You are on page 1of 17

h

PROPOSAL PENYELIDIKAN
1.0 Tajuk
Persepsi Guru-guru terhadap Gaya Kepimpinan Guru Besar yang Mempengaruhi
Iklim Sekolah : Satu Kajian Kes di Sekolah-sekolah Luar Bandar Terpilih di
Daerah Hulu Selangor, Negeri Selangor Darul Ehsan.

2.0 Abstrak
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui sejauh mana persepsi guru-guru terhadap
gaya kepimpinan

Guru Besar dan pengaruhnya dalam pembentukan iklim sekolah

berdasarkan beberapa ciri demografi guru-guru. Antara ciri-ciri demografi ini adalah
jantina, umur, pengalaman mengajar dan kategori perkhidmatan jawatan yang disandang
oleh para guru yang dikaji.

Sebelum ini telah banyak kajian dibuat tentang Gaya

Kepimpinan Pengetua yang mempengaruhi iklim sekolah, tetapi kajian terhadap


kepimpinan

Guru Besar belum pernah dibuat. Sehubungan dengan itu, kajian ini

bertujuan untuk mengenalpasti samada terdapat perbezaan persepsi guru terhadap stail
kepimpinan Guru Besar. Gaya-gaya kepimpinan yang dikenalpasti untuk tujuan kajian
adalah kepimpinan mengarah, menyokong, partisipatif dan orientasi kejayaan. Sampel
kajian ini adalah terdiri daripada 100 ( satu ratus) orang guru tetap dan terlatih dari lima
(5) buah sekolah luar bandar Gred A dan B di daerah Hulu Selangor, Selangor Darul
Ehsan. Kaedah yang akan digunakan adalah kaedah soal selidik Leadership Behavior

Description Questionaire untuk mengkaji persepsi guru terhadap gaya kepimpinan Guru
Besar. Iklim sekolah yang wujud akan dikenalpasti dengan menggunakan instrumen
School Climate Profile. Antara analisis statistik yang akan digunakan dalam kajian ini
adalah Analisis Statistic Deskriptif, Ujian-t, Analisis Varian Sehala (Anova). Keputusan
kajian diandaikan akan dapat menunjukkan perkaitan antara persepsi para guru terhadap
gaya kepimpinan Guru Besar, perbezaan persepsi guru terhadap gaya kepimpinan Guru
Besar berdasarkan beberapa ciri demografi guru dan kesannya dalam pembentukan iklim
sekolah.

3.0 Pengenalan
3.1 Latar belakang Masalah
Kelahiran sebuah sekolah cemerlang adalah hasil daripada kepimpinan seorang Guru
Besar yang juga cemerlang. Guru Besar menentukan halatuju institusi sekolah yang telah
diamanahkan kepadanya. Guru Besar sebagai pemimpin dan pengurus di sekolah
merupakan faktor utama yang menentukan kejayaan sebuah sekolah. Peranan Guru Besar
mempunyai perkaitan yang rapat dengan keberkesanan dari aspek iklim dan pencapaian
sekolah. Guru-guru di sekolah juga mempunyai persepsi yang pelbagai mengenai peranan
Guru Besar dalam institusi mereka.

Kajian-kajian lepas seperti Laporan Jawatankuasa Taraf Pelajaran di Sekolah-sekolah


(1982) mencerminkan persepsi warga pendidik terhadap gaya kepimpinan Guru Besar.
Menurut laporan ini , persepsi guru-guru memainkan peranan penting dalam menentukan
gaya kepimpinan seorang Guru Besar kerana hubungan rasmi yang erat di antara satu
sama lain dalam urusan tugas harian di sekolah.

Kementerian Pelajaran pula mempunyai persepsinya yang tersendiri mengenai peranan


Guru Besar, guru-guru, iklim sekolah dan pencapaian akademik sekolah. Berdasarkan
persepsi inilah telah wujud Anugerah Sekolah Cemerlang yang secara langsung
menunjukkan perkaitan antara kepemimpinan dan kecemerlangan sekolah yang selalunya
merujuk kepada kecemerlangan akademik. Oleh itu kajian ini akan mengkaji perkaitan
antara persepsi guru-guru terhadap gaya kepimpinan Guru Besar dan bagaimana persepsi
ini mempengaruhi iklim sekolah di sekolah-sekolah luar bandar yang akan dikaji oleh
pengkaji.

