You are on page 1of 15

KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI PETANI 2

LOT 82, KAMPUNG SUNGAI TUKANG


08000 SUNGAI PETANI

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA PROGRAM /


PROGRAMS CODE & NAME

PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK

TAHAP / LEVEL

LEVEL 2

NO. DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE

HAK 301 : PENJAGAAN KESELAMATAN DIRI KANAK-

PENYATAAN AKTIVITI KERJA


/ WORK ACTIVITIES
STATEMENT

NO. KOD / CODE NO.

KANAK

Mengenalpasi tingkah laku yang memudaratkan


keselamatan kanak-kanak
Menyampaikan maklumat penjagaan keselamatan
diri
HAK 104 K(15/15)

Muka : 1

drp : 15

TAJUK : PENJAGAAN KESELAMATAN DIRI KANAK-KANAK

TUJUAN :
1. Mengenalpasti tingkah laku yang memudaratkan keselamatan kanak-kanak
2. Mengenalpasti aktiviti kesedaran keselamatan.
3. Menerangkan peraturan asas keselamatan yang perlu diamalkan oleh kanakkanak

NO. KOD

Muka : 2 drp : 15

PENGENALAN
Keselamatan kanak-kanak perlu di beri perhatian. Kanak-kanak sering terdedah kepada
kemalangan kerana pemikiran mereka belum matang dan sifat ingin tahu mereka yang
tinggi. Mereka juga suka membuat penerokaan sendiri dan suka mencuba sesuatau yang
baru. Tindakan ini sering mendedahkan kanak-kanak kepada pelbagai bahaya. Penjagaan
keselamatan bertujuan untuk menghindari kemalangan, menyelamatkan nyawa dan
menyelamatkan harta benda.
Menghindar kemalangan
Kemalangan mungkin boleh dihindari dengan mengambil langkah-langkah keselamatan
yang wajar. Pengawasan dan langkah-langkah keselamatan dapat membantu menghindar
kemalangan yang mungkin berlaku
Menyelamatkan Nyawa
Kemalangan yang berlaku boleh mengancam nyawa kanak-kanak. Pengawasan
keselamatan kanak-kanak adalah perlu bagi mengelakkan kehilanagn nyawa. Kanak-kanak
perlu diberikan perhatian dimana mereka berada. Contohnya di bilik air, di dalam kereta
dan di taman permaianan.
Kelalaian penjaga/pengasuh boleh menyebabkan dan menyebabkan kehilanagan nyawa.
Menyelamatkan Harta Benda
Kehilangan harta benda mungkin boleh dielakkan dengan mengambil langkah-langkah
keselamatan.
Kebakaran berlaku kerana kecuaian mengendaliakan sumber api dan elektrik.
Kecurian harta benda di taska dan tadika boleh dihindari dengan mengambil langkah
keselamatan seperti mengunci dan memasang jeriji besi.

MENYENARAIKAN JENIS-JENIS TINGKAH LAKU YANG MEMUDARATKAN


KESELAMATAN KANAK-KANAK

Kemalangan di kalangan kanak-kanak sering berlaku di mana sahaja mereka berada.


Kemalanga yang berlaku kepada kanak-kanak adalah berpunca daripada orang dewasa dan
kanak-kanak sendiri.
Kemalangan boleh berlaku apabila : Kanak-kanak letih, lapar dan tidak sihat. Mereka mudah terjatuh dan hilang tumpuan.
Penjaga sibuk dengan urusan mereka dan mengabaikan kanak-kanak.
Kanak-kanak berada di persekitaran lain seperti tempat bercuti. Mereka belum biasa
dan tidak mengetahui keadaan dan tempat yang mebahaya.
Punca-punca kemalangan adalah di sebabkan kecuaian, sifat kanak-kanak dan
peralatan yang berbahaya.

