You are on page 1of 6

SITI WAHIDA BINTI WAHAB

7 PISMP PJ

ANALISIS
Berdasarkan Baron dan Richardson (1994) mendefinisikan keagresifan sebagai apa
saja bentuk tindakan dan perlakuan yang bermatlamat yang menyebabakan kecederan
ke atas benda hidup dan bermotivasi untuk mengelakkan diri dari kecederaan (Wann
1997) pula memberikan definisi keagresifan sebagai satu tindakan yang bermatlamat
untuk mengakibatkan kecederaan secara fizikal, verbal atau psikologikal ke atas
seseorang yang bermotivasi untuk mengelakkan diri dari dicederakan atau perbuatan
yang mendatangkan kemerosotankepada harta benda yang berpunca dari kemarahan.
Hasil dapatan kajian yang telah di kaji di dalam artikel yang dipilih, keagresifan dalam
sukan terjadi apabila seseorang atlet mempunyai kecenderungan yang mendalam
terhadap sesuatu bidang sukan yang diceburi berbanding atlet yang mempunyai minat
yang biasa. Setiap pemain pasti aka berasa bimbang semasa menghadapi perlawanan
tidak kira ia atlet bertaraf profesional mahupu amatur. Saharudin ( 2001) menyatakan
bahawa semakin tinggi tahap kebimbangan maka semakin rendah tahap pencapaian
yang bakal diperoleh.
Terdapat dua bentuk keagresifan yang berlaku dalam sukan iaitu instrumental dan
bermusuhan. Keagresifan instrumental menyebabkan berlakunya kecederaan kepada
pemain-pemain pihak lawan. Bukan untuk melihat pemain lawannya teraniaya dan
mengalami kecederaan tetapi untuk mencapai matlamat sama ada sebagai ganjaran
atau maruah diri. Dikenali sebagai tingkah laku assertif dalam psikologi sukan
(Husmandan Silva, 1984) kerana pemain bermain mengikut peraturan dengan intensiti
dan emosi yang tinggi tanpa berniat untuk mencederakan sesiapa. Dikatakan tidak
agresif kerana matlamatnya adalah untuk mencapai kemenangan seperti melakukan
tackling untuk mendapatkan bola dalam permainan bola sepak. Keagresifan
bermusuhan pula berniat untuk menyakitkan seseorang secara fizikal atau psikologikal
(Dollard, et al.,1939). Pemain menetapkan matlamat untuk mencederakan pemain
pihak lawan dan menyebabkan pemain tersebut teraniaya. Satu siri perlakuan secara
sengaja dengan mengasari pemain lawan dan ia adalah terkeluar daripada peraturan
atau undang-undang perlawanan. Banyak berlaku dalam sukan seperti hoki, ragbi dan
tinju. Ramai jurulatih berpendapat bahawa sikap agresif kadang kala diperlukan apabila

SITI WAHIDA BINTI WAHAB


7 PISMP PJ

bertanding dalam sukan kontak seperti ragbi, bola sepak, bola keranjang, bola faring
serta sukan kombat (silat olahraga dan tae kwan do). Bagi kebanyakan jurulatih,
bermain secara agresif dalam sukan sedemikian memberikan kelebihan untuk
mengatasi lawan. jika kita melihat persoalan ini dari sudut kebangkitan (fisiologi dan
emosi) dengan menggunakan pendekatan U-Terbalik, jelas sekali bahawa individu yang
terlalu tinggi tahap kebangkitannya khususnya mereka yang

terlalu agresif

akan

mempunyai tumpuan yang semakin kecil jika dibandingkan dengan mereka yang
sederhana

tahap

kebangkitannya.

Sudah

pasti

individu

yang

tinggi

tahap

kebangkitannya akan kehilangan beberapa kiu penting sepanjang perlawanan tersebut.


