You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR PUTEH

21610 Merchang, Marang, Terengganu


MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM KALI KE 2 2014
Tarikh :
Masa
Tempat

01 OKTOBER 2014 ( RABU)


:
2.30 Petang
:
Bilik Mesyuarat Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh

Kehadiran :
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13

Pn Asnat Binti A.Rashid


En. Ismaazizie Bin Ismail
En. Saipul Masri Bin Mamat
En Mohd Lotfi Bin Muhammad
En Mohd Nasirudin Bin Omar
En. Azmi Bin Yusof
En. Shaari Bin Mohd Akil
Pn Rosmawati Binti Sakdon
Pn Siti Meriam Binti Sidek
Pn Nor Azlina Binti Ngah
Pn Idaruwati Binti Ali
Pn Ema Marliana Binti Mohamad
Pn Wan Hafizam Binti Wan Mansor

- GPK Ko Kurikulum
- Guru
- Guru
- Guru
- Guru
- Guru
- Guru
- Guru
- Guru
- Guru
- Guru
- Guru
- Guru Prasekolah

1. Ucapan Pengerusi
1.1

Mengalukan kedatangan guru-guru dan ucapan terima kasih.

1.2

Menyatakan tujuan mesyuarat bagi membincangkan aktivti perkhemahan


unit beruniform peringkat sekolah.

1.3

Perlu menitikberatkan tentang keselamatan murid.


Tindakan : Makluman

2. Perbincangan Kertas Kerja Perkhemahan Unit Beruniform


2.1

Setiausaha membentangkan kertas kerja perkhemahan unit beruniform


peringkat sekolah.

2.2

Setiausaha menyatakan tarikh yang telah dipilih iaitu 9 11 Oktober


2014..

2.3

Semua ahli yang hadir bersetuju dengan tarikh perkhemahan serta


pengagihan tugas yang telah ditetapkan dalam kertas kerja.
Tindakan : Makluman

3. Perbincangan Perbelanjaan
3.1

Mesyuarat telah bersetuju mengutip RM10.00 setiap murid yang terlibat


dalam perkhemahan dan RM 30.00 bagi setiap guru sebagai sumbangan
dalam menampung perbelanjaan perkhemahan ini.

3.2

Pengerusi menerangkan setiap AJK yang diperlukan untuk


perkhemahan dan melantik ketua setiap AJK.
Tindakan : Bendahari / AJK

4. Aspek Keselamatan
4. 1

Pengerusi meminta semua guru supaya mengutamakan aspek


keselamatan sepanjang masa aktiviti perkhemahan berlangsung.

4. 2

Setiausaha akan membuat surat untuk memaklumkan kepada pihak


polis, klinik kesihatan dan jabatan terbabit mengenai aktiviti perkhemahan.
Tindakan : Makluman

5. Aktiviti Perkhemahan
5.1

Pengerusi membacakan aktiviti yang akan berlangsung semasa


perkhemahan seperti kawad kaki, memasak, senamrobik, malam
kebudayaan, pertolongan cemas, burung hantu dan sebagainya.

5.2

Setiap jawatankuasa yang telah dilantik diminta membuat


perbincangan dengan ahli-ahlinya.
Tindakan : Penyelaras Kumpulan

6. Hal-hal lain
6.1

Pn Asnat memaklumkan bahawa program TID Gimnastik akan dibuat di


Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payung yang mana ia melibatkan
murid tahun 4 seramai 4 orang sahaja. Surat akan menyusul kemudian.

6.2

Beliau juga meminta guru yang terlibat dalam ujian SEGAK di minta
menghantar keputusan ujian itu kepadanya untuk dihantar ke PPD
sebelum 12 Oktober 2014.

6.3

Selain itu beliau juga memberitahu bahawa pada tahun ini, projek Inovasi
boleh dilaksanakan yang mana peruntukan telah diberikan sebanyak RM
450.00 untuk menjalankannya.

6.4

Akhir sekali, beliau menetapkan Hari Anugerah Kecemerlangan Murid


pada tahun ini adalah pada 17 November 2014 bersamaan hari isnin.
Tindakan : Makluman / Guru

7. Ucapan Penangguhan
7.1

Pengerusi berharap segala yang dirancang akan dapat dilaksanakan


dengan jaya.

7.2

Kutipan yuran pendaftaran dikutip oleh bendahari.

7.3

Perlu ada pelan B jika keadaan cuaca tidak mengizinkan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Disediakan oleh,
.
(ISMAAZIZIE BIN ISMAIL)
Setiausaha Kokurikulum,
Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh,
21610 Merchang, Marang,
Terengganu

You might also like