You are on page 1of 16

Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu

Bab 9
Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu

Pada akhir topik, pelajar akan dapat


a.
b.
c.
d.

memahami konsep suku kata dalam bahasa Melayu.


mengenal jenis-jenis suku kata dalam bahasa Melayu.
menjelaskan stuktur suku kata dan pola-polanya.
memahami konsep tekanan dalam suku kata dan perkataan serta
penggunaan tekanan dalam ayat bahasa Melayu.
e. mengenal sebutan e pepet dalam bahasa Melayu.

Garis latar modul


9.1. Pengenalan
9.2. Suku Kata dalam Bahasa Melayu
9.3. Jenis-jenis Suku Kata
9.4. Tekanan suku kata dan perkataan
9.5. Sebutan pepet
Istilah penting
Ringkasan
Rujukan

Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu

9.1 PENGENALAN
Suku kata ialah unit ujaran yang penting dalam bahasa.Suku kata merupakan sebahagian
daripada perkataan.Setiap suku kata ada strukturnya.Suku kata mengandungi fonem tertentu
mengikut urutan yang tertentu.

Apakah itu suku kata? Suku kata difahami sebagai unit bunyi yang boleh terdiri daripada
satu vokal atau daripada vokal yang didahului atau diikuti oleh konsonan.Suku kata ialah unit
bunyi yang lebih besar daripada bunyi tunggal seperti [b] tetapi lebih kecil daripada
perkataan.Ada juga ahli fonetik yang berpendapat bahawa suku kata menjadi unit terkecil
penghasilan bahasa dan bukannya fonem atau alofon.

Perkataan dalam bahasa terdiri daripada satu

ma

atau lebih suku kata.Setiap bahasa terdiri


daripada bunyi bahasa yang bercantum untuk
menjadi suku kata, seperti b dan a bercantum
menjadi ba,atau r dan u bercantum menjadi ru.
Setiap suku kata bahasa Melayu hendaklah
ditandai oleh vokal. Vokal itu didahului atau
diikuti oleh konsonan, seperti dalam ba dan tu.

Suku kata ba dan ru pula boleh bercantum untuk membentuk perkataan, seperti baru.
Demikian juga suku kata baboleh bergabung dengan pa untuk membentuk perkataan bapa.

Bunyi vokal ialah bunyi silabik.Bunyi silabik bermaksud bunyi yang menjadi puncak
kelantangan dalam sesuatu perkataan (Kamus Linguistik, 1997). Suku kata juga ialah
gabungan bunyi dengan satu kemuncak utama antara bunyi. Contohnya, dalam suku kata ba,
kemuncak utama terletak pada bunyi kedua [a] dan bunyi kedua [u] dalam suku kata ru.
Kemuncaknya terletak pada bunyi vokal. Hal ini demikian kerana dalam bahasa Melayu,
bunyi vokal lebih menonjol daripada konsonan.

Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu

1. Apakah maksud suku kata?


2. Berapakah suku kata yang terdapat dalam perkataan yang berikut?
buku

sekolah

makan

mahasiswa

3. Bunyi silabik ialah ..

9.1 STUKTUR SUKU KATA BAHASA MELAYU

Apabila bercakap tentang struktur suku kata, halnya adalah berkenaan dengan susunan fonem
untuk membentuk sesuatu suku kata. Struktur suku kata membawa maksud binaan fonem
dalam perkataan. Sesuatu suku kata haruslah mempunyai puncak, dan puncak ini hendaklah
terdiri daripada fonem yang mempunyai ciri vokalik. Fonem seperti ini terdiri daripada vokal
dan

juga

konsonan.

Dalam

bahasa

Melayu, fonem yang berfungsi sebagai


puncak bagi suku kata ialah vokal.

Suku kata mengandungi fonem dalam


urutan yang tertentu.Misalnya, kata kek,
sen dan pen terdiri daripada tiga fonem
dalam urutan yang tertentu.Fonem dalam
ketiga-tiga

perkataan

terdiri

daripada

urutan fonem yang berbeza.

Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga


binaan suku kata. Yang pertama terdiri
daripada satu vokal, seperti u dalam yu.
Binaan suku kata kedua terdiri daripada deretan konsonan dan diikuti oleh vokal, seperti bu
dalam bukit. Binaan suku kata yang ketiga ialah konsonan dan diikuti oleh vokal dan
diakhirinya oleh konsonan lagi, seperti ter dalam terbit.
3

Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu


Sebahagian besar perkataan dalam bahasa mempunyai gabungan bunyi konsonan (K) dan
vokal (V), seperti VK, KV, KVK, dan VKK.Gabungan antara konsonan dan vokal ini disebut
suku kata.Dari segi persukuan kata, perkataan mengandungi satu suku atau lebih daripada
satu suku kata. Sesuatu suku kata pula dibentuk oleh satu vokal sahaja atau satu vokal disertai
satu konsonan atau beberapa konsonan. Konsonan hadir sama ada di hadapan vokal atau di
belakangnya atau di hadapan vokal dan di belakangnya secara serentak.

Setiap suku kata ada segmen suku kata, biasanya terdiri daripada vokal dan kebanyakan suku
kata ada juga konsonan yang merupakan segmen bukan silabik.Konsonan biasanya berdiri
sebelum atau selepas vokal.

Ciri silabik adalah di tengah atau nukleus perkataan.Konsonan yang menyusulinya ialah
permula atau onset suku kata tersebut. Konsonan yang akhirnya disebutpenutup atau koda
(coda). Adakala pemula terdiri daripada fonem kosong, seperti dalam kata enak, ikan, oren,
dan penutup terdiri daripada fonem kosong, seperti dalam kata buka, sila, dan mi. Struktur
suku kata dalam perkataan dapat ditunjukkan seperti dalam Rajah 9.1:

Rajah 9.1 Stuktur suku kata


Suku
Sukukata
kata

Pemula

Tengah

Penutup

(Onset)

(Nukleus)

(Koda)

n (bin)

n (pen)

(tong)

Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis suku kata, iatu ekasuku, dwisuku, dan banyak
suku.Setiap jenis ini ada ciri-cirinya yang tertentu.

Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu


a. Ekasuku

Ekasuku ialah perkataan yang mempunyai satu suku kata.Dalam bahasa-bahasa dunia tidak
terdapat banyak bahasa yang mempunyai ekasuku. Misalnya, dalam bahasa Inggeris terdapat
perkataan seperti I, eye, oh yang mempunyai satu suku kata sahaja. Dalam bahasa Melayu
pula, terdapat kira-kira dua puluh ekasuku, iaitu perkataan yang mempunyai satu suku kata.

Kebanyakan ekasuku dalam bahasa Melayu terdiri daripada konsonan dan vokal.Antaranya
termasuk ru, yu dan ya. Ada sebilangan kecil yang terbentuk oleh vokal dan konsonan,
seperti kata am. Namun, bilanganperkataan berekasuku terhad dalam bahasa Melayu. Lihat
beberapa contoh ekasuku yang wujud dalam bahasa Melayu dalam Rajah 9.1.

Rajah 9.1 Kata ekasuku dalam bahasa Melayu

ai

am

ba

ca

ci

di

ke

ga

ha

mi

oh

po

ro

wa

za

b. Dwisuku

Dwisuku ialah perkataan yang mempunyai dua suku kata.Kebanyakan perkataan asas dalam
bahasa Melayu terbentuk oleh perkataan yang dwisuku.Antaranya termasuk perkataan seperti
air, aib dan wang.Lihat beberapa contoh perkataan Melayu yang mempunyai dwisuku dalam
Jadual 9.2
Jadual 9.2Perkataan dwisuku dalam bahasa Melayu

a+bu

a+jal

ba+ca

ba+la

ca+ci

can+du

da+da

da+na

e+nak

fa+ham

ge+lut

gi+la

ka+ki

la+yar

ma+kin

na+kal

pa+ti

re+da

Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu


c. Banyak suku kata

Oleh sebab perbendaharan kata bahasa Melayu mengalami perkembangan yang pesat,
banyak perkataan asing masuk ke dalamnya.Dengan pertambahan kosa kata Melayu,
banyak perkataan telah terbentuk oleh lebih dua suku kata.Perkataan yang mempunyai
lebih dua suku kata disebut sebagai banyak suku (polysyllable). Perhatikan antara
beberapa perkataan Melayu yang mempunyai banyak suku dalam Jadual 9.3:

