You are on page 1of 25

1.

0 PENDAHULUAN

Memang tidak dinafikan bahawa di zaman yang canggih ini pelbagai jenis media telah
dihasilkan. Penciptaan media cetak ini dianggap suatu fenomena hidup bagi manusia pada kurun
ke-19 dan ke-20 dan kepentingannya sering disamakan dengan senjata yang boleh digunakan
untuk keamanan ataupun kemusnahan. Bahkan Napeoleon Bonaparte dalam abad ke 17 pernah
menyatakan bahawa jika meriam memusnahkan sistem feudal, dakwat pula akan memusnahkan
medan organisasi sosial.

Seperti yang diketahui umum, media massa pada masa kini telah melalui arus globalisasi yang
mana media kini bersifat universal dan tiada sempadan. Jenis dan fungsinya juga semakin
canggih selari dengan perkembangan arus modenisasi pada masa kini. Kepentingan media
massa, sama ada dalam bentuk bercetak, elektronik mahupun berinternet pada zaman
pascamoden ini diakui bukan sahaja mampu bertindak sebagai penyebar maklumat dan berita
sahaja tetapi turut berperanan besar dalam proses pembentukan, pembangunan serta kestabilan
sesebuah negara termasuklah dalam aspek sosial, ekonomi dan politik.

Hal ini terzahir melalui kenyataan Cohen, seorang tokoh komunikasi terkemuka yang pernah
menyatakan, "Dalam banyak keadaan, media tidak berupaya mempengaruhi orang ramai
menentukan bagaimana untuk berfikir tetapi yang mengajaibkan ialah media berjaya
mempengaruhi pembacanya untuk menentukan apa yang perlu difikirkan".

Seperti yang diketahui umum, masyarakat seluruh dunia bergantung sepenuhnya kepada media
untuk mendapatkan maklumat dan informasi. , malah turut berupaya mencetus minda rakyat,
hatta menjadi penentu agenda sesuatu negara dan masyarakat.

Atas kebergantungan ini, media dilihat sebagai penyalur maklumat utama kepada masyarakat
secara pantas dan telus. Media bukan saja berperanan menyampaikan maklumat dalam ruang
lingkup semasa malah juga memainkan peranan penting dalam memberitahu, mendidik dan
memotivasikan masyarakat terhadap pembangunan yang direncanakan oleh kerajaan.

Namun, ketelusan media dalam memaparkan dan menyampaikan maklumat dan informasi mula
dipersoalkan oleh masyarakat pada hari ini. Situasi ini berlaku apabila masyarakat melihat media
seakan dijadikan alat dan senjata utama kepada sesetengah pihak terutamanya parti-parti politik
dalam menyebarkan agenda-agenda mereka tanpa mengambil kira ketulenan peranan yang
sepatutnya dimainkan oleh pihak media.

Tidak terkecuali, media juga dijadikan sebagai wadah yang berkesan dalam memastikan
kepentingan sesetengah pihak terjaga. Justeru, media massa memainkan peranan yang cukup
penting untuk merealisasikan impian masyarakat ke arah kehidupan yang lebih moden dan
sejajar dengan Wawasan 2020.

2.0 DEFINISI MEDIA MASSA

Sebagaimana yang telah diketahui, media massa merupakan penyebar saluran maklumat yang
utama di Malaysia. Media massa membolehkan orang-orang yang tinggal di pelbagai tempat
menerima maklumat yang serupa dengan pantas. Oleh itu, media massa memberikan peranan
yang penting kepada manusia dan memberi kesan-kesan tertentu kepada kehidupan manusia.
Semua jenis komunikasi melalui media massa menunjukkan penyebaran maklumat yang sama
dan meluas kepada penerima-penerima yang ramai dan berselerak di merata-rata tempat

Menurut kamus dewan (Edisi Keempat), media massa ialah pelbagai jenis alat komunikasi
seperti televisyen, radio, surat khabar, majalah, dan sebagainya yang dapat menyampaikan
maklumat atau berita kepada orang ramai dgn cepat , sebaran am.

Encik Hamdan Adnan mentakrifkan media massa sebagai alat yang digunakan untuk
menyalurkan maklumat kepada orang ramai. Media bukan sahaja merupakan cermin kepada
masyarakat malahan ia juga merupakan alat perubahan kepada sesuatu masyarakat (Vir Bala
Aggarwal, 2002: xvii).

Dalam sistem demokrasi, media merupakan sumber primer dalam komunikasi massa (Md Sidin
Ahmad Ishak, 2006: 7).

