You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU

KALI PERTAMA
TAHUN 2015
Tarikh

: 30 Disember 2014

Hari

: Selasa

Masa

: 8.00 pagi - 9.00 pagi

Tempat

: Bilik Kuliah

Kehadiran :
1. En. Bong Sin Choy

Guru Besar

2. Pn. Sin Yoke Koon

GPK 1

3. Pn. Yap Kwan Ho

GPK HEM

4. Cik Leong Kim Yeng

GPK Kokurikulum

5. Pn. Siti Husna Bt. Mohd Basir

Ketua Panitia

6. XXX

Setiausaha

7. Cik Low Kai Xin


8. Pn. Siow Sin Yee
9. Cik Gan Shai Lee
AGENDA MESYUARAT
1.0

UCAPAN PENGERUSI

1.1

Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran semua guru.

1.2

Pengerusi menjelaskan bahawa mesyuarat diadakan adalah untuk membincangkan hal-hal yang
berkaitan dengan panitia Bahasa Melayu dan mesyuarat dapat dijalankan dengan lancar dan
mendapat kata putus yang sewajarnya.

1.3

Berharap pada tahun ini akan berlaku peningkatan dalam mata pelajaran ini.

1.5

Menerangkan tentang dasar dan polisi Kementerian Pelajaran iaitu Program NKRA iaitu Program
LINUS, MBMMBI dan Kelas Pemulihan Bahasa Melayu.

1.6

Menekankan tentang visi dan misi sekolah pada 2014 serta usaha yang diperlukan oleh semua
guru untuk menjayakannya.

2.0

MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT PANITIA YANG


LALU

2.1.

Pn.Siti Husna selaku Setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang lalu.

2.2

Cik Gan Shai Lee mencadangkan minit mesyuarat yang lalu disahkan. Sokongan oleh Pn. Siow
Sin Yee.

3.0

HALA TUJU PANITIA BAHASA MELAYU

3.1

Meningkatkan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan guru dan murid-murid terutama
sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

3.2

Meningkatkan pencapaian murid-murid dalam menguasai subjek Bahasa Melayu bagi tahun
2015.
Tindakan : Semua guru

4.0

ANALISIS PEPERIKSAAN UPSR TAHUN 2014

4.1

Seramai 54 orang calon telah menduduki UPSR pada tahun 2014. Seramai 5 orang telah
mendapat 7A, 2 orang mendapat 6A, 4 orang mendapat 5A, 8 orang mendapat 4A dan 3 orang
mendapat 3A. 4.1.1

4.2

Subjek Bahasa Melayu (Pemahaman)

4.3

4.4

4.2.1

Seramai 20 orang memperoleh A berbanding tahun 2013 hanya 19 orang. Ini


menunjukkan peningkatan bilangan A dalam subjek tersebut.

4.2.2

Manakala bagi gred B dan C menunjukkan penurunan pada tahun 2014 iaitu seramai
seorang daripada 10 orang pada tahun 2013 dan penurunan sebanyak 6 orang berbanding
tahun sebelumnya seramai 11 orang mendapat gred C.

4.2.3

Bagi gred D juga menunjukkan peningkatan yang tinggi iaitu seramai 17 orang
berbanding tahun sebelumnya hanya 10 orang sahaja yang mendapat gred D. Begitu juga
dengan gred E, pada tahun yang lalu hanya 2 orang sahaja akan tetapi pada tahun 2014
gred E telah mencapai 3 orang.

4.2.4

Peratusan murid yang lulus pada tahun 2013 adalah 76.9% manakala pada tahun 2014
adalah 63%. Ini menunjukkan perbezaan yang sangat ketara sebanyak -13.9%.

Subjek Bahasa Melayu (Penulisan)


4.3.1

Seramai 22 orang memperoleh A berbanding tahun 2013 seramai 24 orang memperoleh


gred A. Ini menunjukkan penurunan bilangan A dalam subjek tersebut seramai 2 orang.

4.3.2

Pada tahun 2104 telah berlaku penurunan seramai 4 orang bilangan murid berbanding
tahun sebelumnya seramai 17 orang yang memperolehi gred B. Namun demikian, bagi
gred C pula, terdapat sedikit peningkatan seramai 3 orang berbanding pada tahun
sebelumnya hanya 4 orang sahaja yang memperolehi gred C.

4.3.3

Bagi gred D pula, tiada perubahan bilangan murid iaitu masih kekal seramai seorang
sahaja. Namun demikian, bagi gred E pula, berlaku peningkatan yang membimbangkan
iaitu seramai 5 orang berbanding tahun sebelumnya menjadikan jumlahnya pada tahun
2014 seramai 11 orang.

4.3.4

Peratusan murid yang lulus pada tahun 2013 adalah 86.5% manakala pada tahun 2014
adalah 77.8%. Ini menunjukkan perbezaan sebanyak -8.7%.

Penurunan yang banyak dalam subjek Bahasa Melayu sangat membimbangkan. Oleh yang
demikian semua guru bahasa Melayu teruatam guru Tahun 6 perlu mengambil tindakan yang
drastik bagi meningkatkan semula pencapaian murid-murid pada tahun 2015.
Tindakan : K.Panitia, Guru Tahun 6

5.0

PROGRAM INTERVENSI TAHUN 6

5.1

Menjadikan beberapa murid harapan sebagai anak angkat dan memberikan latihan intensif kepada
murid-murid tersebut.

