Professional Documents
Culture Documents
Senarai-PEKELILING-IKHTISAS
SURAT PEKELILING BIL.11/1976 BERTARIKH: 9 OKTOBER 1976 - MENGHARAMKAN SEMUA JENIS PERMAINAN
JUDI DI SEKOLAH-SEKOLAH
Permainan berunsur judi dilarang di sekolah-sekolah.
Penjualan alat-alat permainan berunsur judi di kantin sekolah dilarang.
SURAT PEKELILING BIL.7/1977 BERTARIKH: 7 SEPTEMBER 1977 - PENGELOLAAN WALKATON DI SEKOLAHSEKOLAH
Pengelolaan Walkaton dirancang dan dikawal supaya tidak menjejas pelajaran, kebajikan dan keselamatan Malaysia.
Perkara-perkara yang perlu dipatuhi oleh Guru Besar:
Waktu mencari penaja.
Persetujuan ibubapa murid.
Keselamatan dan kebajikan.
SURAT PEKELILING BIL.9/1977 BERTARIKH: 3 OKTOBER 1977 - MENGANJURKAN DAN MENJUAL LOTERI DI
SEKOLAH-SEKOLAH
Penjualan loteri oleh sekolah-sekolah melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru dan Badan-badan yang berkaitan dengan sekolah
dilarang.
Penjualan loteri kepada murid-murid dalam kawasan sekolah-sekolah yang dianjur oleh mana-mana pihak dilarang.
Pihak sekolah perlu berikhtiar dengan cara lain untuk mendapatkan wang.
SURAT PEKELILING BIL.4/1978 BERTARIKH: 2 MEI 1978 - ACARA SUAIKENAL DI SEKOLAH-SEKOLAH
Melarang ragging yang bertopeng suaikenal di sekolah-sekolah.
Mereka yang terlibat akan diberhentikan dari sekolah tanpa amaran.
SURAT PEKELILING BIL.2/1979 BERTARIKH: 26 MAC 1979 - LAPORAN MURID-MURID DALAM KEADAAN RISIKO
PENYALAHGUNAAN DADAH YANG MEMERLUKAN PERTOLONGAN
SURAT PEKELILING BIL.4/1982 BERTARIKH: 1 OKTOBER 1982 - PERMAINAN PIN-TABLE, VIDEO GAME, GAME
WATCH
Melarang pelajar sekolah:
Bermain pemarkahan Pin-table, video game dan lain permainan yang seumpama.
Membawa ke sekolah segala jenis game watch.
Mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pelajar yang bersalah.
SURAT PEKELILING BIL.1/1983 BERTARIKH: 25 FEBRUARI 1983 - GARIS PANDUAN KEMPEN ANTI MEROKOK DI
SEKOLAH-SEKOLAH
Langkah-langkah positif bagi menjaya kempen anti merokok
SURAT PEKELILING BIL.3/1983 BERTARIKH: 9 MAC 1983 - PAKAIAN SERAGAM MURID-MURID SEKOLAH
Mengemaskini arahan yang berhubung dengan pakaian murid-murid daripada sekolah rendah hingga sekolah menengah dalam
aspek-aspek;
Pakaian seragam sekolah.
Pakaian ketika bersenam/bersukan.
Pakaian dalam Pasukan Beruniform.
Pakaian murid-murid Islam hari Jumaat.
Pakaian seragam khas.
Kasut.
SURAT PEKELILING BIL.6/1983 BERTARIKH: 23 APRIL 1983 - LARANGAN BERMAIN BAHAN-BAHAN LETUPAN
Memberi ingatan mengenai bahaya dan larangan bermain dan menggunakan bahan-bahan letupan adalah satu langkah yang boleh
diambil oleh pihak sekolah untuk menyedarkan dan menginsafkan murid-murid tentang bahayanya.
SURAT PEKELILING BIL.7/1983 BERTARIKH: 11 APRIL 1983 - GARIS PANDUAN MENGENAI PUNGUTAN DERMA
MELIBATKAN MURID-MURID SEKOLAH
Menyatakan beberapa prinsip dan garis panduan mengenai pungutan derma yang dijalankan di sekolah.
SURAT PEKELILING BIL.8/1983 BERTARIKH: 7 NOVEMBER 1983 - PERHIMPUNAN SEKOLAH
Mewajibkan sekolah mengadakan perhimpunan sekolah sebagai majlis rasmi pada setiap minggu.