Jadual 9.3 Banyak suku dalam perkataan Melayu

Bilangan Suku Kata

Contoh

Tiga suku kata

per+ka+kas

ke+lin+dan

Empat suku kata

re+for+ma+si

pe+da+go+gi

Lima suku kata

ma+la+pe+ta+ka

si+la+tur+ra+him

Enam suku kata

ma+ha+ra+ja+le+la

per+so+ni+fi+ka+si

1. Ekasuku bermaksud
2. Berikan DUA contoh perkataan Melayu yang mempunyai dua suku kata.
3. Nyatakan bilangan suku kata dalam perkataan Melayu yang berikut:
-

masalah

kugiran

gembleng

sosiopolitik

cemerlang

penyelewengan

Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu

9.2. Pola Suku Kata

Pada mulanya, pola suku kata dalam bahasa Melayu mempunyai pola yang mudah, iaitu yang
terdiri daripada empat pola sahaja. Hal ini demikian kerana struktur suku kata bahasa Melayu
yang asli adalah seperti yang berikut:

V= a+pa
VK= am+bang
KV=ba+ru
KVK=a+nak

Namun dengan kemasukan kata-kata asing ke dalam bahasa Melayu, kini sudah terdapat
rangkap konsonan yang berfungsi sebagai pemula dan penutup suku kata.Hal ini telah
menyebabkan binaan pola-pola suka kata yang baharu dalam bahasa Melayu. Antara pola
suku kata yang baharu tersebut ialah:

KKV=dra+ma, indus+tri
KKVK = draf
KVKK=teks+til
VKK = eks+tra
KKVK = trak+tor, elek+trik
KKVKK=kom+pleks
KKKV = stra+tegi, skru
KKKVK = struk+tur, skrip

Dengan hal yang demikian, bilangan pola suku kata kini sudah bertambah. Sekarang, terdapat
sebelas pola suku kata dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

Pola

Contoh

i.

i-bu, gu-a

ii.

VK

er-ti, ma-in

iii.

KV

ra-kit, ba-tu

iv.

KVK

pin-tu, hi-lang
7

Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu


v.

KKV

dra-ma, indus-tri

vi.

KKKV

trak-tor,elek-trik

vii.

VKK

eks-port

viii.

KVKK

bank-rap, kon-teks

ix.

KKVKK

kom-pleks

x.

KKKV

stra-tegi, skru

xi.

KKKVK

struk-tur, spring

(Dipetik daripada Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia, 1989)

Pola (i) hingga (iv) ialah empat pola umum suku kata yang terdapat pada kebanyakan kata
dasar di dalam bahasa Melayu. Pola (v) hingga (xi) ialah tujuh pola suku kata yang dibentuk
oleh huruf konsonan rangkap, iaitu daripada perkataan yang dipinjam daripada bahasa
Inggeris.

a. Jenis Suku Kata

Dalam bahasa Melayu, terdapat dua jenis suku kata, iaitu suku kata terbuka dan suku kata
tertutup. Suku kata terbuka ialah suku kata yang berakhir dengan vokal, seperti buka.
Manakala, suku kata tertutup berakhir dengan konsonan, seperti kasut. Sebelas pola suku kata
di dalam bahasa Melayu terdiri daripada empat pola suku kata terbuka dan tujuh pola suku
kata tertutup. Perhatikan contoh suku kata terbuka dan tertutup dalam Jadual 9.4 dan 9.5
yang berikut:

i.

