You are on page 1of 2

Definisi Nilai

Matlamat dan tindakan tertentu yang dilaksanakan oleh seeorang


ditentukan oleh nilai. Ini kerana nilai merupakan satu prinsip atau garis
panduan yang menyediakan anggota masyarakat untuk menjalani
kehidupan.
Menurut Clyde Kluckhohn, nilai adalah suatu standard yang agak
berkekalan dari segi masa, atau dalam pengertian yang luas, suatu
standard yang mengaturkan satu sistem perlakuan. Beliau juga
menaktifkan nilai sebagai satu `preference', iaitu sesuatu yang lebih
disukai, baik mengenai hubungan sosial, mahupun mengenai
matlamat-matalamat serta ikhtiar untuk mencapainya.
Secara amnya, nilai merupakan sesuatu yang sangat dikehendaki
melibatkan unsur penglibatan dan pemilihan. Ini kerana kebanyakan
tingkahlaku yang dipilih melibatkan nilai, indiivdu yang berkenaan atau
nilai kelompoknya.
Justeru itu pemilihan nilai-nilai adalah penting bagi prsoes
pembangunan.Penghasilan nilai-nilai ini akan mengakibatkan pihak lain
mengecap kita sebagai masyarakat membangun yang tidak bermoral.
Penerapan nilai-nilai murni ini haruslah bersifat menyeluruh dan
melibatkan setiap orang kerana tingkahlaku/nilai indiivdu
mencerminkan nilai keseluruhan rakyat Malaysia.

Fungsi Nilai
- Bertindak sebagai ukuran yang membantu individu mengenalpasti
kedudukannya dalam sesuatu isu atau moral.
- Sebagai tunjuk arah bagaimana dia patut berkelakuan terhadap
orang lain & untuk menilai tingkah laku sendiri serta orang lain.
- Sebagai dasar untuk menentukan apakah yang harus dicabar,
dihujah, diubah @ dipertahan.
- Sebagai panduan untuk menyelesaikan konflik dan membuat
keputusan.

Jenis-jenis Nilai
Nilai instrumental kualiti sama ada diingini (dikehendaki atau
patut dimiliki) atau tidak sebagai alat mencapai matlamat atau nilai
lain.

Nilai intrinsik kualiti yang diingini atau tidak sebagai sesuatu


yang muktamad.
Nilai subjektif kualiti diingini dan lebih disukai atau yang didapati
tidak diingini penutur.
Nilai objektif kualiti berharga atau bernilai sama ada lebih disukai
atau tidak dan bebas daripada kecenderungan atau ketamaan penutur.
Nilai relatif nilai dingini atau tidak diingini sebagai alat peraturan
masyarakat untuk mencapai matlamat masyarakat yang muktamad.
Nilai mutlak nilai yang kebaikannya tidak bergantung kepada
situasi atau peraturan khusus sesebuah masyarakat.

You might also like