You are on page 1of 6

HURAIAN P&P BERDASARKAN MODEL ASSURE

A - Analyse learner (Analisis pelajar)


Ciri-ciri umum
Dalam rph yang telah saya rancang sasaran saya ialah murid-murid yang berumur 7
tahun. Murid mempunya pengetahuan sedia ada berkaitan tajuk kerana pernah
mempelajarinya semasa Pra Sekolah. Maka rph ini sesuai untuk semua murid yang
berlatar belakang sosio ekonomi berbeza.
Gaya pembelajaran
Kebanyakkan murid pada masa kini lebih suka menonton video kerana ia menarik.
murid lebih suka belajar dengan meneroka, berbincang dan mengalami. Mereka akan
bosan jika pengajaran yang bersifat akademik dan hanya berpandukan kepada guru ..
Rph yang berfokuskan video menaikkan semangat dan rasa ingin tahu dan murid akan
berfokus,
Rph ini merangkumi aktiviti secara kumpulan iaitu

lakonan berdasarkan apa yang

dilihat dalam video dan dibaca. Maka ia merupakan aktiviti yang melibatkan
penggunaan semua deria dan juga mengintegrasikan aktiviti psikomotor melalui aksi
dan pergerakan.
Murid-murid juga dapat mengingati apa yang diajar untuk tempoh waktu yang lebih
lama kerana semua aktiviti yang dirancang adalah menarik dimana ia memberikan
pengalaman pembelajaran.

S - State objective
Setiap

aktiviti

dalam

(nyatakan objektif)
rph

dan

penggunaan

merealisasikan opbjektif yang teloah ditentukan.

media

adalah

untuk

membantu

Objektif telah ditentukan adalah

berdasarkan kumpulan sasaran murid sebanyak 24 orang. Berdasarkan rph yang telah
rancang,

Pada akhir pembelajaran murid-murid dapat:


a. Menamakan bentuk segiempat sama,segi empat
tepat,segitiga dan bulatan dengan betul dan tepat.
b. Membezakan bentuk dua dimensi (2D) yang ada
garis lurus sisi melengkung dengan betul.
Objektif yang telah ditentukan adalah sesuai untuk semua murid tidak kira murid lemah
dan bijak. Pencapaian objektif juga ditentukan berdasarkan apa yang murid-murid akan
lihat dalam media yang disediakan. Perbincangan dan persembahan adalah
berdasarkan video. Mengikut objektif yang telah ditentukan pada akhirnya murid-murid
dikehendaki menyelesaikan lembaran kerja yang disediakan. Maka BBM yang
disediakan dapat membantu murid menyelesaikan lembaran kerja yang disediakan.

S - Select, modify or make media ( pilih, baiki atau bina media)


Memilih kaedah

kaedah soal jawab - guru akan membimbing menerangkan set


induksi melalui kaedah soal jawab contohnya Apakah yang anda
telah dengar.
kaedah penerangan- akan digunakan apabila perlu dimana
murid-murid meminta menjelaskan sesuatu.

Memilih media

Kesemua media yang telah dipilih bertujuan untuk mengendalikan


langkah-langkah dalam rph dengan baik iaitu set induksi,
perkembangan dan penutup.
AUDIO - Apabila mendengan bunyi-bunyi haiwan kesayangan
tersebut sudah tentu murid akan dapat meneka dengan betul dan
mereka akan tahu bahawa mereka akan mempelajari sesuatu
berkaitan dengan haiwan kesayangan.
POSTUR 2D Postur

yang mengandungi gambar haiwan-

haiwan kesayangan adalah untuk merangsang murid untuk


membincang tentang pengalaman mereka berkaitan dengan

pemeliharaan haiwan kesayangan dalam rumah masing-masing.


VIDEO - Ia memberi idea dan maklumat melalui gambar dan
rakaman video supaya ,murid dapat memahami dengan lebih
jelas. Video yang telah disediakan juga mempunyai bahasa yang
mudah

difahami,

suara

yang

jelas,

dan

muzik

yang

menyemarakkan semangat iaitu dapat mencetuskan motivasi dan


bagus kualitinya dari segi teknikal.
PERSEMBAHAN

POWER

POINT-

Digunakan

untuk

mengendalikan pertandingan.
kertas majong.

Kertas majong adalah mudah didapati dan juga mudah digunakan


oleh murid-murid.

