You are on page 1of 31

Conth pbs sejarah:

Panduan Kerja Kursus Sejarah STPM Kertas 4 (940/4)


PANDUAN PENULISAN KERJA KURSUS SEJARAH STPM
KERTAS 4 (940/4)
PENGGAL 2
1. Kertas Cadangan (Proposal) Penulisan Esei
Kertas cadangan atau proposal penulisan esei ialah penjelasan ringkas tentang beberapa
perkara yang ingin dimaklumkan atau pelan tindakan penulis tentang kerja kursus atau esei
yang akan dilakukan. Penjelasan ringkas itu menjawab persoalan berikut:
(a) Apakah tajuk esei yang akan dilaksanakan?
(b) Apakah isu yang dikenal pasti?
(c) Apakah objektifnya?
(d) Bagaimanakah kita akan melaksanakan / pengumpulan maklumat atau data?
(e) Berapa lamakah tempoh masa perlaksanaannya?
(f) Berapakah kos yang diperlukan? (jika ada)
Kertas cadangan (proposal) penulisan esei disediakan sebelum sesuatu penulisan esei yang
lengkap dilaksanakan. Ia boleh disediakan mencakupi kerengka masa bermula penggal 2
hingga ke suatu tarikh akhir penyerahan tugasan tersebut (12 April 2013).
2. Fungsi Kertas Cadangan (Proposal)
Kegunaan Kertas Cadangan (Proposal) penulisan esei merupakan satu panduan yang
menyatakan objektif penulisan esei, langkah-langkah (format) esei keseluruhannya, peralatan
yang digunakan atau tempoh masa perlaksanaan penulisan yang dirancang oleh penulis
(pelajar). Kertas cadangan (proposal) membantu penulis menjalankan kajian penulisan esei
dengan lebih terancang lagi.
3. Kandungan Dalam Kertas Cadangan (Proposal) Penulisan Esei Sejarah STPM
Kertas cadangan (proposal) penulisan esei Sejarah tidak mempunyai format yang khusus
(bergantung kepada tajuk / keperluan esei berkenaan). Namun begitu, berikut adalah panduan
asas untuk memudahkan kita menulis kertas cadangan (proposal) penulisan esei Sejarah yang
berkaitan:
(i)
Nama Sekolah (beserta alamat penuh)
(ii)
Nama penulis
(iii)
Tajuk esei
(iv)
Refleksi pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkaitan dengan tajuk
(v)
Isu keperihatianan / Fokus Kajian
(vi)
Objektif Kajian
(vii)
Kumpulan Sasaran
(viii) Tindakan Yang Dicadangkan
(ix)
Jadual Perlaksanaan
(x)
Kos Kajian (jika ada)

4. Format Penulisan Esei Sejarah


Para penulis (pelajar) yang terlibat dalam penulisan kerja kursus 940/4 Sejarah Penggal 2 ini
disarankan merujuk Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus Sejarah
Kertas 4 (940/4), Manual Sekolah yang berkaitan bagi mengetahui maklumat lanjut
berkaitan dengan tatacara penulisan esei Sejarah yang lengkap.
Tindakan penulis (pelajar) agar mematuhi kriteria-kriteria penulisan esei
Sejarah yang betul agar selari dengan tajuk, tujuan, permasalahan, rujukan,
sorotan kajian (literature review), kaedah, struktur esei, teknik rumusan, nota
akhir (endnote) dan bibliografi (rujukan) yang lengkap (Rujuk Manual Calon
Sekolah).

(a)
(b)
(c)

(d)

Format penulisan Esei


Eesei ditulis atau ditaip atas kertas saiz A4.
Panjang esei 2500 3000 patah perkataan (15 18 muka surat) tidak termasuk kertas
cadangan, nota akhir (endnote), jadual, rajah, graf, dan rujukan (bibliografi).
Esei ditaip jarak langkau 2 baris, saiz fon 12 Times New Roman. Penulisan senarai
bibliografi dan nota akhir esei hendaklah mengikuti gaya Chicago, iaitu rujuk, http:// www.
chichagomanualofstyle.org
Muka surat hadapan (cover page).
2.2 inci
1 inci
1 inci
1 inci
TAJUK ESEI (
)

(1.5 inci)
PELAJAR :

NAMA
(1.5 inci)
NO. KAD PENGENALAN :
ANGKA GILIRAN :
NAMA SEKOLAH :
NO. PUSAT :

2.5 inci

(a)
1.
2.
3.

Contoh penulisan endnote/bibliografi:


Endnote:
R.G. Collingwood, The Idea of History, Oxford, 1977, hal. 77.
L. Kreger, Raknke : The Meaning of History, Chicago, 1977, hal. 2-4.
Ibid, hal. 6.

4. R.G. Collingwood, op.cit., hal. 89.


(b) Bibliografi: (disusun mengikut abjad)
Abdul Rahman Hj Ismail, Buku Malaysia : Sejarah Kenegaraan Dan Politik, Kuala Lumpur,
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988.
L.S.Stravarionos, The Balkans 1815-1914, America, United States, 1965, hal. 77.
R. Sutralingam, Sejarah India Moden : Imperialisme dan Nasionalisme, USM, Pusat
Pengajian Luar Kampus, 1987.

Contoh Penulisan Kerja Kursus Sejarah STPM Penggal 2


Tajuk: Asal-usul seni bermukun dan persembahannya dalam konteks masyarakat Melanau di
Daerah Matu Daro Sarawak.
Memandangkan Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, menyebabkan wujudnya pelbagai
persembahan

tradisional.

Lazimnya

setiap

masyarakat

mempunyai

kepelbagaian

persembahan tradisional yang unik. Pelbagai kesenian kaum ini dipengaruhi oleh masyarakat
luar. Secara umumnya, kesenian dan hiburan tradisional ini dibawa dari luar tetapi telah
mengalami beberapa proses pengubahsuaian dan unsur-unsur budaya tempatan agar mudah
diterima oleh masyarakat di sini.[1]
Secara umumnya, latihan ilmiah ini adalah mengenai kajian tentang kesenian dan
kebudayaan masyarakat tempatan.Secara umumnya kesenian merupakan aspek-aspek yang
dipamerkan atau ditonton di khalayak ramai. Ini meliputi tarian, muzik nyanyian dan teater.
Kebudayaan pula merupakan amalan dan upacara dalam kehidupan harian. Keadaan ini
meliputi pakaian, adat, serta pelbagai perayaan kaum di Malaysia.[2] Penulis memilihtajuk
seni bermukun atau bergendang dalam konteks masyarakat Melanau di Daerah Matu Daro,
Sarawak. Seni bermukun atau bergendang ini amat popular dalam etnik Melanau dan Melayu
di negeri ini. Persembahan bermukun Melanau tiada bezanya dangan cara persembahan
masyarakat Melayu Sarawak. Bergendang dan bermukun merupakan satu aktiviti yang masih
diamalkan oleh sesetengah masyarakat Melanau dan Melayu, khususnya di kawasan
kampung-kampung.

