You are on page 1of 8

NILAI-NILAI PENDIDIKAN: SATU ANALISIS KAJIAN TINDAKAN

Apabila saya di amanahkan untuk membimbing pelajar PISMK- OUM membuat kajian
tindakan, semangat saya berkobar-kobar untuk berkongsi pengalaman. Saya mula
membuat kajian Tindakan ketika bertugas di sebuah maktab perguruan di Sarawak pada
tahun 1999. Atas dorongan perasaan ingin mencuba serta untuk memenuhi keperluan
maktab, saya bersetuju untuk mengambil bahagian dalam penyelididkan pendidikan
yang dianjurkan pada tahun tersebut. Pengalaman pertama apabila membentang kertas
cadangan cukup memeritkan apabila disoal bertubi-tubi oleh sekumpulan ahli panel yang
berkelayakan doktor falsafah pada hari itu. Akibatnya, setelah selesai pembentangan,
saya mengambil keputusan untuk menarik diri. Walau bagaimanpun, setelah dinasihati
dan dibimbing oleh seorang rakan pensyarah yang sangat berminat dengan kajian
tindakan, saya mula membuat refleksi dan cuba memahami kenapa kertas cadangan
saya dipersoalkan.

Antara kelemahan yang saya kenal pasti ialah saya tidak dapat membezakan di
antara kajian konvensional dengan kajian tindakan. Saya hanya mementingkan
pencapaian akhir responden melalui post-test bukan proses yang berlaku. Yang paling
ketara kesilapan saya ialah, saya langsung tidak mengaitkan amalan kendiri dan nilainilai pendidikan dengan apa yang hendak dikaji. Setelah sedar dengan kelemahan kertas
cadangan tersebut, maka saya mula mengorak langkah untuk membetulkannya. Dengan
bantuan rakan yang sangat perihatin, saya telah berjaya menyiapkan kajian tersebut.

Berdasarkan pengalaman ini, saya ingin berkongsi dengan anak didik atau
sesiapa sahaja yang sedang atau berminat untuk membaiki kualiti amalan pengajaran
dan pembelajaran mereka melalui kajian tindakan. Penulisan saya ini hanya akan
memberi fokus kepada aplikasi nilai-nilai pendidikan yang menjadi salah satu syarat
kajian tindakan. Saya akan mengaitkannya dengan kajian yang telah dilaksanakan oleh
pelajar PISMK-OUM di bawah bimbingan saya yang bertajuk Menangani Pengabaian
Solat Fardhu di Kalangan Murid Sekolah Rendah. Saya namakan kajian ini
sebagai Kajian Tindakan Solat Fardhu.

Kepentingan Nilai-nilai Pendidikan

Menurut John Elliott (1995) di dalam artikelnya yang bertajuk What is good
action research? Some Criteria yang telah diolah semula oleh Lim Chong Hin (2001)
menyatakan bahawa kajian tindakan yang baik adalah berfokus kepada mengubah
amalan atau pengajaran pengkaji agar ianya lebih konsisten dengan nilai-nilai
pendidikan yang ingin direalisasikan. Selain itu, sesebuah kajian tindakan itu juga
haruslah mengumpul maklumat, bukti dan data mengenai sejauh manakah
amalan atau pengajaran konsisten dengan nilai-nilai pendidikan yang ingin
direalisasikan. Disamping
itu,
kajian
tersebut
perlu mengenalpasti
dan
menerangkan kewujudan ketidakkonsistenan antara amalan atau pengajaran
dengan nilai-nilai pendidikan yang diaspirasikan.

Ini bermakna pendidik yang melibatkan diri dengan penyelidikan tindakan tidak
boleh mengelak daripada mengenal pasti dan seterusnya meneliti secara mendalam
nilai-nilai pendidikan yang dipegangnya. Hanya dengan berbuat demikian, barulah
pendidik dapat mengutip data untuk mengkaji sejauh manakah nilai-nilai tersebut
dipraktikkan dalam amalan atau pengajarannya. Oleh itu Elliot (1995) telah menegaskan
bahawa antara ciri-ciri utama Penyelidikan Tindakan ialah mempunyai matlamat
pedagogi yang merangkumi nilai-nilai pendidikan yang ingin direalisasikan dalam amalan
seseorang guru atau di dalam pengajarannya. Antara contoh nilai-nilai tersebut ialah
memberi layanan yang adil dan saksama kepada semua murid, nilai menggalakkan dan
menghargai pandangan murid, nilai memupuk budaya belajar di kalangan murid, nilai
menggalakkan murid menjadi critikal thinkers, nilai membina keyakinan dan imej
kendiri yang positif di kalangan murid, nilai menjadikan murid thoughful learners dan
nilai menjadikan mata pelajaran yang diajar releven kepada kehidupan seharian murid.