Suku kata terbuka

Suku kata terbuka ialah suku kata yang diakhiri dengan vokal dalam bahasa. Perhatikan
beberapa contoh suku kata terbuka dalam Jadual 9.4:

Jadual 9.4 Suku Kata Terbuka

a+pi

ru+pa

sa+na

sa+ya

ka+ki

na+ma

dra+ma

ke-lam-bu

pu+lau

Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu

ii.

bo+ne+ka

as+ta+ka

pu+sa+ra

er-ti

sa+ri

sen+da+wa

Suku Kata Tertutup

Suku kata tertutup ialah suku kata yang berakhiri dengan konsonan. Lihat beberapa contoh
suku kata tertutup dalam Jadual 9.5 di bawah:

kam+pung

sem+pit

ja+lan

se+ko+lah

bi+lik

co+ret

stuk+tur

sem+pa+dan

long+kang

mi+si+kin

pu+lang

sing+gah

Jadual 9.5 Suku Kata Tertutup

1. Nyatakan bilangan suku kata asli dalam bahasa Melayu.


2. Bezakan antara suku kata tertutp dan tertutup.
3. Nyatakan pola suku kata bagi perkataan yang berikut:
banyak

perigi

sentiasa

santun

desa

melankolik

Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu

9.3. TEKANAN SUKU KATA DAN PERKATAAN

Tekanan merupakan aspek yang penting dalam hal memahami dan mempelajari bahasa
lisan.Unsur tekanan merupakan salah satu aspek sebutan dalam bahasa.Tekanan diberikan
pada suku kata dan perkataan dalam bahasa.Tekanan perkataan juga dikenal sebagai tekanan
leksikal.
Tekanan biasanya ditandakan dengan lambang [] dalam penulisan.Lambang ini diletakkan di
atas suku kata yang menerima tekanan itu, seperti dalam [bda?] dan [mj]. Tekanan
membawa maksud suku kata yang diucapkan lebih keras daripada kata atau suku kata yang
lain. Ringkasnya, tekanan suku kata bermaksud suku kata diucapkan dengan keras atau
lembut penyebutan suku kata.Ada kala tekanan dirujuk sebagai aksen dalam bahasa, iaitu
tekanan suara yang diberikan pada perkataan atau suku kata.

a. Tekanan pada perkataan

Dalam bahasa Melayu, tekanan keras selalu berlaku pada suku kata kedua dalam perkataan,
seperti [rumah], dan [kampung]. Dalam setiap perkataan yang dibentuk oleh dua atau lebih
suku kata diberi tekanan kepada satu suku kata. Contohnya, dalam perkataan makan, suku
kata ma diberi tekanan dan dalam buku suku kata bu diberikan tekanan. Apabila struktur
sesuatu perkataan dihuraikan, hal tekanan menjadi penting.

Dalam
tertentu,

beberapa
tekanan

bahasa
bagi

perkataan telah ditetapkan,


seperti tekanan pada suku
kata awal atau suku kata
akhir.

Perkataan

cnduct

berbeza maknanya dengan condut dalam bahasa Inggeris. Yang pertama ialah kata nama
yang bermaksud kelakuan dan yang kedua ialah kata kerja yang bermaksud
mengendalikan.

10

Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu


Dalam bahasa Inggeris, tekanan digunakan dalam perkataan untuk menunjukkan perbezaan
makna, seperti dalam rajah di sebelah.Oleh hal yang demikian, unsur tekanan menjadi unsur
fomenik dalam bahasa Inggeris kerana [] merupakan salah satu fonem.Hal yang demikian
tidak berlaku dalam bahasa Melayu kerana tekanan tidak digunakan untuk membezakan
makna perkataan.Dalam kamus Inggeris, lambang [] digunakan untuk bagi entri perkataan
Inggeris yang diberikan
tekanan, seperti dalam
gambar

di
sebelah.Namun,

lambang seumpama ini


tidak

terdapat

dalam

kamus Melayu.

Dengan hal yang demikian, perkataan yang diberi tekanan dan ada perkataan yang tidak
diberi tekanan. Dalam bahasa hal ini dirujuk sebagai bentuk kuat dan bentuk lemah.Hal
bentuk kuat dan lemah amat ketara dalam bahasa, seperti dalam bahasa Inggeris.Hal yang
sedemikian tidaklah penting dalam bahasa Melayu.Tekanan hanya diberikan semasa ayat
diujarkan dalam situasi yang tertentu, terutamanya untuk menekankan sesuatu hal melalui
perkataan yang diberikan tekanan.