Bermukun

merupakan

persembahan

tradisional

Sarawak

yang

membabitkan persembahan tarian dan pantun berlagu yang diiringi oleh gesekan biola dan
gendang. Seni ini merupakan satu khazanah yang diwarisi sejak zaman-berzaman.[3]

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji dengan lebih mendalam tentang sejarah asal usul
seni bermukun ini dalam konteks masyarakat Melanau. Sejarah asal sesebuah kebudayaan
seni amat penting kerana melalui sejarah masyarakat dapat lebih mengenali seni tersebut dan
membolehkan masyarakat untuk mendalami kesenian tersebut. Selain itu, penulis juga
akanmengupas berkenaan elemen-elemen penting dalam persembahan seni bermukun, serta
alat muzik yang digunakan dalam persembahan tersebut. Elemen utama dalam persembahan
bermukun adalah satu perkara yang harus dititikberatkan kerana ianya merupakan satu
pelengkap kepada persembahan tersebut. Persembahan seni bermukun akan menjadi tidak
menarik dan tidak sempurna sekiranya salah satu daripada elemen tersebut tiada. Pengkaji
juga ingin mengenalpasti peranan seni ini kepada masyarakat agar timbul kesedaran dalam
diri pengkaji dan masyarakat sekitar akan betapa seni bermukun ini berperanan penting dalam
pelbagai aspek kehidupan seperti dari aspek sosial masyarakat.
Permasalahan kajian adalah mengenai kemalapan persembahan bermukun dalam
masyarakat Melanau pada hari ini. Kajian ini bersesuaian dengan kemalapan beberapa
kesenian Sarawak berikutan daripada transformasi Negara kearah era kemodenan.
Kebanyakan rakyat negara ini,terutama golongan remaja yang masih mentah mula melupakan
kebudayaan asal rakyat kerana terikut-ikut dengan trend yang wujud pada masa
ini.Kemodenan yang wujud bukan merupakan satu alasan kepada masyarakat hari ini untuk
menghapuskan pelbagai kesenian rakyat, namun sikap rakyat yang mengagung-agungkan
budaya luar adalah menimbulkan permasalahan dalam menerapkan kebudayaan asal kita ke
dalam jiwa masyarakat terutama remaja hari ini. Justeru itu, kajian ini mengupas sejarah
bagaimana kewujudan seni bermukun ini agar remaja pada hari ini mengetahui tujuan sebenar
bermukun ini diadakan pada zaman dahulu dan bagi mendapatkan semula tempat seni ini
dalam hati mereka yang kian hanyut dalam arus globalisasi.Selain itu,sejauhmana
kepentingan beberapa elemen utama dalam persembahan seni ini juga akan turut dikaji oleh
pengkaji. Sehubungan itu, sejauhmana masyarakat dapat mendalami seni

kehalusan

berpantun yang merupakan satu eleman penting dalam adat bermukun ini.
Menurut Mohd Fauzi Abdullah (1985) dalam kajiannya pemikiran cinta bermukun
dalam gendang melayu Sarawak kebudayaan merujuk langsung kepada the way of
life atau cara hidup dan pemikiran masyarakat. Penelitian terhadap elemen pantun atau
mukun dalam seni ini membolehkan kita menyelami pemikiran dan cara hidup masyarakat

terdahulu. Persoalan seperti, apakah hal yang sering masyarakat fikirkan? Bagaimana persepsi
masyarakat terhadap sesuatu hal yang berkaitan dengan kehidupan mereka? Bagaimana
masyarakat menyelesaikan masalah yang mengganggu hidup mereka ? Sesungguhnya puisi
tradisional seperti pantun mukun agak asing dan misteri bagi kehidupan masyarakat hari
ini.Oleh itu kajian ini juga mengkaji sejauhmana peranan seni mukun ini dalam kehidupan
masyarakat dahulu dan sekarang.[4]

Seterusnya, kajian ini amat penting kepada seluruh lapisan masyarakat dalam
memahami seni bermukun yang menjadi khazanah nenek moyang etnik Melayu dan Melanau
di Sarawak. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberikan satu gambaran umum kepada
masyarakat terutamanya etnik Melanau yang menjadi penggiat utama seni bermukun ini.
Malahan dapat menimbulkan perasaan cinta akan seni kebudayaan sesebuah masyarakat itu
sendiri. Masyarakat dapat mengetahui sejarah asal seni itu wujud dalam etnik mereka sendiri.
Pengkaji juga mengharapkan agar hasil kajian ini boleh menjadi rujukan pengkaji seterusnya.
Pengkaji amatlah berharap agar masyarakat sedar akan peranan seni bermukun ini terhadap
pelbagai aspek kehidupan kita. Justeru itu, kajian ini amat penting bagi menghidupkan
semula seni warisan dan khazanah nenek-moyang masyarakat Melanau iaitu bermukun yang
kian tenggelam dalam arus modenisasi ini. Berdasarkan kajian ini, diharapkan minat
masyarakat terhadap kaeindahan seni dan kebudayaan bermukun ini akan bertambah
seterusnya memperkembangkan seni ini agar dapat dikenali dan menjadi khazanah yang bakal
dihargai dan diteruskan oleh generasi akan datang.
Kajian yang dilaksanakan oleh pengkaji ialah meliputi kerangka masa selama 30
tahun iaitu antara tahun 1970 hingga tahun 2000. Perbincangan kajian ini akan
membincangkan tentang asal bermulanya kegiatan seni bermukun ini dalam konteks
masyarakat Melanau di Daerah Matu Daro yang di fokuskan di Kampung Penibong.
Kampung Penibong merupakan sebuah kampung yang terdapat dalam pulau Bruit di Daerah
Matu Daro. Semua penduduk asal kampung ini merupakan etnik Melanau asli. Kaum
melanaumerupakan salah satu etnik yang sama seperti bangsa lain di Sarawak. Kebanyakan
Sarjana Barat menggambarkan watak dan keperibadian kaum Melanau sebagaigentle and
peace loving people. Menurut pendapat Hugh Low (1968),mengenai kaum Melanau adalah
seperti berikut :

Next members to the kyans,but of much more peaceful habits and


practices,are the orang milanowes, who inhabit the mouth of the great Rejang
river, and the small rivers to the eastward of print sirik. Their principal town is
egan, on the rivers of that name, which is,however.but a mouthof the
Rejang,being that must to the eastward; hoya,on a small riverstwenty miles of
egan ;and Mocha, on another fourteen miles east of the last mentioned
settlement
Berdasarkan penyataan tersebut, memang terbuktilah bahawa masyarakat Melanau ini
merupakan masyarakat yang mendiami kawasan persisiran pantai.
Sorotan kesusasteraan adalah amat penting kepada pengkaji bagi kajian yang
dijalankan. Kajian lepas dapat membantu pengkaji untuk menilai dan mendapatkan maklumat
tentang kajian yang bakal dikaji sekarang dan melihat sejauh manakah kajian lepas berkait
langsung dengan kajian akan datang (Lawrence Dino, 2007). Pelbagai maklumat yang
berkaitan dengan kajian telah diperoleh daripada beberapa kajian lepas dan juga buku-buku
yang berkaitan. Antaranya ialah kajian yang bertajuk Pemikiran Cinta Bermukun dalam
Gendang Melayu Sarawak (Mohd Fauzi et.all,1985). Selain itu Mary Fatimah Subet dan
Salbia Hassan dalam pembentangannya Bergendang dan Bermukun Dalam Masyarakat
Sarawak pada tahun 2009. Selain itu kajian juga dibuat oleh Jasiman Ahmad dan Nora Haji
Samat dalam bukunya yang bertajuk Persembahan tradisional pada tahun 2001.
Kaedah kajian yang digunakan oleh pengkaji untuk mengumpul data ialah
kaedah kajian lapangan. Pengkaji sendiri meluangkan masa menyaksikan persembahan adat
bermukun ini Selain itu, kaedah temu bual juga digunakan oleh pengkaji. Kaedah temu
ramah dan perbualan merupakan satu kaedah yang lazim digunakan untuk mendapatkan
maklumat tentang latar belakang atau pandangan daripada seseorang. Pengkaji telah
menemubual Puan Raunah binti Mat yang merupakan salah seorang syeh[5] gendang di
Kampung Penibong bagi medapatkan keterangan lisan yang berkaitan dengan kajian yang
dilaksanakan. Selain itu, pengkaji juga menggunakan kaedah penyelidikan buku-buku di
perpustakaan dan pelbagai bahan bacaan ilmiah lain bagi memperoleh data skunder. Kajiankajian lepas yang telah dilaksanakan juga merupakan satu panduan pengkaji.Bagi
mengukuhkan lagi pemahaman pengkaji, rujukan internet juga digunakan.
Dalam suatu penyelidikan sejarah, asal-usul sesuatu perkara yang hendak dikaji adalah
amat penting agar pengkaji dapat mendalami sejarah terlebih dahulu dan menimbulkan minat