3.2 Pernyataan Masalah


Sebelum ini kajian terhadap Gaya Kepimpinan Pengetua telah banyak dilakukan, tetapi
kajian terhadap kepimpinan Guru Besar belum pernah dibuat. Oleh itu kajian ini akan
cuba mengenalpasti persepsi guru-guru terhadap gaya kepimpinan Guru Besar dan
sejauhmana persepsi ini memainkan peranan dalam mempengaruhi iklim sekolah di lima
(5) buah sekolah luar bandar di daerah Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan.

3.3 Persoalan Kajian

Sehubungan dengan pernyataan masalah, kajian ini bertujuan untuk mencari jawapan
kepada soalan-soalan berikut :

3.3.1 Persoalan Umum


Apakah persepsi guru-guru terhadap gaya kepimpinan Guru Besar dan perkaitannya
dengan pembentukan iklim sekolah.

3.3.2 Persoalan Khusus

Adakah guru-guru mempunyai persepsi tertentu terhadap gaya kepimpinan


Guru Besar di sekolah luar bandar di daerah Hulu Selangor, Selangor Darul
Ehsan.

Adakah faktor-faktor demografi guru yang mempengaruhi persepsi guruguru terhadap gaya kepimpinan Guru Besar sekolah-sekolah rendah di daerah
Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan.

Adakah perkaitan di antara persepsi guru-guru terhadap gaya kepimpinan


Guru Besar dan pembentukan iklim sekolah di daerah Hulu Selangor, Selangor
Darul Ehsan.

3.4 Kerangka Konsepsual

Pembolehubah Bebas
Ciri-ciri Demografi Guru

Pembolehubah Bersandar
Persepsi
Guru-guru
terhadap

Jantina

kepimpinan Guru Besar.

gaya

Kumpulan Umur
Kumpulan Pengalaman Mengajar
Jawatan Disandang
Berdasarkan rajah di atas, pembolehubah bebas dalam kajian ini terdiri daripada ciri-ciri
demografi seperti jantina, kumpulan umur, kumpulan pengalaman mengajar, kategori
perkhidmatan dan jawatan yang disandang. Pembolehubah bersandar adalah persepsi
guru-guru terhadap gaya kepimpinan Guru besar yang terdiri daripada gaya mengarah ,
gaya menyokong, gaya partisipatif dan gaya orientasi kejayaan.

3.5

Definisi Istilah

3.5.1 Persepsi
Menurut Pachappan (1998), persepsi boleh ditafsirkan sebagai satu hasil cetusan domain
kognitif dan afektif iaitu tanggapan daripada proses pemikiran dan perasaan seseorang
terhadap sesuatu perkara. Noraini (1996), mentafsirkan persepsi, bagaimana anda melihat
dan mentafsirkan sesuatu berdasarkan pengalaman dan kepercayaan serta pegangan nilai.

3.5.2

Kepimpinan

Terdapat banyak definisi telah dikemukakan tentang kepimpinan. Stodgill ( 1974 )


menjelaskan bahawa : Kepimpinan merupakan satu proses di mana seseorang individu

mampu mempengaruhi sesuatu kumpulan ke arah pencapaian matlamat kumpulan atau


organisasi .

Menurut Drucker (1992), kepimpinan dilihat sebagai tanggungjawab pemimpin untuk


merancang misi organisasi, menentukan matlamat, keutamaan dan tahap pencapaian.
Kepimpinan di dalam kajian ini merujuk kepada cara seseorang Guru Besar
mempengaruhi kakitangannya supaya mereka dapat secara sukarela berusaha ke arah
pencapaian visi, misi dan objektif sekolah. Kajian ini akan mengkaji persepsi guru-guru
terhadap gaya kepimpinan Guru Besar.

