You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT PANITIA TMK 1/2013

Tarikh: 10/01/2013
Waktu: 2:00-3:30 petang
Tempat: Kelas PPKI
Agenda:
1. Kata-kata aluan pengerusi
2. Sukatan pelajaran dan Aktiviti P & P
3. Penggunaan makmal komputer
4. Aktiviti panitia
5. Hal-hal lain

1.0 Kata-kata aluan pengerusi :


1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran guru-guru TMK semasa
mesyuarat kali ini. Pengerusi mengemaskinikan dan mengesahkan jadual waktu
guru terutama matapelajaran TMK.
2.0 Sukatan pelajaran dan Aktiviti P & P
2.1 Sukatan telah disediakan oleh pengerusi. Rancangan Tahunan akan disediakan
oleh Cikgu Izrah Jumdail bersama-sama cikgu Suhaila binti Sabeh.
Tindakan : Cikgu Izrah Jumdail
Cikgu Paul Simon
2.2 Teori akan diajar terlebih dahulu kemudian diikuti oleh praktikal.
2.3 Pelajar dikehendaki menyediakan buku nota atau latihan untuk kelas TMK.
2.4Guru perlu memberikan laporan bertulis kepada pengerusi sebagai simpanan
fail setiap bulan.
3.0 Penggunaan Makmal Komputer
3.1 Penggunaan komputer di makmal TMK akan dipantau oleh juru teknik
makmal serta pengawas yang ditugaskan
3.2 Sistem menempah jadual di makmal akan dimaklumkan kepada juruteknik
makmal oleh pengerusi.

3.3 Jadual penggunaan untuk setiap kelas dilaksanakan berdasarkan hasil


perbincangan pengerusi dengan juruteknik makmal.
Tindakan : Juru Teknik dan Pengawas
4.0 Aktiviti Panitia
4.1 AJK Pengurusan makmal akan ditubuhkan.
4.2 AJK Kebersihan makmal akan ditubuhkan.
4.3 Tayangan Perdana TMK pada bulan yang ditetapkan kelak.
4.4 Penggunaan Papan Kenyataan makmal TMK akan diaktifkan.
Tindakan : Guru ICT
5.0 Hal-hal lain
5.1 Mewujudkan baju khas TMK
5.2 Pembelian buku berkaitan TMK akan diusahakan oleh pengerusi.
5.3Buku skrap berkaitan TMK akan diusahakan oleh guru TMK.
Tindakan : Guru ICT

Disediakan oleh :
.....................................
(IZRAH BIN JUMDAIL)

You might also like