Media massa merupakan alat yang digunakan dalam penyampaian pesanan dari sumber kepada
khalayak (penerima) dengan menggunakan alat-alat komunikasi mekanis seperti surat khabar,
filem, radio dan televisyen (Cangara, 2002).

Media massa juga merupakan faktor lingkungan yang mengubah perilaku khalayak melalui
proses pelaziman klasik, pelaziman operan atau proses imitasi (belajar sosial). Selain itu, dua
fungsi dari media massa adalah media massa memenuhi keinginan akan fantasi dan informasi
(Rakhmat, 2001).

Media massa juga merupakan alat komunikasi yang boleh menyebarkan pesanan secara serentak,
cepat kepada masyarakat yang luas dan menyeluruh. Kelebihan media massa berbanding dengan
jenis komunikasi yang lain adalah ia boleh mengatasi kekangan waktu dan ruang. Bahkan media
massa mampu menyebarkan pesanan dengan cepat pada waktu yang tidak terbatas (Nurudin,
2007).

Selain itu, menurut Effendy (2000) menyatakan bahawa media massa digunakan dalam
komunikasi apabila komunikasi berjumlah banyak dan bertempat tinggal jauh.

Umumnya, media massa yang banyak digunakan dalam kehidupan seharian adalah seperti surat
khabar, radio dan televisyen yang memainkan peranan dalam bidang informasi, edukasi dan
rekreasi atau dalam istilah lain penerangan, pendidikan dan hiburan. Media massa digunakan
oleh semua golongan masyarakat dan diterima kewujudannya. Jadi untuk menyebarkan
informasi, media massa sangat efektif yang dapat mengubah sikap, pendapat dan perilaku
komunikasi.

Dengan itu, media massa bolehlah dikatakan sebagai alat perhubungan di antara manusia dan
manusia yang lain dalam menyalurkan maklumat, pandangan, hiburan, pengajaran serta
membentuk nilai-nilai tertentu dalam kehidupan.

CONTOH
MEDIA MASSA

3.0 FUNGSI MEDIA CARA PENGGUNAAN

Terdapat empat cara utama masyarakat menggunakan media atau menggunakan apa jua bahan
yang disalurkan oleh media iaitu kognisyen atau pemikiran, penyimpangan, pengunduran dan
kegunaan sosial. Cara-cara ini bergantung kepada masyarakat untuk mentafsirkan maklumat
tersebut setelah membacanya.

3.1 KOGNISYEN

Kognisyen adalah cara yang digunakan oleh masyarakat untuk mengetahui sesuatu perkara.
Masyarakat menjadikan bahan yang dipaparkan oleh media massa sebagai medium untuk mereka
berfikir atau menggunakan program media ini untuk berbincang, berkongsi maklumat,
dan sebagainya. Mereka akan memilih perlbagai jenis tajuk seperti politik, hal semasa, ekonomi
dan sebagainya sebagai tajuk untuk dijadikan topik perbincangan, berfikir dan berkongsi
maklumat.
Terdapat dua fungsi utama dalam cara penggunaan kognisyen mengikut perspektif individu iaitu;
masyarakat menggunakan media untuk mendapatkan maklumat mengenai peristiwa-peristiwa
semasa. Dalam hal ini, mereka ingin mengetahui apa yang telah dilakukan oleh kerajaan selaku
badan yang memerintah negara, mereka ingin mendapatkan maklumat mengenai isu-isu dalam
dan luar negara atau informasi terkini mengenai pemimpin-pemimpin negara.
Contohnya, artikel yang bertajuk PRU 13, bila-bila masa:PM . Artikel ini lebih kepada
informasi semasa di mana ia membincangkan mengenai Barisan Nasional yang bersedia untuk
mengadakan PilihaN Raya 13 kerana rakyat percaya kepada kerajaan. Lantaran itu, masyarakat
akan mendapat maklumat mengenai apa yang dilakukan oleh kerajaan dan kepimpinannya. Ini
sekaligus akan menjadikan masyarakat peka terhadap isu-isu semasa.

Fungsi kognisyen yang kedua ialah masyarakat dapat belajar mengenai sesuatu perkara umum
atau perkara baru yang berkaitan dengan mereka. Ini akan memberikan mereka idea baru dan
dapat melunaskan rasa ingin tahu mereka terhadap sesuatu perkara. Sebagai contohnya, artikel
Panasonic Toughbook mudahkan kerja berkisar mengenai komputer buku yang mempunyai
ciri-ciri professional dan lebih sesuai untuk urusan perniagaan. Sebagai pengguna , ia merupakan
maklumat baru dan member kita idea dalam membuat pilihan jika ingin membeli computer.

