You are on page 1of 2

Lampiran 5.

4b

CONTOH FORMAT PENULISAN JURNAL

1.

Masalah

Pada minggu kelima, saya telah menghadapi masalah pengurusan masa yang
tepat sebagaimana yang telah dirancangkan. Terdapat aktiviti yang telah
dirancangkan tidak dapat dijalankan kerana tidak cukup masa. Hal ini
menimbulkan masalah bagi mencapai objektif, khususnya objektif yang akhir
dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada hari-hari tertentu.

2.

Analisis

Masalah ini timbul kerana aktiviti perbincangan secara kumpulan yang telah
saya jalankan itu ada kalanya telah melebihi masa yang ditetapkan. Didapati
pelajar-pelajar mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan laporan hasil
perbincangan dan semasa melaporkan hasil perbincangan, terdapat beberapa
orang pelajar yang tidak dapat menerangkannya dengan lancar dan cepat. Di
samping itu, masalah masa ini juga wujud kerana gangguan aktiviti-aktiviti
sekolah seperti perhimpunan yang telah mengambil masa yang agak lama
sehingga mengurangkan masa yang telah dirancangkan.

3.

Cadangan Untuk Memperbaiki

a. Saya patut membaca

buku-buku yang berkaitan dengan perancangan masa


dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menguruskan
masa dengan lebih sempurna.

Saya akan menyediakan plan A dan plan B pada waktu-waktu tertentu


terutama pada hari-hari yang terlibat dengan perhimpunan sekolah supaya
proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar dengan masa yang
telah dirancangkan.

b.

c. Bagi memastikan bahawa aktiviti perbincangan secara berkumpulan

tidak

melebihi masa yang telah ditetapkan, saya akan sentiasa mengingatkan pelajar
tentang masa yang ada dan meminta wakil bagi setiap kumpulan membuat
laporan dalam masa yang telah ditetapkan. Sekiranya perbincangan menyentuh
topik yang sama, saya akan memilih beberapa hasil perbincangan yang terbaik
sahaja akan dibentangkan.

d.

Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada pensyarah


pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan yang lain.

4.

Tempoh Masa

Saya akan cuba mengatasi masalah ini pada sesi pengajaran akan datang
kerana pengurusan masa yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran
proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat
diatasi segera, sudah tentu objektif-objektif yang telah dirancangkan t idak
tercapai sepenuhnya

5. Tindakan Susulan
Semasa membuat rancangan persediaan mengajar, saya akan memikirkan
objektif-objektif dan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan masa yang
diperuntukkan. Biasanya pada hari lsnin, aktiviti perhimpunan sekolah
mengambil masa yang agak lama sehingga menjejaskan masa belajar. Jadi saya
perlu bersedia dengan plan B bagi mengelakkan masalah pengurusan masa
yang kucar kacir.

You might also like