You are on page 1of 14

1.

PENGENALAN

Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan transformasi kurikulum sekolah rendah


sedia ada yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR) (KPM, 2013).
KSSR ialah hasil penambahbaikan dan semakan terhadap Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR) yang telah dilaksanakan hampir tiga dekad. Reka bentuk KSSR mengandungi enam
komponen penting yang disebut sebagai tunjang (KPM, 2013). Tunjang-tunjang ini
diperkenalkan bagi melengkapi semua aspek penting yang perlu wujud dalam diri seseorang
murid untuk menjadi insan yang seimbang dan harmonis. Tunjangtunjang tersebut adalah sains
& teknologi, komunikasi, perkembangan fizikal & estetika dan kemanusiaan, ketrampilan,
kerohanian, sikap serta nilai. Dalam membangunkan KSSR, KPM telah mewujudkan satu sistem
pentaksiran yang bersifat formatif dan sumatif yang mengutamakan kemajuan murid dari satu
peringkat ke satu peringkat. Pencapaian murid tidak dibandingkan dengan murid lain. Kurikulum
baru ini adalah berdasarkan kepada beberapa kriteria yang telah ditetapkan. Antaranya ialah
untuk memastikan semua murid melepasi standard yang telah ditetapkan. Begitu juga dengan
penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas menerusi pemikiran yang
dijalankan secara berterusan. Seterusnya guru boleh menganalisis dan membuat tindakan susulan
supaya murid mencapai standard yang ditetapkan. KPM yakin perlaksanaan KSSR dapat
meningkatkan standard kurikulum kebangsaan agar mampu bersaing dan standing dengan
pendidikan global juga memastikan generasi masa depan dibekalkan dengan pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan dan cabaran abad ke 21 serta mampu
membentuk generasi 1 Malaysia ke arah mencapai Negara maju menjelang 2020. (KPM, 2013)

2.0

PENCAPAIAN TERKINI KSSR

KSSR diperkenalkan pada murid Tahun 1 pada tahun 2011. Sudah pastilah guru-guru tahun satu
harus menyediakan diri dengan bentuk perubahan yang berlaku. Seterusnya kumpulan murid ini
yang dijadikan perintis telah menyambung KSSR pada tahun dua pada tahun 2012 dan tahun tiga
pada tahun 2013. Perubahan kurikulum ini berlaku secara drastik. Sudah tentunya guru-guru
masih memerlukan pendedahan demi pendedahan supaya matlamat dan pelaksanaan difahami
dan dapat dijayakan dengan baik. Abdul Rahim Hamdan (2009) dalam kajian beliau menyatakan
kebanyakan guru diminta untuk menerima sesuatu kurikulum dan memahami intipati perubahan
kurikulum tersebut serta mahir melaksanakannya. Pembaharuan kurikulum bermakna kurikulum
sedia ada diberi elemenelemen baru yang sebelumnya tidak terdapat dalam kurikulum tersebut
ataupun perubahan yang melibatkan keseluruhannya berubah.
Perubahan dalam KSSR ini bukan sahaja meliputi 3M (membaca, menulis, mengira) malah
menambah satu lagi pendekatan iaitu menaakul. Dalam KSSR ini guru-guru hendaklah
membimbing murid-muridnya menjadi lebih berfikiran kritis, kreatif dan inovatif. Perubahanperubahan juga berlaku dari segi isi kandungan, peruntukan masa pengajaran, pentaksiran,
pedagogi, organisasi, bahan dan pengurusan kurikulum. Kesediaan guru-guru ini menerima
perubahan akan menentukan kejayaan dan kegagalan kurikulum tersebut. Guru adalah penggerak
kepada kesinambungan kurikulum ini (KPM, 2013).
Dengan kata lain, keberkesanan pengajaran diukur berdasarkan sejauh manakah hasil objektif
pelajar telah dicapai melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dan
dilaksanakan. Menurut Fazlina Che Amat (2009) dalam kajian beliau, keberkesanan dalam
pengajaran dan pembelajaran memerlukan kesediaan dari semua pihak dalam melaksanakan visi
dan misi pendidikan negara. Dengan pelaksanaan KSSR ini, murid pendidikan rendah mampu
belajar dengan lebih saintifik berbanding dengan murid pendidikan tinggi yang masih lagi belajar
dengan berlandaskan pendekatan KBSR (Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah) kerana
terdapatnya tambahan kemahiran yang diterapkan dalam KSSR ini.