pengkaji untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang sesuatu isu. Menurut Kamus
Dewan edisi ke-4 perkataan asal-usul boleh didefinisikan sebagai salasilah, asal keturunan
seseorang. Asal-usul juga merupakan kaedah yang mula-mula dan punca kewujudan sesuatu
perkara. Oleh itu, pengertian tersebut bertepatan dengan objektif pengkaji yang ingin
mendalami tentang punca kewujudan dan kaedah mula-mula kesenian bermukun dalam
konteks masyarakat Melanau di Daerah Matu Daro.
Menurut Tuan Haji Mohd Yassin (2000) secara umumnya seni tari melayu amat rapat
dengan hubungan pengaruh luar seperti kesenian Arab. Bagaimanapun,dasar atau asas sesuatu
seni itu bersifat seni melayu dan segala yang diambil dari luar itu telah disesuaikan dengan
kesesuaian melayu yang sedia wujud. Budaya bermukun dikatakan bermula sebelum era
Brooke ataupun lebih awal. Penduduk sekitar juga telah menyatakan bahawa, kesenian
bermukun ini mula wujud di Daerah ini ketika kemasukan Islam yang mula bertapak di
kawasan tersebut seperti di Kampung Sekaan Matu. Pengaruh pemerintahan kesultanan
Brunei di Sarawak sekitar tahun 1600-an, telah banyak mencorakkan hidup masyarakat
Melanau yang tinggal di sekitar daerah ini. Buyong Adil (1989) menyatakan peranan
kerajaan Kesultanan Brunei menjadi penting dalam penyebaran Islam dan kebudayaan
Melayu. Hal ini tertumpu kepada beberapa tempat barat daya Borneo terutama sekali di
Kuching, Kelaka, Sadong, Semanggang, Sibu, Lundu, Saribas, Muara Sungai Rejang hingga
sepanjang kawasan Tanjung Datu dan Tanjung Sirik.
Namun begitu, Puan Raunah Binti Mat yang merupakan penduduk tetap di Daerah
Matu Daro atau spesifik di Kampung Penibong menyatakan bahawa, tiada terdapat kesasihan
yang sebenar tentang bermulanya seni bermukun dalam masyarakat Melanau ini. Namun
demikian, budaya bermukun ini merupakan satu khazanah yang diperturunkan daripada
nenek moyang mereka sejak dahulu kala. Ketiadaan hiburan pada zaman dahulu mendorong
masyarakat untuk mencipta sesuatu persembahan bagi mengisi masa lapangdan dapat
memberikan hiburan kepada masyarakat.[6] Bostami (1992) juga berpendapat bahawa dalam
proses penciptaan seni traadisional, terjadi hubungan antara subjek pencipta dan kondisi
lingkungan. Pencipta seni tradisional biasanya terpengaruh oleh keadaan sosial budaya
masyarakat di suatu tempat.Keterangan tersebut adalah sejajar dengan penjelasan Puan
Raunah iaitu, asal usul persembahan bermukun di kawasan Kampung Penibong apabila orang
terdahulu memulakan aktiviti bergendang dengan menggunakan papan terbuang. Idea tersebut

muncul apabila mereka mengetuk papan dan ianya menghasilkan bunyi dan irama yang
berbeza dan dapat menimbulkan minat penduduk untuk menari mengikut rentak yang dipukul.
Oleh itu, pelbagai idea untuk mengubah alat muzik tersebut dan akhirnya mereka terfikir
untuk menggunakan gendang yang diperbuat daripada kulit binatang seperti lembu. Akhirnya
persembahan tersebut terus diperkembangkan dalam kalangan masyarakat Melanau di
Kampung tersebut.[7]
Tarian dalam persembahan tersebut juga diringi dengan pelbagai kesusteraan melayu
terutamanya pantun. Pantun yang dipersembahkan dalam seni ini berlandaskan pemikiran
cinta, walaupun digambarkan agak sederhana namun ianya ringan dan menghiburkan, namun
isinya mampu menggambarkan peradaban dan etika masyarakatnya,Mohd Fauzi bin Abdullah
(1985). Penjelasan tersebut di perkuatkan lagi oleh Mary (2009) yang menyatakan bahawa
menurut kata orang tua-tua, pada zaman dahulu, acara bermukun atau bergendang adalah
masa untuk mencari jodoh, berkenal-kenalan sambil berhibur. Keadaan tersebut tidak
menghairankan kerana pada masa dahulu anak- anak gadis jarang keluar rumah dengan bebas.
[8] Tambahan lagi,pada zaman dahulu, majlis bergendang dan bermukun mengikut aturan
umum seperti bercampak iaitu mencampak sesuatu seperti bunga, duit syiling atau sapu
tangan ke dalam tabir yang memisahkan tukang gendang dan para penari.[9]
Selain itu persembahan bermukun atau bergendang ini juga dipanggil bernopeng oleh
masyarakat dahulu kala kerana para penari menggunakan topeng ketika persembahan
tersebut.[10] Gendang melayu ini wujud untuk mendidik budaya berbahasa juga mendidik
akhlak menerusi pantun dan tandak (tarian) mudah. Namun, budaya ini pernah
disalahgunakan oleh segelintir individu sebagai medium 'menjerat' dan maksiat.[11] Isu
tersebut menjadi sindiran menerusi novel Melati Sarawak oleh Mohamad Rakawi Yusuf
terbitan tahun 1932 mengenai kelonggaran akhlak masyarakat Melayu Sarawak dalam
bermukun. Pandangan serong terhadap seni gendang tersebut ternyata memberi konflik
terhadap golongan bangsawan, perabangan, pengiran, syed dan tunku yang tergolong dalam
istilah 'Melayu Sarawak'. Disebabkan perkara tersebut, mereka yang menggemari budaya ini
memenuhi kehendak mereka dengan memakai topeng bagi menyembunyikan wajah sambil
berpantun dan bertandak. Sejak itu, lahirlah istilah 'menopeng' dalam budaya bermukun.
Seterusnya, pengkaji mendalami cara persembahan seni tersebut serta elemen-elemen
utama dalam persembahan seni bermukun ini dalam konteks masyarakat Melanau. Menurut

pengalaman pengkaji sendiri yang telah menghadiri majlis bermukun ini, aktiviti bermukun
ini dikendalikan dalam kalangan wanita seramai dua atau lebih yang duduk dibahagian balik
tabir untuk memukul gendang sambil berpantun. Mereka ini dipanggil atau dikenali sebagai
tukang gendang atau juga syeh gendang. Para lelaki pulaakan duduk berselerak atau sejajar
mengikut keselesaan sendiri diluar tabir. Namun begitu mereka meninggalkan ruang
dibahagian berdekatan tabir dan tukang gendang sebagai gelanggang tarian. Mereka menari
secara bergilir-gilir dengan pasangan masing-masing sambil menunjukkan kehebatan berbalas
pantun bersama mak gendang. Majlis bergendang ini biasanya berjalan sepanjang malam
hinggalah kesubuh mengikut kehendak dan kemampuan tukang gendang dan penarinya
dengan keizinan tuan rumah. Persembahan bermukun ini biasanya diadakan di anjung rumah
dan dalam keadaan terbuka. Selain itu, aktiviti bermukun ini biasanya diadakan pada malam
hari perkahwinan sebagai tanda kesyukuran dan aktivi bersuka ria.[12] Penyataan tersebut
juga dijelaskan oleh Abdullah Haji Saidol yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri
Semop dalam ucapannya dalam program TitikSentuhan dan Mukun Ria anjuran RTM Sibu
(2012) berkata :
bermukun merupakan satu aktiviti yan dikhazanahkan dan merupakan
aktiviti bersuka ria yang diadakan dalam keadaan terbuka dan terang
dikhalayak ramai terutama pada majlis perkhwinan dan pelbagai majlis
keramaian.