Tekanan dalam suku kata dan perkataan merujuk kepada darjah tekanan yang digunakan
untuk menghasilkan kemuncak pada suku kata kerana terdapat suara nyaring bagi suku kata
yang diberikan tekanan.Lazimnya, bunyi suku kata dipanjangkan dan dibunyi dalam nada
tinggi.Pendek kata, tekanan memainkan peranannya dalam hal menyebut perkataan dengan
betul.

a. Tekanan dalam ayat


Tekanan dalam ayat bermaksud tekanan yang diberikan pada sesuatu perkataan di dalam ayat
untuk memberi tegasan (Kamus Linguistik, 1997).Umumnya, tekanan tidak diberikan kepada
semua perkataan dalam satu-satu ayat.Biasanya, berlaku perubahan apabila perkataan
dibunyikan dalam ayat.Perubahan atau modifikasi bermaksud ada perkataan yang diberikan
tekanan dahulu, kini tidak diberikan tekanan dalam ayat (Ladefoged, P, 2006). Tekanan pada
perkataan dalam ayat bergantung pada golongan kata yang hendak ditekankan dalam ayat
11

Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu


tersebut.Misalnya, dalam ayat Saya ditanya, saya ditekankan, manakala dalam ayat Saya
ditanya, ditanya ditekankan.
Umumnya, kata isi, iaitu seperti kata nama, kata adjektif, kata kerja dan adverba diberikan
tekanan. Kata tugas yang terdapat dalam ayat jarang-jarang diberikan tekanan. Perhatikan
tekanan yang diberikan pada perkataan dalam ayat-ayat yang berikut:

i.

ii.

Pak Mat membina sebuah rumah baharu di Taiping.


Pelajar-pelajar sekolah hendaklah memakai lencana sekolah semasa berada
di kawasan sekolah.

iii.

Masyakarat Malaysia hidup berharmoni dan saling menghormati antara satu


sama lain untuk memelihara perpaduan

Dalam ayat (i), kata nama khas Pat Mat, Taiping, kata nama am rumah dan kata kerja
membina diberi tekanan. Kata tugas seperti di dan sebuah tidak diberi tekanan. Dalam ayat
(ii) pula, kata nama am pelajar, sekolah dan kata kerja memakai diberi tekanan. Kata tugas
seperti hendaklah dan di tidak ditekankan dalam ayat tersebut.Akhirnya, kata nama khas am
masyarakat, perpaduan, dan kata kerja hidup dan saling menghormati diberikan tekanan.
Kata tugas seperti dan, antara, dan untuk tidak diberikan tekanan.

1. Apakah tujuan sesuatu perkataan diberikan tekanan?


2. Mengapa semua perkataan tidak diberikan tekanan dalam ayat? Jelaskan.
3. Sila letakkan lambang pada perkataan dalam ayat berikut yang harus
diberikan tekanan:
i.

Nama saya Mohan.

ii.

Saya bertugas sebagai guru di sekolah tersebut.

iii.

Apabila hujan turun, perlawanan bola sepak antara sekolah ini akan
diberhentikan.

12

Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu

9.4 SEBUTAN PEPET (SCHWA)


Schwa didefinisikan dalam bahasa Inggeris sebagai vokal [e] yang tidak ditekankan pada
kedudukan tengah perkataan, seperti [mat] matter (Matthews, P.H. 1997). Schwa dianggap
vokal ditekankan secara lembut dan lemah dalam bahasa Inggeris seperti dalam perkataan
the, and dan for.

