You are on page 1of 5

LAMPIRAN

PENGURUSAN PANITIA

MINIT CURAI
Kepada:

Pengetua SMK Sungai Petai, 16800 Pasir Puteh, Kelantan.

Daripada:

(Nama Pegawai yang menghadiri mesyuarat)


ZURKURNAN BIN HJ. YUSOFF

Perkara:

(Nama mesyuarat yang dihadiri)


Mesyuarat Penataran Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Ting. 3.
Tarikh : 26 hingga 29 Ogos 2013..
Masa : 8.00 pagi hingga 10.30 malam.
Tempat: Permai Hotel Kuala Terengganu,
Jalan Sultan Mahmud, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu..

1.

LATAR BELAKANG MESYUARAT


(Keterangan mengenai pemanggil mesyuarat, Pengerusi mesyuarat dan
pihak-pihak yang menghadiri mesyuarat)
Surat panggilan mesyuarat ditandatangani oleh Haji Zulkifli bin Mohd. Noor Ketua Sektor,
Sektor Penilaian dan Peperiksaan JPN Kelantan.
Mesyuarat dan taklimat dikendalikan oleh pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia dan
Jurulatih Utama Kebangsaan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.
(Nyatakan tujuan utama mesyuarat diadakan)
1. Membincangkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah, Pentaksiran Rujukan Standard
Dalam Pentaksiran Sekolah, Pengoperasian PBS dan Penggunaan Sistem SPPBS
Dalam Pelaporan.
2. Memastikan PBS mata pelajaran Pendidkan Sivik dan Kewarganegaraan dapat
dijalankan sepenuhnya untuk pelajar tingkatan 3/ 2014..

PENGURUSAN PANITIA

2.

LAMPIRAN
3

ISU ATAU MAKLUMAT PENTING


2.1 (Nyatakan isu atau maklumat penting mesyuarat)
Memastikan pelaksaaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah dapat dijalankan
mengikut perancangan serta pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan dilaksanakan seperti mana mata pelajaran teras yang lain.
Pengoperasian PBS mesti mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan
menubuhkan JK PBS Peringkat Sekolah serta menjalankan Kursus Dalaman
(laporan Kursus Dalaman perlu dibuat).
2.2 (Nyatakan keputusan penting mesyuarat)

(a) Mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan perlu dijalankan pengajaran
dan pembelajaran seperti mata pelajaran lain dan perlu dimasukkan pencapaian pelajar
dalam sistem SPPBS.
(b) Program Khidmat Masyarakat mesti dilaksanakan untuk semua tingkatan mengikut
tema yang telah ditetapkan.
(c) Peruntukan PCG perlu digunakan sebaiknya untuk mata pelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan.
3.

MAKLUMAN/TINDAKAN PENGURUSAN SMK SUNGAI PETAI, PASIR PUTEH.


(Nyatakan kaitan atau implikasi isu atau maklumat , serta
tindakan susulan yang diperlukan,sekiranya ada dan sekiranya perlu,berikan
cadangan bagi membantu tindakan yang akan diambil)
2.1 Memastikan pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dijalankan seperti mana
peruntukan yang diberikan iaitu dua waktu berkembar (80 minit) seminggu.
2.2 Mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan perlu ditaksir dan dioperasikan
ke dalam sistem SPPBS.
2.3 Tidak menjadikan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan sebagai
penggenap jadual waktu bagi seseorang guru.
2.4 Mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan perlu dimartabatkan bagi
menghasilkan warganegara yang berkualti.
2.5 JK PBS perlu dibuat untuk proses penataran dan penyebaran maklumat PBS selain
memastikan kursus dalaman dijalankan apabila seseorang guru balik dari menghadiri
sesuatu kursus.

(ZURKURNAN BIN HJ. YUSOFF)

LAMPIRAN
3

PENGURUSAN PANITIA

Tarikh: 30 Ogos 2013

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LONG YUNUS,


BERIS KUBUR BESAR
16350 BACHOK, KELANTAN
MINIT MESYUARAT PANITIA GEOGRAFI
Tarikh

: 7.1.2014

Masa

: 2.00 hingga 3.30 petang

Tempat

: Bilik Gerakan

Pengerusi

: Guru Kanan Sains Sosial

Kehadiran(Bilangan)

BIL 1 / TAHUN 2014

: 7 orang

Nama Yang Hadir

: 1. En. Mat Zain b. Mamat


2. Pn.Hasmah bt Muhammad
3. Pn.Hjh. Awanis bt Muhamad
4. En. Yunaidi b. Yunus
5. En. Tan Boon Khing
6. Tn. Hj. Mat Yasin b Mohamad Nor

Nama Yang Tidak Hadir


Turut Hadir

: En. Mohamed Zikri b.Mahmood (bersebab)