3.2 PENYIMPANGAN

Penyimpangan bermaksud masyarakat menggunakan media untuk menyimpangkan fikiran


mereka. Dalam hal ini mereka tidak bergerak secara fizikal, tetapi fikiran mereka telah berada di
tempat lain. Ini dapat digunakan dengan cara membaca dan menonton wayang atau cerita.
Terdapat 3 jenis penyimpangan iaitu stimulasi, melepaskan tekanan dan menenangkan fikiran.

Stimulasi ialah pengguna menggunakan media untuk mengisi masa terluang iaitu lari daripada
kebosanan yang melanda setelah penat melakukan aktiviti-aktiviti yang rutin. Dalam hal ini
media telah mengambil iniasatif dengan membuat sesuatu yang kreatif seperti penggunaan audio
dan video dan paparan grafik yang cantik.

Penyimpangan yang kedua ialah menggunakan media untuk menenangkan fikiran iaitu
menyimpangkan fikiran dengan menonton cerita hiburan seperti Lawak Komedia, Melodi atau
membaca majalah hiburan seperti Wanita, Jelita, Kosmo dan sebagainya.

Melepaskan tekanan di sini lebih kepada pengguna yang terganggu emosinya dan memerlukan
media sebagai alat untuk menyimpangkan fikiran. Pengguna akan menerokai dunia media yang
ditonton seolah-olah mereka berada di dalam situasi tersebut. Lantaran itu mereka akan dapat
7

melupakan masalah yang berlaku. Contohnya, apabila menonton teater atau wayang di mana
pengguna dapat merasai jalan ceritanya berdasarkan instrumen yang digunakan. Cara
penyimpangan ini adalah salah satu alternatif yang terbaik bagi menyedarkan masyarakat tentang
sesuatu peristiwa. Mereka menggunakan deria mereka bagi merasai sesuatu perkara tanpa perlu
bergerak secara fizikal.

3.3 PENGUNDURAN

Masyarakat menggunakan media sebagai alat untuk keluar secara fizikal daripada sebarang
situasi yang tidak disenangi. Dalam hal ini, masyarakat menggunakan media sebagai alat untuk
mendapatkan maklumat terhadap sesuatu kejadian yang tidak diingini. Ini akan menjadikan
masyarakat lebih peka terhadap sesuatu perkara.

Contohnya berita Utusan Malaysia 12 Oktober 2012 mengenai kejadian banjir kilat di ibu
negara. Lantaran itu, masyarakat yang melalui kawasan tersebut boleh mencari jalan alternatif
agar mereka tidak tersangkut dalam keadaan tersebut dan dapat mengelak dengan awal daripada
sesuatu situasi yang tidak diingini.

Selain itu, masyarakat menggunakan media untuk mewujudkan halangan diri daripada diganggu
oleh orang lain atau aktiviti lain. Mereka menggunakan media sebagai pengantaraan daripada
tingkahlaku sosial. Contohnya, membaca buku di dalam bas atau menggunakan internet semasa
di rumah. Situasi ini menunjukkan mereka menjauhkan diri daripada berkomunikasi dengan
orang lain.

3.4 KEGUNAAN SOSIAL

Masyarakat menggunakan media untuk kegunaan harian seperti iklan, mencari kenalan, mencari
saudara yang hilang, mencari pekerjaan, dan sebagainya. Media massa telah menjadi medium
penting bagi menyalurkan maklumat. Pembaca dan penonton akan mendapat maklumat daripada
pengadu dengan cepat kerana ia diiklankan dan dibaca oleh jutaan masyarakat.

Contohnya dalam Harian Metro terdapat ruangan khusus untuk pengiklanan seperti peluang
pekerjaan, kereta, rumah, tender, informasi mengenai pusat pembelajaran dan sebagainya. Di sini
pembaca akan dapat maklumat secara terus daripada pengadu di mana pengadu menggunakan
media untuk mendapatkan pertolongan. Lantaran itu hal ini akan memudahkan masyarakat
khususnya dalam mencari maklumat yang berkaitan.

4.0 ANALISIS KERATAN BERITA AKHBAR

Dalam menganalisa tajuk berita ini, saya telah memilih akhbar Berita Harian. Pengumpulan ini
telah dilakukan bermula 7 Oktober 2012 sehingga 13 Oktober 2012.