Seterusnya adalah berkenaan dengan gendang yang merupakan elemen utama dalam
persembahan seni bermukun dan merupakan satu-satunya alat muzik yang digunakan oleh
masyarakat Melanau bagi menyempurnakan seni khazanah mereka. Gendang mempunyai dua
muka yang tidak sama besar. Muka yang kecil dipasang belulang[13] kambing manakala,
muka yang besar pula dipasang belulang lembu. Belulang-belulang tersebut disirat dengan tali
rotan dan dililit dengan rotan yang sudah dibelah dua. Belulang ditegangkan dengan
memasangkan gelong-gelong yang diperbuat daripada kulit.[14] Badan gendang melayu
diperbuat daripada kayu nagka. Badan ini dipanggil temiang. Gendang dimainkan dengan cara
meribanya dengan kedudukan melintang. Muka gendang akan dipukul dengan telapak tangan.
[15] Dalam persembahan bermukun, gendang tersebut dipukul oleh dua orang wanita dengan
irama yang asas agar dapat disamakan dengan gerak tari para penari atau dipanggil sebagai
penandak yang terdiri daripada golongan lelaki. Pukulan asas tersebut adalah pukulan tepi dan

tengah. Ditengah pikulannya berbunyi pak dan pada bahagian tepi gendang berbunyi
pung. Pukulan tersebut dikenali sebagai pukulan induk.[16] Kedua-dua seh gendang boleh
menggunakan pukulan induk dalam persembahan bergendang. Namun, pukulan gendang
harus dikendalikan dengan berhati-hati agar tidak merosakkan atau menyumbangkan pukulan
keseluruhannya.
Elemen yang seterusnya adalah pemukul gendang dan penari ataupun penandak.
Pemukul gendang adalah paling penting dan memainkan dua tugas utama iaitu memukul
gendang dan berbalas pantun dengan penari.Pemukul gendang adalah terdiri daripada dua
orang wanita atau lebih. Pemukul gendang mestilah mereka yang bergiat aktif dan mahir
dalam pukulan gendang melayu.Tambahan lagi,mereka haruslah mempunyai kemahiran
berpantun.[17]Penandak atau juga penari pula adalah terdiri daripada lelaki. Mereka akan
berbalas pantun dengan tukang gendang sambil menari.Para penandak menari berdasarkan
irama pukulan gendang.
Seterusnya adalah tandak.Tandak ialah satu bentuk tarian yang ditari oleh golongan
lelaki. Tuan Haji Mohammad Yasin (2002) mendefinisikan tarian sebagai memandang dan
meneliti gerak-geri, lenggang liuk daun kayu dan sebagainya, menurut kudrat dan bakat yang
ada padanya, manusia mencipta tarian sebagai hasrat jiwanya. Terdapat juga pelbagai bunga
tandak dicipta oleh masyarakat itu sendiri. Di Kampung Penibong, para penandak
kebanyakannya menari meggunakan bunga sorong tarik iaitu hayunan tangan yang
bertentangan dengan kaki. Seperti hayunan kaki dan tangan dalam perbarisan. Ciptaan tarian
tersebut adalah sinonim dengan pelbagai aktiviti harian masyarakat setempat. Kepelbagaian
aktiviti tersebut diterjemahkan dalam bentuk aktiviti kebudayaan bergendang. Masyarakat
lama akrab dengan alam semulajadi seperti alam tumbuhan, haiwan dan cakerawala. Ini
adalah disebabkan masyarakat pada masa tersebut sering berinteraksi dengan alam yang
berada di sekeliling mereka sama ada di laut, di hutan, di bendang, di ladang dan di gunung.
Harun Mat Piah (1989) menjelaskan bahawa penggunaan lambang-lambang dan simbolsimbol daripada alam perlu diketahui untuk memahami sesuatu kebudayaan pada zaman
dahulu. Tambahan lagi, ahli sejarah tarian dan muzik Jerman, C.Sachs mengatakan
bahawa,tarian merupakan:
gerakan berirama dan pengucapan jiwa manusia melalui gerakgeri berirama yang indah. Gerak-geri yang dimaksudkan itu adalah
berbentuk ciptaan yang indah boleh memberi kepuasan kepada orang

lain
Seterusnya adalah pantun yang merupakan sumber penarikan utama seni tersebut.
Pantun dalam adat bergendang juga dipanggil mukun. Pemukul gendang dan penari akan
berbalas pantun secara bergilir. Aktiviti berbalas pantun ini merupakan satu aktiviti bagi
mengasah minda masyarakat.Ada kajian yang dilakukan oleh ahli akademik mendapati
bergendang dan bermukun adalah bertujuan untuk mempamerkan kebijaksanaan, kemahiran,
kecekapan tingkah laku dan menguji minda.[18] Pantun yang terdapat dalam acara ini adalah
berdasarkan pemikiran masyarakat tentang aktiviti harian mereka. Zaba di dalam bukunya
bertajuk Ilmu Mengarang Melayu (1965), mengatakan bahawa penciptaan pantun merupakan
puisi tertua dan milik asal kepunyaan masyarakat Melayu. Oleh itu, umum telah menerima
bahawa pantun adalah ciptaan asli orang Melayu bagi mentafsirkan kelakuan harian
mereka.Belles Lettres (2000) juga berpendapat :
if one of the assets of poetry at its best is the magic and beauty
accomplished by language, the Malay pantun can be placed
among the highest achievements of mankind in this form of art

Jelaslah bahawa pantun dalam seni bermukun adalah amat penting kepada kehidupan
masyarakat Melanau pada zaman dahulu.
Seterusnya adalah berikutan masalah seni bermukun ini yang kian malap dalam
kehidupan masyarakat Melanau pada hari ini. Menurut Mary berdasarkan kaji selidik yang
dilakukan bersama seorang lagi pensyarah Pusat Pengajian Bahasa, Unimas, Salbia Hassan,
70 peratus daripada responden mengatakan mereka mengetahui wujudnya aktiviti itu tetapi
tidak pernah menyertainya.[19] Berdasarkan penyataan tersebut,ternyata seni ini semakin
luput ditelan kemodenan. Oleh itu, adalah amat wajar bagi pengkaji mendalami kepentingan
ataupun peranan seni bermukun dalam kehidupan masyarakat Melanau pada zaman dahulu
dan juga sekarang.Menurut Richie (2008) terdapat tiga peranan seni hiburan tradisional
bergendang dan bermukun iaitu sebagai medium bagi merapatkan hubungan silaturrahim,
medium komunikasi antara manusia, dan juga sebagai medium untuk mendidik generasi muda
(menerusi pantun).

Pertama sekali seni bermukun adalah amat penting sebagai medium bagi merapatkan
hubungan silaturrahim antara masyarakat. Hal ini demikian kerana, ketika persembahan seni

dilangsungkan, seluruh masyarakat sekitar akan berkumpul dan bersuka ria. Sopi Smile
(2008) berkata:
majlis bermukun bukan hanya dihadiri oleh mereka yang datang dari
satu kampung, namun ia disertai oleh para pemuda dari kampungkampung yang berdekatan

Melalui aktiviti bermukun ini,masyarakat sekitar dapat berkenalan sesama sendiri dan dapat
merapatkan jurang yang wujud antara masyarakat hari ini yang disebabkan perubahan gaya
hidup. Tambahan lagi, persembahan seni bermukun yang sering diadakan pada malam majlis
perkahwinan ini dapat dijadikan oleh masyarakat bagi mengumpulkan ahli keluarga masingmasing dan meraikan satu keluarga baru yang bakal menempuhi alam rumahtangga.
Seterusnya adalah amat wajar dikatakan bahawa seni bermukun ini adalah sabagai
medium komunikasi antara masyarakat pada masa dahulu terutamanya.Mohd Taib Osman
(1996) menganggap pantun, selain daripada alat komunikasi dalam konteks sosialnya, adalah
artifak budaya.Elemen utama dalam seni tersebut iaitu pantun merupakan ucapan spontan
oleh masyarakat dalam seni bermukun. Hal ini juga sejajar dengan ucapan Abdullah Haji
Saidol (2012) iaitu :
unsur bahasa yang istimewa ini memberi keindahan dan kehalusan
tersendiri kepada sastera melayu kerana sesuatu penyataan dan fikiran
hanya akan dikemukakan dalambentuk yang tidak langsung, tidak
menyinggung perasaan tetapi tepat pada makna dan tujuannya

Bermukun sebagai satu medium komunikasi juga dinyatakan oleh Mary Subet dalam
kajian menyatakan bahawa pada zaman dahulu, persembahan bermukun adalah masa yang
dinantikan oleh anak-anak muda untuk mencari jodoh dan berkenal-kenalan.[20] Ketiadaan
teknologi komunikasi pada zaman dahulu juga menyebabkan masyarakat menggunakan
persembahan bermukun iaitu ketika kebanyakan masyarakat sekitar berkumpul. Pada majlis
tersebut, masyarakat juga boleh berbincang tentang soal duniawi mahupun akhirat, kerana
hanya pada masa tersebut sahaja mereka boleh berkumpul beramai-ramai sambil
menenangkan fikiran. Selain itu, menurutMohamad Saleeh Rahamad, Universiti Malaya,bagi
tujuan berkomunikasi sesama manusia pantun tergolong dalam fungsi untuk berkasih sayang,
adat resam, agama dan kepercayaan, budi, jenaka dan permainan, teka teki, kepahlawanan,
nasihat dan pendidikan, kritikan, kembara, dan sebagainya. Jelaslah, seni bermukun
merupakan medium komunikasi masyarakat pada masa dahulu dan sekarang.