3.5.3

Gaya Kepimpinan

Di dalam kajian ini gaya kepimpinan Guru Besar ialah cara atau gaya beliau menjalankan
tugasnya sebagai pemimpin di sesebuah sekolah. Untuk tujuan kajian ini, empat stail
kepimpinan akan dikaji iaitu gaya mengarah, menyokong, partisipatif dan orientasi
kejayaan Guru Besar. Berdasarkan pengertian gaya kepimpinan menurut Razali Mat Zin
(1996), Gaya kepimpinan adalah satu kemahuan terselindung dalam diri pemimpin dan
mempengaruhi gelagatnya dalam pelbagai suasana kepimpinan.

3.5.4

Lokasi

Lokasi sekolah luar bandar merujuk kepada sekolah - sekolah rendah yang terletak di
daerah Hulu Selangor, Negeri Selangor Darul Ehsan yang telah dikategorikan sebagai
sekolah luar bandar oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Pengkaji telah

mengenalpasti sebanyak lima buah sekolah yang merangkumi sekolah-sekolah pinggir


bandar .

3.6 Kepentingan Kajian


Kajian ini boleh membantu pihak Kementerian Pelajaran mengesyorkan gaya kepimpinan
yang sesuai dipraktikkan oleh Guru Besar yang diharapkan oleh guru-guru terutamanya
mereka yang berkhidmat di sekolah-sekolah luar bandar. Kajian ini ingin memperlihatkan
gaya kepimpinan yang paling sesuai diaplikasikan oleh Guru Besar sekolah terutamanya
bagi mereka yang diberi tanggungjawab memimpin dan mengurus sekolah-sekolah luar
bandar. Seterusnya kajian ini juga boleh menentukan faktor-faktor yang perlu diberi
perhatian khusus untuk membentuk iklim sekolah yang menarik. Pengwujudan iklim
yang sesuai boleh membantu perkembangan sekolah yang positif seperti yang diharapkan
oleh semua pihak. Akhir sekali, kajian ini juga boleh mengenal pasti faktor demografi
guru yang mempengaruhi persepsi mereka terhadap gaya kepimpinan Guru Besar.

Dengan menggunakan hasil kajian ini, diharap pihak Kementerian Pelajaran boleh
merancang program - program yang sesuai demi memberi pendedahan kepada para Guru
Besar berkenaan dengan gaya kepimpinan yang sesuai diamalkan di sekolah. Hasil kajian
ini juga boleh diselitkan dalam program Kelayakan Profesional Kepengetuaan
Kebangsaan (NPQH) sebagai asas kepada gaya kepimpinan yang diminati oleh guru-guru
terutamanya di kawasan luar bandar. Dengan ini diharap kecemerlangan pendidikan dapat
dicapai di sekolah-sekolah tersebut.

3.7

Rekabentuk Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah diskriptif dan inferensi berasaskan soal selidik.
Pemungutan data akan dibuat melalui edaran borang soal selidik. Soal selidik ini
disediakan untuk mendapat maklumat daripada responden untuk memperlihatkan
hubungan persepsi guru-guru terhadap gaya kepimpinan Guru Besar dengan
pembentukan iklim sekolah.
(Lampiran disediakan)

3.8

Limitasi Kajian

Kajian ini terbatas kepada persepsi guru-guru terhadap gaya kepimpinan Guru Besar di 5
(lima) buah sekolah di daerah Hulu Selangor, Negeri Selangor Darul Ehsan. Kajian ini
juga melibatkan cuma seramai 100 orang guru terlatih dan tetap di lokasi yang
dikenalpasti dipilih sebagai responden. Maka hasil dapatan kajian ini tidak mewakili
persepsi guru seluruh negara terhadap gaya kepimpinan dan sejauhmana ianya benarbenar mempengaruhi iklim sekolah. Ketepatan hasil kajian banyak bergantung kepada
keikhlasan responden dalam menjawab soal selidik yang disediakan. Terdapat juga
kemungkinan soalan-soalan yang dianggap sensitif yang tidak boleh disertakan dalam
soalselidik Ini mungkin boleh mempengaruhi kebolehpercayaan hasil kajian. Selain
daripada itu masa yang mencukupi perlu diberi kepada para responden untuk
mendapatkan maklumbalas.