NO. KOD

Muka : 3

drp : 15

a) Kecuaian
Pengawasan terhadap kanak-kanak perlu pada setiap masa. Kecuaian dan sikap tidak
berhati-hati boleh menyebabkan kemalangan berlaku.
Kecuaian menyimpan barang ditempat yang selamat boleh membahyakan kanakkanak. Berikut adalah benda yang boleh membahayakan kanak-kanak dan perlu di
simpan di tempat yang selamat :i) Benda tajam
ii)
Bahan beracun
iii)
Ubat ubatan
iv)
Peralatan elektrik
v)
Benda panas
Kecuaian menutup dan mengunci pintu serta pintu pagar boleh membahayakan kanakkanak, kerana mereka boleh keluar tanpa disedari oleh penjaga
Air boleh menyebabkan kanak-kanak lemas. Longkang yang dalam dan berair di
sekitar taska dan rumah perlu ditutup supaya kanak-kanak tidak terjatuh ke dalamnya.
Kecuaian masa makan boleh menyebabkan kanak-kanak tercekik. Penjaga dan guru
perlu berada brsama kanak-kanak dan memastikan mereka makan dengan cermat.
Permukaan yang licin boleh membahayakan kanak-kanak. Air yang tertumpah ke
lantai, jika tidak dilap boleh menyebabkan kanak-kanak terjatuh dan mengalami
kecederaan. Pesekitaran di luar bangunan yang berlopak atau air bertakung boleh
menyebabkan kemalangan.
b) Sifat Kanak-kanak

Kanak-kanak suka mencuba dan meneroka


Kanak-kanak suka mencuba dan meneroka untuk mendapat pengalama baru.
Pemikiran kanak-kanak belum matang
Tahap pemimikiran kanak-kanak masih di peringkat pramatang. Kanak-kanak yang
berumur kurang dari 6 tahun masih belum berupaya berikir sebagaimana orag dewasa.
Kemalangan sering berlaku kerana kanak-kanak bertindak mengikut naluri dan
perasaan bukan melalui pertimbangan akal fikiran.
Ibu bapa penjaga dan guru perlu memasikan tindakan kanak-kanak tidak
membahyakan mereka. Mereka perlu mengawasi atau menghalang kanak-kanak jika
tindakan mereka boleh membahayakan diri sendiri.
Kanak-kanak suka meniru
Kanak-kanak belajar melalui peniruan daripada persekitarannya. Mereka mungkin
meniru aksi kanak-kanak lain atau perbuatan orang dewasa tanpa mengetahui
akibatnya. Kanak-kanak juga akan belajar melalui peniruan daripada media massa
seperti televisyen.
Sifat suka meniru aksi boleh menyebabkan kemalangan kepada kanak-kanak
terutamanya jika mereka melakukan perbuatan yang membahayakan. Contohnya
meniru aksi dan watak yang mereka minatai dalam televisyen.
Perhatian dan pengawasan daripada orang dewasa sangat diperlukan untuk mengelak
kanak-kanak daripada meniru perkara-perkara yang tidak diingini.

NO. KOD

Muka : 4

drp : 15

MENGENALPASTI AKTIVITI KESEDARAN KESELAMATAN.


Pelbagai jenis kemalangan boleh berlaku kepada kanak-kanak. Tempat tinggal dan
persekitaran mereka boleh mendatangkan bahaya jika orang dewasa tidak mengawasi
mereka dengan baik. Langkah-langkah keselamatan perlu diambil untuk mengelakkan
kemalangan daripada berlaku di dalam dan di luar bangunan.
a) KESELAMATAN DALAM BANGUNAN
Kemalangan yang berlaku di dalam bangunan adalah seperti di dapur, bilik mandi,
bilik tidur dan ruang bermain.
Dapur
Benda-benda panas di dapur seperti tungku dapur, periuk dan cerek boleh
menyebabkan kulit kanak-kanak terbakar jika mereka menyentuhnya.
Makanan dan minuman panas jika tertumpah boleh menyebabkan kanak-kanak
melecur.
Peralatan elektrik seperti cerek dan periuk elektrik yang sedang digunakan boleh
membahayakan kanak-kanak
Simpan benda-benda tajam seperti pisau dan garfu di tempat yang selemat dan
tidak dicapai oleh kanak-kanak.
Bilik mandi
Lantai yang licin mudah menyebabkan kanak-kanak terjatuh.
Simpan cecair dan serbuk pencuci lantai di tempat yang selamat dan tidak boleh
diambil oleh kanak-kanak. Bahan ini boleh menyebabkan keracunan jika tertelan.
Air dalam bekas takungan yang terbuka boleh menyebabkan kanak-kanak lemas.
Air dalam bekas takungan di bilik air boleh membahayakan kanak-kanak jika
mereka terjatuh ke dalamnya.
Bilik Tidur
Gunakan katil bayi yang selamat
Elakkan meletak bantal besar dalam katil bayu kerana boleh menyebabkan bayi
sukar bernafas.
Pemilihan alat permainan yang lembut dan bersaiz besar supaya tidak
mencederakan kanak-kanak.
Peralatan di bilik tidur tidak berbucu tajam, unuk mengelakkan kecederaan.
Tingkap tidak terbuka lua, untuk mengelakkan kanak-kanak daripada terjatuh.
Permainan diletak di tempat rendah supaya kanak-kanak tidak memanjat dan
menyebabkan mereka terjatuh.

