You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT

PROGRAM I-THINK PERTAMA 2014


SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MURNI
Tarikh
Hari
Masa
Tempat

: 10 Mac 2014
: Isnin
: 1.50 petang
: Bilik Guru SK Seri Murni

Agenda Mesyuarat :
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Kehadiran
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Ucapan Pengerusi
Ucapan Guru Besar
Perlantikan Ahli Jawatankuasa dan Senarai tugas
Perancangan Strategik
Pengurusan Fail
Hal-hal lain
Ucapan Penangguhan

Pn. Wan Salmiah Bt Ismail


En. Md Faisal B Md Salleh
En. Zamri B Saiman
Pn. Dayang Fazidah Bt Abang Mohamad Omar
Pn. Zareena Bt Othman
En. Mohd Iqbal B Abd Rahim
En. Firdaus B Ahmad Suhaimi

1. Ucapan Pengerusi
1.1

Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua guru dan Pn. Guru Besar dan
Guru Penolong Kanan 1 di atas kesudian menghadirkan diri ke mesyuarat
Program I-Think kali Pertama Tahun 2014.

1.2

Pengerusi juga mengucapkan tahniah kepada semua guru yang telah terpilih
menjadi pasukan pemandu I-Think di SK Seri Murni dan berharap pasukan
pemandu boleh membudayakan kemahiran berfikir melalui program I-Think
ini.

2. Ucapan penasihat
2.1

Pn. Guru Besar memulakan ucapan dengan kata-kata aluan. Beliau


mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang dapat menghadirkan
diri ke mesyuarat Program I-Think kali Pertama Tahun 2014.

2.2

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang terpilih sebagai


pasukan pemandu Program I-Think di SKSeri Murni. Beliau juga menjelaskan
untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan Program I-Think, latihan
secara berterusan perlu diadakan di sekolah.

2.3

Beliau berharap agar mesyuarat ini boleh menggalakkan guru menggunakan


peta pemikiran yang sesuai semasa pdp dan murid menggunakan peta
pemikiran dalam pembelajaran mereka.

3. Perlantikan Ahli Jawatankuasa dan Senarai Tugas


3.1
3.2

Pengerusi menjelaskan surat lantikan sebagai guru pasukan pemandu bagi


program I-Think akan dikeluarkan pada 14 Mac 2014.
Berikut adalah senarai tugas bagi pasukan pemandu Program I-Think
Sekolah adalah seperti berikut:i.
Sentiasa memberi bimbingan coaching dan mentoring kepada guruguru yang kurang memahami atau memerlukan bimbingan tentang
penggunaan peta pemikiran.
ii.
Memperkenalkan peta pemikiran kepada murid.
iii.
Membuat pemerhatian dan pemantauan terhadap penggunaan peta
pemikiran dalam pdp guru
iv.
Laporan dan Penilaian Program I-Think
v.
Pelaksanaan Program I-Think secara berterusan
Tindakan: Makluman

4. Perancangan Strategik
4.1

Pengerusi menjelaskan berdasarkan lampiran. (rujuk lampiran)


Tindakan: Makluman

5. Pengurusan Fail
5.1

Pengerusi menyatakan terdapat empat fail khas yang diwujudkan untuk


program I-Think iaitu:i.
Fail Surat Pekeliling
ii.
Fail Surat-menyurat (minit mesyuarat dan surat penggilan mesyuarat)
iii.
Fail Perancangan Strategik
iv.
Fail Bahan-bahan yang berkaitan dengan Program I-Think
Tindakan: Makluman