4.1 ANALISIS KERATAN AKHBAR 7 OKTOBER 2012

Fungsi media pada tajuk utama akhbar Berita Harian yang bertajuk Mandat besar penting
ialah fungsi kognisyen. Secara ringkasnya maklumat yang diperolehi daripada berita tersebut
ialah Datuk Seri Najib Razak berharap beliau akan diberikan mandat yang besar pada pilihan
raya umum akan datang untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan menjadikan Malaysia sebuah
negara maju menjelang 2020. Mandat ini penting bagi merealisasikan visi kerajaan untuk
menjadi sebuah negara maju menjelang 2020.

Kami mengkategorikan sebagai fungsi kognisyen kerana maklumat tersebut merupakan isu
terkini yang membolehkan masyarakat memahami dan mengetahui mengenai apa yang akan
dilakukan oleh kerajaan dan para pemimpin. Lantaran itu, masyarakat dapat membuat pilihan
yang tepat walaupun kesahihannya belum terbukti.

Walaubagaimanapun, terdapat juga fungsi pengunduran kerana maklumat yang diberikan


membolehkan pengguna menjadikan media alat untuk keluar secara fizikal daripada situasi
terebut. Contohnya, pengguna dapat membuat penilaian berdasarkan berita yang diwarwarkan.

10

4.2 ANALISIS KERATAN AKHBAR 8 OKTOBER 2012

Fungsi media pada akhbar 8 Oktober 2012 yang bertajuk Filipina, MILF setuju akhiri
keganasan merupakan fungsi kognisyen dimana ia merupakan isu semasa yang berkaitan luar
negara. Berita ini mengenai MILF bersetuju untuk mengakhiri pertumpahan darah terhadap
wilayah Bangsamaro. Dalam berita itu juga, Perdana Menteri Malaysia merupakan orang tengah
yang membawa keamanan di Mindanoa.
Berita ini dikategorikan sebagai fungsi kognisyen kerana pengguna mendapat info terkini dan
boleh berkongsi maklumat atau dijadikan topik perbincangan. Sebagai warganegara Malaysia
mestilah mengetahui hal-hal semasa di dalam dan luar negara agar hubungan diplomatik dapat
dimetrikan.

4.3 ANALISIS KERATAN AKHBAR 9 OKTOBER 2012

Fungsi media pada keratan akhbar yang bertajuk PAS tak tepati Islam ialah fungsi
kognisyen .Berita ini berkisar mengenai PAS yang sudah tersasar daripada perjuangan asalnya
kerana mengikut kehendak DAP. Perjuangan politik PAS kini tidak lagi menepati kehendak
Islam dan bercanggah dengan pendekatan yang diambil Rasulullah SAW.

Artikel ini lebih dominan kepada kognisyen kerana pengguna akan mendapat maklumat
mengenai isu-isu semasa yang berkaitan politik dan sebagai rakyat, pengguna akan dapat
meninjau sama ada pengamal politik ini selaras dengan kehendak mereka atau tidak. Ini
membolehkan mereka membuat perbandingan kesahihan berita yang diwar-warkan.

11

4.4 ANALISIS KERATAN AKHBAR 10 OKTOBER 2012

Fungsi akhbar pada keratan yang bertajuk Siasat SUARAM ialah fungsi kognisyen.Secara
amnya artikel ini mengenai penyebaran maklumat mengenai isu Scorpene iaitu berkenaan
perbicaraan dakwaan rasuah oleh sebuah syarikat Perancis berhubung pembelian dua kapal
selam. Maklumat dalam artikel ini berkehendakkan pihak tertentu menyiat SUARAM kerana
telah membangkitkan kekecohon dan menjatuhkan imej negara.

Artikel ini dikategorikan sebagai fungsi kognisyen kerana melibatkan isu semasa dan pengguna
dapat mengetahu apa yang telah kerajaan lakukan baik dalam atau luar negara. Dalam hal ini
walaupun kesahihannya tiada tetapi sekurang-kurangnya pengguna mengetahui apa pergolakan
yang wujud.

4.5 ANALISIS KERATAN AKHBAR 11 OKTOBER 2012

Fungsi akhbar pada keratan yang bertajuk Bajet pakatan tipu rakyat ialah fungsi
kognisyen

.Artikel ini berkenaan pembentangan bajet bayangan 2013 pembangkang di buat

berdasarkan anggaran angka yang tidak tepat dan tidak telus hingga boleh menyebabkan negara
bankrap. Butiran yang diberikan oleh pembangkang tidak mengambil kira kesan terhadap
perbelanjaan operasi.