Berbalik kepada Kajian Tindakan Solat Fardhu, dalam Bab 1, subtajuk


permasalahan kajian, pengkaji menyatakan berdasarkan pengalaman ketika menjalani
praktikum, ramai murid mengabaikan solat walaupun berada di tahun empat.
Berdasarkan perbualan dengan para pelajar, beliau membuat kesimpulan bahawa
kebanyakan murid meninggalkan solat kerana mereka tidak diberi peringatan oleh ibu
bapa untuk mengerjakan solat. Menurut pengkaji , walaupun berbagai-bagai asuhan
dan didikan tentang solat telah diberikan di sekolah termasuklah menghadiri
sekolah agama, masih terdapat juga pengabaian solat fardhu . Faktor inilah yang
mendorong pengkaji mencari penyelesaian agar masalah ini dapat dikurangkan (m.s 10).
Penulisan seterusnya lebih berfokus kepada Laporan pengkaji dalam Bab 4 (Dapatan
Kajian) dan Bab 5 (Rumusan).

Dalam Bab 4, subtajuk Mengenal Pasti Masalah pengkaji telah menyediakan soal
selidik yang mengandungi 16 item yang telah diedarkan kepada 27 orang murid tahun 4.
Soal selidik ini berkaitan dengan pemahaman tentang solat fardhu, amalan solat, punca
pengabaian solat dan faktor yang mendorong untuk mendirikan solat. Berdasarkan soal
selidik yang menggunakan item dikotomos dengan respon ya atau tidak yang
dikemukakan, hanya satu sahaja item yang barkaitan dengan guru atau
pengkaji. Analisis item 15 yang menyatakan Guru sering mengingatkan anda tentang
solat lima waktu , menunjukkan seramai 96.30% atau 25 murid bersetuju. Andaian
pengkaji bahawa guru yang mengingatkan murid-murid tersebut adalah guru pendidikan
Islam dan guru-guru di sekolah agama. Soal selidik pengkaji tidak memfokuskan apa-apa
nilai
yang
ingin
dilihat
dalam
amalan
beliau.
Pengkaji
sekadar
menulis Seharusnya guru mempunyai rasa
tanggungjawab mengenai
perkara
tersebut (m.s 44) .

Berdasarkan laporan soal selidik yang disediakan, pada hemat saya pengkaji tidak
menjelaskan apakah fokus utama beliau untuk mengubah amalan dalam proses
pengajaran
dan
pembelajarannya agar lebih
konsisten
dengan nilai-nilai
pendidikan yang
ingin
direalisasikan. Walau
bagaimanapun,
ungkapan rasa
tanggungjawab boleh dipertimbangkan sebagai nilai pendidikan utama yang ingin
direalisasikan dalam amalan beliau. Ini bertepatan dengan laporan pengkaji dalam bab
sama; sub topik Nilai Pendidikan, yang menyatakan

Pengkaji mendapati pendekatan tazkirah merupakan jalan tambahan untuk


meningkatkan kesedaran murid dalam melaksanakan solat fardhu serta mengurangkan
pengabaian
dalam
melaksanakan
kewajipan
tersebut. Pengkaji
menyedari
tanggungjawab tersebut kerana ibadah solat merupakan satu kewajipan ke atas setiap
muslim (m.s 75).

Rasa tanggungjawab ini juga ditegaskan lagi oleh pengkaji dalam Bab 5,
subtajuk Punca-punca yang Menyebabkan Murid Mengabaikan Solat Fardhu, beliau
menulis

Oleh itu, seorang guru perlu ada rasa tanggungjawab untuk memberi peringatan
kepada murid setiap hari agar mengerjakan ibadah solat dan jangan sekali
meninggalkannya dengan sengaja. Tanggungjawab ini bukan sahaja dipikul oleh guru
agama, tetapi haruslah menjadi tanggungjawab semua guru yang beragama Islam (m.s
88).

Pengkaji juga menyatakan nilai atau sifat istiqamah penting dalam setiap perkara
yang dilakukan. Catatan pengkaji dalam Bab 4, subtajuk Nilai Pendidikan menghuraikan

Guru perlu sentiasa istiqamah dalam menjalankan dan melaksanakan tugasnya.


Jika guru bersungguh-sungguh menginginkan muridnya berjaya dalam hidup dan
menjadi insan yang taat dan patuh kepada agama, guru akan berusaha sebaik mungkin
ke arah itu. Di sini pentingnya sikap istiqamah guru (m.s 76).