U - USE MEDIA (GUNAKAN MEDIA)


Aspek dalam langkah ialah semak/ pratonton/kaji bahan, sediakan bahan untuk
penggunaan dalam kelas, sediakan persekitaran yang sesuai untuk penggunaan,
sediakan pelajar untuk mendapat manfaat daripada bahan sumber, dan sediakan
pengalaman pembelajaran bagi pelajar.
Mengikut rph ini media yang telah disediakan seperti video dan audio melibatkan
penggunaan pembesar suara dan LCD. Oleh itu, guru dikehendaki mencubanya
sebelum ke kelas supaya ia berfungsi dengan baik semasa sesi pelajaran yang
sebenar. Bahan-bahan media yang telah dipilih dan disediakan juga sesuai mengikut
kumpulan murid-murid tahun 5.
Segala langkah-langkah dalam rph ini juga telah diatur dengan teratur mengikut
penggunaan bahan media supaya wujudnya peralihan dari senang kepada susah.
Selain itu guru juga dikehendaki memastikan suasana bilik darjah efektif dan sesuai.
contohnya kelas 5

berdekatan dengan kantin sekolah. Maka suasana yang bising

boleh berlaku dan menggangu sesi pengajaran dimana bunyi dalam audio dan video

mungkin tidak dapat didengar oleh murid-murid. Maka wajar untuk guru membawa
mereka ke bilik ICT kerana proses pengajaran dapat dijalankan dengan tenteram dan
tanpa sebarang gangguan luar. Ia juga baik untuk mengendalikan kelas dalam bilik ICT
kerana bilik tersebut sedia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang diperlukan
menurut RPH ini iaiatu LCD, computer dan pembesar suara.

R - Require learner participation (Penglibatan murid dalam


Pembelajaran)
Audio

Dalam set induksi murid-murid mendengar dengan teliti audio yang


dipaparkan dan meneka apakah bunyi-bunyi yang telah mereka
dengar. Set induksi ini akan menarik minat murid dan mereka akan
lebih tertumpu kepada pelajaran untuk mengetahui apakah yang
mereka akan belajar pada hari tersebut.

Postur

Seterusnya mereka melihat postur dan memberitahu idea dan


pengalaman mereka berkaitan haiwan-haiwan kesayangan yang
mereka lihat dalam postur itu.

Video

Selepas menonton video murid berbincang dalam kumpulan


mengenai isi video. Murid harus menyatakan apa yang ditonton
dalam kedua-dua video. Video bergambar telah membanthu untuk
membuat lakonan dimana ia telah memberi sebuah gambaran
mengenai bagaimana hendak melakonkannya.Lakonan bersifat
lebih kinestatik dan murid akan seronok menonton rakan-rakan
mereka memegang watak sebagai haiwan. Melalui p&p yang
berfokuskan kepada video ia akan membantu murid mengekalkan
perhatian kepada topik pelajaran itu dan murid tidak akan
mengagihkan fikiran.
Apabila murid menonton video maka pembelajaran melalui visual
membolehkan mereka mengingati isi pelajara untuk tempoh waktu

yang lebih lama. Maka mudah untuk menulis karangan.

Persembahan

Dalam aktiviti kumpulan mereka berbincang dalam kumpulan yang

power point.

dan mengambil bahagian melalui pembentangan hasil kerja dan


lakonan.

Dalam rph ini ia menyediakan pengalaman pembelajaran yang seronok bagi


murid-murid kerana ia meliputi kaedah lakonan yang diperlakonkan oleh murid-murid
sendiri , perbincangan di kalangan mereka di mana mereka dapat menukar pandangan
dan idea masing-masing serta pembentangan yang diselitkan di setiap langkah dalam
rph ini.

E - Evaluate materials (menilai)


Dalam rph yang telah dirancang murid-murid dinilai pada setiap langkah contohnya :
Video

Mengisi lembaran kerja 1.


Memahami isi-isi penting yang ditonton untuk digunakan dalam karangan.
Ia dapat menguji sama ada mereka telah memahami video yang ditonton
dan menumpukan perhatian dengan baik.

Petikan

Membaca, memahami dan menyenaraikan serta membentangkan apa

yang dibacanya kepada ahli kumpulan lain.


Penilaian menyeluruh menulis karangan bertajuk Cara-cara memelihara haiwan
Kesayangan. Dengan ini guru dapat mengenalpasti kelemahan dan kekuatan pada
teknik yang digunakan disamping membuat pemerhatian pada keberkesanan aktivitiaktiviti yang dirancang dalam rph iaitu menentukan sama ada murid-murid seronok
menyertai ataupun tidak.
Sebagai kesimpulan, dapat dikatakan bahawa model assure adalh panduan terbaik
kepda guru-guru dalam merancang rph yang melibatkan penggunaan bahan media.
RPH yang telah dibuat berpandukan model assure akan membolehkan proses
pengajaran tersebut berkesan kepada murid-murid kerana rph tersebut adalah
menyeluh dan teliti serta membawa kebaikkan kepada murid-murid dari segi
penglibatan. Dengan ini murid-murid dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan dan
melaluinya dapat meningkatkan kemahiran murid mengikut sukatan matapelajaran yang
telah dikehendaki