Artikel ini dikategorikan sebagai fungsi kognisyen yang kedua kerana ia merupakan perkara
baharu agar pengguna dapat menilai kesahihan berita ini. Isu ini akan menghilangkan rasa ingin
tahu mereka di atas perancangan yang dibuat oleh pihak pembangkang. Dalam hal ini
masyarakat akan mendapat info dan menjadikan info tersebut sebagai bahan untuk perbincangan
dan teliti kesahihannya.
12

4.6 ANALISIS KERATAN AKHBAR 12 OKTOBER 2012

Fungsi media massa pada keratan utama akhbar Berita Harian yang bertajuk Anwarinas jadikan
PAS pak turut ialah sebagai fungsi kognisyen di mana ia merupakan isu berbentuk semasa dan
bertujuan menyampaikan maklumat. Artikel ini berkisar penguasaan golongan Anwarinas dan
Erdogan dalam kepimpinan PAS menyebabkan parti itu menjadi pak turut kepada DAP dan PKR.
Ini telah menyebabkan kredibiliti PAS selaku parti yang mempertahankan syariat Islam semakin
merudum.

Artikel ini turut memperkatakan mengenai orang Melayu terutamanya ahli PAS mula
mempersoalkan hala tuju parti itu yang dilihat semakin meninggalkan hukum hudud dan konsep
negara islam yang diperjuangkan sejak lima dekad lalu. Melalui artikel ini, masyarakat dapat
mengetahui sesuatu info yang sangat berguna dan membuat penilaian.

Berdasarkan artikel ini, ia dianggap sebagai fungsi kognisyen kerana isu-isu ini dikupas dan
dijadikan bahan atau maklumat untuk masyarakat. Lantaran itu, pengguna akan mengetahui
pergolakan yang berlaku dalam politik Malaysia.

4.7 ANALISIS KERATAN AKHBAR 13 OKTOBER 2012

Fungsi media massa jika dilihat pada keratan akhbar yang bertajuk Polis masuk IPT cari
Inspektor ialah diklasifikasikan sebagai fungsi kegunaan sosial. Keratan ini berkisar mengenai
Polis Diraja Malaysia akan ke IPT bagi merekrut pegawai baru . Ia bertujuan bagi memenuhi
jawatan yang diperlukan iaitu seramai 1000 orang berjawatan inspektor. Pengambilan yang akan
dilakukan sejajar dengan hasrat kerajaan yang ingin menambah 4000 lagi penjawatan PDRM.

13

Garduan Universiti yang berminat menyertai PDRM akan terus diserap ke dalam latihan sejurus
tamat pengajian dan menepati segala kelayakan yang ditetapkan.

Ia boleh dikategorikan sebagai fungsi kegunaan sosial kerana artikel ini bertindak sebagai
pemberitahuan kepada semua siswazah mengenai peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh Polis
Di Raja Malaysia. Melalui artikel ini, masyarakat akan mendapat berita dengan cepat walaupun
ia bukan berada di ruangan iklan kerana berita dikhabarkan secara tidak langsung. Selain itu, ia
juga boleh dikategorikan sebagai fungsi kognisyen kerana ia merupakan satu perkara yang
baharu kepada orang ramai mengenai apa yang kerajaan lakukan untuk rakyat Malaysia.
Masyarakat akan dapat menilai pemerintahan yang ada melalui artikel-artikel yang dipaparkan.

14

5.0 RUMUSAN ANALISIS

Berdasarkan artikel-artikel yang telah dianalisis sepanjang seminggu seperti di atas, kami
berpendapat artikel ini lebih dominan kepada fungsi kognisyen. Sepanjang tujuh hari terdapat
enam artikel yang lebih kepada cara penggunaan kognisyen dan hanya satu fungsi kegunaan
sosial.

Artikel ini lebih dominan kepada kognisyen kerana semuanya memaparkan isu-isu semasa
khususnya politik. Dalam hal ini, pembaca atau pengguna dapat mengetahui maklumatmaklumat terkini mengenai apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan atau pembangkang dan
pergolakan di antara kedua-dua pihak.

Pengguna juga dapat menghilangkan rasa ingin tahu mereka di atas desas- desus yang timbul.
Jadi artikel-artikel ini melibatkan fungsi kedua-dua kognisyen samaada hanya sebagai info atau
memenuhi kemahuan pembaca yang inginkan kepastian.

Walaubagaimanapun, isu di atas hanya melibatkan tajuk utama muka depan akhbar tetapi jika
diteliti senaskah akhbar, kesemua fungsi tersebut akan dapat dipenuhi.

