You are on page 1of 2

Kekuatan dan kelemahan Kaedah yang digunakan.

Berdasarkan hasil pemerhatian dan temu bual yang telah dijalankan, antara
kaedah yang telah digunakan oleh adik Amirah ialah kedah membahagibahagikan ayat, kaedah tasmik, kaedah tikrar dan kaedah penentuan had masa.
Kita sedia maklum dalam setiap kaedah yang digunakan selain dari
mengandungi kekuatan, kaedah2 tersebut juga tidak lari dari kelemahan. Mari
kita sama2 lihat kekuatan dan kelemahan bagi setiap kaedah yang digunakan.
Kaedah Membahagi-Bahagikan Ayat (Chunking)
Kaedah Membahagi-Bahagikan Ayat (Chunking) ialah kaedah di mana
Memisahkan al-Quran kepada juzuk, kumpulan surah dan sebagainya. Pelajar
Membahagikan juzuk kepada hizb, rubuc dan sebagainya. Kemudian rubuc
dibahagikan kepada helaian dan ayat-ayat yang panjang kepada beberapa
bilangan ayat atau bahagian ayat mengikut kemampuan penghafaz.
Kelebihan:
i)
ii)

Murid-murid dapat menghafaz surah pendek dengan cara yang lebih


efektif.
Murid merasa mudah dan tidak membebankan apabila menghafaz.

Kelemahan:
i)
Memakan masa yang lama untuk mencapai objektif hafalan.
Kaedah Tasmik bersama Guru
Tasmik adalah perkataan yang diambil dari bahasa Arab yang bermaksud
mendengar. Kaedah ini digunakan guru dalam pengajaran Tilawah al Quran
melalui aktiviti guru mendengar bacaan pelajar. Kaedah tasmik melibatkan guru
dengan pelajar di dalam kelas semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Kaedah ini digunakan untuk menguji tahap pencapaian pelajar dalam
penguasaan bacaan dan hafazan al Quran.
Kelebihan :
i)

ii)

Pertemuan antara guru dan murid secara bersemuka di mana murid


menerima pengajaran dengan melihat pergerakan bibir guru dan
mengikut bacaan guru.
Murid akan memastikan bacaan lancar secara sendirian terlebih dahulu
sebelum memperdengarkan bacaannya kepada guru. Memastikan
bacaan yang lancar dan betul tajwidnya akan dihafal oleh murid
tersebut.

Kekuatan:
i)
ii)
iii)
iv)

Guru
Guru
Guru
Guru

dapat
dapat
dapat
dapat

memperbetulkan bacaan murid dengan tepat


memastikan murid tidak melakukan kesilapan
mengenalpasti tahap kebolehan sebenar murid
mengesan kelemahan bacaan murid

v)

Guru dapat mendisiplinkan murid dengan baik

Kelemahan:
i)
ii)

Kurangnya pengukuhan dalam bentuk latihan


Masa yang terhad bagi seorang pelajar

Kaedah Tikrar
Kaedah tikrar atau ulangan ini Boleh disamakan dengan kaedah latih tubi.
Pendekatan ini adalah melakukan pembacaan atau mengingat secara
berulangkali. Kaedah ini Memastikan hafalan yang lama tidak ketinggalan.
Sebelum menghafaz ayat-ayat tertentu, penghafaz perlu membuat bacaan ayatayat yang hendak dihafaz secara berulang-ulang sekurang-kurangnya sepuluh
kali atau lebih mengikut kemampuan.
Setiap ayat yang telah dihafaz, penghafaz perlu mengulang beberapa kali
sebelum menghafaz ayat baru, kaedah ini praktikal kepada mereka yang
mempunyai ingatan yang lemah.
Kekuatan:
i)
ii)
iii)

Guru dapat mengenalpasti kemahiran yang dikuasai oleh setiap murid


Kaedah ini sesuai digunakan untuk aktiviti pemulihan
Kaedah ini dapat membina keyakinan murid

Kelemahan :
i)
ii)

Mengambil masa yang agak panjang untuk menamatkan proses


pengajaran dan pembelajaran.
Kurang berkesan untuk murid yang bijak dan cepat menguasai
pelajaran.

Kaedah penentuan had masa/catatan oleh guru


Kelebihan :
i)

Guru dapat memantau hafalan murid dan boleh mengenalpasti murid


yang bersungguh atau tidak

Kekuatan:
i)
ii)

Guru dapat mendisiplinkan murid


Guru boleh mengenalpasti kelemahan murid

You might also like