Panduan mengelolakan perhimpunan sekolah dalam aspek:
Masa
Aturcara
Pihak sekolah dikehendaki memberi perhatian dalam perkara berikut:
Surat Pekeliling Am Bil.23 Tahun 1996
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/1975
Penglibatan semua guru atau pelajar
Menggalakkan penglibatan kakitangan bukan guru
Mengadakan aktiviti positif dan dilarang menjalankan hukuman disiplin kepada pelajar.
SURAT PEKELILING BIL.4/1984 BERTARIKH: 10 SEPTEMBER 1984 - PERHIMPUNAN SEKOLAH (TAMBAHAN
KEPADA SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.4/84)
Memasukkan lagu Malaysia Berjaya semasa perhimpunan (selepas lagu Kebangsaan dan Lagu Negeri.)
Senarai-PEKELILING-IKHTISAS
Perlu diadakan perhimpunan khas setiap hari sebelum waktu pertama bermula untuk menyanyikan lagu Negaraku dan Malaysia
Berjaya. Nyanyian dengan teratur dan tertib.
SURAT PEKELILING BIL.8/1985 BERTARIKH: 22 NOVEMBER 1985 - PAKAIAN SERAGAM MURID-MURID SEKOLAH
(PINDAAN)
Kasut murid-murid sekolah rendah dan menengah adalah berwarna putih dan diperbuat daripada canvas/bahan sintetik yang
mempunyai daya serap dan saluran gerak udara.
Stokin berwarna putih.
SURAT PEKELILING BIL.7/1986 BERTARIKH: 1 OGOS 1986 - LANGKAH-LANGKAH KEBERKESANAN DISIPLIN
SEKOLAH
Tumpukan kepada faktor sekolah yang boleh dikawal dan diubah seperti mewujudkan iklim yang baik dalam sekolah dan bilik
darjah.
Pengetua atau Guru Besar mempunyai kuasa bagi mengawal organisasi sekolah dan bagi menentukan disiplin. Berkuasa menentukan
hukuman yang munasabah.
Perlu mempunyai maklumat ordinan pelajaran, surat pekeliling dan buku panduan disiplin.
Menubuhkan jawatan kuasa Hal Ehwal Murid peringkat sekolah.
Pejabat Pelajaran Daerah perlu berusaha mengambil langkah-langkah bagi mengurangi masalah-masalah disiplin.
SURAT PEKELILING BIL.8/1988 BERTARIKH: 1 MAC 1988 - KESELAMATAN DIRI PELAJAR DI SEKOLAH
Diingatkan semua pihak di sekolah sentiasa berwaspada terhadap kemungkinan berlakunya kejadian-kejadian yang tidak diingin, ke
atas diri pelajar.
Menekankan aspek keselamatan melalui:
Pengajaran,peraturan, latihan, bimbingan dan amalan.
Memaklumkan kepada ibubapa mengenai penggal dan aktiviti sekolah.
Sistem kawalan rekod yang kemas.
Menyediakan tempat berkumpul yang selamat dan terkawal.
Sistem berteman.
Mengawasi kawasan dengan kerap.
Menjadikan peraturan keselamatan sebagai peraturan sekolah.
SURAT PEKELILING BIL.2/1991 BERTARIKH: 5 FEBRUARI 1991 - TATA KELAKUAN PELAJAR KETIKA DI MASJID
Pelajar tidak mempunyai tatatertib yang baik ketika berada di masjid.
Tindakan yang perlu diambil:
Memperingatkan para pelajar mengenai adab dan tatatertib di Masjid.
Guru perlu mengawas kelakuan pelajar.
Pelajar dikelompok mengikut kumpulan dan diketuai oleh seorang pengawas.
SURAT PEKELILING BIL.3/1991 BERTARIKH: 16 MEI 1991 - MENGUNDANG ORANG KENAMAAN KE UPACARA
SEKOLAH/INSTITUSI PENDIDIKAN
Cadangan undangan ke upacara tertentu hendaklah dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan.
SURAT PEKELILING BIL.4/1991 BERTARIKH: 16 MEI 1991 - PELAPORAN KEJADIAN TIDAK DIINGINI DI SEKOLAH
Pelajar menjadi mangsa kepada perbuatan jenayah penceroboh dan pelajar terlibat melancarkan mogok, merusuh, mencedera dan
bergaduh.
