You are on page 1of 2

TUGASAN 2 (SEMINAR)

KOD KURSUS

: HBEF2803

TAJUK KURSUS

: PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

SOALAN TUGASAN
Seminar dan konferen adalah salah satu saluran ilmu yang penting. Setiap organisasi sama ada
badan berkanun, swasta ataupun institusi pendidikan sentiasa menganjurkan seminar ataupun
konferen bagi memastikan peserta mendapat input yang bermanfaat.
Seminar merupakan persidangan yang membahaskan suatu masalah secara ilmiah dan
mempelajari sesuatu topik yang khusus. Persidangan dan seminar biasanya menampilkan satu
atau beberapa pembicaraan dan pembentangan kertas kerja. Peserta seminar berperanan untuk
menyampaikan pertanyaan, ulasan, dan pembahasan sehingga menghasilkan pemahaman tentang
kertas kerja yang telah dibentangkan. Pendidik perlulah sentiasa melibatkan diri dalam seminarseminar yang berkaitan dengan pendidikan.
Sebagai seorang guru anda perlu mengetahui secara menyeluruh aspek-aspek yang berkaitan
dengan seminar bagaimana ianya dijalankan, sebelum, semasa dan selepas seminar. Mengurus
seminar yang terbukti efektif justeru anda akan mengetahui:
Cara mengendalikan seminar dan konferens yang dinamik dan efektif
Peruntukan belanjawan bagi menganjurkan sesebuah seminar
Perancangan dalam memilih tarikh, masa dan lokasi program
Promosi terbaik bagi menarik kehadiran peserta
Aspek keselamatan semasa program dan Penilaian kualiti atau pun matlamat program
Fakulti Pendidikan dan Bahasa telah menganjurkan satu Seminar Perkembangan Profesionalisme
Keguruan yang bertempat di kampus induk Open University Malaysia. Dua kertas kerja seperti
berikut telah dibentangkan dalam seminar tersebut.
Kertas kerja 1

Pembentang

Kertas kerja 2
Pembentang

:
:

Pembangunan Profesionalisme Berterusan:


Kebertanggungjawab Inisiatif Kendiri
Dr. Nasaruddin b. Basar
Ketua Penolong Pengarah, Sektor Peningkatan Ilmu
Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia
Motivasi Pelajar
Tuan Haji Ibrahim b. Sakimin
Ketua Penolong Pengarah, Sektor Standard dan verifikasi
Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia

Pembentangan kertas kerja seminar tersebut telah di muat naik ke dalam portal EPIC (sila klik
pautan video pembentangan yang terdapat pada ruangan Description). Pelajar disarankan untuk
membuat analisis dan ulasan secara kritis berdasarkan kepada aspek-aspek berikut sebagai
keperluan tugasan serminar ini.

Aktiviti 1
Anda dikehendaki untuk mendokumentasikan aspek-aspek yang berkaitan dengan cara-cara
untuk menjalankan dan melaksanakan seminar berdasarkan faktor persediaan, perlaksanaan dan
selepas seminar.
Hadkan rumusan tersebut kepada 3-5 muka surat sahaja.

Aktiviti 2 : Ulasan dan rumusan kertas kerja 1


Berdasarkan kepada video seminar yang telah dimuat naik dalam portal EPIC, anda dikehendaki
membuat rumusan terperinci kertas kerja yang bertajuk Pembangunan Profesionalisme
Berterusan: Kebertanggungjawaban Inisiatif Kendiri dengan mengulas, merumus dan
menganalisis DUA aspek daripada empat sub-tajuk yang berkaitan seperti :
Pembangunan Profesionalisme, Pembangunan Profesionalisme Kendiri
Kebertanggungjawaban Guru dan Laluan Kerjaya.
Analisis dan rumusan anda perlulah disertakan contoh-contoh dan rujukan yang berkaitan.
Hadkan rumusan tersebut kepada 3-5 muka surat sahaja.

Aktiviti 3 : Ulasan dan rumusan kertas kerja 2


Membuat ulasan dan rumusan secara terperinci kertas kerja yang bertajuk Motivasi Pelajar
berdasarkan kepada peningkatan positif motivasi pelajar, sumbangan kepada profesion keguruan
dan faedah yang didapati setelah mengikuti program Pensiswazahan Guru.
Hadkan rumusan tersebut kepada 3-5 muka surat sahaja.

Aktiviti 4 : Jurnal Reflektif


Mengimbas kembali faktor-faktor penting yang dapat anda perolehi dan amalkan hasil daripada
pembentangan kertas kerja tersebut, Sejauh manakan saranan-saranan tersebut dapat
dilaksanakan untuk meningkatkan kerjaya anda sebagai pendidik yang berkesan dan berguna
kepada masyarakat.
Hadkan rumusan tersebut kepada 3 muka surat sahaja.

You might also like