Kesannya, pemain tersebut akan melakukan kesilapan yangmungkin membawa padah
kepada pasukannya. Satu perkara yang perlu kita ingat adalah setiap jenis sukan
memerlukan tahap kebangkitan yang sesuai serta berbeza dari sukan yang lain untuk
mendapatkan tahap prestasi yang terbaik. Dalam kajian yang melihat kesan gangguan
serta provokasi penonton ke atas pemain bola keranjang, Silva (1979) mendapati
pemain yang tidak terganggu dengan gangguan tersebut menunjukkan prestasi serta
kemahiran motor yang baik jika dibandingkan dengan mereka yang terganggu. Prestasi
pemain yang terganggu menurun kerana rasa marah serta tahap kebangkitan yang
keterlaluan menyebabkan mereka menjadi lebih agresif sehingga mengurangkan
tumpuan terhadap permainan.Namun, keagresifan juga boleh menyebabkan atlet
meningkatkan kebangkitan dalam dirinya untuk bermain dengan lebih bersemangat.
Kebangkitan ataupun juga disebut sebagai arousal, drive, activation, readiness dan
excitation adalah keperluan dalaman yang diperlukan atlet dalam sesuatu persembahan
sukan yang optimum.Pergerakan, pemikiran dan tindak balas yang mencukupi boleh
didapati sekiranya atlet mempunyai kesediaan dari aspek fizikal dan psikologi. Apabila
seseorang atlet menjadi agresif, dua faktor utama yang menyumbang kepada
berlakunya kebangkitan iaitu fungsi struktur otak dan juga sistem saraf autonomik yang
melibatkan cerebral cortex, hipotalamus dan reticular formation. Setelah perkara ini
terjadi maka keagresifan mengaktifkan kelenjar adrenal lalu merembeskan hormon
epinephrine yang memberi tenaga kepada atlet. Sebagai contoh, apabila seseorang atlit
menjadi

agresif,

arousalakan

mula

dibangkitkan

dalam

dirinya

menyebabkan

peningkatan dalam prestasi persembahannya. Bila diperhatikan perlakuan agresif yang

SITI WAHIDA BINTI WAHAB


7 PISMP PJ

ditunjukkan oleh pemain yang terlibat dalam sukan, kita akan dapati perlakuan tersebut
didorong oleh beberapa sebab tertentu. Untuk memudahkan pemahaman kita tentang
keagresifan dan kaitannya dengan peningkatan prestasi atlet, perlulah kita melihat
jenis- jenis keagresifan yang wujud dalam sukan. Jenis keagresifan yang pertama
adalah keagresifan ketara. Keagresifan ketara merujuk kepada tindakan agresif yang
berpunca dari rasa marah dengan matlamatuntuk mencederakan individu lain (ataupun
objek) serta dengan niat untuk melihat individu tersebut mengalami kesakitan dan
ganjarannya pula (kepuasan) adalah melihat individu tersebut terseksa dengan
kesakitan yang dialaminya (Silva, 1984). Contohnya, seorang pemain penyerang telah
dikasari sepanjang perlawanan oleh seorang pemain pertahanan pasukan lawan
dengan cara yang agak kasar, tetapi perlakuan kasar tersebut tidak dihukum oleh
pengadil. Oleh kerana terlalu marah, penyerang ini telah menyiku muka pemain
pertahanan lawan tersebut (mendatangkan kecederaan) semasa perebutan bola
dengan niat untuk membalas dendam (mengakibatkan kesakitan). Tindakan ini
dikategorikan sebagai keagresifan ketara kerana tindakan yang dibuat oleh penyerang
tadi berdasarkan rasa marah dengan matlamat untuk mencederakan pemain
pertahanan tersebut. Niatnya pula, untuk mengakibatkan kesakitan kepada pemain
pertahanan tersebut dan ganjarannya (kepuasan) pula adalah melihat pemain tersebut
menanggung derita (seksa) kesakitan akibat tindakannya itu. Keagresifan seperti ini
tidak member kesan yang baik dalam peningkatan prestasi, malah prestasi permainan
akan merudum kerana pemain tidak memberi tumpuan kepada permainan dan tidak
fokus kepada permainan tersebut. Jenis keagresifan yang kedua adalah keagresifan
instrumental. Keagresifan instrumental merujuk kepada

sesuatu tindakan

dengan

niat untuk mencederakan individu lain bermatlamat untuk mendapatkan faedah atau
ganjaran luaran seperti kemenangan, hadiah atau pangkat. Individu yang bertindak
agresif tadi melihat tindakantersebut sebagai "instrumental" (perlu dilakukan) untuk
mencapai matlamatnya.Contohnya tindakan agresif seorang pemain pertahanan ke
atas pemain penyeran gpasukan lawan dengan niat untuk mencederakan pemain
tersebut agar beliau tidakdapat beraksi dengan baik seperti menjaringkan gol atau
membuat hantaran kepada rakannya yang lain. Matlamat utama pemain pertahanan ini
untuk memastikan pasukannya memenangi perlawanan tersebut. Dalam contoh ini, niat