NO. KOD

Muka : 5

drp : 15

Ruang permainan/aktiviti
Barang-barang permainan tidak dibiarkan bersepah di lantai. Kanak-kanak
mungkin cedera jika terpijak dan boleh tercekik jika tertelan.
Ubat-ubatan dan duit syiling tidak boleh ditinggalkan di tempat yang boleh
dicapai oleh kanak-kanak kerana jika tertelan boleh membahayakan mereka.
Peralatan kaca diletak di tempat tinggi supaya tidak boleh dicapai oleh kanakkanak.
Pengadang di hadapan pintu dan tangga perlu dipasang untuk keselamatan kanakkanak
Perabot yang sesuai dan selamat digunakan. Almari tempat menyimpan
permainan tidak diperbuat daripada kaca, dan yang tidak mudah terbalik

b) KESELAMATAN LUAR BANGUNAN


Kemalangan yang boleh berlaku di luar bangunan pula adalah seperti di taman
permainan, persekitaran rumah dan di dalam kereta.
Taman permainan
Kanak-kanak yang tidak diawasai sewaktu berada di taman permainan boleh
terdedah kepada kemalangan.
Gunakan alat permainan yang sesuai untuk umur dan saiz kanak-kanak, bagi
mengelakkan mereka tercedera.
Peralatan permainan dalam keadaan baik, tidak patah dan berkarat bagi
mengelakkan kecederaan dan keracunan.
Awasi air yang bertakung dan permukaan yang licin supaya tidak terjatuh.

Kawasan persekitaran
Simpan peralatan tajam seperti cangkul dan peralatan berkebun di tempat yang
selamat. Peralatan tajam boleh mencederakan kanak-kanak.
Bahan berbahaya seperti racun rumput, baja dan cat disimpan sis tor khas.
Kanak-kanak boleh mengalami keracunan disebabkan bahan-bahan ini.
Permukaan kawasan rata dan tidak licin, untuk mengelakkan kemalangan.

Buang botol-botol kosong dan tin yang tidak dipakai di tempat yang sesuai.
Botol kaca dan tin boleh menyebabkan kecederaan kepada kanak-kanak

NO. KOD

Muka : 6

drp : 15

c) KESELAMATAN JALAN RAYA


Pengenalan
Mangsa jalan raya biasanya terdiri
daripada
kanak-kanak.
Mereka
mungkin terdiri daripada pejalan kaki,
penumpang
kereta,
bas
atau
pembonceng motosikal. Kemalangan
jalan raya boleh mengakibatkan
pelbagai kecederaan. Di Malaysia,
penunggang
dan
pembonceng
motosikal merupakan pengguna yang
paling
ramai
menderita
akibat
kecederaan dan kematian.
Pencegahan
Setiap individu mempunyai peranan bagi mengelakkan kecederaan akibat daripada
kemalangan jalan raya. Amalkan budaya pemanduan berhemah.

