You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI AMAN, KOTA TINGGI

MINIT MESYUARAT PENDIDIKAN KHAS 2015


BIL 1/(2015)
Tarikh

: 29 DIESEMBER 2014

Masa

: 12.15 TENGAH HARI 2.15 PETANG

Tempat

: BILIK PENDIDIKAN KHAS

Pengerusi

: ENCIK MOHAMAD SHAH BIN KERTAU KINTUS

Kehadiran(Bilangan) : 5 ORANG
Turut Hadir (Jika ada) : TIADA

1.0

PERUTUSAN PENGERUSI
Encik Mohamad Shah bin Kertau Kintus merakamkan penghargaan dan jutaan terima
kasih di atas kehadiran rakan-rakan guru di dalam Mesyuarat Pendidikan Khas kali ke
1/2015.

2.0

PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
2.1

Pengerusi mengingatkan supaya guru-guru menyediakan Rancangan


Pengajaran Harian (RPH) dan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)
sebelum bermulanya sesi persekolahan. Penyediaan RPH dan RPT tersebut
perlulah mengikut format KSSR Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.
2.2 Pengerusi memberitahu bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian
Pendidikan Khas telah mewujudkan satu sistem Rancangan Pengajaran
Individu (RPI) secara online. Guru-guru pendidikan khas dikehendaki mengisi
RPI online itu menggunakan kod sekolah JBA3035 dan kata laluannya adalah
123.

Tindakan: Pengerusi dan guru Pendidikan Khas

3.0

AGENDA
3.1 Perbincangan untuk merancang Pelan Strategik bagi tahun 2015.
3.2 Aktiviti yang dirancang pada tahun 2015

i.

ii.

iii.

iv.

Akademik
Pakar ABC
Hafal sifir
Pertandingan Bacaan Lancar
Sukan
Cadangan untuk menyertai Kejohanan Sukan Sekolah dengan
membuat kategori khas bagi kelas Pendidikan Khas seperti acara 100
meter antara murid-murid pendidikan khas sahaja.
Sukaneka
Pertandingan Pentaque
Lawatan
High 5 (terapi air)
Taman Buaya, Telok Sengat
Zoo Johor
Muzium Kota Tinggi
Jamuan Hari Jadi pada setiap enam bulan (bulan Mei dan September)

3.3 Kewangan

i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.
ix.
x.

Murid menerima Elaun Murid Khas (EMK) sebanyak 2 fasa. Iaitu sebanyak
RM900 x 2 = RM1800.
Guru perlu mengisi maklumat terkini murid secara online sebanyak 2 kali
juga.
Maklumat murid, no akaun, no OKU dan lain-lain mesti diisi dalam SISOKU
(sistem orang kurang upaya) dengan lengkap.
Puan Rohaizah binti Sulaiman memaklumkan bahawa tuntutan perjalanan
untuk aktiviti luar perlu dituntut tiga hari sebelum tarikh perjalanan.
Baki tahun semasa pada 2014 perlu digunakan sebelum tahun ini.
Kewangan peruntukan 50K bagi kerja menaik taraf pembinanan kelas
Pendidikan Khas sedang dilaksanakan dan hampir siap.
Sebaik kerja-kerja pembinaan selesai dilakukan Guru Besar akan
menandatangani peruntukan 30K bagi kerja menaik taraf tersebut.
Ramp yang diminta untuk dibina di hadapan pintu kelas masih belum
dilaksanakan begitu juga dengan kerja-kerja wiring di dalam kelas.
Aset perabot, barangan elektrik, pinggan mangkuk dan set bacaan (BBB)
masih belum dibelanjakan lagi. Baki untuk dibelanjankan adalah 15K.
Senarai perabot yang diperlukan :
- Meja & kerusi murid = 10 set
- Meja & kerusi guru = 1 set
- Rak buku bertingkat = 3 set
- Rak kasut = 1 set

xi.

xii.

xiii.

Kelas memerlukan printer seperti 3 in 1 kerana printer yang digunakan


sekarang memerlukan maintanence dakwat cartridge yang kerap dan ia
melibatkan kos yang tinggi dan mesin photostate yang agak jauh
menyukarkan guru dan PPM untuk menggunakan kemudahan tersebut.
Oleh yang demikian, kemudahan printer 3 ini 1 di dalam kelas akan
menijmatkan kos dan memudahkan kerja-kerja guru.
Bahan dan alatan bagi kegunaana kelas untuk dibeli bagi tahun 2015.
Set gosok gigi
Set Alat perkebunan
Printer 3 in 1
Tikar getah
Kain Langsir
Mop
Spray @ racun semut
Sabun pencuci pinggan
Sabun pencuci lantai
Sabun pencuci tingkap
Pewangi
Tisu
First aid
Getah paip panjang
Kemudahan ICT
Projector, Laptop dan komputer sekolah tidak dapat berfungsi
dengan baik.
Ia perlu dibaiki.

Tindakan: Pengerusi

4.0 HAL-HAL LAIN

4.1 Memberi makluman kepada ibu bapa supaya mengambil anak pulang dari
sekolah mengikut jadual waktu yang ditetapkan.
4.2 Buku pengurusan pendidikan khas perlu diwujudkan.
4.3 Visi dan misi Pendidikan Khas perlu ditampal di dalam kelas.

Tindakan: Pengerusi dan guru Pendidikan Khas

PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.15 petang

Disediakan oleh,

Disemak Oleh,

..........................................
(CIK SITI SUFIKA BINTI ABDUL AZIZ)
Setiausaha Pendidikan Khas
Tarikh : 29 Disember 2014

................................
(PN ALIJAH BINTIMUHAMMAD)
Guru Besar
Tarikh :

You might also like