4.0

Ulasan Karya

Kajian Callahan dan Fleenor (1988) dan Greenberg dan Baron (1995) mentafsirkan
persepsi sebagai satu proses di mana seseorang memilih, menyusun dan menterjemahkan
maklumat. Menurut John (1992), persepsi adalah proses penterjemahan maklumat
daripada deria kita untuk membekal arahan dan amnya tentang suasana yang wujud di
persekitaran kita.Kita memperolehi maklumat mentah daripada persekitaran melalui deria
kita (Landy, 1987). Kemudian dorongan (impulse) yang terhasil ini akan dibawa ke otak
kita untuk pemprosesan yang seterusnya. Dari sini kita akan memperolehi maklumat
tentang persekitaran.

Menurut Ainon dan Abdullah (1995), persepsi dipengaruhi oleh motivasi seseorang.
Manakala bagi De Vito (1992), persepsi dipengaruhi oleh faktor-faktor umur, seks,
kecerdasan, kompleksiti kognitif, populariti, ciri-ciri personaliti dan kesan latihan. Secara
amnya tanggapan atau persepsi adalah cara seseorang memandang atau menafsir satusatu objek Ia berkait rapat dengan faktor pembelajaran, pengalaman, persekitaran,
motivasi yang mempengaruhi kehidupan seseorang individu. Pengalaman, persekitaran
dan pembelajaran yang dialami oleh seseorang pegawai biasa berbeza dengan seorang
pegawai atasan. Maka perbezaan ini akan membentuk persepsi yang berbeza di antara
seorang pegawai biasa dengan seorang pegawai atasan.

Knezevich (1975) berpendapat bahawa kepimpinan adalah satu kuasa yang boleh
mempengaruhi dan menggerakkan sesuatu organisasi, memimpin kegiatan-kegiatan ke
arah yang ditujui, mengekal dan menegaskan kegiatan-kegiatan tertentu, dan menyatukan
usaha-usaha ke arah matlamat umum. Kamarudin Kachar (1989) menyatakan bahawa

gaya kepimpinan Guru besar adalah penting dalam menjayakan sistem pendidikan kita.
Maju mundurnya sesebuah sekolah itu banyak bergantung kepada pentadbiran dan
pengurusan sekolah serta gaya dan corak kepimpinan Guru Besar itu.Teori Laluan
Matlamat yang diperkenalkan oleh House dan Mitchell dipilih sebagai asas kajian
persepsi guru-guru terhadap stail kepimpinan Guru Besar kerana ia memberi satu
gambaran yang jelas tentang stail kepimpinan yang biasanya diamalkan oleh seseorang
pentadbir dalam sesebuah organisasi. House dan Mitchell (1974), memperkenalkan empat
gaya kepimpinan. Keempat empat gaya kepimpinan yang dikemukakan adalah seperti
berikut: Kepimpinan mengarah, kepimpinan menyokong, kepimpinan berorientasikan
kejayaan dan kepimpinan partisipatif.

Keseluruhannya Teori Laluan Matlamat telah menerangkan dengan jelas empat gaya
kepimpinan Guru Besar. Teori ini juga menegaskan fungsi utama pemimpin iaitu
mempengaruhi pekerja bawahan dalam membentuk persepsi terhadap matlamat kerja,
matlamat peribadi, membantu mereka untuk mengenali laluan yang terbaik untuk dicapai
dan mengatasi halangan dalam kerja. Dengan menggunakan teori ini kita dapat mengkaji
persepsi di kalangan guru-guru terhadap gaya kepimpinan yang diamalkan oleh Guru
Besar mereka dan bagaimana gaya itu membantu mewujudkan iklim sekolah yang
menarik. Menurut Phi Delta Kappa (1974), Iklim sekolah yang baik memungkinkan
tugas yang produktif ke arah mencapai matlamat-matlamat yang penting seperti
pembelajaran akademik, pembangunan sosial dan peningkatan kurikulum. Umumnya,
syarat-syarat kerja dalam sesuatu organisasi adalah termasuk persekitaran pembelajaran
secara menyeluruh dari aspek fizikal dan mental. Menurut Sttockards dan Mayberry

(1992), kebanyakan penyelidik menyatakan bahawa definisi ini boleh membantu dalam
mengaitkan sifat-sifat organisasi dengan sikap dan kelakuan individu serta menunjukkan
bagaimana organisasi memberi kesan kepada kelakuan individu, secara bebas, mengenai
sifat-sifat mereka sendiri.