Kereta

Pastikan kereta dalam keadaan yang baik - brek, tayar, petrol dan air.
Pakai tali pinggang keselamatan dan guna tempat duduk khas bagi kanakkanak. Jangan sesekali berkongsi tali pinggang keselamatan.
Tali pinggang keledar mesti dipakai dengan betul dan selesa secara silang
meliputi bahagian dada sehingga tulang pinggul.
Jika kereta dilengkapi dengan beg udara, jangan letakkan kanak-kanak di
tempat duduk hadapan kerana ia boleh menyebabkan kecederaan pada kanakkanak.
Bayi dan kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun sepatutnya diletakkan
di tempat duduk belakang. Bayi juga perlu diletakkan di tempat duduk belakang
dalam tempat duduk khas.
Gunakan sistem kawalan kunci kereta.

NO. KOD

Muka : 7

drp : 15

Pejalan kaki

Jangan sesekali membenarkan kanak-kanak yang berumur di bawah 10 tahun


melintas jalan secara bersendirian.
Seboleh-bolehnya gunakan lampu isyarat, ruang pejalan kaki dan lintasan
pejalan kaki.
Sebelum melintas jalan raya, lihat kiri-kanan-kiri terlebih dahulu.
Jangan berlari ketika melintas jalan.
Jangan bermain berhampiran jalan raya.
Jika terdapat lintasan pejalan kaki, jejantas atau jalan bawah tanah, pengguna
sepatutnya tidak dibenarkan melintas jalan sekurang-kurangnya 100 meter
daripada kawasan tersebut.
Jika ruang pejalan kaki tidak disertakan, gunakan bahagian kanan jalan
melawan arus trafik supaya dapat melihat kenderaan dihadapan.
Pakai pakaian yang cerah atau terang pada waktu malam supaya dapat dilihat
oleh pemandu yang lain.

Penumpang bas

Jangan tunggu bas berhampiran lalu lintas.


Tunggu sehingga bas berhenti sebelum menaiki
bas.
Berhati-hati ketika menaiki tangga bas.
Pastikan bas berhenti sebelum turun dari bas.

Berhati-hati semasa turun dari bas.


Selepas turun dari bas, jalan ke hadapan bas supaya pemandu bas dapat melihat
anda.

Pastikan anda berada jauh daripada bahagian belakang bas sepanjang masa.
NO. KOD

Muka : 8

Penunggang Motosikal

Elakkan membawa kanak-kanak semasa menunggang motosikal.

Gunakan kaedah pemanduan yang selamat

Pastikan kanakp-kanak memkai topi keledar

Penunggang basikal

Pastikan basikal dalam keadaan baik.


Gunakan topi keledar basikal jika kanak-kanak yang menunggang

drp : 15

NO. KOD

Muka : 9

drp : 15

d) BULI / UGUT / PUKUL


Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud
untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung,
menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat.
Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif
sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang
kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman,
tenteram dan harmoni. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan
perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi
mangsa serta boleh mendatangkan ketidak selesaan kepada orang lain.
JENIS-JENIS BULI
- Buli fizikal - Melibatkan pukul-memukul, memeras ugut, menampar,
menendang, menarik rambut, menolak, mencubit, atau sepak terajang hingga
menyebabkan kecederaan. Paling ganas boleh menyebabkan kematian.
- Buli mental - Lebih kepada ejek-mengejek. Misalnya, jika nama pelajar atau
nama bapa pelajar agak luar biasa, maka itu akan dijadikan bahan ejekan pelajar
senior yang membuli.
Sungguhpun, kes buli jenis ini kurang mendapat perhatian media massa, ia
sebenarnya serius berlaku di sekolah.
KESAN BULI
Bukan itu sahaja, mangsa buli akan mengalami kesan dalaman iaitu masalah
psikologi.
-

Hilang keyakinan diri


Tiada matlamat hidup
Rasa takut
Mencederakan diri sendiri sehingga hilang semangat untuk hidup.
Malah, ada yang teruk sehingga terfikir untuk bunuh diri.

NO. KOD

Muka : 10

drp : 15

PENDERAAN KANAK-KANAK
Pengenalan
Setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk hidup sihat dan bebas dari keganasan.
Setiap tahun, sekurang-kurangnya 2,000 kanak-kanak di Malaysia dilaporkan
menjadi mangsa penderaan dan pengabaian kanak-kanak. Penderaan kanak-kanak
adalah masalah global yang besar. Ia memberi impak serius terhadap kesihatan
mental dan pertumbuhan fizikal kanak-kanak, kesejahteraan dan perkembangan
sepanjang kehidupan mereka, dengan itu ia menjadi masalah masyarakat secara
amnya.

