You are on page 1of 1

Anda sebagai ketua kampung diminta menulis surat kepada Jabatan Bekalan Air kerana bekalan air di kampung

anda sering terggangu.


Ketua Kampung
Kampung Bukit Kelulut,
28000 Temerloh,
Pahang. Darul Makmur
___________________________________________________________________________________________
Tuan Pengarah
Jabatan Bekalan Air Temerloh,
28000 Temerloh,
Pahang. Darul Makmur.

20 APRIL 2012

Tuan,
Gangguan Bekalan Air Paip
Berhubung perkara di atas, saya Riduan bin Ramli selaku ketua kampung Kampung Bukit Kelulut ingin membuat
aduan tentang gangguan bekalan air paip yang sering berlaku sejak beberapa minggu kebelakangan ini.
2.
Gangguan bekalan air ini telah menimbulkan banyak masalah kepada penduduk kampung ini. Antara
masalah tersebut ialah kesukaran untuk mendapatkan air bagi kegunaan harian seperti mandi, membasuh,
memasak dan lain-lain lagi.
3.
Oleh sebab itu, penduduk kampung ini terpaksa menggunakan sumber air alternatif yang tidak dirawat
seperti air sungai, air parit atau air perigi untuk dijadikan air minuman dan pelbagai kerja yang lain. Selain
menyusahkan mereka, punca-punca air ini juga tidak terjamin daripada segi kesihatan. Ini kerana lokasi kampung
ini yang berhampiran dengan kawasan industri dan bandar boleh menyebabkan pencemaran air berlaku.
4.
Sejak akhir-akhir ini, penduduk kampung mula mengeluh kerana pelbagai penyakit telah
menyerang mereka. Antara penyakit tersebut ialah demam, selsema dan penyakit kulit. Saya bimbang keadaan ini
berpunca akibat penggunaan air yang telah tercemar.
Saya sebagai wakil penduduk kampung berharap pihak tuan mengambil tindakan segera akan masalah yang
dilaporkan ini. Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,
...................................
(RIDUAN BIN RAMLI)
Ketua Kampung Bukit Kelulut,
28000 Temerloh,
Pahang. Darul Makmur

You might also like