You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU BIL.

1/2015
SEKOLAH KEBANGSAAN KEPIS FELDA

Tarikh : 9 Januari 2015


Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Bilik Sidang, Sek Keb Kepis (Felda)
Kehadiran:
Turut Hadir:
1. En Arifin B. Md Yusof (Guru Besar)
2. En Abd Halim B Yusof
3. Pn Nik Jamilah Bt Nik Salim
Hadir:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Cik Rahilah Bt Jaafar


Pn Munirah Bt Zaalan
Pn Azah Bt Shari
En Ali Bt Ab Aziz
Pn Tunku Zalina Bt Tunku Adzim
Cik Wan Sakinah Bt Wan Ismail
Pn Nurul Najwa Bt Mohamad Nor

Agenda :
1.0 UCAPAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli panitia dan mengucapkan
terima kasih kerana sudi hadir dalam mesyuarat pada kali ini.
1.2 Pengerusi menjelaskan bahawa mesyuarat ini diadakan adalah untuk
membincangkan hal-hal berkaitan dengan panitia Bahasa Melayu.
2.0 UCAPAN PENASIHAT
2.1 Guru Besar selaku penasihat merakamkan jutaan terima kasih kepada
semua guru Bahasa Melayu kerana sudi hadir ke mesyuarat panitia kali
ini.
2.2 Guru Besar menyatakan beberapa perkara yang perlu dibincangkan di
dalam mesyuarat kali pertama antaranya aktiviti tahunan dan
pembahagian PCG

2.3 Beliau berharap mesyuarat dapat dijalankan dengan lancar dan


mendapat kata putus yang sewajarnya. Beliau juga menyarankan guruguru membincangkan agenda mesyuarat seperti lampiran contoh
agenda mesyuarat panitia yang diedarkan oleh PPD, Kuala Pilah.

2.0 MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT


YANG LALU
2.1 Pn. Azah Bt Shari telah mencadangkan agar minit mesyuarat lalu dan
diterima dan disahkan.
2.2 Pn Tunku Zalina Bt Tunku Adzim menyokong cadangan itu.

3.0 PERKARA BERBANGKIT


3.1 Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) mesti disiapkan sebelum 31 Jan
2015.
3.2 Laporan Headcount Cikgu Ali mencadangkan supaya sediakan satu
format yang selaras untuk semua tahun. Headcount perlu disediakan
dengan mengambil data dari ujian Fasa 1 untuk tahun 2 hingga tahun
6 manakala peperiksaan pertengahan tahun untuk tahun 1.
3.3 Bulan Bahasa dicadangkan diadakan pada bulan April. Majlis
pelancaran bulan bahasa dicadangkan akan diadakan pada 6 April
2015.
3.4 Pertandingan bercerita akan diadakan pada bulan februari. Cadangan
peserta untuk tahap 1 ialah Nur Iqma Aliya Bt Aider (Tahun 3) dan Nur
Alya Natasha Bt Fazrul Anwar (Tahun 3) manakala peserta tahap 2
ialah Mohd Nur Hakimie B Md Zaini (Tahun 4), Nur Aisyah Radzi (Tahun
5) dan Nor Izzatul Fadhleen B. Nor Afizan (Tahun 6). Pertandingan
mengarang cerita pula dicadangkan untuk melatih Nur Farzana Aida Bt
Zulkifli (Tahun 5) dan Nur Adira Bt Ismail@Harun (Tahun 6).
3.5 Pn Tunku Zalina mencadangkan supaya guru-guru BM menyertai
kursus Pengacaraan Majlis sebagai menambahkan ilmu dalam bidang
pengacaraan sesuatu majlis.
Tindakan: Semua Guru Bahasa Melayu.

4.0 BELANJAWAN TAHUNAN


4.1 Belanjawan pada tahun ini lebih menumpu kepada pembelian bahan
bantu belajar untuk subjek Bahasa Malaysia dan perbelanjaan aktiviti
panitia.
4.2 Cik Rahilah membahagikan duit PCG kepada dua bahagian iaitu
RM200 untuk perbelanjaan aktiviti panitia dan RM200 untuk aktiviti
melukis mural tatabahasa, mobail tatabahasa dan membeli bahan
bantu belajar yang diarasakan perlu.
Tindakan : Ketua Panitia

5.0 HAL-HAL LAIN


5.1 Pelarasan buku kerja.
5.1.1 Guru-guru diminta untuk menggunakan buku kerja yang telah
dibeli dari pembekal buku sebagai buku aktiviti murid.
5.1.2 Murid perlu menyediakan 3 buku buku tulis untuk tahap 2 iaitu
penulisan, pemahaman dan tatabahasa.
5.2 Pengerusi meminta agar buku rekod mengajar perlulah dilengkapi
dengan senarai nama pelajar, rancangan pelajaran tahunan yang
terkini, DSKP dan Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid untuk
setiap kelas yang diajar.
Tindakan : Semua Guru Bahasa Melayu.
5.3 Tarikh peperiksaan dan kertas soalan.
5.3.1 Tarikh peperiksaan akan mengikut
dibincangkan dalam mesyuarat kurikulum.

tarikh seperti yang

5.3.2 Penyediaan kertas soalan adalah seperti berikut:


Tahap 1 : Kertas 1 mesti sediakan bahagian A (objektif) dan
bahagian B (subjektif)
Tahap 2 : mengikut standard soalan UPSR.

6.0 PENUTUP
Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengakhiri mesyuarat pada kali
ini dengan bacaan surah al Asyr dan tasbih kifarah.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.50 pagi.

Disediakan oleh,
.......................................
..
(Pn Munirah Bt Zaalan)

Disemak oleh,

(Cik Rahilah Bt Jaafar)

S/U Panitia Bahasa Melayu

K/P Bahasa Melayu

Sek Keb Kepis Felda

Sek Keb Kepis Felda

You might also like