SITI WAHIDA BINTI WAHAB


7 PISMP PJ

untuk mencederakan (penyerang pasukan lawan) masih ada tetapi matlamat utama
pemainpertahanan tersebut untuk memenangi perlawanan itu. Perlu ditegaskan di sini
bahawa kedua-dua jenis tindakan agresif tersebut sebenarnya salah serta tidak boleh
diterima dalam konteks sukan. Ini kerana niat untuk mencederakan pemain pasukan
lawan masih ada sedangkan tindakan ini bersalahan dengan peraturan jenis sukan.
Penggunaan strategi ini dalam permainan disemua peringkat, khususnya di peringkat
profesional (tertinggi) perlu dibanteras kerana tindakan pemain profesional ini lazimnya
akan menjadi ikutan pemain muda.Jenis tindakan agresif yang ketiga ini sering kali
disalah tafsirkan maksudnya kerana kita jarang sekali menggunakan istilah ini dalam
konteks sukan. Tindakan yang dimaksudkan ini dikenali sebagai tindakan asertif.
Tindakan asertif merujuk kepada penggunaan fizikal atau verbal dengan cara yang
dibenarkan (mengikut peraturan permainan) untuk mencapai sesuatu matlamat
(kemenangan). Dalam konteks ini, niat untuk mencederakan individu yang lain tidak
timbul sama sekali. Jika kecederaan berlaku akibat tindakan asertif, ia tidak, boleh
dikira sebagai satu tindakan yang agresif kerana tindakan tersebut dibenarkan mengikut
peraturan permainan dan tiadanya niatuntuk mengakibatkan kecederaan kepada
pemain lawan. Contohnya, penggunaan tackle untuk mengehadkan pergerakan atau
merampas bola dari pemain lawan dalam permainan ragbi dibenarkan serta termaktub
dalam peraturan permainan tersebutselagi cara tackle tersebut dilakukan tidak
menyalahi peraturan. Bagaimanapun, jika berlakunya kecederaan kepada pemain
pasukan lawan akibat tackle bersih yangdilakukan, ia tidak dianggap sebagai tindakan
yang agresif kerana ia dilakukan dengan bersih serta mengikut peraturan tanpa ada niat
untuk mencederakan pemain lawan.
Dalam situasi pertandingan, tugas untuk memastikan sama ada sesuatu perlakuan itu
dianggap

sebagai

perlakuan

yang

agresif

atau

asertif

terletak

di

tangan

pengadil. Adalah sesuatu yang amat sukar untuk menilai niat seseorang pemain apabila
mereka melakukan sesuatu tindakan dalam konteks permainan kerana ia berlaku
dengan pantas, khususnya dalam sukan yang bercorak dinamik serta kemahiran
terbuka (open shills). Jika sesuatu tindakan yang asertif dilakukan tetapi dinilai oleh
pengadil sebagai satu tindakan yang agresif, maka pemain tadi akan dihukum
walaupun beliau tidak berniat untuk mencederakan lawannya. Sebaliknya, jika

SITI WAHIDA BINTI WAHAB


7 PISMP PJ

seseorang pemain memang berniat untuk mencederakan pernain lawan tetapi tindakan
beliau tidak dianggapsebagai keterlaluan oleh pengadil, maka beliau terlepas dari
hukuman.
BIBLIOGRAFI
Bandura, A., 1973. Aggression: A Social Learning Analysis. Englewood Cliffs, N
J:Prentice Hall.
Baron. R. A. dan Richardson, D. R., (1984). Human Aggression.New York:Plenum
Dollard, J., Doob, J., Miller, N., Mowrer, O. dan Sears, R. (1939).Frustration
and Aggression.New Haven, CT: Yale Universiti Press.
Gill, D. L, (1986). Psychology of Sports: A Social Psychology Approach. Dubuque,
IA:William C. Brown.
Mohd

Taib

Bin

Harun,

Dr.Norlena

bt

Salamuddin.

(2007).HBPE

1203

Kecergasan Fizikal. Kuala Lumpur: Meteor Doc. Sdn. BhdPaish, W. (1974).


Introduction to Atheletics. London:
Faber & Faber Peter JL Thomson.Introduction to Coaching Theory. International
Amateur Atheletic Federation . England: Marshallart Print Servises LTD.
Seyle, H. (1982 ). History and present status of the stress concept . In S. Breznitz &
L.Goldberger (Eds),Handbook of stress: Theoretical and clinical as pects. NewYork:
Free Press.
Silva, J. M., (1980). Understanding aggressive behavior and its effects upon
athletics performance . In W. F. Straub (Ed.), Sport Psychology: An Analysis o
Athlete Behavior. Edisi Kedua. Ithaca, NY: Mouvement.
Thirer, J., (1993).Aggression, In R. N. Singer, M. Murphey, L. K. Tennant (Eds.),
Handbook of Research on Sport Psychology, hlm. 368-378. New York:Macmillan.

SITI WAHIDA BINTI WAHAB


7 PISMP PJ

Widmeyer, W. N., (1984). Aggression performance relationships in sport . In J.


M.Silva dan R. S. Weinberg (Eds.), Psychological Foundations of Sport, hlm. 274-286.
Champaign, IL: Human Kinetics.

You might also like