Menurut Norazilawati Abdullah, Noraini Mohd Noh dan Mahizer Hamzah (2008) dalam kajian
mereka mengatakan bahawa untuk mencapai objektif yang disasarkan dalam KSSR, penekanan
terhadap penguasaan kemahiran menaakul murid telah diambil perhatian serius oleh guru semasa
proses pengajaran mereka. Umpamanya, dalam mata pelajaran Dunia dan Teknologi sendiri
terdapat satu modul, iaitu Modul Teras Tema Sains dan Teknologi yang disediakan oleh pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sebagai panduan kepada para guru telah dimasukkan
keperluan untuk menerapkan kemahiran menaakul guru, iaitu;

i)

Menggalakkan murid bertanya soalan dan teruskan bertanya soalan selanjutnya,

ii)

Memberi respons kepada soalan yang murid tanya, jangan mematikan minat mereka
dan juga harus dimulakan dengan soalan yang kita pasti murid boleh jawab yang
hasilnya akan memberi keyakinan kepada murid itu sendiri,

iii)

Mengurangkan bertanya soalan jenis latih-tubi (drilling),

iv)

Membimbing murid ke arah menjawab sendiri soalan yang dikemukakan mereka,


cuba jangan memberikan jawapan terus kerana ini akan menghentikan proses berfikir,
dan

v)

Menerima jawapan salah yang diberi oleh murid sebagai satu peluang pembelajaran,
dan jangan mengkritik jawapan murid (Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM
2010).

Aktiviti-aktiviti yang dinyatakan ini menunjukkan guru berperanan sebagai pembimbing dalam
mengamalkan dialog ilmu atau persaingan ilmiah (academic contestation) dalam menerapkan
kemahiran menaakul kepada murid-murid.

3.0

PERKAITAN DASAR KSSR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


SUBJEK SAINS SEKOLAH RENDAH DENGAN WAWASAN 2020 MALAYSIA

Jika kita lihat visi wawasan 2020 yang pertama iaitu, Mewujudkan negara Malaysia bersatu
yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang
aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, berkerjasama
sepenuhnya, secara adil dan didokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan

politik dan dedikasi kepada Negara, sedikit sebanyak ianya mempunyai perkaitan dengan
dasar pelaksanaan KSSR yang menggalakkan murid untuk belajar bersama secara berkumpulan
serta menggalakkan guru untuk mengadakan pembelajaran secara konstruktivis terhadap para
murid. Hal ini termasuklah perbincangan, kerja projek, kerja kursus, lawatan dan kuiz. Selain itu,
pada visi yang ketiga iaitu Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang
matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang, demokrasi Malaysia
berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun, visi
kelima iaitu mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas
mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa
yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu Negara, ketujuh iaitu Mewujudkan
masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mana kepentingan
masyarakat lebih utama daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada
negara atau individu tetapi di sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh dan kelapan iaitu
Pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama di mana wujud perkongsian
sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak
akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi, dan kesemua
kemunduran ekonomi berdasarkan kaum, juga mempunyai perkaitan rapat dengan kaedah
pengajaran yang disyorkan dalam pelaksanaan KSSR. Hal ini kerana melalui kerja dalam
kumpulan, murid dapat saling bekerjasama, bertukar-tukar fikiran dan saling bantu membantu
untuk memperoleh ilmu secara bersama-sama. Tambahan pula, melalui aktiviti berkumpulan,
murid dapat mengenali satu sama lain dengan lebih rapat tanpa mengira kaum dan agama serta
mencapai objektif pembelajaran yang disasarkan oleh guru bersama-sama.
Dalam visi wawasan 2020 yang keenam pula iaitu mewujudkan masyarakat yang saintifik dan
progresif, mempunyai daya perubahan yang tinggi dan memandang ke depan, yang bukan
sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan
teknologi masa depan, kita dapat lihat bahawa visi ini juga sangat berkait rapat dengan
penumbuhan KSSR. Hal ini kerana pendekatan dalam pelaksanaan KSSR adalah berasaskan
standard kandungan dan standard pembelajaran. Standart kandungan bermaksud pernyataan
spesifik dalam sukatan pelajaran iaitu perkara yang perlu diketahui, difahami dan dikuasai oleh
murid. Sementara itu, standard pembelajaran pula merupakan satu penetapan criteria atau
indicator terhadap kualiti pembelajaran. Hal ini sangat sesuai dengan pembelajaran bagi