15

6.0 PERBEZAAN DAN PERSAMAAN DENGAN LAMAN WEB

6.1.1 ANALISIS PERSAMAAN DAN PERBEZAAN DALAM LAMAN WEB BLOG


( 7 OKTOBER 2012)

Berita mengenai kes di atas mempunyai persamaan dengan laman web Malaysia kini
(http://www.malaysiakini.com/news/210947) yang bertajuk PM harap mandat besar PRU 13.
Berdasarkan laman web Malaysia kini, cara penggunaan yang paling dominan ialah kognisyen di
mana bahan yang dipaparkan dalam web bertujuan untuk memberi maklumat kepada masyarakat
mengenai kepentingan mandat kepada kerajaan sempena PRU ke 13. Selain itu, terdapat juga
maklumat mengenai pertumbuhan ekonomi negara jika mandat itu berpihak kepada kerajaan.

Persamaan lain di antara blog dan artikel dalam Berita Harian di atas ialah sebagai fungsi
penyimpangan di mana kedua-dua bertujuan supaya masyarakat dapat menyimpangkan fikiran
mereka agar berfikir sejenak impak-impak yang akan terjadi di atas berita yang diwarwarkan
tersebut. Ini bertujuan supaya masyarakat dapat berfikir secara positif dan negatif.

Perbezaan di antara kedua-dua media ini ialah melalui laman web, cara penggunaan lebih kepada
kegunaan sosial kerana masyarakat dapat mengemukakan komen atau pendapat di ruangan
ulasan yang disediakan. Mereka dapat berkongsi maklumat dan pengalaman dengan pengguna
yang lain. Berbeza dengan akhbar di mana hanya melalui pembacaan sahaja dan tidak boleh
memberikan pendapat secara terus.

16

6.2.1 ANALISIS PERSAMAAN DAN PERBEZAAN DALAM LAMAN WEB BLOG


(8 OKTOBER 2012)

Berita mengenai pembebasan Mindanoa juga dipaparkan dalam Cari Citizen Infonet 1 st in
Malaysia (http://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=678601) bertajuk abe
1 najib peace maker sejati. Berdasarkan laman web ini persamaan cara penggunaan yang paling
dominan ialah penyimpangan di mana maklumat yang diberikan akan menyebabkan fikiran kita
menyimpang sejenak mengenai penderitaan dan kesengsaraan yang dialami oleh masyarakat
Mindanoa. Masyarakat tersebut kehilangan keluarga dan harta benda dan kita dapat merasai
kesedihan mereka walaupun tiada di sana.

Selain itu apa yang dapat dikenalpasti persamaan antara media cetak dan media elektronik ini
ialah kognisyen di mana berkisar mengenai isu politik dan kedua-dua media ini memberikan
info kepada masyarakat mengenai dunia luar. Hanya dengan melalui pembacaan, masyarakat
akan membuat tanggapan sama ada baik atau tidak terhadap isu yang dikemukan.

Perbezaan antara kedua-dua media ini ialah cara penggunaan media elektronik ialah dominan
kepada penyimpangan dan kegunaan sosial di mana pembaca boleh berkongsi maklumat melalui
ruangan ulasan yang disediakan. Masyarakat pada hari ini ingin sesuatu yang mudah seperti
penggunaan internet di hujung jari tanpa perlu kemana-mana untuk mendapatkan akhbar.

Selain itu, terdapat pautan dan arkib untuk membolehkan pengguna menyimpangkan fikiran
mereka kepada isu-isu yang sama atau isu yang lain seperti hiburan dan sukan. Selain itu, mereka
boleh menonton video atau audio mengenai isu tersebut.

17

6.3.1 ANALISIS PERSAMAAN DAN PERBEZAAN DALAM LAMAN WEB BLOG


(9 OKTOBER 2012)

Berita mengenai PAS tak tepati Islam juga dipaparkan dalam AIDC Reformasi Pemikiran Rakyat
(http://www.anwaraidc.com/?p=28212) sama tajuknya dengan keratan akhbar. Berdasarkan
laman web ini persamaan cara penggunaan yang paling dominan ialah kognisyen di mana keduadua media ini menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Dalam hal ini media berperanan
sebagai pemangkin kepada pengguna untuk mencari berita atau komentar agar masyarakat dapat
menilai baik buruknya sesuatu berita itu.

Perbezaan antara kedua-dua media ini dari segi cara penggunaan ialah media elektronik lebih
kepada kegunaan sosial dimana selain mendapat info, masyarakat juga boleh menyalurkan
maklumat dengan lebih cepat melalui penggunaan di hujung jari. Maklumat tersebut juga boleh
dikongsi dengan pantas idak kira pelusuk mana. Selain itu, terdapat juga pautan maklumat
berkenaan yang memudahkan masyarakat untuk mengetahu berita selanjutnya berbanding
dengan media cetak yang terhad kolumnya.