Pengetua dikehendaki dengan serta merta melaporkan kepada Kementerian Pendidikan, PPB/D dan Jabatan Pendidikan Negeri.
SURAT PEKELILING BIL.3/1992 BERTARIKH: 14 MAC 1992 - PEMAKAIAN TUDUNG/MINI TELEKUNG BAGI
PELAJAR-PELAJAR PEREMPUAN
Tidak ada paksaan kepada pelajar perempuan memakai tudung atau mini telekung di sekolah. Walaupun pemakaian tudung dan mini
telekung dibenarkan dibawah Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1983 Pakaian Murid-murid Sekolah.
SURAT PEKELILING BIL.3/1993 BERTARIKH: 15 FEBRUARI 1993 - LAPOR KEPADA POLIS SALAH LAKU YANG
BERBENTUK JENAYAH
Sekolah mesti melaporkan insiden berbentuk jenayah yang berlaku di sekolah kepada polis dengan segera.
SURAT PEKELILING BIL.6/1993 BERTARIKH: 3 JUN 1993 - PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH
Adalah ditegaskan bahawa pihak sekolah tidak dibenarkan sama sekali menyimpang daripada peraturan yang telah ditetapkan
mengenai pakaian seragam atau menggunakan peraturan sendiri.
Surat-surat pekeliling bilangan 3/1983, Bil.8/1983 dan Bil.3/1992 hendaklah dipatuhi.
SURAT PEKELILING BIL.6/1994 BERTARIKH: 12 SEPTEMBER 1994 - USAHA MENANAM SEMANGAT PATRIOTISME
DI KALANGAN PELAJAR DAN SENAMAN RINGKAS
Semua pihak hendaklah bersama-sama mengambil sikap yang serius mengenai soal taat setia dan cintakan terhadap Negara.
YB Menteri Pendidikan mengarah supaya semangat patriotisme ini ditanam melalui upacara perhimpunan mingguan atau harian.
Semua upacara tersebut perlu dijalankan dengan penuh penghayatan dari semua pihak.
YB Menteri menyarankan supaya senaman ringkas diadakan didalam bilik darjah sebelum memulakan P & P.
Semangat patriotisme dan senaman ringkas disarankan supaya dapat diadakan disemua sekolah dan serta merta.
SURAT PEKELILING BIL.6/1995 BERTARIKH: 5 SEPTEMBER 1995 - MENANGANI MASALAH PONTENG DI SEKOLAH
Ponteng sekolah dan ponteng kelas kedua masalah yang perlu diatasi dengan segera oleh semua pegawai yang berkaitan.
Senarai-PEKELILING-IKHTISAS
Pihak Kementerian telah menerbitkan dan mengedarkan Buku Panduan bagi mengatasi ponteng di sekolah. Saranan dan cadangan
dalam buku ini diyakini dapat mengatasi dua masalah di atas.
Senarai-PEKELILING-IKHTISAS
SURAT PEKELILING BIL.7/1995 BERTARIKH: 11 OKTOBER 1995 - TATACARA MENGENAKAN TINDAKAN DAN
HUKUMAN TERHADAP PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH
Terdapat laporan menyatakan pihak sekolah telah mengenakan tindakan dan hukuman yang keterlaluan di atas kesalahan disiplin
pelajar yang terlibat.
Keadaan ini menjejaskan maruah dan reputasi Kementerian Pendidikan.
Surat ini mengingatkan semua yang terlibat agar mematuhi garis panduan seperti yang terkandung dalam lampiran ini.
SURAT PEKELILING BIL.2/1996 BERTARIKH: 24 JUN 1996 - PENAMPILAN DIRI PELAJAR, KEKEMASAN DAN
KERAPIAN BERPAKAIAN
Meminta semua sekolah mengambil langkah-langkah dan tindakan yang wajar, konsisten dan tegas bagi memastikan amalan-amalan
ke arah pembinaan sahsiah dan penampilan diri yang baik di kalangan para pelajar.
