You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN FELCRA BUKIT KEPONG

MINIT MESYUARAT ANTI DADAH


Bilangan 01/2014

Tarikh :

13 Februari 2014 (Khamis)

Masa :

1.00 petang

Tempat:

Bilik Mesyuarat

Hadir :
1. Pn. Marsilah binti Abd Majid (GPK HEM)
2. En. Norhayazin Bin Onan (Penyelaras)
3. Ustaz Saiful Bahri Bin Saban (Guru Kaunseling)
4. En. Fadil Bin Ahmad ( Guru PJK)

1.0

Ucapan Pengerusi

1.1

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana dapat hadir ke
mesyuarat ini untuk kali pertama sesi 2014.

1.2

Pengerusi menjelaskan matlamat Jawatankuasa Anti Dadah adalah untuk mewujudkan


sekolah bebas daripada dadah.

2.0

Perancangan Program Tahunan

2.1

Perancangan program tahunan perlu dilakukan bagi melancarkan segala aktiviti yang
dirancang sepanjang tahun 2014.

2.2

Sudut Anti Dadah Bahan-bahan pameran bagi pengisian Sudut Anti Dadah perlu
disediakan seperti poster-poster dan bahan bacaan berkaitan dadah.

2.3

Pameran dan Ceramah Anti Dadah perlu dilaksanakan sebagai sebahagian daripada
pengisian program tahunan sekolah dalam memastikan warga sekolah bebas dadah.

2.4.

Pertandingan melukis dan mewarna poster juga perlu dijalankan dalam menanam
perasaan bencikan dadah di kalangan murid-murid.

2.5

Dicadangkan minggu anti dadah diisi dengan program-program berkaitan.


Tindakan: Semua Guru

3.0

Karnival Pencegahan Anti Dadah

3.1

Minggu Pencegahan Anti Dadah mungkin akan dijalankan mengikut takwin sekolah dan
sempena Bulan Anti Dadah Peringkat Kebangsaan. Pada Kebiasaanya pada hujung
bulan Februari atau awal Bulan Mac.

3.2

Antara pertandingan yang biasanya dipertandingkan ialah seperti Pertandingan


Mewarna, Melukis Poster dan kuiz terbuka bagi Tahap 1 dan 2.

3.3

Pengerusi mencadangkan agar pada tahun ini diadakan ceramah yang berkaitan
dengan dadah sempena sambutan Minggu Anti Dadah Peringkat sekolah.

3.4

Ustaz Saiful mencadangkan agar kita menjemput pegawai AADK untuk membuat
ceramah.
Tindakan: Semua Guru

4.0

Hal-hal Lain

4.1 Sudut Anti Dadah perlu dikemaskini dengan maklumat yang baharu dari masa ke semasa.
5.0

Ucapan Penangguhan

5.1

Pengerusi berharap semua jawatankuasa dapat memberikan kerjasama dan komitmen


dalam melaksanakan segala aktiviti yang dirancang.

.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

Disediakan oleh :

.............................................
( Norhayazin Bin Onan )

Disemak oleh :

...........................................
( Pn. Marsilah Binti Abd Majid)

Penyelaras Anti Dadah.

Setiausaha Anti Dadah

SK Felcra Bukit Kepong.

SK Felcra Bukit Kepong.

You might also like