: Guru Kanan Sains Sosial Pn. Hjh. Zainura bt Mohd Zain

KATA ALU-ALUAN PENGERUSI


1

1. Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan ummul kitab. Pengerusi mengucapkan


terima kasih kepada ahli panitia yang hadir pada mesyuarat kali pertama. Pengerusi berharap
pada tahun ini ahli Panitia Geografi akan lebih komited dalam menjalankan tugas demi
kecemerlangan akademik sekolah .Pengerusi juga amat berharap agar pencapaian KPI
untuk tahun 2014 dapat ditingkatkan lagi . Pengerusi juga mengucapkan tahniah kepada
guru-guru geografi tingkatan 3 (tahun 2013) atas pencapaian yang cmerlang dalan keputusan
peperiksaan PMR tahun 2013. Dalam peperiksaan tersebut seramai 113 calon mendapat gred
A dan peratus lulus ialah 96.6 %. SMK Long Yunus menduduki tempat ke- 5 daripada 17
buah sekolah dalam Daerah Bachok.

MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS.

PENGURUSAN PANITIA

LAMPIRAN
3

3.1. Pengerusi membentangkan minit mesyauarat kali ke 3.


3.2 Pn.Hjh Awanis mencadangkan minit mesyuarat disahkan dan disokong oleh En.Mat Zain.
3

PERKARA BERBANGKIT
Tiada

4.

PELANTIKAN DAN PENGESAHAN AJK


4.1 Pengerusi mencadangkan En Tan Boon Khing dilantik sebagai setiausaha Panitia
Geografi yang baru dan disokong oleh En. Mat Zain.Manakala ahli jawatan kuasa Panitia
geografi adalah terdiri daripada semua guru goegrafi.

DASAR DAN FOKUS PANITIA TAHUN 2014


5.1 Semua aktiviti panitia mestilah direkodkan dan ada dokumentasi manakala gambargambar mestilah dimasukkan ke dalam album.
5.2 Pelajar kelas Kelas Rancangan Khas mestilah mencapai gred A dalam 5 mata pelajaran
atau mencapai band 5.
5.3 Pencerapan guru akan dilakukan dua kali dalam setahun oieh pihak pentadbir sekolah.
5.4 Buku rekod mengajar mestilah dihantar kepada pihak pentadbir sekurang kurngnya 20
kali dalam setahun. Tahun 2014 semua guru mestilah menghantar buku rekod mengajar
kepada guru kanan pada minggu ketiga persekolahan.
5.5 Buku pengurusan panitia hendaklah dibuat tiga salinan untuk disimpan dalam fail paniia,
guru kanan dan fail kurikulum.Buku pengurusan hendaklah dihantar pada minggu kedua bulan
Februari.

PERANCANGAN PROGRAM PANITIA GEOGRAFI TAHUN 2014


6.1 Semakan buku nota akan dilakukan tiga kali setahun, iaitu pada bulan April, Julai dan
Oktober. Semua guru geografi mestilah menghanar lima buah buku nota kepada Guru Kanan
Sains Sosial untuk disemak.
6.2 Penyelaras setiap tingkatan dilantik untuk menyediakan soalan peperiksaan dalaman dan
ujian bulanan. Nama penyelaras adalah seperti berikut:
i. Tingkatan 1 En. Yunaidi b Yunus
ii. Tingkatan 2 Tn. Hj. Mat Yasin b. Mohamad Nor
iii. Tingkatan 3 Pn. Hjh. Awanis bt Mohamad
iv. Tingkatan 4 En. Mat Zain b Mamat
iv. Tingkatan 5 Pn. Hjh. Sulasmi bt Ab. Halim
6.3 Ahli Panitia Geografi bersetuju membeli buku lembaran kerja PBS untuk tingkatan 1,2 dan
3.
6.4 Semua guru geografi tingkaan 1,2 da 3 mestilah memasukkan evidens ke dalam fail
perkembangan murid.

HAL-HAL LAIN
7.1 Pn. Hjh Awanis memaklumkan peralatan P&P geografi ada di simpan di bilik kurikulum..
Peralatan tersebut ialah glob 5 buah, kompas, alat geometri, LCD, peta gulung dan arah mata
angin.
7.1 Buku rujukan geografi sebanyak 40 naskhah boleh diambil di bilik kurikulum.Fail kulit
keras juga boleh diambil di bilik kurikulum dalam almari panitia Geografi. Dalam masa
terdekat juga Panitia Geografi akan membeli buku atlas terkini untuk rukukan guru dan

LAMPIRAN
3

PENGURUSAN PANITIA

pelajar.

Ucapan Penutup
Pengerusi menutup mesyuarat dengan mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang
hadir.Beliau juga berharap pencapaian bagi mata pelajaran geografi akan lebih cemerlang
sama ada dalam PMR dan SPM.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang
Disediakan oleh,
,

Disemak oleh

_______________________________

_________________________

( HASMAH BT MUHAMMAD)
Ketua Panitia Geografi

(ZAINURA BT MOHD ZAIN)


GK Sains Sosial

You might also like