Selain itu, seni bermukun juga merupakan satu medium bagi mendidik generasi muda
melalui pantun. Pantun-pantun yang berkenaan dengan hubungan kasih-sayang, berbudi
bahasa dan norma kehidupan masyarakat. Masyarakat Melayu terutamanya golongan tua kaya
dengan pelbagai nasihat. Sebagai golongan yang makan garam terlebih dahulu pastinya
mereka mempunyai pelbagai pengalaman hidup dan amat peka terhadap perubahan sesuatu
perkara. Justeru,jika mereka mendapati ada sesuatu perkara yang tidak kena atau bertujuan
untuk memberikan peringatan kepada golongan muda atau kanak-kanak, mereka akan
menggunakan pantun sebagai alat untuk menyampaikan nasihat dan didikan. Pantun lebih
lanjut dikatakan harus berperanan untuk menyampaikan pesan-pesan moral yang penuh berisi
nilai-nilai luhur agama, budaya, dan norma-norma sosial masyarakat (Hodijah widyaiswara,
2009).
Sebagai rumusan, aktiviti seni bermukun dalam kalangan masyarakat Melanau ini
sememangnya sudah menjadi khazanah nenek moyang masyarakat Melanau sejak zaman
dahulu kala. Menurut beberapa pendapat umum, dapat dirumuskan bahawa tiada asal usul
sebenar kewujudan seni ini, mereka hanya menyatakan bahawa seni ini adalah turun temurun
daripada nenek moyang mereka. Selain itu, dalam mengupas beberapa aspek dalam elemen
penting dalam persembahan bergendang, terdapat elemen seperti gendang iaitu alat muzik
utama, pemukul gendang, penari iaitu lebih dikenal sebagai penandak, tarian atau tandak,dan
juga pantun. Seterusnya, seni ini juga berperanan sebagai, medium bagi merapatkan hubungan
silaturrahim, medium komunikasi antara manusia, dan juga sebagai medium untuk mendidik
generasi muda (menerusi pantun). Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa seni
bermukun adalah amat penting dalam beberapa aspek kehidupan masyarakat pada zaman
dahulu dan sekarang.

[1] Hamidah Husein, kesenian dan hiburan tradisional,1995, hal 1.


[2]Ibid, hal 2.
[3]Sopi Samile, bermukun meriah keramaian, utusan Malaysia(Kuching Sarawak) 24 september

2008.hal.2
[4] Mohd Fauzi Abdullah et.al. pemikiran cinta bermukun dalam gendang melayu Sarawak
(Institusi Bahasa Melayu, Kuala Lumpur, 1985, hal.2.
[5] Syeh gendang ialah panggilan bagi pemukul gendang dalam masyarakat Melanau.
[6]Op.cit., Hamidah Husein, hal.2.
[7]Raunah bin Mat, (2013) temubual lapangan, Kampung Penibong Matu Daro.

[8] Mary Fatimah Subet dan Salbia Hassan bergendang dan bermukun dalam masyarakat melayu

Sarawak(kertas kerja dibentangkan dalam 55 TH seminar in the cls research seminar series,
UNIMAS, 4th May 2009) diterbitkan dalam artikel my Sarawak bermukun semakin malap, hal.
3.
[9]Ibid.
[10]Op.cit., Sopi Samile, hal.2.
[11]Mohd RakawiYussuf, Melati Sarawak, 1932, hal.20.
[12]Temuramah dengan Raunah binti Mat.
[13] belulang ialah kulit binatang yang telah dikeringkan.
[14]Op.cit., Hamidah Husein, hal.51.
[15]Ibid, hal.52.
[16] Temuramah dengan Raunah Binti Mat.
[17]Temuramah dengan Raunah Binti Mat.
[18]Op.ci., Mary Fatimah Subet dan Salbia Hassan, hal.2.
[19]Ibid.
[20]Ibid, hal. 3

(Jumlah Perkataan: 3394 )


Bibliografi :

Sumber Primer :
Temuramah lisan:
Raunah Binti Mat, temu bual lapangan di kampung Penibong, Daro, pada 8 Februari 2013,
pukul 4.30 petang.

Sumber Skunder:

Hamidah Husein, Kesenian dan Hiburan Tradisional, Selangor, Penerbit Prisma, Sdn. Bhd.
1995.
Jermai Bedihi Pesta Bermukun 2013 Mingguan Sarawak (Sarawak), 31 Mac 2013.
Mary Fatimah Subet dan Salbia Hassan, Gendang dan Bermukun Dalam masyarakat melayu
Sarawak, kertas kerja dibentangkan dalam 55th Seminar in the CLS research seminar series,
2009.
Mohd. Fauzi et.al, Pemikiran Cinta Bermukun Dalam Gendang melayu Sarawak, Kuala
Lumpur, Institusi Bahasa Melayu Malaysia, 1985.
Mohd Rakawi Yussuf, Melati Sarawak, Sarawak, The Sarawak Printing Company, 1932.
Sopi Samaile, Bermukun Meriah Keramaian, Kuching Sarawak, Utusan Malaysia, 2008.

KERTAS CADANGAN
KURSUS SEJARAH

BAGI

KERJA

Nama :
Kelas :
No I/C :
Tajuk : Budaya Baba Nyonya.
Pemilihan tajuk
Saya telah memilih tajuk Kebudayaan Baba Nyonya di Melaka. Saya memilih tajuk ini kerana
kawasan kajian saya adalah sebuah kawasan dimana terletaknya tinggalan sejarah yang kini menjadi
tarikan pelancong untuk datang ke Melaka. Selain itu, saya juga amat tertarik dengan cara kehidupan
dan budaya yang mereka amalkan. Bagi saya, budaya baba nyonya sangat sesuai untuk dijadikan
sebagai kajian kerana terdapat pelbagai aspek yang dapat dikaji.

Pengenalan
Cara hidup dan kebudayaan Baba N

yonya:

Baba dan Nyonya di Melaka adalah Cina Peranakan dimana nenek moyang mereka telah datang dan
berkahwin dengan wanita tempatan. Perkahwinan campur seperti ini telah melahirkan budaya Cina
yang unik serta tradisi Melayu.
Kaum Baba dan Nyonya telah memperkenalkan perabut unik, porselin dan pinggan mangkuk, cara
pemakaian dan makanan lazat yang hanya boleh dijumpai di Melaka. Kaum Nyonya memakai sarung
kebaya dengan "brooch" berbagai bentuk dan barang kemas yang diperbuat daripada perak atau
emas.

Objektif kajian
Antara objektif saya menjalankan kajian ini adalah
a) Untuk mengkaji asal usul kemunculan kaum Baba Nyonya
b) Untuk mengkaji keunikan budaya yang diamalkan oleh kaum Baba Nyonya.
c) Untuk mengetahui bahasa yang digunakan oleh kaum Baba Nyonya.
d) Untuk mengkaji tentang pakaian yang digunakan oleh kaum ini.
e) Untuk mengupas makanan tradisional Baba Nyonya.