matapelajaran sains kerana dalam subjek ini, terdapat banyak perkara yang dimana murid
dikehendaki untuk menaakul dan menjalankan kajian spesifik seperti eksperimen bagi
memberikan murid pengalaman dan sekaligus membantu murid untuk memahami teori-teori
yang diajar dalam subjek ini. Selain itu, apa yang dapat saya lihat ialah, dalam pelaksanaan
KSSR ini, penekanan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersifat interaktif atau
pendekatan dua hala ditekankan. Murid digalakkan bersoal jawab, memberi pendapat,
melakonkan sesuatu, membincangkan idea baru, menjawab kuiz dan berbagai aktiviti
pembelajaran yang boleh merangsang pemikiran murid. Dalam masa yang sama melalui
pendekatan interaktif ini, guru berupaya menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi di kalangan
muridnya. Hal ini sangat berkaitan dengan kehendak visi wawasan 2020 dalam mewujudkan
masyarakat yang mempunyai pemikiran saintifik dan progresif dalam kehidupan seharian
mereka.

4.0

CADANGAN STRATEGI PENGAJARAN SAINS UNTUK PELAJAR SEKOLAH


RENDAH YANG MEMPUNYAI LATAR BELAKANG YANG BERBEZA
DALAM MENCAPAI WAWASAN 2020

Cadangan yang saya syorkan bagi mengajar matapelajaran Sains sekolah rendah bagi murid yang
mempunyai latar belakang yang berbeza ialah pembelajaran secara koperatif. Hal ini kerana
pembelajaran koperatif ialah kaedah pengajaran melibatkan interaksi dan kerjasama antara
kumpulan murid-murid. Ia merupakan inovasi pendidikan yang memberi hasil

positif dari

berbagai aspek seperti:


(i)

Peningkatan akademik terutama murid minoriti dan berpencapaian


rendah

(ii)

Memperbaiki hubungan etnik dalam kalangan murid berbilang budaya.

(iii)

Meningkatkan perkembangan sosial dan afektif dalam kalangan murid.

Pada asasnya kaedah ini menggalakkan murid-murid belajar bersama dengan berkesan dalam
kumpulan. Pembelajaran koopeatif dilaksanakan secara kumpulan kecil supaya pelajar-pelajar
dapat berkerjasama dalam kumpulan untuk mempelajari isi kandungan pelajaran dengan pelbagai
kemahiran sosial. Melalui kaedah ini murid-murid bekerja dalam kumpulan kecil bagi mencapai
satu matlamat. Pembelajaran dapat dimaksimakan melalui kaedah ini.
Sebagai pendidik, tugas utama guru adalah menyediakan kemahiran untuk meneruskan
kehidupan yang produktif dan bahagia. Kehidupan di alaf baru ini melibatkan perubahan radikal
dalam bidang ekonomi dan demografik. Oleh itu, sistem pendidikan juga perlu berubah. Sekolah
berperanan menyediakan murid yang dapat

mengambil bahagian dalam ekonomi dan

masyarakat abad ke dua puluh satu. Di abad ke dua puluh satu ini, terdapat transformasi dalam
amalan sosiolisasi terutamanya selain daripada sektor ekonomi dan demografi. Maka hal ini
memerlukan perubahan dalam amalan pendidikan supaya generasi akan datang dapat dididik
bagi menghadapinya. Pengalaman pembelajaran koperatif perlu diperkenalkan di bilik darjah
mewujudkan murid-murid yang penyayang dan berorientasikan sosial koperatif. Disamping itu

juga, pembelajaran koperatif perlu untuk mengekalkan demokrasi. Pengalaman koperatif di bilik
darjah dapat memupuk demokrasi dan penyertaan yang sama rata.
.
Pembelajaran koperatif dapat dilaksanakan bagi mencapai matlamat pembelajaran kerana ciriciri berikut :
i)

Amalan dan sistem bimbingan


Di dalam pembelajaran koperatif kualiti dan kuantiti bimbingan serta amalan
dipertingkatkan dimana ia melibatkan bimbingan rakan sebaya, jenis dan
kekerapan amalan dan tugasan berdasarkan masa (task on time)

ii)