6. Hal-hal lain
6.1

6.2

6.3

En. Firdaus mencadangkan mewujudkan fail showcase di mana lembaran


kerja murid dalam bentuk peta pemikiran yang terbaik bagi setiap
matapelajaran akan dimasukkan ke dalam fail tersebut.Beliau juga
mencadangkan guru-guru boleh menampal hasil kerja murid pada sudut ithink di setiap kelas masing-masing.
Beliau berharap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan peta pemikiran
seiring dan akan dipupuk dalam setiap murid untuk meningkatkan kemahiran
berfikir dan meningkatkan daya imaginasi (berfikir di luar kotak) serta suka
bertanya. Untuk memupuk KBAT dalam setiap murid, beliau mencadangkan
pertandingan menghasilkan soalan yang bercirikan KBAT dan pemenang
akan diberi penghargaan.
Tindakan: Jawatankuasa Pemandu

Pn. Guru Besar mengarahkan agar memperbanyakkan lembaran nota bagi


kelapan-lapan peta pemikiran dan ditampal di setiap kelas supaya
mengukuhkan ingatan murid mengenai bentuk dan konsep alat pemikiran I-

Think. Beliau juga menggalakkan penggunaan peta pemikiran dalam pdp


terutamanya semasa pencerapan dan amnya semasa pdp dijalankan
Tindakan: Jawatankuasa Pemandu
6.4

En Mohd Iqbal mencadangkan agar hanya satu kelas bagi setiap tahap akan
mewujudkan sudut I-Think dan setelah perbincangan dilakukan, maka kelas 3
Murni dan 6 Rajin akan mewujudkan sudut I-Think bagi menggalakkan
penglibatan kelas-kelas lain untuk turut serta mewujudkan sudut I-Think di
setiap kelas masing-masing.
Tindakan: Makluman

6.5

En. Zamri inginkan kepastian pemantauan untuk program I-Think ini adalah
dari segi pelaksanaan program I-Think di sekolah atau dalam pdp. Pn. Guru
Besar memaklumkan pemantauan akan dibuat berdasarkan pelaksanaan
program secara menyeluruh termasuk pengurusan, pdp dan murid serta
persekitaran sekolah.
Tindakan: Makluman

6.6

Pn. Zareena mencadangkan agar guru memperkenalkan lapan isyarat tubuh


badan peta pemikiran semasa perhimpuna pagi. Pengerusi memaklumkan
aktiviti tersebut telah dimasukkan ke dalam pelan tindakan pelaksanaan
program I-Think peringkat sekolah..
Tindakan: Makluman

6.6

En. Md Faisal mencadangkan guru-guru diberi latihan dalam bengkel


pengukuhan secara berkala supaya proses penerapan kemahiran peta
pemikiran, penguasaan dan penjiwaan murid dapat dilaksanakan dengan
lancar. Beliau juga menyarankan agar pihak sekolah mengedarkan surat
siaran yang mengandungi beberapa program yang dijalankan di sekolah
dapat diedarkan sebagai hebahan dan pengetahuan kepada ibu bapa.
Tindakan: Makluman

6.7

En. Firdaus akan menyediakan risalah (pamphlet) yang mengandungi


kelapan-lapan peta pemikiran untuk disertakan bersama-sama surat siaran
tersebut.
Tindakan: En. Firdaus

6.8

Pengerusi memaklumkan sudut I-Think/papan kenyataan untuk memaparkan


maklumat yang berkaitan program I-Think telah diwujudkan di persekitaran
sekolah dan mengucapkan terima kasih kepada En. Firdaus kerana telah
menggantung carta peta pemikiran I-Think di tiang-tiang dewan sekolah.
Tindakan: Makluman

7. Ucapan Penangguhan
7.1

7.2

Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh


Jawatankuasa Pemandu dan berharap segala yang telah dirancang dapat
dilaksanakan dengan jayanya serta akan meningkatkan guru serta murid
menggunakan peta pemikiran sebagai alat berfikir.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

..

..

(PN. DYG FAZIDAH ABG MOHD OMAR)


Setiausaha Program I-Think
SK Seri Murni, Kuala Lumpur

(PN. WAN SALMIAH ISMAIL)


Guru Besar
SK Seri Murni, Kuala Lumpur

You might also like