.1

81

6.2

3.1

12. Sampel 12

81

6.2

90

6.9

0.7

13. Sampel 13

57

4.4

71

5.5

1.1

Jumlah

40.5

75.5

35.0

membolehkan murid menguasai kemahiran yang diajar. Penguasaan kebolehan ini ditunjukkan melalui
peningkatan purata markah yang diperoleh dalam praujian dan pascaujian yang dibuat. Justeru, objektif
kajian saya yang ketiga iaitu membantu murid meningkatkan kebolehan membina ayat tunggal juga telah
tercapai.
PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI KAJIAN
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa empat siri tindakan yang digunakan telah berjaya membantu murid
meningkatkan kebolehan dan penguasaan mereka dalam membina ayat tunggal. Keempat-empat siri
tindakan ini saling berkait dan merupakan strategi ansur maju dalam usaha membantu murid membina ayat.
Kejayaan kajian saya ini adalah bersandarkan kepada empat siri tindakan yang dijalankan iaitu Kaedah
Gambar Kata, Kaedah Mengeja Kata, Kaedah Buat Apa?, dan Kaedah Kotak Idea. Kaedah-kaedah
ini juga melibatkan kata kunci atau idea utama iaitu Buat Apa?. Aktiviti yang dilaksanakan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran juga melibatkan teknik latih tubi bagi meningkatkan penguasaan murid dalam
setiap kemahiran yang diajar.

Kajian saya selari dengan kajian yang dilakukan oleh Masni Mohamad Saidi dan Suen Sau Chen
(2003) yang menggunakan gambar bersiri, gambar komposisi dan situasi atau topik untuk membina ayat.
Begitu juga dengan Habsah bt. Nan (2006) yang membuat kajian terhadap 32 orang murid tahun lima untuk
membina ayat berpandukan gambar atau gambar bersiri. Hasil dapatan kajian Masni Mohamad Saidi dan
Suen Sau Chen (20003), menunjukkan pencapaian sebanyak 68 peratus, dan Habsah bt. Nan (2006) pula
sebanyak 63 peratus.Kajian saya juga ada persamaan dengan kajian yang telah dijalankan oleh Iskandar
Muda Ishak (2005) dan Nor Idayu Idrus (2005). Iskandar Muda Ishak (2005) telah menggunakan teknik
latih tubi dalam mengatasi masalah kesalahan dari segi struktur membina ayat berdasarkan gambar. Teknik
ini menjadikan murid-murid beliau semakin mahir dan dapat menguasai sesuatu kemahiran dengan baik
apabila sering diberi latihan. Kajian beliau telah menunjukkan pencapaian sebanyak 75 peratus. Nor Idayu
Ishak (2005) pula telah menggunakan teknik latih tubi menggunakan tafsiran gambar dan kata kunci dalam
kajian beliau bagi meningkatkan pencapaian dan penguasaan murid membina ayat. Kajian beliau telah
menunjukkan peningkatan pencapaian sebanyak 57 peratus. Jelaslah bahawa kaedah-kaedah yang saya
jalankan dalam kajian ini amat sesuai dan menyokong dapatan kajian-kajian yang lepas.
Hasil refleksi pelaksanaan tindakan membuktikan teknik latih tubi dapat meningkatkan kemahiran
sampel dalam semua aspek, seperti mengeja perkataan, menamakan aktiviti, membiasakan diri dengan tanda
baca, penggunaan huruf besar dan membina ayat mudah. Teknik penyoalan juga dapat mencetuskan idea
sampel dalam membina ayat. Semua kaedah yang dijalankan secara berterusan akan membantu sampel
meningkatkan kemahiran, meminimumkan kesalahan dan menjadikan mereka lebih mahir dan yakin.
Cadangan Penambahbaikan
Merujuk kepada kajian yang telah saya lakukan, kajian ini amat sesuai dijalankan terhadap murid-murid di
peringkat awal bermula dari tahap satu lagi. Asas pembinaan ayat yang kukuh akan melahirkan murid yang
cemerlang dalam penulisan. Justeru, kajian ini sepatutnya diperluaskan dengan melibatkan murid pada tahap
satu dengan harapan masalah murid tidak dapat membina ayat pada tahun enam tidak timbul.
Tempoh masa juga merupakan satu faktor utama. Kelemahan kajian saya ialah penglibatan murid
tahun enam yang sibuk dengan persediaan untuk menghadapi UPSR. Sesetengah murid dan guru
menganggapnya tidak penting kerana membina ayat tunggal berbantukan gambar atau perkataan adalah
mudah dan sudah terlambat. Tempoh kajian yang singkat dan masa yang sibuk membuat mereka tertekan,
penat, bosan, dan kurang pemberatan. Situasi pembelajaran yang begitu dapat mempengaruhi emosi pelajar.
Oleh itu, masa dan tempoh masa yang sesuai juga perlu dipertimbangkan bagi mendapat hasil yang lebih
baik.
Selain itu, persediaan yang rapi, kemas dan penyediaan bahan yang sesuai juga perlu dilakukan.
Instrumen kajian juga perlu dirancang dan direkod dengan baik dan teratur bagi membuktikan kesahihan dan
kebolehpercayaan data di samping membantu guru membaiki prestasi dan daerah kelemahan murid. Setiap
maklumat yang direkod dengan baik akan menjadi bukti dan indikator pencapaian sampel bagi mengatur
strategi yang seterusnya bagi menangani masalah sampel.Semoga kajian ini bukan sekadar membantu murid
dalam meningkatkan prestasi pencapaian mereka dalam pelajaran, malah turut meningkatkan amalan
profesional guru sebagai pendidik
Cadangan Lanjutan
Kajian membina ayat tunggal merupakan satu kajian asas atau permulaan bagi murid. Justeru,
kajian ini boleh ditingkatkan kepada kajian membina ayat majmuk atau penggunaan kata hubung dalam ayat
atau dikukuhkan dengan kajian mengeja perkataan berimbuhan atau penggunaan tanda baca dan huruf besar
dalam ayat. Setiap kajian mempunyai kepentingannya yang tersendiri.
RUJUKAN
Abdullah Hassan & Ainon Mohamad. (1994). Tatabahasa Dinamika. Kuala Lumpur: utusan Publications
Abdullah Hassan (ed). (1987). Kesalahan Bahasa dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Arbak Othman. (1989). Nahu Bahasa Melayu. Petaling jaya:Penerbitan Fajar Bakti SDN. BHD.