Permasalahan kajian
Saya akan mengupas mengenai asal usul Baba Nyonya.Selain itu,mengupas tentang keunikan
budaya yang diamalkan oleh kaum Baba Nyonya.Selain itu,saya ingin mengkaji dan mengupas
bahasa yang digunakan oleh kaum ini.Akhir sekali,saya akan mengkaji tentang pakaian tradisional
yang digunakan oleh masyarakat Baba Nyonya dan makanan tradisional Baba Nyonya.

Skop kajian
Saya akan mengkaji mengenai asal usul Kaum peranakan Baba Nyonya yang sudah wujud di negeri
ini sejak 600 tahun lalu dan negeri Melaka merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang
merupakan kolonis terbesar masyarakat unik ini bertapak.

Kajian Lepas:
Wartawan Utusan Malaysia, NORIZAN ABDUL MUHID dan jurugambar ABDUL RAZAK LATIF barubaru ini telah mendekati kumpulan minoriti Baba Nyonya yang ada di Melaka untuk mengetahui
sejauh mana adat resam dan budaya masyarakat itu dapat dipertahankan.

Kaedah Kajian
Untuk hasil kajian saya ini, saya telah mengaplikasikan beberapa kaedah kajian. Antaranya ialah

a) Kaedah temubual :- Melalui kaedah ini, saya telah menemu ramah beberapa orang tempatan yang
mengetahui tentang asal usul kumpulan minoriti Baba Nyonya.
b) Kaedah lawatan :- Saya juga telah melawat kawasan kajian yang didiami oleh kaum Baba Nyonya
di Jonker Walk.
c) Melayari internet :- Kaedah melayari internet juga turut saya aplikasikan di dalam kajian saya ini
kerana ia merupakan salah satu cara terpantas untuk memperolehi maklumat.
d) Pembacaan karya ilmiah :- Saya telah membaca beberapa karya ilmiah yang sedikit sebanyak
menyumbang kepada hasil kajian saya.

Pembahagian Struktur esei.


Bahagian 1 : Asal usul kemunculan kaum Baba Nyonya
Ia berpunca pada zaman sebelum Kesultanan Melayu Melaka menerusi perkahwinan campur yang
berlaku di antara pedagang Cina yang datang berniaga ke Tanah Melayu pada waktu itu yang
kemudiannya jatuh cinta dan akhirnya mengahwini wanita Melayu.

Bahagian 2 : Keunikan budaya yang diamalkan oleh kaum Baba Nyonya.


Kaum Baba Nyonya mengamalkan cara hidup seperti kaum Melayu.Baba Nyonya ini mempunyai
persamaan dengan kaum Melayu terutama dari segi bahasa, makanan dan budaya.

Bahagian 3 : Bahasa yang digunakan


Masyarakat baba Nyonya di Melaka fasih bertutur bahasa Melayu dan mengikut fakta sejarah
golongan ini mempunyai pertalian dengan darah keturunan Melayu di mana mereka fasih bertutur
dalam bahasa Melayu. Selain menggunakan Bahasa Melayu dalam pertuturan seharian mereka juga
boleh bertutur bahasa Hokkien.

Bahagian 4:Pakaian
Di dalam bahagian ini pula, saya akan mengupas mengenai pakaian kaum Baba Nyonya.
Kebanyakan mereka berpakaian kebaya dan sarung batik yang diwarisi oleh nenek moyang mereka.
manakala dari aspek kerohanian dan keagamaan mereka mempunyai banyak persamaan dengan
keturunan Cina.

Bahagian 5:Makanan

Di dalam bahagian ini saya akan mengkaji dan mengupas tentang makanan masyarakat Baba Nyonya
yang kita tidak ketahui.Selain itu,dikatakan makanan kaum Baba Nyonya dikatakan sama dengan
makanan masyarakat orang Melayu.

Penutup
Saya berharap, dengan hasil kajian saya ini, akan membuka mata masyarakat untuk lebih
menghargai amalan dan budaya sosial yang diamalkan masyarakat Baba Nyonya yang semakin
disisihkan oleh generasi baru kaum itu. Mereka sayang untuk meninggalkan budaya yang unik itu
begitu sahaja. Mereka sanggup mempertahankan budaya masyarakat Baba dan Nyonya.
Percampuran budaya dan adat antara masyarakat Cina dan masyarakat Melayu telah membuktikan
akan keakraban dan perpaduan yang wujud dalam masyarakat tersebut, malah masih mengamalkan
budaya Melayu dalam kehidupan bermasyarakat.

Contoh proposal sejarah bagi PBS tingkatan


6 sistem modular

MAJLIS PEPERIKSAAN
MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN
MALAYSIA
PENILAIAN BERASASKAN
SEKOLAH
(PBS)
TEMA: SENI DAN KEBUDAYAAN
TAJUK ESEI ILMIAH:
SEJARAH MENGENAI ADAT RESAM KAUM MELANAU
SARAWAK
NAMA PELAJAR

: SHENA TING

NO. KAD PENGENALAN

: 9410101-12-6446

ANGKA GILIRAN

NAMA SEKOLAH

: SMK MUHIBBAH , SANDAKAN

NO. PUSAT

: SE0252

Unit Sejarah JPN Sabah @ 2013


Penyelidikan Esei Ilmiah Tingkatan Enam

Copyright All Rights


Reserved

Penyediaan kertas Cadangan / Proposal


TEMA: (3) SENI DAN KEBUDAYAAN
TAJUK: MENGKAJI TENTANG SEJARAH ADAT RESAM KAUM
MELANAU
SARAWAK.
OLEH

: SHENA TING

Perkara

Halaman

1.0

PENGENALAN

2.0

LATAR BELAKANG KAJIAN

3.0

PERMASALAHAN KAJIAN

4.0

KEPENTINGAN KAJIAN

5.0

OBJEKTIF KAJIAN

6.0

SASARAN KAJIAN

7.0

SKOP KAJIAN

8.0

METODOLOGI KAJIAN

9.0

JADUAL PERANCANGAN KERJA

10.0

BIBLIOGRAFI

11.0 BAJET/KOS
KAJIAN

1.0 PENGENALAN
Kajian ini dijalankan di kawasan Sandakan dengan mengkaji mengenai adat
resam kaum Melanau Sarawak. Penduduk kaum Melanau Sarawak telah
mengamalkan adat resam ini sejak dahulu lagi sehingga kini. Masyarakat Melanau
mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu baik dari segi kepercayaan, kebudayaan
dan adat resam.Namun begitu masyarakat Melanau tetap mempunyai budaya dan adat resam
mereka yang tersendiri. Adat resam ini jelas terlihat dalam aspek kehidupan mereka seperti
kelahiran, perkahwinan dan juga kematian. Adat resam atau amalan ini diwarisi sejak zaman
berzaman dan masih diteruskan hingga ke hari ini. Dari aspek kelahiran, ibu yang
mengandung terikat daripada mengamalkan pantang larang. Kebanyakan larangan yang
dikenakan banyak bergantung kepada faktor pemakanan seperti tidak boleh memakan buahbuahan yang berbau kuat seperti durian kerana badan akan menjadi busuk. Wanita hamil
tersebut juga tidak boleh makan pucuk-pucuk paku kerana susu badan akan menjadi masam.
Haiwan buruan yang dibunuh di dalam hutan tidak boleh diberikan kepada wanita hamil
kerana diyakini anak dalam kandungan akan melecur seluruh badan. Si suami juga
dikehendaki menjauhi beberapa perkara. Si suami tidak boleh memotong kayu yang bertindan
atau memakan ikan pari kerana dikhuatiri bibir anak akan menjadi sumbing. Si suami juga
tidak boleh mengecat kerana dikhuatiri anak di dalam kandungan akan diiringi minyak.
Sekiranya terdapat sebarang kematian, si suami tidak boleh melihat kerana anak di dalam
kandungan akan mendapat penyakit. Suami juga tidak boleh memotong akar temalet kerana
anak akan meninggal dunia tanpa sebab. Semasa mengandung juga wanita tersebut tidak
boleh ditakut-takutkan kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak dalam kandungan cacat
ataupun gugur.
Dari aspek perkahwinan pula, kaum Melanau Sarawak menitikberatkan aspek pangkat dalam
institusi perkahwinan berbanding dengan institusi yang lain. Masyarakat Melanau juga begitu
mementingkan status sosial mereka iaitu sembilan pikul, tujuh pikul, tujuh betirih dan lima
betirih. Jenis barangan dan hadiah yang perlu dibawa untuk tanda bertunang dan barang yang
mengiringi mas kahwin seperti adat menuga, adat mebin dan pakan juga dikira berdasarkan
status sosial ini. Namun begitu, asas adat perkahwinan adalah sama seperti masyarakat lain
iaitu merisik, meminang dan majlis perkahwinan. Majlis perkahwinan diadakan secara besar-

