You are on page 1of 4

Kaedah hafazan

Antara kaedah hafazan al-Quran yang sistematik ialah:


i. Kaedah Membahagi-Bahagikan Ayat (Chunking)
Memisahkan al-Quran kepada juzuk, kumpulan surah dan sebagainya.
Membahagikan juzuk kepada hizb, rubuc dan sebagainya.
Kemudian rubuc dibahagikan kepada helaian dan ayat-ayat yang panjang kepada
beberapa bilangan ayat atau bahagian ayat mengikut kemampuan penghafaz.
.
Kebaikannya: Murid-murid dapat menghafaz surah pendek dengan cara yang
lebih efektif.
Murid merasa mudah dan tidak membebankan apabila
menghafaz.
Keburukannya: Memakan masa yang lama untuk mencapai objektif hafalan.
ii. Kaedah Memahami Ayat-Ayat Yang Akan Dihafaz
Kaedah ini sesuai bagi mereka yang memahami bahasa Arab dengan baik,
kerana ayat ayat yang hendak dihafaz perlu difahami terlebih dahulu bagi
memudahkan seseorang hafiz mengingati ayat yang ingin dihafaz dengan lebih
pantas.Memahami ayat al-Quran dengan melihat terjemahan
daripada tafsir al-Quran.Setelah memahami kandungan ayat, bacaan perlu
dilakukan berulang-ulang kali sehingga dapat mengingatinya.

Kebaikannya:

Pembelajaran dua perkara dalam satu masa.


Penambahan ilmu dan pengajaran dari ayat Al-Quran.
Kekurangannya:Kurang berkesan bagi murid-murid yang tidak mempunyai asas
bahasa arab.

iii. Mengulang-Ulang Bacaan Sebelum Menghafaz


Sebelum menghafaz ayat-ayat tertentu, penghafaz perlu membuat bacaan
ayat-ayat yang hendak dihafaz secara berulang-ulang sekurang-kurangnya sepuluh
kali atau lebih mengikut kemampuan.

Setiap ayat yang telah dihafaz, penghafaz perlu mengulang beberapa kali
sebelum menghafaz ayat baru, kaedah ini praktikal kepada mereka yang
mempunyai ingatan yang lemah.

Kebaikannya: Murid-murid dapat memperelokkan bacaan surah dari segi


mahraj, tajwid dan sebagainya.
Dapat memperkasakan ingatan murid-murid terhadap ayat yang
telah dihafaz.
Kekurangannya: Memakan masa yang panjang.

iv. Kaedah Mendengar Kaset


Memilih kaset bacaan qari-qari yang baik bacaannya dan diakui
kesahihannya, kemudian mendengar bacaan ayat yang ingin dihafaz.
Selepas mendengar dengan teliti, penghafaz boleh memulakan hafazan.
v. Kaedah Merakam Suara
Rakamkan bacaan ayat yang telah dihafaz ke dalam kaset.
Dengarkan kembali bagi memastikan hafazan betul dan tepat.

Kebaikannya: Murid-murid dapat mendengar kesahihan bacaan sesuatu


surah.
Murid dapat meneliti kaedah bacaan yang mudah dan betul dari
segi tajwidnya.
Keburukannya: Murid kurang memberi tumpuan kerana persembahan kurang
jelas dan tidak dapat menangkap apa yang didengari.

vi. Kaedah Menghafaz Berpasangan


Pilih seorang rakan yang sama-sama menghafaz al-Quran. Saling
memperdengarkan dan menyemak bacaan yang telah dihafaz serta membetulkan
jika terdapat kesalahan.
vii. Kaedah Menulis Sebelum Dan Selepas Menghafaz
Ulama terdahulu sering menggunakan kaedah ini, iaitu menulis dahulu ayat
yang ingin dihafaz.Selepas menulis ayat, mula menghafaz ayat yang telah ditulis,

kemudiannya menulis kembali ayat yang telah dihafaz. Setiap ayat yang ditulis
selepas menghafaz perlu disemak dengan mashaf bagi memastikan ketepatan ayat
yang dihafaz.

Kebaikannya: Murid-murid dapat belajar menghafaz sendiri dengan bantuan


rakan
Dapat memupuk semangat saling bantu-membantu antara satu
sama lain.
Kekurangannya: Murid-murid kurang bersungguh-sungguh dan istiqamah dalam
menghafaz.
Kecetekan ilmu dan fahaman mengenai al-Quran sesama
rakan.

viii. Kaedah Gundalan


Ayat pertama dibaca sebanyak 40 kali atau mengikut kemampuan. Seterusnya
membaca ayat kedua sebanyak ayat yang pertama. Kemudian gundalkan ayat
pertama dan kedua sebanyak 10 kali. Selepas menggundal ayat pertama dan
kedua, baca ayat ketiga sebanyak ayat pertama dan kedua kemudian gundalkan
ayat pertama hingga ketiga dan demikianlah yang seterusnya.

Kebaikannya: Dapat menajamkan dan memperelokkan hafazan surah.


Dapat menghafaz mengikut ayat dan turutan yang betul

Berikut dinyatakan teknik menghafaz Al-Quran yang boleh membantu para pelajar
menghafaz mengikut kaedah dan taeknik yang betul.
1. Membaca ayat-ayat berakenaan dengan sebutan yang betul dan
lambat-lambat (Tartil). Jika ayat itu panjang, ambil sebahagiannya
sahaja.
2. Baca dan ulang-ulangkan beberapa kali hingga lancar.
3. Setelah lancar, baca ayat berkenaan dengan lebih cepat (Tadwir).
4. Ulang-ulangkan beberapa kali dengan bacaan Tadwir hingga betulbetul lancar.
5. Baca dan cuba mengingat ayat-ayat berkenaan. Iaitu baca tanpa
melihat kepada mushaf. Jika tersangkut atau tidak lancar baru lihat
mushaf, dan kemudian teruskan bacaan (hafazan) tanpa melihat
mushaf.
6. Setelah dapat mengingat atau membaca dengan lancar tanpa melihat

mushaf, baca ayat lain, iaitu ayat sambungannya, dan lakukan seperti
langkah 1, 2, 3, 4, dan 5.
7. Setelah dapat mengingat ayat yang kedua ini, mula balik membaca dari
awal ayat pertama hingga akhir ayat kedua tanpa melihat mushaf,
melainkan jika tersangkut atau tidak lancar.
8. Ulangkan baca beberapa kali dengan bacaan Tadwir supaya lancar.
9. Apabila mendirikan solat, baca ayat-ayat yang telah dihafaz itu di
dalam solat.
10.Amalkan membaca Al-Quran setiap hari supaya tidak lupa.
Inilah di antara panduan dan langkah-langkah menghafaz Al-Quran yang dapat
dipaparkan.

You might also like