You are on page 1of 2

Resipi Chocolate Cupcake

(Tak payah guna mixer, pukul pakai tangan je)

Bahan A
1 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula perang
1/2 cawan koko
1/2 camca kecil baking powder
1/2 camca kecil soda bikarbonat
Bahan B
1 biji telur
1/4 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air suam
Segenggam chocolate chips
Cara-cara
Ayak bahan A. Pukul bahan B sampai kembang.
Satukan bahan A & B sambil digilir-gilirkan dengan air suam sampai sebati.
Gaulkan sekali dengan chocolate chips.
Masukkan dalam cup.
Kukus dalam pengukus lebih kurang 15 minit
Ataupun
Bakar dalam oven 180 degree selama err tak ingat
Resepi ini diambil daripada myresipi tapi mintak maaf tuan punya resipi, saya lupa
which one sebab banyak sangat bukak new tab. Apepon thanks for the tip! Err

anyway, untuk resipi ini, aku telah reduce semua portion into half. Resipi aku ni boleh
buat sehingga 40 small cupcakes.
Aku telah menjalankan experiment sewaktu membaking cupcakes ini. Separuh aku
kukus, lagi separuh aku bakar. Aku saja je nak test macam mana rasa dia jikalau aku
menggunakan kaedah yang berbeza-beza. Ternyata rasa keaslian chocolate itu lebih
terasa jika aku kukus. Kek akan rasa lebih moist. Walaubagaimanapun ibu dan asfiq
suka yang bakar kerana mereka kata lebih rangup. Tapi aku suka yang kukus. Lupa
nak tanya pendapat kak Maria engkau masa dia datang ghumah hari tu.

Cup hitam adalah yang kukus. Cup merah adalah yang bakar. Terdapat perbezaan dari
segi tekstur.

Lebihan batter aku masukkan dalam cup besar ni. Sonang cito.
Bagi aku senang sangat nak buat cupcake ni sebab tak payah pakai mixer. Jimat
tenaga aku nak basuh bendalah tu. I just whip the batter! Lagipun, kos bahan murah.
Aku ni memang suka berjimat baik dari segi tenaga mahupun wang ringgit. Dan yang
paling penting, rasanya sedap. Janganlah kau kemain berjimat sampai apa pon tak
boleh. Ged-dit?
Selamat mencuba!
Thank you for reading this entry !

You might also like