besaran kecuali perkahwinan jenis 'peramas' iaitu per-kahwinan kerana ditangkap basah.
Persiapan untuk majlis ini berlangsung beberapa hari lebih awal. Bakal pengantin lelaki
dikehendaki menyerahkan hadiah mas kahwin iaitu 'penyekab' dan 'berian' dan hadiah lain
seperti 'adat menuga', 'adat mebin' dan 'pakan' sehari sebelum majlis itu diadakan. Penyerahan
ini disusul dengan acara pernikahan. Pernikahan boleh juga di-adakan pada pagi keesokannya
iaitu pada hari diadakan majlis perkahwinan. Kenduri perkahwinan diadakan di rumah keduadua belah pihak pengantin lelaki dan pengantin perempuan yang dihadiri oleh sanak saudara,
jiran dan sahabat handai.Kemuncak acara majlis ialah persandingan yang biasanya diadakan
pada tengah hari. Selesai bersanding di rumah pengantin lelaki, diadakan pula persandingan di
rumah pengantin perempuan untuk menjalani 'adat petudui' iaitu penyerahan pelbagai barang,
antaranya termasuklah sebentuk cincin emas dan seutas gelang perak oleh pengantin lelaki
kepada pengantin perempuan.
1
Semasa menjalani adat ini, kedua-dua pengantin dikenakan pelbagai pantang larang, misalnya
tidak boleh mandi di sungai dan tidak boleh tidur pada waktu siang. Oleh kerana perkahwinan
merupakan satu institusi yang penting, terdapat beberapa peraturan dalam kehidupan mereka
yang perlu diikuti oleh kedua-dua pasangan pengantin sama ada lelaki atau perempuan.
Antara peraturan yang perlu diikuti oleh mereka ialah; Setelah menjadi pasangan suami isteri,
suami tidak boleh menetak bumbung rumah dengan parang kerana cara ini boleh
menyebabkan hubungan renggang antara suami dan isteri. Suami tidak boleh memerah kelapa
yang sudah diparut kerana boleh menyebabkan perut isteri sakit atau memulas. Pakaian yang
dipakai semasa upacara perkahwinan tidak boleh dijahit walaupun koyak kerana boleh
menyebabkan penyakit di kalangan suami isteri. Isteri dilarang keras memarut rumbia atau
menyeberangi sungai kerana akan jatuh sakit sehingga boleh menyebabkan anak di dalam
kandungan keguguran. Pakaian tradisonal lelaki ialah; satin berwarna gelap dipadankan
dengan kain songket bunga tabur dan pakaian kepala sengkulon dari Jawa dan menggayakan
baju potongan moden bersamping broked oren keemasan, pinggang berikat selendang sifon
berkopiah Jawa. Manakala pakaian tradisonal bagi wanita pula ialah, baju baldu hitam dengan
sarung songket Brunei tenunan Sarawak, bertali pinggang pending besar, diserikan dokoh dan
perhiasan kepala kepih sanggul, dan Baju Baban asal pakaian pengantin Melanau. Baju
kurung pendek warna hitam dipadankan dengan kain songket. Di dada memakai 2 helai
selendang merah dan perhiasan diri kepih dada dan kepih sanggul.

2.0

LATAR BELAKANG

2
2.0

PERMASALAHAN KAJIAN
Sebagai generasi muda kini, saya ingin mengetahui bagaimanakah amalan serta adat
resam kaum Melanau Sarawak. Saya juga mengkaji beberapa persoalan seperti apakah jenis
pakaian tradisonal yang perlu diikuti oleh kaum lelaki dan juga kaum perempuan dalam
masyarakat kaum Melanau Sarawak? Apakah adat perkahwinan kaum Melanau Sarawak?
Sejauh manakah amalan adat istiadat ini dipraktikkan pada zaman dahulu dengan zaman era
pasca moden kini? Oleh hal yang demikian, maka betapa pentingnya kajian ini dilaksanakan
untuk meneroka dan mengenalpasti serta menerangkan persoalan yang bermain di minda
dengan lebih jelas lagi supaya dapat memahami serta mendalami pemahaman mengenai adat
resam kaum Melanau Sarawak. Jika tidak dikaji maka mungkin tidak akan adanya sumber
untuk dimanfaatkan oleh generasi akan datang serta pengetahuan mengenai adat resam kaum
Melanau Sarawak ini.

3.0

KEPENTINGAN KAJIAN
Penyelidikan ini telah dilakukan berdasarkan kajian lapangan atau menemu bual dan melalui
soalan soal selidik yang dijalankan dalam tempoh penyelidikan .Seterusnya ialah hasil kajian
ini diharapkan dapat memberi manfaat dan kebaikan serta ilmu pengetahuan kepada pelbagai
peringkat masyarakat termasuklah para pelajar tidak kira pada peringkat rendah atau
menengah mahupun peringkat universiti dan penduduk setempat serta berkemungkinan
kepada para penyelidik yang ingin menyambung kajian ini dan dijadikan sebagai satu
panduan kepada mereka pada masa yang akan datang .

4.0

OBJEKTIF KAJIAN

Kerja Kursus ini dijalankan berrtujuan untuk :


a) Mengkaji latar belakang serta amalan dalam adat resam kaum melanau di Sarawak
b) Mengenalpasti kegiatan adat resam kaum melanau di Sarawak.
5.0

SASARAN KAJIAN
Sasaran penyelidik untuk peroleh maklumat tentang adat resam kaum melanau di
Sarawak adalah melalui temu bual seorang penduduk yang berketurunan melanau yang telah
menetap di Sandakan Sabah. Selain itu ,penyelidik telah memperoleh maklumat tambahan
dengan mengedarkan borang soal selidik secara rawak kepada masyarakat kaum melanau
Sarawak yang telah menetap di Sandakan Sabah.
4

6.0

SKOP KAJIAN
Kajian ini telah dijalankan di sekitar Sandakan

Peta Lokasi kajian Pusat Bandar Sandakan


Sumber : Laman WEB GOOGLE MAPS

5
7.0

METODOLOGI KAJIAN
Bagi tujuan pengumpulan data, metod perpustakaan menjadi asas dalam mengolah persoalan
pokok mengenai adat resam kaum melanau sarawak. Metod ini digunakan untuk mengenal
pasti pengertian dan konsep adat resam kaum melanau sarawak.Untuk memperoleh data yang
berkaitan dengan persepsi masyarakat suatu borang soal selidik telah dibuat.Soal selidik ini
dijalankan dengan mengambil kira demografi responden dan beberapa bentuk soalan yang
berkaitan dengan adat resam kaum melanau sarawak
Selain itu, metod yang digunakan adalah dengan melayari laman sesawang yang berkaitan
dengan adat resam kaum melanau sarawak bagi mencari maklumat terperinci mengenai adat
perkhawinan tersebut. Seterusnya metod melawat ke tempat kajian iaitu Bandar
Sandakan dimana penyelidik praktikkan bagi mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan hurian
kajian kerja kursus ini.

