You are on page 1of 2

Jurnal Reflektif Minggu ke12

Bahan ini saya ambil daripada jurnal salah seorang pelajar saya (nama dirahsiakan) yang telah
menjalani sesi praktikum dan jurnal reflektif iniu masih asli tanpa semakan dan pembetulan (ayat
mahupun isi). Saya paparkan di sini untuk para pembaca meneliti, mencari kelemahan (sekiranya
ada), memberikan cadangan (untuk memperbaiki) dan untuk dijadikan panduan (sekiranya baik
dan berkualiti tinggi). Sebagai panduan tentang penulisan refleksi kritikal, pembaca boleh
menyemak di blog saya http://sham494.wordpress.com/2011/07/10/contoh-refleksi-kritikalamalan-bekerja/ dan http://sham494.wordpress.com/2011/08/03/refleksi-kritikal/. Segala
pandangan amat dihargai.
1.

Isu
Pada minggu kelima ini saya tidak banyak menghadapi masalah pengurusan dan pembelajaran
sebagaimana yang telah saya rancangkan. Namun begitu terdapat beberapa masalah yang saya
hadapi iaitu pengawasan kelas yang agak kurang memuaskan. Ia berpunca daripada murid-murid
yang suka mencelah ketika saya mengajar. Kesannya pelajar yang lain akan hi;lang tumpuan belajar
disebabkan beberapa orang yang mempunyai masalah hiperaktif ini. Hal ini menimbulkan masalah
bagi saya untuk mjencapai objektif khususnya objektif yang akhir dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran pada hari berikutnya.

2.

Analisis
Masalah ini timbul kerana mungkin berpunca daripada pelajar yang mempunyai masalah hiperaktif
yang terlalu banyak bercakap dan bertanya sehinggakan mendatangkan gangguan kepada rancangan
pengajaran dan pembelajaran saya tetapi bukan saya sahaja terganggu malah murid-murid yang
berada di kelas itu turut terganggu dengan masalah ini. Ini akan menyukarkan proses memahami
apa yang saya ajarkan.

3. Cadangan memperbaiki
a. Saya perlu lebih tegas supaya mereka dapat memberikan sepenuh perhatian kepada pengajaran dan
pembelajaran saya.
b. Bagi memastikan bahawa aktiviti perbincangan secara berkumpulan akan saya kawal dengan rapi
bagi memastikan mereka menjalankan tugas yang saya berikan dan saya akan sentiasa
mengingatkan pelajar tentang masa yang ada dan meminta wakil bagi setiap kumpulan membuat
laporan dalam masa yang telah ditetapkan. Sekiranya perbincangan mereka boleh mengganggu
pelajar lain markah kumpulan akan dipotong.
c. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada pensyarah pembimbing, guru pembimbing
di samping berbincang dengan rakan-rakan yang lain.
4.

5.

Tempoh masa
Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin. Pengawasan kelas yang baik adalah perlu
bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak
dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu objektif-objektif yang telah dirancangkan tidak tercapai
sepenuhnya.

Penilaian kejayaan
Saya akan meminta pensyarah maktab, guru pembimbing dan rakan pembimbing untuk member
penilaian tentang kejayaan saya disamping meminta pandangan dari rakan lain yang mengajar
kumpulan pelajar saya ini. Dengan ini saya dapat memperbaiki masalah saya dari masa ke semasa.
6. Tindakan susulan

Semasa membuat rancangan persediaan mengajar, saya akan memikirkan objektif-objektif dan
aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan pelajar-pelajar tersebut supaya proses pengajaran dan
pembelajaran saya berjalan dengan jayanya. Saya juga akan lebih perhatian kepada pelajar-pelajar
hiperaktif sebegini supaya tidak mengganggu pelajar lain yang sedang belajar.
CADANGAN:
Tumpukan kepada penulisan reflektif dan BUKAN struktur ayat.
Kaitkan dengan refleksi dalam tindakan, refleksi atas tindakan dan refleksi untuk tindakan.
Cuba kesan apakah kemungkinan teori pengurusan disiplin yang boleh digunakan untuk mengatasi
gangguan murid (hiperaktif?).
Kaitkan dengan elemen refleksi kritikal (jika ada) seperti yang dicadangkan oleh Brookfield (1988)
dihttp://sham494.wordpress.com/2011/08/03/refleksi-kritikal/ da
nhttp://sham494.wordpress.com/2011/07/10/contoh-refleksi-kritikal-amalan-bekerja/
Elakkan daripada mengkritik dengan tujuan menjatuhkan tetapi berikan pandangan positif
Sekiranya anda akan menggunakan refleksi ini dengan tujuan melakukan penyelidikan tindakan,
apakah kemungkinan nilai-nilai pendidikan yang boleh direalisasikan?
Untuk penjelasan lanjut sila lihat http://shamsinagurupendidikanislam.blogspot.com/2012/07/lanjutan-daripada-jurnal-refleksi.html dan komen saya
di http://shamsina-gurupendidikanislam.blogspot.com/2011/08/komen-saya-tentang-refleksiminggu-ke.html

You might also like