Azizah Othman & Samidon Abdullah. (2006). Meningkat Kemahiran Pelajar


Membina Ayat Mudah dengan Struktur yang Betul dalam Bahasa Inggeris dengan Menggunakan
Formula
P/NVPA/PO/S2CD/OP3/AF2.
Diakses
pada
31
Mac
2012,
daripada
http://www.arjpnj.com/ktindak/files/binaayat.pdf
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008).
Manual Kajian Tindakan (Edisi Ketiga). Putrajaya : BPPPDP, KM.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2005). Manual
Kajian Tindakan.Kuala Lumpur : BPPPDP, KPM.
Habsah Binti Nan. (2006). Teknik Four Wifes One Husband : Membina Ayat Penyata
Berdasarkan Gambar Tunggal atau Bersiri. Laporan penyelidikan yang tidak diterbitkan, Jurnal
Kajian Tindakan Guru, Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis.
Iskandar Muda Ishak. (2005). Penggunaan Latih Tubi Berdasarkan Gambar Bagi Meningkat Pencapaian
dan Kebolehan Murid Tahun 5 Membina Ayat Bahasa Inggeris. Kertas kerja yang dibentangkan di
Seminar Penyelidikan Tindakan IPBA, 17-19 April 2005 di Hotel Garudia, Medan, Indonesia.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Kurikulum Bersepadu Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Kuala
Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.
Masni Mohamad Saidi & Suen Sau Chun. (2003). Meningkatkan Kebolehan Membina
Ayat Majmuk Tentang Sesuatu Topik dengan Teknik S-R 8W 1H. Diakses pada 27 Februari 2012,
daripada http://www/. sribd.com/doc/25170188/Meningkatkan-Kebolehan-Membina-Ayat-Majmuk
Tentang-Sesuatu.
Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2008).
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nor Idayu. (2005). Meningkatkan Kebolehan Membina Ayat Bahasa Inggeris Melalui
Latih Tubi Menggunakan Tafsiran Gambar dan Kata Kunci Bagi Murid Tahun 2. Kertas kerja yang
dibentangkan di Seminar Seminar Penyelidikan Pendidikan IPBA 2005.
Noresah Bt. Baharom (Ed). (2010). Kamus Dewan (Edisi Keempat). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Raminah Hj Sabran & Rahim Syam. (1985). Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan. Petaling Jaya:
Penerbitan Fajar Bakti SDN. BHD.

http://www.slideshare.net/clover90/savedfiles?s_title=prosidingjam&user_login=jamiehazmah

You might also like