Apakah Penderaan Kanak-kanak?

Penderaan Kanak-kanak merujuk kepada penderaan secara fizikal dan emosi,


penderaan seksual, kecuaian dan pengabaian terhadap kanak-kanak, termasuk
sebarang bentuk eksploitasi atau komersial

o
o
o
o

Merangkumi semua jenis penderaan fizikal dan/atau emosi, penderaan seksual,


pengabaian atau kelalaian atau eksploitasi komersial atau lain-lain eksploitasi,
yang boleh atau telah menyebabkan kerosakan, kepada kesihatan kanak-kanak,
dari segi 'survival', perkembangan atau harga diri. Ini adalah dalam konteks di
mana pendera ada perhubungan tanggungjawab, kuasa atas kanak-kanak
berkenaan atau pendera ialah seseorang yang dipercayai oleh kanak-kanak WHO Pasukan Pencegah dan Kecederaan Keganasan,1999.

Penderaan Kanak-kanak secara amnya dibahagikan kepada empat jenis


penderaan termasuk :
Penderaan fizikal
Penderaan seksual
Penderaan emosi
Pengabaian

NO. KOD

Muka : 11

drp : 15

Jenis-jenis Penderaan Kanak-kanak


1. PENDERAAN FIZIKAL
Penderaan fizikal kanak-kanak pula merujuk kepada tindakan kejam yang
dilakukan oleh golongan dewasa dan mengakibatkan kecederaan pada anggota
badan mangsa disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya :Tekanan hidup yang dialami oleh pendera seperti tekanan di tempat kerja dan
tekanan emosi akibat daripada pengalaman silam yang pahit. Contohnya, pendera iaitu
ibu bapa yang mengalami tekanan kerja yang melampau akan berasa "stress" sekaligus
akan melepaskan tekanan tersebut pada anak-anak mereka. Hal ini akan menyebabkan
berlakunya penderaan ke atas kanak-kanak tersebut.
Tekanan emosi pula merujuk kepada masalah psikologi yang dialami oleh
pendera. Penderaan yang berlaku disebabkan perasaan ingin membalas dendam kerana
pendera telah mengalami perkara yang sama ketika zaman kanak-kanak mereka.
Contohnya, pendera yang pernah dikejami ketika zaman kanak-kanak akan berasa
geram apabila melihat kanak-kanak hidup riang kerana mereka tidak dapat merasai
keadaan sedemikian. Hal ini akan mendorong mereka untuk melakukan kembali
kekejaman yang pernah mereka alami dahulu.
Latar belakang keluarga juga boleh mendorong ke arah penderaan fizikal
kanak-kanak seperti taraf hidup yang rendah dan keruntuhan rumah tangga. Melalui
faktor-faktor ini, pendera yang kurang dari segi pendidikan akan mudah terjerumus
untuk melakukan kekerasan terhadap orang lain terutamanya pada kanak-kanak. Sikap
mereka yang tidak mampu mengawal perasaan dengan baik dan cepat marah berlaku
disebabkan oleh kurangnya penerapan sifat rasional dalam diri.
Antara jenis-jenis penderaan yang sering dilakukan adalah memukul, mencubit,
menyepak, menyimbah air panas, mencucuk puntung rokok ke atas tubuh
kanak-kanak, dan sebagainya. Perbuatan ini akan meninggalkan kesan yang
mendalam pada mangsa seperti kecederaan fizikal dan mental.
Kecederaan fizikal yang dialami termasuklah cacat anggota badan, terencat
akal, lumpuh, dan menyebabkan kematian, manakala kecederaan mental pula
termasuklah kemurungan, ketakutan melampau dan sering terasa disisihkan
oleh masyarakat. Keadaan ini akan menyebabkan kanak-kanak tersebut tidak
mempercayai orang dewasa dan terdapat juga kanak-kanak yang menjadi liar.
Oleh itu, tindakan segera perlu diambil bagi mengurangkan kadar
penderaan fizikal kanak-kanak seperti mengadakan program motivasi, kempen
kesedaran, penguatkuasaan undang-undang dan sebagainya.Peranan masyarakat
setempat amatlah penting apabila berlakunya kes penderaan iaitu
dengan melaporkan kes tersebut kepada pihak yang berkaitan secepat mungkin
agar kanak-kanak tidak terus diperlakukan sedemikian lagi. Selain