SURAT PEKELILING BIL.4/1996 BERTARIKH: 3 SEPTEMBER 1996 - PELAKSANAAN KUASA DISIPLIN DAN
HUKUMAN DI SEKOLAH
Pengetua/Guru Besar hendaklah mengambil tindakan segera terhadap pelajar yang melakukan kesalahan-kesalahan berat.
Pengetua/Guru Besar diberi kuasa terhadap guru dan murid untuk melaksanakan hukuman yang sesuai dengan kesalahan yang
dilakukan.
Hukuman dibuat sebagai pengajaran kepada mereka supaya tidak mengulangi kesalahan dan kepada mereka yang berkemungkinan
melakukan kesalahan yang serupa.
SURAT SIARAN KP (BS) 8591/JLD VII (57) BERTARIKH: 24 FEBRUARI 1997 - TINDAKAN SERTA MERTA
MEMBANTERAS MASALAH SOSIAL DI KALANGAN MURID-MURID
Mengenalpasti dan menyediakan maklumat murid bermasalah sosial.
Melaporkan maklumat itu kepada PPB/D dan JPN.
Memaklumkan kepada ibubapa/penjaga yang terlibat.
Mempertingkatkan usaha serta perhatian guru bimbingan terhadap murid yang terlibat.
PPB/D hendaklah mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Daerah untuk menangani masalah ini.
SURAT PEKELILING BIL.4/1997 BERTARIKH: 22 MEI 1997 - HUKUMAN KE ATAS MURID MENGHISAP ROKOK
Pekeliling ini dibaca bersama Surat Pekeliling: Ikhtisas Bil. 6a/1975
Pengetua dan Guru Besar diberi kuasa merotan murid yang didapati bersalah menghisap rokok.
Bilangan pukulan rotan maksima sebanyak tiga kali.
Pelajar boleh dibuang sekolah jika masih mengulangi kesalahan merokok.
SURAT PEKELILING BIL.5/1997 BERTARIKH: 22 MEI 1997 - SEKOLAH SEBAGAI KAWASAN LARANGAN MEROKOK
Bangunan dan kawasan sekolah sebagai kawasan larangan merokok mengikut Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 1993.
Semua guru,kakitangan dan ibubapa yang berurusan dengan sekolah dilarang menghisap rokok dikawasan sekolah samada di bilik
darjah, dikawasan terbuka atau tempat-tempat berselindung.
SURAT PEKELILING BIL.16/1998 BERTARIKH: 6 OGOS 1998 - MENANGANI KEGIATAN GANGSTER DI SEKOLAH
Sekolah mesti melaporkan kepada pihak polis jika terdapat kegiatan berkenaan.
Tindakan pemulihan perlu dilakukan ke atas pelajar yang telah disahkan terlibat.
Tindakan pencegahan juga perlu diambil.
SURAT PEKELILING BIL.18/1998 BERTARIKH: 2 SEPTEMBER 1998 - PENGGUNAAN BUDI BICARA KETIKA
MENGAMBIL TINDAKAN
Guru Besar diperlukan menggunakan budi bicara dalam menangani masalah yang dihadapi terutama isu-isu semasa yang tidak
diduga atau isu-isu sensitif.
SURAT PEKELILING BIL.7/1999 BERTARIKH: 10 JUN 1999 - PENUBUHAN KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DI
SEKOLAH MENENGAH
Semua sekolah menengah disaran menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah.
Kes jenayah melibatkan murid sekolah didapati meningkat dan gejala ini mesti diberi perhatian serius.
SURAT PEKELILING BIL.8/1999 BERTARIKH: 10 JUN 1999 - KESELAMATAN DIRI MURID DALAM PERJALANAN
PERGI DAN BALIK SEKOLAH
Bertujuan menegaskan kepentingan mengwujudkan peraturan-peraturan mengenai keselamatan dan langkah-langkah pencegahan
yang perlu diamalkan.
Antara langkah yang boleh diambil ialah:
Manfaatkan sepenuhnya penubuhan Jawatankuasa Pemuafakatan Sekolah, Jawatankuasa Keselamatan Sekolah atau PIBG
dalam merancang langkah-langkah keselamatan murid.
Mendapatkan kerjasama dari pihak polis dan ibu bapa membuat rondaan di kawasan berisiko.
Membersihkan semak samun di laluan pelajar supaya terbuka dan selamat.
Mewujudkan tatacara mengenai cara membuat pelaporan tentang insiden orang yang disyaki berniat jahat.