Motivasi dan ganjaran


Ganjaran dalam pembelajaran koperatif lebih kerap dan disokong oleh rakan
sebaya. Ganjaran biasanya berasaskan kumpulan dan setiap orang mempunyai
peluang sama mendapatkan ganjaran.

iii)

Sokongan rakan sebaya


Di dalam kelas koperatif, tiada persaingan bagi mendapat jawapan yang betul.
Setiap ahli dalam kumpulan berbincang bagi mendapat jawapan. Oleh itu setiap
ahli dalam kumpulan akan saling membantu untuk berjaya.

iv)

Peranan guru
Guru tidak

hanya memberi kuliah atau arahan tetapi bertindak sebagai

pemudahcara di dalam bilik darjah. Ini memberi peluang kepada guru memberi
tumpuan kepada perkara atau murid yang memerlukan perhatian.
v)

Peranan murid
Murid lebih aktif, self directing dan lebih ekpresif; ini lebih menjurus kepada
peningkatan pencapaian akademik

Pembelajaran koperatif merupakan strategi pengajaran yang melibatkan interaksi murid secara
koperatif terhadap mata pelajaran sebagai sebahagian proses pembelajaran. Terdapat beberapa
struktur pembelajaran koperatif yang disarankan. Antaranya adalah Pasukan membantu individu
(Team assisted individualization, TAI) dan Pasukan pelajar-bahagian pencapaian (Student TeamAchievement Division, STAD) yang dikemukakan oleh Robert Slavin. Penyiasatan kumpulan
(Group investigation, GI) yang dikemukakan oleh Shlomo Sharan dan de Vries mengemukakan

Pertandingan permainan pasukan (Team games tournament; TGT). Manakala Spencer Kagan
mengemukakan struktur yang lebih ringkas seperti nomborkan bersama (Number head together),
berfikir-berpasangan- berkongsi (Think-pair-share), Temubual tiga orang (Three person
interview) dan lain-lain.
Pasukan pelajar- bahagian pencapaian (Student Team- Achievement Division, STAD)
Struktur ini menggunakan teknik menggabungkan pelbagai kebolehan di dalam kumpulan. Ia
melibatkan pengiktirafan pasukan dan tanggungjawab kumpulan bagi pembelajaran individu.
Murid dibahagikan kepada empat orang dalam kumpulan dengan pelbagai kebolehan, jantina
dan etnik. Guru menyampaikan pelajaran dan kemudian murid belajar dalam kumpulan dan
memastikan setiap ahli menguasai pelajaran. Akhir sekali semua murid mengambil ujian secara
individu. Skor ujian dibandingkan dengan pencapaian lalu. Mata diberi berdasarkan kepada
tahap di mana murid mencapai atau melebihi pencapaian lalu. Mata ini dikira mata kumpulan
dan kumpulan memenuhi kriteria mendapat ganjaran.
Jigsaw
Struktur ini melibatkan murid ditugaskan dalam kumpulan berenam untuk suatu bahan pelajaran.
Bahan pelajaran dipecahkan kepada bahagian kecil. Setiap ahli kumpulan membaca bahagian
masing-masing. Ahli kumpulan yang lain yang mengkaji bahagian yang sama akan membentuk
kumpulan pakar dan mebincangkan bahagian tersebut. Kemudian mereka akan balik ke
kumpulan asal mereka dan mengajar ahli kumpulan mereka. Struktur ini diperkenalkan oleh
Aronson pada tahun 1978 tetapi telah diubahsuai oleh Slavin 1994 di mana murid bekerja dalam
kumpulan empat atau lima orang dikenali sebagai Jigsaw II. Setiap murid akan membaca teks
yang sama seperti buku,cerita pendek atau biografi. Walau bagaimanapun, setiap murid
ditugaskan untuk menguasai satu topik.Murid mengkaji topik yang sama akan berbincang dan
membentuk kumpulan pakar. Kemudian mereka akan balik ke kumpulan asal dan mengajar ahli
kumpulan masing-masing. Murid akan mengambil kuiz atau ujian secara individu dan keputusan
dikira sebagai skor kumpulan sama seperti STAD.