itu, guru juga berperanan penting dalam mendidik kanak-kanak supaya tidak
mendekati orang yang tidak dikenali dan sentiasa bergerak secara berkumpulan
sekiranya mahu keluar dari rumah.
NO. KOD

Muka : 12

drp : 15

2. PENDERAAN SEKSUAL
Penderaan seksual kanak-kanak merujuk kepada sebarang perlakuan individu
yang memaksa, memperdaya atau mengugut kanak-kanak yang mendorong
berlakunya hubungan seksual dengan mereka, semata-mata untuk memuaskan
nafsu seksual.
Ia juga merujuk kepada penderaan seksual seorang kanak-kanak bawah umur
oleh dewasa, atau seseorang yang jauh lebih tua atau dalam kedudukan
berkuasa atau mengawal kanak-kanak, di mana kanak-kanak digunakan sebagai
stimulasi seksual bagi orang tersebut atau orang lain.
Punca/faktor:
Kurang didikan agama
Gagal kawal nafsu seks
Sikap suka menganggap kanak-kanak sebagai rangsangan seksual
Masalah penagihan dadah dan arak menjadikan seseorang individu itu
bertindak di luar batasan - dendam terhadap perempuan
Pengaruh kisah silam
Pernah menjadi mangsa sehingga peristiwa itu mempengaruhi minda
dan menjadikan kanak-kanak lain pula sebagai mangsa
Tiada kesedaran dalam kalangan ibu bapa dan penjaga tentang
kepentingan pencegahan jenayah seksual
Sikap ibu bapa dan penjaga yang sering mengelak daripada
menerangkan mengenai jenayah seksual kepada kanak-kanak
Kurangnya pengetahuan dalam kalangan kanak-kanak berhubung cara
untuk melindungkan diri daripada menjadi mangsa
Dera seksual kanak-kanak merangkumi:
Memasukkan objek atau bahagian tubuh ke dalam faraj, mulut atau
dubur
Menyentuh bahagian sulit
Menunjukkan bahan-bahan lucah kepada kanak-kanak
Mengambil gambar kanak-kanak dalam aksi seksual
Menggalakkan kanak-kanak menonton atau mendengar aksi seksual
Membuat panggilan telefon lucah
Merogol
Melakukan seks oral
Meliwat
Melacurkan
Mengintai
Mencium, mengusap dan mempamerkan aksi lucah

NO. KOD

Muka : 13

drp : 15

Kesan kepada kanak-kanak:


Kecederaan fizikal, emosi dan jiwa bagi jangka masa tertentu:- Masalah fizikal: kebimbangan boleh sebabkan berat badan menurun, gemar
memakai pakaian berlapis-lapis
- Masalah sosial: sering bercakap tentang teman baru yang lebih dewasa, suka
berahsia, masalah perhubungan dan menagih dadah dan alkohol
- Masalah psikologi: takut pada orang, perubahan tingkah laku secara tiba-tiba,
marah, menyisihkan diri, mengigau, sukar tidur, takut kepada gelap, kencing
malam atau menghisap jari bagi kanak-kanak besar
- Mencederakan diri sendiri
- Gagal beri tumpuan
-Kecenderungan menjadi pemangsa apabila dewasa
Cara mencegah:
- Ibu bapa perlu beri pendidikan kepada kanak-kanak mengenai kepentingan
menjaga tubuh badan mereka daripada dicerobohi
Beri pendidikan agama dan moral tentang dan kemudaratan perbuatan
persetubuhan haram
Menasihati anak agar tidak mudah menuruti pelawaan orang-orang yang
tidak atau baru dikenali untuk makan, minum, bersiar-siar atau pergi ke
bilik/rumah mereka
Sentiasa berwaspada dengan makanan dan minuman yang diberikan oleh
orang yang tidak atau baru dikenali. Mungkin ia mengandungi dadah,
bahan pelali atau perangsang nafsu
Jangan sembunyikan masalah, terus maklum kepada ibu bapa