Walau bagaimanapun pengkaji tidak menjelaskan secara operasional


pelaksanaan istiqamah yang dilaksanakan di dalam amalan pengajaran dan
pembelajaran beliau. Saya melihat nilai istiqamah ini terdapat semasa pengkaji
melaksanakan pendekatan tazkirah yang telah dirancang. Beliau telah merancang slot
tazkirah pada setiap kali beliau masuk mengajar iaitu tiga kali seminggu. Berikut adalah
ringkasan jadual perancangan pendekatan tazkirah yang disediakan oleh pengkaji (m.s
47 53).

MINGGU

HARI

RUTIN

ISI TAZKIRAH

Isnin

Pertanyaan

Rabu

Siapa solat subuh, maghrib dan


isyak
Balasan meninggalkan solat

Pengertian solat, hukum

Menyampaikan tazkirah
Jumaat

Fadilat solat berjemaah

Isnin

Pertanyaan

Hikmah solat

Rabu

Siapa solat subuh, maghrib dan


isyak
Hikmah solat
Menyampaikan tazkirah

Jumaat

Isnin

Ancaman jika meninggalkan


solat
Pertanyaan

Azab
bagi
meninggalkan solat

orang

Balasan
bagi
meninggalkan solat

orang

Siapa solat subuh, maghrib dan


isyak
Rabu

Menyampaikan tazkirah

Jumaat
5

Kewajipan solat

Isnin

Pertanyaan

Rabu

Siapa solat subuh, maghrib dan


isyak

Azab
bagi
meninggalkan solat

orang

Azab
bagi
meninggalkan solat

orang

Menyampaikan tazkirah
Jumaat
6

Isnin

Pertanyaan
Siapa solat subuh, maghrib dan
isyak

Rabu

Jumaat

Menyampaikan tazkirah

Nikmat
soleh

hamba

Nikmat-nikmat
syurga

beramal

di

dalam

Di samping nilai rasa tanggungjawab dan istiqamah, pengkaji juga telah


mengenal pasti dua lagi nilai pendidikan yang dapat membantunya untuk mengukuhkan
kajian beliau iaitu memberi perhatian dan dorongan serta peneguhan yang
positif. Saya mendapati pengkaji telah menjelaskannya di dalam Bab 4, subtajuk
Melaksanakan Tindakan

Responden yang dapat melaksanakan solat dengan sempurna akan diberi pujian
sebagai peneguhan dan yang masih culas akan diberikan nasihat dan dorongan
(m.s 55).

Pengkaji juga menegaskan kedua-dua nilai ini di dalam bab yang sama, subtajuk Kesan
Tindakan .

Fitrah kanak-kanak sentiasa ingin menginginkan perhatian. Apabila mereka sering


diingatkan dan diberi perhatian, mereka akan cuba untuk melaksanakan sesuatu perkara
tersebut untuk mendapat pujian dan lebih perhatian. Itulah situasi yang berlaku yang
dapat dilihat sepanjang tempoh kajian berlangsung. Terdapat satu hari ketika mana
pengkaji baru sahaja masuk ke kelas, selesai semua murid memberi salam dan
membaca doa beramai-ramai, belum sempat pengkaji melakukan tazkirah seperti
lazimnya, Responden 1 terus pergi kepada pengkaji dan menyatakan bahawa dia telah
mengerjakan solat subuh pada pagi tersebut. Pengkaji terus memberi pujian dan
peneguhan positif kepadanya agar dia berasa dihargai dan akan terus berusaha untuk
mengerjakan solat dengan sempurna seperti kebanyakan rakannya yang lain (m.s 63).

Dalam Bab 5, subtajuk Punca-punca yang Menyebabkan Murid Mengabaikan Solat


Fardhu pula, pengkaji merumuskan

Jika murid sentiasa diberi peringatan, maka sedikit sebanyak akan memberi kesan
kepada dirinya untuk mengerjakan solat apabila masuk waktu. Murid-murid suka
diberi perhatian dan didorong untuk melakukan sesuatu. Ia merupakan fitrah
semula jadi kanak-kanak. Tambahan lagi jika sesuatu perkara yang dilakukan itu
mendapat peneguhan yang positif daripada orang disekelilingnya, Ia akan menjadikan
murid lebih bersemangat untuk melakukan perkara tersebut. Maka, setiap guru perlulah
mempunyai rasa tanggungjawab ini agar sikap murid dapat diubah sedikit (m.s 88)