Mempamerkan peraturan/poster keselamatan.
Menggunakan ruang seperti perhimpunan bagi memperingatkan warga sekolah tentang keselamatan.
Menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah di sekolah.
SURAT PEKELILING BIL.11/2000 BERTARIKH: 5 JULAI 2000 - MEMBANTERAS JENAYAH DI KALANGAN MURID
SEKOLAH
Sekolah mesti melaksanakan program pencegahan jenayah.
Senarai-PEKELILING-IKHTISAS
Sekolah mesti mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk menangani masalah disiplin terutama perlakuan berunsur jenayah
tanpa menunggu keadaan menjadi lebih serius. Semua kes salahlaku tidak dirahsiakan.
SURAT PEKELILING BIL.8/2001 BERTARIKH: 19 JULAI 2001 - PEMANTAPAN PENGURUSAN DISIPLIN DI SEKOLAH
JPN,PPB/D, Pengetua/Guru Besar mestilah mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk memantapkan disiplin di sekolah-sekolah.
Pengurusan hal ehwal murid hendaklah dimantapkan dan dipertingkatkan.
Sistem rekod/profail hendaklah diperkenalkan dan bergerak mengikut pergerakan murid.
Jawatankuasa disiplin sekolah hendaklah dimantapkan.
Pengurusan kaunseling hendaklah dimantapkan lagi.
Sekolah penyayang.
Pendidikan keselamatan dan perlindungan diri.
Permuafakatan ibubapa, sekolah dan masyarakat.
Sekolah selamat.
SURAT PEKELILING BIL.9/2001 BERTARIKH: 23 JULAI 2001 - PENGLIBATAN PELAJAR DENGAN KEGIATAN
NEGATIF
Tindakan awal dan segera perlu diambil untuk membendung dan mengatasi masalah ini.
Pihak sekolah hendaklah memantau dan menyiasat murid-murid supaya tidak melibatkan diri dengan kumpulan Black Metal, Skin
Head, Punk dan Cyber Caf.
Jawatankuasa disiplin sekolah hendaklah mengadakan pemeriksaan untuk mengesan tanda-tanda kegiatan negatif murid-murid.
JPN,PPB/D, Sekolah-sekolah hendaklah mengadakan program khas kepada yang terlibat.
JPN,PPB/D, Sekolah-sekolah diminta melaporkan segera kegiatan yang serius kepada Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia jika
menjadi berita sensasi di media massa.
SURAT SIARAN KP (BS/HEP) 8543/053(9) BERTARIKH: 2 OGOS 2001 - PENGURUSAN PELAJAR SECARA KOLEKTIF
Pengurusan Pelajar secara bersepadu hendaklah dilaksanakan di sekolah-sekolah.
Semua bertindak dengan hala tuju yang sama.
SURAT PEKELILING BIL.10/2001 BERTARIKH: 24 SEPTEMBER 2001 - SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN
Semua guru bertanggungjawab dalam hal berkaitan disiplin murid sebagaimana arahan dalam SP Profesional KPM Bil 8/1968
Tatatertib Di Sekolah dan SPI Bil 9/1975 Disiplin Di Sekolah. Peraturan-peraturan Sekolah Untuk Murid-Murid
Guru berfungsi sebagai guru disiplin dan berperanan membimbing murid-murid mengamalkan tingkahlaku yang baik
SURAT PEKELILING BIL.7/2003 BERTARIKH: 29 OKTOBER 2003 - KUASA GURU MEROTAN MURID
Berasaskan peruntukan dalam Perkara 5 dan 6 - Ordinan Pelajaran 1957, Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah)1959
Merotan adalah sebahagian daripada proses pendidikan
Merotan dikhalayak ramai adalah dilarang
SURAT PEKELILING BIL.8/2003 BERTARIKH: 29 OKTOBER 2003 - PENGGUNAAN BUKU LOG BAGI TUJUAN
MEMANTAU LAKU MUSNAH (VANDALISM)
Kegiatan ini perlu dibasmi melalui sistem pemantauan yang terancang dan berterusan
Buku Log Laku Musnah perlu disediakan untuk memantau gejala ini dan data-data terkumpul dijadikan sumber membuat
perancangan membasmi kegiatan tersebut
Senarai-PEKELILING-IKHTISAS