3. PENDERAAN EMOSI
Penderaan emosi berlaku apabila ibu bapa atau penjaga tidak mengambil
peduli dan tidak memberi kasih sayang kepada anak-anak mereka, kerana
tidak menyediakan suasana bersifat mengasuh, menyayangi dan menyokong
yang sesuai untuk perkembangan kanak-kanak
Penderaan emosi berlaku apabila ibu bapa atau penjaga gagal
memberi kasih sayang dan penjagaan secara berterusan, sering
mengancam mengutuk dan/atau menjerit kepada anak. Keadaan
ini menyebabkan kanak-kanak hilang keyakinan, harga diri dan
menunjukkan tingkah laku cemas dan/atau pengasingan diri
sehingga terganggu kesihatan mental mereka (Thompson & Kaplan
1996).

NO. KOD

Muka : 14

drp : 15

4. PENGABAIAN
Menurut kamus, pengabaian bermakna tidak menghiraukan; tidak
melakukan atau tidak memberi perhatian. Pengabaian anak adalah bentuk
penderaan kanak-kanak yang paling banyak berlaku dan paling banyak
membawa padah. Pengabaian merujuk kepada layanan buruk yang
diberikan oleh ibu bapa atau penjaga, sama ada dengan sengaja atau
kecuaian luar biasa yang menyebabkan anak mengalami penderitaan yang
boleh dielakkaPengabaian fizikal dan perubatan. Ini adalah bentuk
pengabaian yang paling biasa berlaku. Ia termasuk keengganan untuk
mendapatkan penjagaan perubatan yang sewajarnya dan segera untuk anak;
meninggalkan anak; membiarkan anak kecil sendirian tanpa pengawasan;
dan kegagalan untuk memberi perlindungan dan pemakanan yang
secukupnya. Pengabaian pendidikan. Ini erlaku apabila anak dibenarkan
tidak pergi ke sekolah tanpa sebab yang munasabah untuk jangka waktu
yang lama; tidak didaftarkan di sekolah walaupun sudah mencapai umur
untuk bersekolah; atau tidak diberi pendidikan khas sedangkan si anak
ternyata memerlukannyaPengabaian psikologi atau emosi.
Jenis-jenis pengabaian :

Fizikal - (contohnya, kegagalan untuk menyediakan keperluan seperti


makanan, tempat perlindungan, atau kekurangan pengawasan yang
teliti)
Perubatan - (contohnya, kegagalan untuk memberi rawatan atau
perawatan kesihatan mental)
Pendidikan dan penyeliaan - (contohnya, kegagalan untuk memberi
pendidikan atau menawarkan perkhidmatan khas)
Emosi
Kurang perhatian terhadap keperluan emosi kanak-kanak
Kegagalan untuk menyediakan penjagaan psikologi
Membenarkan kanak-kanak untuk minum alkohol atau
menggunakan dadah
Diambil kira nilai budaya, piawaian penjagaan dan tahap kemiskinan
sebelum kes dilaporkan sebagai kes pengabaian.

NO. KOD

Muka : 15 drp : 15

REFERENCE( S):
1. http://www.wanista.com/isu-kanak-kanakremaja-bunuh-diri-gara-gara-dibuli-dimalaysia/
2. http://bmurusan.blogspot.com/2010/08/penderaan-mental-kanak-kanak.html
3. http://nursyafiqa.weebly.com/penderaan2.html
4. http://penderaan-kanak-kanak.blogspot.com/
5. http://www.ukm.my/penerbit/emosi.pdf
6. http://www.myhealth.gov.my/index.php/bayikanak-kanak/kecederaan-kemalangan-akeracunan/penderaan-kanak-kanak
7. Salina bt Mohamed Ali dan Normah bt Mat Daud Jan(2005), Pengajian Awal
Kanak-Kanak Tingkatan 4 Dan 5, Dewan Bahasa Dan Pustaka . ISBN 983-628663-2.
8. Kurikulum Permata Negara

You might also like