5.2

Bertemu murid-murid seawal 7.00 pagi hingga 7.20 pagi bagi memberikan bimbingan kepada
murid-murid dalam subjek Bahasa Melayu.
Cadangan : Pn. Siow Sin Yee

5.3

Kelas tambahan pada waktu petang (seminggu satu kali) dan kelas tambahan pada hari Sabtu.
Tindakan : Guru B.Melayu tahun 6

6.0

PAPAN KENYATAAN

6.1

Setiap guru bertugas perlu menukar bahan di papan kenyataan mengikut jadual ditetapkan.

6.2

Bahan-bahan tersebut perlulah bahan ilmiah dan sesuai dibaca oleh setiap golongan masyarakat.
Tindakan : Semua guru

7.0

BAHAN BANTU MENGAJAR

7.1

Duit peruntukan bagi panitia belum diketahui lagi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

7.2

Membeli Kamus Dewan (sebuah), Kamus Tatabahasa Dewan (sebuah) dan Kamus Bahasa
Melayu SJKC (6 buah) melalui perpustakaan sekolah.
Tindakan : Pn. Siow Sin Yee (guru perpustakaan)

8.0

LATIHAN KEPADA MURID-MURID

8.1

Ejaan

8.2

8.1.1

Setiap guru Bahasa Melayu ditugaskan menyediakan kosa kata mengikut darjah yang
telah diberikan. Kosa kata tersebut berpandukan buku teks. Selain itu, guru perlulah
mengajar perkataan tersebut dalam tempoh yang ditetapkan.

8.1.2

Setiap minggu perlu diberikan latihan ejaan sekurang-kurangnya seminggu sekali dan
sekurang-kurangnya 3 perkataan dan tidak lebih daripada 10 perkataan seminggu.

8.1.3

Setiap guru diberi kebebasan dalam memberikan latihan ejaan kepada murid-murid akan
tetapi mestilah mematuhi kosa kata yang telah disediakan.

Tumpuan Latihan
8.2.1

Bagi tahap 1, tumpuan latihan adalah tatabahasa serta pemahaman. Murid-murid perlu
diajar dengan betul penggunaan tatabahasa dalam ayat serta cara-cara menjawab soalan
pemahaman serta cara mengesan jawapan daripada petikan.

8.2.2

Bagi tahap 2, tumpuan diberikan kepada latihan mengarang. Pastikan karangan yang
diajar adalah berpandukan kepada buku teks. Tekankan latihan penulisan Bahagian A, B
dan C. Bantu murid-murid memahami dan menjawab soalan karangan dengan cara yang
lebih mudah.
Tindakan : Semua guru

9.0

BULAN BAHASA MELAYU

9.1

Semua pertandingan berkaitan bahasa Melayu diadakan dalam Bulan Bahasa Melayu. Tujuan
Bulan Bahasa Melayu ini diadakan adalah untuk memudahkan pemilihan peserta sempena
Karnival Bahasa Melayu serta Pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis (Piala Perpaduan).

9.2

Selain itu, ini dapat memudahkan para guru menyelesaikan semua pertandingan bahasa Melayu
sebelum akhir tahun.
Tindakan : K.Panitia

10.0

KELAS PEMULIHAN

10.1

Kelas Pemulihan Bahasa Melayu (KPBM)


10.1.1 Kelas tersebut akan diadakan seperti tahun sebelumnya iaitu pada pukul 7.15 pagi
sehingga 7.45 pagi pada hari Isnin, Selasa, Khamis dan Jumaat.
10.1.2 Guru yang mengajar kelas tersebut perlu mengikut syarat kelayakan yang telah
ditetapkan. Selain itu, pemilihan murid-murid untuk ke kelas pemulihan ini adalah
berdasarkan keputusan ujian saringan LINUS serta peperiksaan akhir tahun sebelumnya.
10.1.3 Murid-murid yang menyertai kelas pemulihan ini adalah daripada murid tahun 4 dan 5
sahaja.
Tindakan : K.Panitia

10.2

Kelas Pemulihan (LINUS)


10.2.1 Kelas pemulihan ini untuk murid-murid yang tidak melepasi saringan LINUS pada tahun
sebelumnya dan pada tahun semasa.
10.2.2 Kelas ini akan diadakan pada setiap hari Selasa, Khamis dan Jumaat.
Tindakan : Cik Low Kai Xin

11.0

PEPERIKSAAN

11.1

Semua kertas soalan ujian/peperiksaan hendaklah diserahkan kepada Ketua Panitia untuk
disemak dan disahkan. Kertas soalan yang tidak disahkan oleh Ketua Panitia tidak boleh dicetak.

11.2

Semua markah dan keputusan akhir ujian/peperiksaan hendaklah dimasukkan ke dalam fail
panitia.
Tindakan : K.Panitia, Semua guru

12.0

HAL-HAL LAIN

12.1

Bahan tambahan untuk bacaan pagi akan disediakan untuk murid-murid. Antara bahan tersebut
seperti simpulan bahasa, penjodoh bilangan serta bahan-bahan lain yang bersesuaian.

12.2

Semak buku latihan murid-murid sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.


Tindakan : Semua guru

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

...............

.........

SITI HUSNA BINTI MOHD BASIR

BONG SIN CHOY

Ketua Panitia,

Guru Besar,

Panitia Bahasa Melayu,

SJK (C) Chun Yin.

SJK (C) Chun Yin.

You might also like