4.1

Rumusan

Kesimpulannya persepsi guru-guru terhadap gaya kepimpinan Guru Besar dan


pengaruhnya ke atas iklim organisasi dalam bidang pendidikan telah dikaji secara
berterusan dan secara meluas. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, didapati tidak
banyak kajian yang dijalankan tentang stail kepimpinan Guru Besar menurut persepsi
guru terutamanya guru-guru yang berkhidmat di kawasan luar bandar. Dengan memberi
pertimbangan kepada beberapa teori seperti Teori Laluan Matlamat, satu kajian persepsi
guru-guru sekolah rendah terhadap gaya kepimpinan Guru Besar dan pengaruhnya ke
atas pembentukan iklim sekolah akan dijalankan.

5.0

Metodologi Kajian

5.1 Rekabentuk Kajian


Kajian ini adalah berbentuk soal-selidik. Oleh itu kaedah yang akan digunakan ialah
kaedah deskriptif statistik.Dapatan data daripada soal selidik akan diproses melalui SPSS
bagi mendapatkan min, mode, varians dan sisihan piawai.

5.2 Persampelan
Seramai 100 orang guru terlatih dan tetap dari lima buah sekolah rendah luar bandar dari
daerah Hulu Selangor, Negeri Selangor Darul Ehsan akan dipilih sebagai responden
untuk kajian ini. Pemilihan sampel akan dibuat secara Simple Random Sampling. Ini
adalah kerana jumlah guru di lima buah sekolah ini dikenalpasti seramai 250 orang guru.
Daripada jumlah ini, hanya 100 orang guru yang akan dijadikan sampel.

5.3 Instrumentasi
Instrumen yang akan digunakan dalam kajian ini adalah borang soal selidik terjemahan
daripada Leadership Behavior Description Questionaire (LBDQ) yang digunakan untuk
mengkaji persepsi guru-guru terhadap gaya kepimpinan Guru Besar. Soalan yang akan
dikemukakan dalam kajian ini menggunakan skala Likert 5 mata sebagai pemilihan
jawapan responden. Kawasan kajian hanya meliputi lima buah sekolah yang berhampiran
antara satu sama lain. Maka borang soal selidik ini akan dihantar dengan tangan ke semua
lima buah sekolah yang telah dikenalpasti. Tempoh masa yang diperuntukkan kepada
guru-guru untuk menjawab soal selidik ini adalah selama dua minggu. Kutipan borang
akan dilakukan pada hari akhir tempoh yang telah ditetapkan. Kutipan borang akan
dilakukan oleh pengkaji sendiri.

6.0 Analisis Data


Setiap set borang soal selidik yang mengandungi jawapan subjek akan dikumpul dan
disemak. Penyemakan soal selidik dilakukan bagi memastikan subjek menjawab dengan
betul mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan. Kesemua data yang dikumpul di

dalam kajian ini akan dianalisis dengan menggunakan frekuensi, peratusan, min, Ujian
t, Analisis Varian Sehala (Anova).

7.0

Perbincangan Kajian

Dapatan dari kajian akan dihuraikan dalam bab ini berdasarkan hasil analisis data yang
diperolehi melalui soal selidik dan diuji dengan hipotesis yang dirangka. Dengan ujian ini
pengkaji dapat mengenali hipotesis yang diterima dan yang ditolak

8.0

Kesimpulan

Kesimpulan kajian akan dibuat berdasarkan penemuan kajian yang akan menyentuh
tentang hubungkait persepsi guruguru terhadap gaya kepimpinan yang dibincangkan
dalam kajian serta keberkesanan setiap gaya kepimpinan dalam pembentukan iklim
sekolah. Kajian-kajian yang menggunakan pembolehubah sering menggunakan dimensidimensi yang berubah-ubah daripada satu pengkaji dengan pengkaji yang lain. Kesemua
kajian yang dijalankan untuk melihat hubungan antara iklim organisasi dengan kepuasan
kerja yang memperlihatkan hubungan yang signifikan pada keseluruhannya.