Dalam bahasa Melayu pula, schwa dirujuk sebagai e pepet.Dalam bahasa Melayu, terdapat
lima vokal, iaitu /a/, /e/, /i/, /o/ dan /u/. Dengan demikian, hurufe merupakan salah satu vokal
daripada lima vokal.Semua vokal ini dilafazkan dengan satu bunyi yang tertentu, kecuali
bunyi vokal /e/. Vokal /e/ pula dibunyikan dua cara yang berbeza. Hal ini bererti huruf e, ada
dua bunyi.Huruf e digunakan untuk melambangkan dua fonem huruf e, iaitu:

i.

fonem e pepet yang ditulis secara fonetik [] dan

ii.

fonem e taling yang ditulis secara fonetik [e].

Oleh hal yang demikian, schwadalam bahasa Melayu merujuk kepada bunyi pepet [] yang
dibunyikan berbeza daripada bunyi e taling [e].Huruf e pepet dikenal sebagai huruf e
bertanda di atas, iaitu dalam ejaan lama atau ejaan Rumi Zaba (sebelum tahun 1972).Tanda
diakritik di atas e pepet () tidak lagi digunakan dalam ejaan Rumi sekarang. Lihat
penggunaan () dan (e) dalam contoh di bawah:
mak

jadi emak

kledek

jadi keledek

mnteri

jadi menteri

tmpohjadi tempoh
ptak

jadi petak

Bunyi pepet [ ] boleh berlaku di awal dan tengah perkataan Melayu. Kini, bunyi pepet juga
berlaku pada akhir perkataan.Bilangan bunyi pepet e di akhir perkataan tidaklah banyak
dalam bahasa Melayu.Kebanyakan perkataan tersebut merupakan kata serapan. Perhatikan
beberapa sebutan bunyi e pepet [] di awal, tengah dan akhir perkataan Melayu di bawah:

13

Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu

[+mak]

[m+but]

[+nau]

[+rat]

[r+ti]

[+sa]

[k+mas]

[c+t+ra]

[fi+lm]

[in+d+ra]

[ka+bl]

[p+cah]

[r+z+ki]

[si+rn]

[t+lah]

[na+sio+na+lis+m]

[e+go+is+m]

[s +ku+la+ris+m]

Jadual 9.6 Bunyi e pepet dalam perkataan Melayu

1. Apakah maksud schwa dalam bahasa Melayu?


2. Dua jenis fonem e adalah.. dan
3. Bulatkan perkataan dalam senarai di bawah yang mempunyai bunyi e pepet.
erat
sate
cedera

teliti
nasionalisme
mereka

14

tekun
sukses
mesin

Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu

Suku kata ialah unit bunyi yang boleh terdiri daripada satu vokal atau daripada vokal
yang didahului atau diikuti oleh konsonan.

Setiap suku kata bahasa Melayu ditandai oleh sebuah vokal.

Terdapat tiga binaan suku kata dalam bahasa Melayu, iaitu ekasuku, dwisuku dan
banyak suku.

Terdapat sebelas pola suku kata dalam bahasa Melayu

Dalam bahasa Melayu, terdapat dua jenis suku kata, iaitu suku kata terbuka dan suku
kata tertutup.

Tekanan membawa maksud suku kata yang diucapkan lebih keras daripada kata atau
suku kata yang lain.

Tekanan perkataan dalam ayat terjadi pada kata isi dalam bahasa Melayu.

Schwa dalam bahasa Inggeris dirujuk sebagai e pepet dalam bahasa Melayu.

Sebutan e pepet merupakan salah satu bunyi bagi huruf e dalam bahasa Melayu.

15

Bab 9: Suku Kata Dan Tekanan Dalam Bahasa Melayu

Abdullah Hassan. 2006. Linguistik Am. Kuala Lumpur: PTS Professional


Asmah Hj Omar. 2008. Ensiklopedia Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia. 1981. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Daftar Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu. 1991. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
Ismail Dahaman. 2000. Pedoman Ejaaan Rumi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Kamus Linguistik. 1997. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Kreidler. 1997. Charles. M. Describing Spoken English: An Introduction. London: Routledge
Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu. 2000. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Small. Larry. H. 1999. Phonetics: A Practical Guide for Students. Boston: Allyn & Bacaon.
Yunus Maris. The Malay Sound System. 1980. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd

16

You might also like