Pengkaji tidak menjelaskan secara khusus kriteria peringatan, perhatian,


dorongan dan peneguhan positif yang dimaksudkan dalam kajian ini. Pengkaji juga tidak
menjelaskan
masa
khusus
nilai-nilai
ini
diamalkan.
Beliau
sekadar
menyatakan sepanjang tempoh kajian berlangsung . Walau bagaimanapun
pengkaji telah melaporkan kesan tindakan nilai-nilai ini melalui kesan tindakan terhadap
lima responden yang dipilih. Selain kesan positif yang ditunjukkan oleh Responden 1 (m.s
63), pengkaji turut mencatatkan Responden 2 sebagai tidak begitu menitik beratkan
tentang kewajipan tersebut dan hanya mengerjakannya apabila benar-benar
disuruh Walau bagaimanapun pengkaji telah mengenal pasti bahawa pengabaian
tersebut berlaku pada hujung minggu serta mendapi terdapat peningkatan amalan
apabila menjangkau minggu kelima kajian dijalankan (Jadual 4.5). Pengkaji telah

menjelaskanIni menunjukkan bahawa kaedah atau pendekatan yang diberikan


pengkaji sedikit sebanyak memberi kesan ke atas diri responden dalam
melaksanakan kewajipan solat (m.s 65).

Kesan peningkatan pelaksanaan solat fardhu Responden 3 (Jadual 4.6) pula


dicatatkan oleh pengkaji seperti berikut .Bukan sahaja responden berasa teruja
akan perubahan yang terjadi pada dirinya tetapi pengkaji turut berasa berpuas
hati kerana dapat membantu mereka dalam memperbaiki lagi kehidupan
sebagai seorang muslim (m.s 67). Responden 4 pula menurut pengkaji tidak
mempunyai masalah yang begitu besar dalam melaksanakan kewajipan tersebut tetapi
masih perlu dibimbing sehingga kelima-lima solat fardhu dapat dikerjakan dengan
sempurna sehari semalam..Pengkaji tidak putus-putus memberi nasihat dan
bimbingan
kepada
semua
responden Berdasarkan peningkatan amalan
Responden 4 (Jadual 4.7), Pengkaji percaya jika usaha dan pendekatan ini dilakukan
secara berterusan, Responden 4 dapat dibimbing sehingga solatnya sempurna lima
waktu sehari semalam(m.s 69).

Menurut pengkaji walaupun Responden 5 menunjukkan peningkatan dalam


mengerjakan solat fardhu (Jadual 4.8) namun beliau berpandangan agak sukar untuk
dibentuk kerana bapanya sendiri tidak dapat melaksanakan tanggungjawab tersebut
dengan baik sedangkan ia adalah contoh kepada anak-anak (m.s 71).

Walaupun pengkaji telah mengemukakan jadual-jadual perbandingan peningkatan


pelaksanaan solat fardhu responden (Jadual 4.4 hingga 4.8) namun nilai-nilai ini tidak
dibincangkan secara terperinci dalam Bab 5 serta tidak dikaitkan dengan data-data
sokongan yang lain seperti pemerhatian, refleksi atau penulisan jurnal beliau. Saya
merumuskan pengkaji masih keliru atau tidak pasti dengan nilai-nilai pendidikan yang
ingin difokuskan. Oleh itu beliau tidak mengumpul maklumat, bukti dan data
mengenai sejauh manakah amalan dalam pengajaran dan pembelajarannya
konsisten dengan nilai-nilai pendidikan yang ingin direalisasikan.

Pada pandangan saya, pengkaji seharusnya memungut data melalui temubual


dengan responden berkaitan dengan perasaan mereka apabila sering diingatkan tentang
kewajipan menunaikan solat. Pengkaji juga boleh menemubual ibubapa bagi menentukan
kekerapan responden mengerjakan solat di rumah. Temubual juga boleh berkaitan sikap
responden sama ada solat tanpa disuruh atau sebaliknya bagi mengukuhkan amalan
pengakaji. Pengkaji juga boleh meminta rakan atau guru lain mencatatkan kekerapan
beliau memberi dorongan atau pengukuhan dalam satu sesi pengajaran. Semua dapatan
ini boleh dikaitkan dengan Jadual peningkatan solat fardhu setiap responden.