8.0

BI
L

JADUAL PERANCANGAN KERJA

TEMPOH

2 Jan -

4 Jan

PERKARA

TINDAKAN CALON

Memahami konsep dan teori sejarah


Pengenalan kepada ilmu sejarah,
kaedah penyelidikan dan penulisan
Memahirkan diri tatacara penyelidikan
sejarah
sejarah

Kenal pasti langkah-langkah penulisan


sejarah

7 Jan - 18 Jan

Penyediaan Cadangan Penyelidikan Memilih tajuk yang sesuai


Menulis tujuan kajian
Membina permasalahan kajiam
Mencari sorotan
literature)

kajian

(kajian

Menggunakan
pelbagai
penyelidikan sejarah

kajian

Merangka struktur esei

21 Jan - 10 April

Menjalankan kajian

Mengaplikasi
rumusan

teknik

membuat

Mengaplikasi
bibliografi

format

penulisan

Menjalankan penyelidikan
Menyaring
mengklasifikasikan maklumat
didapati
Menulis esei

7
9.0 BIBLIOGRAFI
Rujukan laman sesawang

dan
yang

http://www.komunitikita.my/%20http:/drghazali.blogspot.com/2010/11/index.php?
option=com_content&view=featured&Itemid=587
Rujukan laman sesawang Blogger
http://bmpengurusan2010.blogspot.com/2010/09/masyarakat-melanau.html#comment-form
Lee Yong Leng Penduduk dan Petempatan di Sarawak.
L.W.Jones The Population Of Borneo (A study of peoples of Sarawak, Sabah and Brunei)
Haji Buyong Adil Sejarah Sarawak

11.0 BAJET/KOS KAJIAN


BIL

PERKARA

JUMLAH (RM)

Melayari internet di CyberCafe

RM 5.00

Dakwat Printer

RM 50.00

Kertas bersaiz A4

RM 15.90

Alat tulis

RM 8.00

Tambang Bas

RM 5.00

Fail

RM 1.50

Kredit telefon membuat panggilan

RM 15.00

JUMLAH

RM 100.40

MENULIS BIBLIOGRAFI ESEI ILMIAH TINGKATAN 6 Bibliografi merupakan bahagian


terakhir dalam melakukan penulisan sejarah sama ada untuk tesis atau esei ilmiah di
Tingkatan 6. Perkataan bibliografi berasal daripada perkataan Greek iaitu bibliographia
yang bermakna menulis buku. Walaupun begitu, ia lebih sesuai diertikan sebagai satu
senarai rujukan yang sistematik berupa buku, manuskrip, makalah, alat pandang dengar

dan sebagainya yang menjadi rujukan penulis dan disenaraikan di bahagian akhir tesis
atau esei ilmiah untuk menjadi tempat rujukan. Ia juga dianggap sebagai rujukan
tambahan kepada nota kaki atau nota akhir yang telah disenaraikan semasa membuat
penulisan. Bibliografi adalah satu senarai bahan-bahan sumber rujukan yang berkaitan
dengan subjek sejarah yang diteliti, sama ada dirujuk sepenuhnya atau separa sahaja.
Ia adalah untuk memenuhi kehendak pembaca mengetahui dengan lebih teliti tentang
sesuatu sumber yang dirujuk. Berbeza dengan nota kaki atau nota akhir, nama pertama
pengarang dalam bibliografi didahulukan, misalnya Mahayudin Hj. Yahaya. Penekanan
teknik ini ialah nama keluarga (surname) haruslah didahulukan. Biasanya bibliografi
diatur atau disusun mengikut urutan abjad berbanding nota kaki yang dibuat mengikut
keperluan sumber sahaja. Dalam bibliografi juga halamannya tidak perlu dituliskan
seperti mana dalam nota kaki. Biasanya dalam membuat bibliografi, jarak di antara
senarai bibliografi ialah dengan jarak satu langkau iaitu sama seperti membuat petikan
dan notakaki. Penyusunan mengikut nama pengarang dalam urutan abjad adalah perlu
untuk memudahkan membuat rujukan semula. Bagi sumber-sumber yang tidak diketahui
penulisnya, abjad pertama tajuk atau judul sumber akan dijadikan ukuran untuk
membuat bibliografi. Setiap abjad awal juga harus menggunakan huruf besar dan tajuk
buku atau artikel hendaklah menggunakan huruf condong ataupun digariskan. Satu
catatan bibliografi yang lengkap akan mengadungi nama keluarga pengarang, tahun
penerbitan, judul sumber yang lengkap, terjemahan (sekiranya ada), bilangan jilid atau
edisi, nama tempat penerbitan, nama penerbit. Kedudukan baris pertama ayat
bibliografi harus dimulakan pada santak kiri dan baris ayat seterusnya hendaklah pada
kedudukan tergantung (hanging) ataupun dengan ensotan 12.5 mm (pada ketukan
keenam). Harus juga ingat bahawa penekanan tanda noktah diamalkan dalam teknik
bibliografi, tidak seperti teknik notakaki yang menekankan penggunaan tanda koma.
Contohnya; Ibrahim Hj. Yaakob. 1951. Nusa dan Bangsa Melayu. Jakarta: N.V.AL Maarif.
__________. 1957. Sekitar Malaya Merdeka, Jakarta: Penerbitan Kesatuan Malaya.
Gullick, J.M. 1958. Indigenous Political System Of Western Malaya, London: London
University Press. Jika terdapat lebih dari satu sumber karya yang dikarang boleh penulis
yang sama, maka digunakan tanda garisan seperti yang ditunjukkan dalam contoh di
atas. Secara umumnya bibliografi dapat dibahagikan kepada dua kelompok sumber, iaitu
berasaskan kepada pecahan sumber primer dan sumber sekunder. Sumber primer bagi
sesuatu bibliografi adalah merujuk kepada sumber-sumber yang terhasil sezaman
dengan period yang dikaji oleh seseorang ahli penyelidik sejarah. Ini termasuklah rekodrekod rasmi yang tidak diterbitkan, rekod-rekod rasmi yang telah diterbitkan, laporan
rasmi dan akhbar. Sementara sumber sekunder pula merujuk kepada apa-apa hasil
penulisan yang telah dibuat boleh ahli-ahli penyelidik sejarah melalui proses
penyelidikan zaman-zaman dahulu. Ia adalah seperti buku, jurnal, kertas kerja, majalah
dan lain-lain. Biasanya sumber-sumber rujukan ini disusun mengikut jenisnya, iaitu
sumber awalan (primer) dan sumber pendua (sekunder) dan juga latihan ilmiah. Contohcontoh penggunaan bibliografi adalah seperti di bawah; Buku i. Jika seorang pengarang.
Bourguignon, E.M. 1973. Religion, Altered States of Conciousness and Social Change.
Columbus: Ohio State University Press. ii. Jika lebih dari seorang pengarang.
Adorono,T.W., et.al. 1950. The Authoritarian Personality: Studies in Prejudice. New York:
Harper. iii. Jika penulis adalah penyunting. Wilkinson, R.J. (ed). 1971. Papers on Malay
Subjects. New York: Oxford University Press. iv. Terjemahan. Riffer, John. 1977. The

History on Exploration in America. (Terjemahan). New York: Brown Co. Artikel atau Esei.
Abdullah Zakaria Ghazali. 1979. Kebangkitan Anti British di Malaysia. Malaysia: Sejarah
dan Proses Pembangunan. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia. Suratkhabar.
Older, Jonathan. Silver Thorns. The Praine Gity Cyclone, 24 July 1986. Munuskrip.
Squire, James Charles. 19 Mac 1905-17 February 1943. Manuscript. 30 Volumes.
Central University of America Library. Used by permission of Mrs. James Charles Squire.
Temubual Nama
:
Tn. Hj. Mahmud bin Ahmad Tempat
Lahir
:
Kota Bharu Umur
:
56 tahun
Pekerjaan
:
Ketua Kampung Pengalaman
:
Pernah
menjadi guru sebelum dilantik menjadi Ketua Kampung pada tahun 1960. Tempat Temu
bual
:
Di pejabat beliau, Kota Bharu, Kelantan. Rumusan, dengan ini dapat
dikatakan bahawa selain dari melakukan penyelidikan yang baik dan pengumpulan
maklumat atau sumber yang tepat, teknik-teknik penulisan yang berkesan dan betul juga
akan menjadi tali pengukur kepada sebuah penulisan sejarah. Tanpa memberi perhatian
terhadap penggunaan teknik tersebut, maka hasilnya bukanlah sebuah karya yang
ilmiah.
Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

You might also like