6.4.1 ANALISIS PERSAMAAN DAN PERBEZAAN DALAM LAMAN WEB BLOG


(10 OKTOBER 2012)

Artikel mengenai kes SUARAM ini turut dilaporkan dalam web ANTARA POS.COM
(http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WqbJJi) yang bertajuk
Kes Scorpene sedang disaring hakim Perancis-SUARAM. Berdasarkan isu ini, persamaan cara
penggunaan yang paling dominan ialah kognisyen dimana masyarakat akan menjadikan bahan
yang dipapar oleh kedua-dua media sebagai medium untuk mereka berfikir. Apabila melibatkan

18

isu politik, masyarakat akan mencari mencari bahan daripada pelbagai media untuk mencari
kesahihan berita tersebut.

Perbezaan yang ketara antara melalui di antara kedua-dua media ini ialah dengan pembacaan di
laman ANTARA POS.COM ini pengguna lebih mudah untuk berbincang sesama sendiri dan
berkongsi maklumat atau kegunaan sosial. Sama ada maklumat tersebut betul ataupun tidak. Di
sini, keadaan lebih terbuka kepada orang ramai tidak seperti media cetak yang cuma boleh
dibaca tetapi pembaca tidak boleh mengeluarkan idea mahupun pendapat. Di laman web ini,
pembaca boleh mencari arkib isu-isu yang lepas mahupun yang terbaru. Dengan capaian yang
mudah ini, isu yang dicari boleh dikongsi dan pelbagai pendapat akan kita lihat. Di sinilah
masyarakat akan melontarkan kata-kata mereka berbeza hanya dengan pembacaan.

6.5.1 ANALISIS PERSAMAAN DAN PERBEZAAN DALAM LAMAN WEB BLOG


(11 OKTOBER 2012)

Artikel yang disiarkan dalam Berita Harian turut dikupas di laman web Malaysia Aktif
(http://malaysiaaktif.my/v2/index.php/News/State/Pembangkang-sedar-belanjawan-bayangantidak-realistik.html) yang bertajuk Pembangkang sedar belanjawan bayangan tidak realistik) di
mana menjurus kepada bajet bayangan pembangkang tidak menggambarkan prestasi kewangan
sebenar dan ada perangkaan yang tidak betul. Penggunaan cara yang paling dominan bagi
melihat persamaan antara kedua-dua media ini ialah pengunduran di mana masyarakat
menggunakan media sebagai alat untuk keluar secara fizikal daripada sebarang situasi yang tidak
disenangi.

Dalam hal ini, masyarakat menggunakan media sebagai alat untuk mendapatkan maklumat
terhadap sesuatu kejadian yang tidak diingini. Ini akan menjadikan masyarakat lebih peka
terhadap sesuatu perkara. Negara kita akan mengadakan Pilihan Raya Umum, jadi masyarakat
19

menggunakan media untuk mendapatkan maklumat bagi membuat pilihan yang tepat agar
sesuatu kejadian yang tidak diingini atau salah pilih pemerintahan akan terjadi. Masyarakat akan
mengumpul segala maklumat bagi menangani peristiwa ini.

Perbezaan di antara kedua-dua media tersebut ialah kognisyen iaitu dalam media elektronik
lebih kepada memberi maklumat dan menghilangkan rasa ingin tahu kerana terdapat pautan lain
mengenai isu tersebut tetapi di dalam media massa lebih kepada pentafsir. Selain itu, paparannya
juga berbeza. Gambar yang dipaparkan oleh medium elektronik ini mungkin berbeza dengan
media cetak. Apa yang dikongsi oleh pengguna berlainan dengan apa yang ditulis oleh pengarang
atau editor.

Selain itu, terdapat juga perbezaan dari segi kegunaan sosial kerana melalui laman web
khususnya blog, pengguna akan dapat mencari kenalan, hiburan dan sebagainya berbeza dengan
media cetak.

6.6.1 ANALISIS PERSAMAAN DAN PERBEZAAN DALAM LAMAN WEB BLOG


(12 OKTOBER 2012)

Artikel di dalam akbar Berita Harian ini juga turut dibincangkan dalam blog Selangor Daily Dot
Com (http://www.selangordaily.com/?p=6012) yang bertajuk Apabila Prof Dr Shahnon Ahmad
& Prof Dr Harun Din Kritik PAS Pasti Ada Yang Tak Kena. Walaupun tajuk yang berbeza
tetapi maklumat yang dipaparkan ialah lebih kurang sama mengenai PAS yang seharusnya
memperbaiki dan memperbetulkan iktikad perjuangan dan meneliti kembali kerjasama di atara
parti berkenaan dengan DAP dan PKR memandangkan dewasa ini, halatuju perjuangan mereka
untuk menegakkan dan memperjuangkan Islam sudah jauh tersasar.