Triangulasi juga boleh dilakukan jika pengkaji membuat pemerhatian secara


konsisten terhadap lima responden. Pemerhatian boleh dilakukan untuk melihat sikap
dan tingkah laku responden. Pengkaji boleh menyediakan senarai semak terhadap sikap
responden seperti memberi perhatian , mengangguk-angguk kepala, bertanya soalan,
tidak menghiraukan, membuat kerja lain atau bermain-main setiap kali tazkirah
diberikan. Pengkaji juga seharusnya menulis refleksi mahupun jurnal untuk
menggambarkan perasaan terhadap peristiwa yang berlaku setiap kali tazkirah

disampaikan.Penulisan refleksi dan jurnal ini dapat dikaitkan dengan perubahan sikap
atau amalan mahupun pandangan responden melalui temubual.

Tinjauan saya terhadap subtajuk Kekuatan dan Kelebihan Pendekatan Tazkirah


dalam Bab 5 pula mendapati, pengkaji juga tidak mengaitkan secara langsung tentang
nilai tanggungjawab yang dilaksanakan dengan amalan kaedah tazkirah yang telah
dijalankan. Beliau juga tidak mengaitkan kepentingan nilai istiqamah dalam memberi
dorongan kepada murid untuk melakukan solat. Peneguhan positif juga tidak dikaitkan
dalam amalan beliau semasa menjalankan kaedah ini. Walaupun pengkaji telah
melaporkan di dalam Bab 4 dan 5 sebelum ini berkaitan perkara-perkara tersebut, saya
dapati pengkaji tidak dapat membuat rumusan tentang perkaitan antara rasa
tanggungjawab dengan nilai istiqamah dan kepentingan dorongan dan perhatian dalam
usaha meningkatkan amalan solat fardhu di kalangan responden. Oleh itu saya
berpandangan bahawa penulis belum lagi dapat mengenalpasti dan menerangkan
kewujudan ketidakkonsistenan antara amalan dalam pengajaran dan
pembelajarannya dengan nilai-nilai pendidikan yang diaspirasikan.

Rumusan Keseluruhan
Pada hemat saya, pengkaji telah pun berusaha membuat satu kajian tindakan
yang dapat mengenal pasti masalah serta menilai keputusan tindakan beliau. Ini jelas
apabila pengkaji dapat mengemukakan jadual peningkatan pelaksanaan solat fadhu
kelima-lima responden beliau. Ini juga bertepatan dengan pandangan Stephen Corey
(1953) yang menyatakan kajian tindakan merupakan proses dimana para guru /
pengamal cuba mempelajari masalah mereka secara saintifik dengan tujuan untuk
memandu, membimbing, memperbaiki dan menilai keputusan dan tindakan
mereka. Walau bagaimanapun saya merasakan pengkaji belum lagi benar-benar dapat
menghayati konsep kajian tindakan itu sendiri. Penggunaan perkataan guru oleh pengkaji
tidak merujuk kepada diri beliau sendiri sebaliknya lebih bersifat umum. Beliau belum
lagi dapat membawa diri sendiri sepenuhnya sebagai sebahagian daripada pelaksana
kajian tersebut sebagaimana yang dimaksudkan oleh Corey.
Pengkaji juga telah mengemukakan banyak sekali nilai-nilai pendidikan di dalam
kajian beliau. Namun begitu tidak ada penjelasan tentang nilai-nilai yang ingin
direalisasikan di dalam amalannya. Beliau juga tidak melaporkan sejauh mana amalan
dalam pengajaran dan pembelajarannya konsisten dengan nilai-nilai pendidikan yang
ingin direalisasikan. Oleh itu, pada pandangan saya, walaupun pengkaji mempunyai
pegangan yang jelas tentang nilai-nilai pendidikan, beliau belum dapat mengenal pasti
kaitan kepentingan nilai-nilai tersebut dengan kejayaan amalan yang dilaksanakan.
Sebagaimana yang dijelaskan oleh Elliot dan Adelman (1976) bahawa kajian tindakan
adalah suatu pendekatan yang merupakan usaha untuk meningkatkan mutu
profesionalisme guru. Ia merupakan penyelidikan terhadap situasi sosial di sekolah
dengan tujuan untuk memperbaiki kualiti amalan guru.
Akhirnya saya mengucapkan syabas kepada pengkaji kerana berjaya melakukan
satu inovasi di dalam usaha melakukan perubahan dalam pendidikan (Lomax 1994).
Dengan perkataan lain, kajian tindakan beliau merupakan satu kajian terhadap situasi
sosial yang melibatkan beliau sebagai pengkaji dengan niat untuk memperbaiki kualiti
amalan sendiri. Setelah melakukan penyelidikan ini,
saya harap pengkaji

akan melakukan inovasi dan perubahan dalam amalan beliau melalui refleksi dan
inkuiri .

You might also like