9.0

Cadangan Hasil Kajian

Berdasarkan hasil kajian, pengkaji akan membuat beberapa cadangan khusus kepada
semua sekolah yang terlibat dengan kajian ini. Cadangan dijangka adalah berkaitan
dengan gaya kepimpinan yang paling digemari oleh guru-guru serta mengenai faktor-

faktor yang membantu membentuk iklim sekolah yang kondusif bagi peningkatan
kecemerlangan sekolah.

Melalui kajian-kajian lepas juga didapati iklim sekolah banyak dikaitkan dengan
pembolehubah lain seumpamanya daripada segi motivasi kerja dan begitu juga kepuasan
kerja banyak dikaitkan dengan pembolehubah lain. Kajian-kajian tentang iklim sekolah
yang dihubungkan dengan kepuasan kerja masih lagi kurang dilakukan.

Bibliografi
Ainon dan Abdullah. (1995). Kursus Berfikir Tinggi. Kuala Lumpur: Utusan Publications
& Distributors Sdn Bhd.

Callahan, R.E. & Fleenor, C.P. 1988). Managing Human Relations; Concept and
Practices. Columbus: Merrill Publishing Company.
De Vito, J.A. (1991). Human Communication: The Basic Course (5 th ed). New York:
Horper Collins Publishers Inc.
Drucker, P.F. (1992). Managing fir The Future: The 1990s and Beyond, Penguin Books,
USA, Inc.
House, R.J & Mitchell, T.R. (1974). Path Goal Theory and Leadership. Journal of
Contemporary Business.
Kamarudin Kachar (1989). Strategi Pentadbiran Pendidikan. Kuala Lumpur: Teks
Publishing Sdn Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1982). Laporan Jawatankuasa Mengkaji Taraf
Pelajaran di SEkolah-sekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Knezevich, Stephen. J. (1975). Administration of Public Education.3 rd ed. New York:
Harper and Row Publishers.
Noraini, A (1995), Edition 2 Kaunseling Remaja: Pengalaman Peribadi Seorang
Kaunselor. Petaling Jaya: Budaya Ilmu Sdn Bhd.

Pachappan, R. (1998), Persepsi Guru-guru Terhadap Stail Kepimpinan Pengetua yang


Mempengaruhi Iklim Sekolah dan Pencapaian Akademik: Satu Tinjauan Sekolah-sekolah
Terpilih Di Bahagian Kuching/ Kota Samarahan Sarawak Laporan projek
Diterbitkan. Unimas, Sarawak

M.Sc Tidak

Phi Delta Kappa. (1974). School Climate Improvement. A Challenge to The School
Administrators. Denver: CFK Ltd.
Uma Sekaran. (1992), Research Methods for Business: A Skill Building Approach (2 nd
ed). New York: John Wiley and Sons, Inc.

PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL

KEPENGETUAAN KEBANGSAAN
( NPQH ) AMBILAN 8 / 2004

PROPOSAL PENYELIDIKAN
TAJUK :
Persepsi Guru-guru terhadap Gaya Kepimpinan Guru besar yang
Mempengaruhi Iklim Sekolah:Satu Kajian kes di Sekolah-Sekolah Luar
Bandar Terpilih di Daerah Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan
Di sediakan oleh :
ER JOO PENG
NORITA BT. YUNAN
ISMAIL B. AB HAMID
SITI ZAITON BT. LELA
AZMI B. ABDUL RAHIM
SALLEHUDDIN B. MISNON
MUHAMMAD AZMAN B. YEOP ALI

Untuk perhatian

Dr.Ahmad Rafee Che Kassim


INSTITUT AMINUDDIN BAKI
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
69000 SRI LAYANG, GENTING HIGHLANDS
TEL : 03-610005028 / 29 FAX: 03-61005037

You might also like