Penyiasatan kumpulan (Group Investigation, GI)


Struktur ini merupakan perancangan pengurusan bilik darjah umum dimana muird-murid bekrja
dalam kumpulan kecil menggunakan inkuiri koperatif, perbincangan kumpulan dan perancangan
koperatif dan projek. Mengikut kaedah ini murid membentuk kumpulan dari dua keenam orang
dalam satu kumpulan. selepas memilih subtopik daripada satu unit yang dikaji di dalam kelas,
ahli kumpulan akan membahagikan subtopik yang lebih kecil dan mengagihkan kepada tugasan
individu. Setiap ahli menyiapkan tugasan bagi menyediakan laporan kumpulan. Setiap kumpulan
akan membentangkan atau mempamerkan hasil kerja mereka kepada kelas.
Pasukan membantu individu (Team assisted individualization, TAI)
Murid dibahagikan kepada empat atau lima orang dalam satu kumpulan.Kumpulan adalah
kumpulan heterogenus. Murid diberi ujian pra untuk menentukan kedudukannya di dalam kelas.
Murid akan bekerja dalam kumpulan menggunakan bahan pembelajaran berasaskan
pembelajaran kendiri. Guru akan mengajar kumpulan kecil yang sama kedudukan dalam kelas
terutamanya yang memerlukan bimbingan guru. Pada masa yang sama ahli kumpulan yang lain
belajar dalam kumpulan menggunakan bahan pembelajaran yang disediakan. Pencapaian murid
dipantau menggunakan lembaran skor kumpulan. Guru menjalankan diagnosis untuk mengenal
pasti murid yang memerlukan pemulihan. Skor kumpulan akan dikira berdasarkan purata unit
telah disiapkan kumpulan. Seterusnya ditentukan kedudukan kumpulan. Disamping itu juga,
setiap murid akan diberi ujian secara individu.
Pertandingan permainan pasukan(Team games tournament, TGT)
Sebelum dibahagikan murid kepada kumpulan guru mengajar kepada kelas.Kemudian murid
dibahagikan kepada empat orang dalam satu kumpulan. Kumpulan adalah heterogenus.
Kumpulan mengkaji bahan pembelajaran. Seterusnya murid akan bersaing dalam pertandingan
dengan rakan homogenus. Mata diperoleh oleh murid tersebut dijadikan skor kumpulan. Skor
kumpulan akan dikira dan ditentukan pemenang.
Nomborkan bersama (Number head together)
Murid dinomborkan dan murid yang mempunyai nombor yang sama dikumpulkan dalam satu
kumpulan. Guru mengemukakan soalan dan menentukan masa menjawab. Murid berbincang di

dalam kumpulan bagi menjawab soalan guru serta memastikan setiap ahli dapat menjawab
soalan. Guru akan memanggil nombor secara rawak dan murid nombor tersebut mengangkat
tangan serta menjawab soalan. Jika terdapat ahli kumpulan yang tidak dapat menjawab soalan,
kumpulan akan diberikan satu atau dua minit berbincang bagi memastikan semua ahli dapat
menjawab soalan.
Oleh itu, melalui pembelajaran secara koperatif ini, guru dapat memupuk semangat kerjasama
antara murid dan mencapai objektif pembelajaran tanpa perlu mengahadapi masalah perkauman
dalam kalangan murid. Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran sains dapat dijalankan
secara lancar dan berkesan kerana suasana bilik darjah yang harmoni dan bersatu padu dalam
kalangan murid.
5.0

REFLEKSI

Saya sangat bersyukur kepada tuhan kerana dengan berkat nikmatNya saya telah dapat
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Berjuta terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan
yang banyak member tunjuk ajar kepada saya tatkala saya memerlukan tunjuk ajar. Tidak lupa
kepada keluarga yang banyak memberikan sokongan sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.
Banyak pengetahuan yang telah saya timba sepanjang menyiapkan tugasan ini. Antaranya ialah
konsep pengajaran dan pembelajaran KSSR dalam subjek Sains serta konsep Wawasan 2020.
Saya berpeluang untuk melihat dengan lebih dalam bagaimana konsep KSSR ini dijalankan di
kalangan pelajar sekolah rendah serta bagaimana konsep KSSR ini membantu negara kita dalam
mencapai Wawasan 2020 yang dihasratkan oleh negara kita. Apa yang saya dapat lihat dengan
jelas ialah KSSR ini lebih menekankan kepada kecemerlangan murid melalui konsep kendiri
seperti pemikiran yang kritis dan saintifik dalam pendidikan. Hal ini melalui penambahan
kemahiran menaakul dalam konsep 3M yang diperkenalkan dalam pelaksanaan KBSR suatu
masa dulu. Kemahiran inilah yang membantu murid untuk lebih mengamati dan mendalami
proses pembelajaran mereka terhadap sesuatu topik terutamanya bagi subjek Sains.
Selain itu, melalui dasar KSSR ini juga sangat menekankan konsep perpaduan antara murid. Hal
ini selaras dengan kebanyakan visi-visi dalam Wawasan 2020 yang menekankan perpaduan

antara kaum serta kesepakatan antara rakyat yang berbilang kaum dalam bidang pendidikan dan
bidang-bidang yang lain di negara kita.
Saya juga dapat mendalami strategi-strategi yang sesuai untuk diaplikasikan dalam pengajaran
dan pembelajaran sains yang melibatkan murid dari pelbagai latar belakang dimana dalam
tugasan ini saya telah memilih strategi pendekatan koperatif dalam kalangan pelajar. Melalui
tugasan ini juga saya dapat mendalami bagaimana kaedah koperatif ini dikendalikan dengan
terperinci dalam sessuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Akhir sekali, melalui pengetahuan yang telah ditimba ini, saya akan berusaha untuk
mengaplikasikannya dalam pengajaran saya di sekolah bagi menjadikan pengajaran sains yang
diajar di sekolah menjadi lebih berkesan dan dapat membantu murid-murid saya untuk berjaya
dalam pendidikan mereka.

6.0

RUJUKAN

Internet
http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/listseminar/medc2012/pdf/15.pdf

(Fazlina

Che

Amat,

(2009) PELAKSANAAN SAINS KSSR TAHUN SATU: SATU TINJAUAN AWAL)


Abdul Rahim Hamdan (2009) KAJIAN TINJAUAN PELAKSANAAN MATA PELAJARAN
DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI (DST) KSSR TAHAP 1.pdf
Norazilawati

Abdullah,

Noraini

Mohd

Noh

dan

Mahizer

Hamzah

(2008)

http://jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2503/KAJIAN%20TINJAUAN
%20PELAKSANAAN%20MATA%20PELAJARAN%20DUNIA%20SAINS%20DAN
%20TEKNOLOGI%20(DST)%20KSSR%20TAHAP%201.pdf

Buku
Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (2010). Modul Teras Tema
Dunia Sains dan Teknologi. Kuala Lumpur. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Hamidah Maidinsah. (2004). Kesan kaedah pengajaran metakognisi-inkuiri terhadap prestasi
dalam matematik dan penaakulan saintifik di kalangan pelajar diploma. Tesis Ph.D (Tidak
diterbitkan). Universiti Sains Malaysia.
Mohamad Fadzil Che Amat. (2008). Kesan kaedah inkuiri koperatif berbantukan multimedia ke
atas prestasi kemahiran proses sains bersepadu, pemikiran saintifik dan sikap dalam sains
dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah kebangsaan. Tesis Peringkat Sarjana. (Tidak
diterbitkan). Universiti Sains Malaysia.
Paul, R.W. (1990). Critical and reflective thinking: A philosophical perspective. Dalam B. F.
Jones & I. Idol (Eds), Dimensions of thinking and cognitive instruction. Hillsdale: Lawrence
Erlbaum Associate

Syed Anwar Aly & Merza Abbas. (2000). Penyerapan kemahiran saintifik dalam proses
pengajaran dan pembelajaran kimia di sekolah menengah. Simposium Pendidikan Sains dan
Matematik UiTM, Shah Alam, pada 3 November 2000.

SENARAI KANDUNGAN
KANDUNGAN

HALAMAN

1.0

PENGENALAN

2.0

PENCAPAIAN TERKINI KSSR

3.0

PERKAITAN DASAR KSSR DALAM


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
SUBJEK SAINS SEKOLAH RENDAH
DENGAN WAWASAN 2020 MALAYSIA

4.0

CADANGAN
SAINS

STRATEGI

UNTUK

RENDAH

YANG

BELAKANG YANG

PENGAJARAN

PELAJAR

MEMPUNYAI
BERBEZA

MENCAPAI WAWASAN 2020


5.0

REFLEKSI

6.0

RUJUKAN

SEKOLAH
LATAR
DALAM

You might also like