20

Persamaan dalam cara penggunaan media oleh masyarakat yang dominan dengan kedua-dua
media ini ialah penyimpangan di mana masyarakat menyimpangkan fikiran mereka untuk
mengimbas kembali isu-isu berkenaan parti tersebut sama ada realistik atau tidak. Mereka tidak
bergerak secara fizikal tetapi fikiran mereka menerewang terhadap isu-isu terdahulu yang
berkaitan seolah-olah mereka sendiri hidup di dunia politik.

Selain itu, ia turut ada persamaan melalui cara penggunaan kognisyen di mana kedua-dua
member info terkini dan maklumat mengenai isu semasa. Lantaran itu, masyarakat menjadikan
bahan itu sebagai medium untuk berkomunikasi.

Perbezaan antara kedua-dua media ini jika diteliti dari cara penggunaan ialah kegunaan sosial.
Dalam media cetak hanya meliputi informasi terkini sahaja dan tidak boleh memberikan
pendapat. Walaubagaimanapun, apabila menggunakan media elektronik lebih kepada kegunaan
sosial kerana terdapat pautan luar mengenai arkib-arkib berita dan boleh menyalurkan pendapat
jika wujud kemusykilan terhadap isu tersebut disamping berkongsi maklumat.

6.7.1 ANALISIS PERSAMAAN DAN PERBEZAAN DALAM LAMAN WEB BLOG


(13 OKTOBER 2012)

Artikel mengenai polis masuk IPT cari inspektor ada juga disiarkan di dalam laman web
http://www.namaberita.com/2012/10/pdrm-masuk-ipt-cari-graduan-isi.html

yang

bertajuk

PDRM masuk IPT cari graduan isi kekosongan 1000 jawatan inspektor. Dalam artikel laman
web ini juga berkisar mengenai PDRM yang turun padang bagi mencari siswazah yang berminat
untuk menjadi inspektor. Persamaan cara penggunaan media oleh masyarakat melalui kedua-dua
media ini ialah kegunaan sosial kerana ia merupakan satu maklumat yang berbentuk
pemberitahunan atau pengiklanan mengenai kekosongan jawatan di dalam PDRM.

21

Melalui laman web dan akhbar ini juga telah menyebabkan jutaan pembaca akan mendapat info
yang terkini. Ini ,memudahkan pengguna kerana berita ini terdapat di mana-mana dan sekaligus
matlamat PDRM agar kekosongan ini terisi akan tercapai dengan mudah kerana kedua-dua
media ini melaporkan berita yang sama. Selain dalam laman web di atas, terdapat juga laman
web lain yang memaparkan isu ini seperti cari.com,malaysiakini dan sebagainya.

Perbezaan di antara kedua-dua media ini melalui cara penggunaan masyarakat ialah kognisyen di
mana jika dilihat melalui media elektronik, masyarakat akan mendapat pelbagai maklumat
melalui pautan dan arkib yang disediakan . Contohnya , terdapat maklumat mengenai
kekosongan jawatan PDRM ini yang akan dimuat turun dalam laman SPA. Selain itu, masyarakat
dapat menyalurkan idea atau pendapat di dalam ruangan yang disediakan. Berbeza dengan media
cetak di mana hanya melalui pembacaan semata-mata.

Selain itu, ia dapat dibezakan melalui fungsi penyimpangan di mana masyarakat menjadikan
pautan-pautan yang disediakan untuk menyimpangkan fikiran mereka sejenak kepada perkaraperkara yang berbentuk hiburan dan muzikal.

22

7.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, media memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian masyarakat
negara kita pada hari ini. Dengan apa yang dapat kita lihat pada hari ini, media semakin
menguasai seluruh aspek perkara yang berlaku di dalam mahupun di luar negara,sama ada dalam
aspek politik, ekonomi dan sosial. Selain daripada itu, natijahnya juga, pengaruh media turut
menguasai sebahagian besar kelompok masyarakat sama ada dari segi perbuatan, pemikiran dan
juga dalam membuat keputusan.

Jika di lihat secara mendalam berdasarkan keempat-empat fungsi media yang dibincangkan di
atas ia mempunyai kesan baik dan buruk kepada pengguna. Kesan tersebut akan berlaku
sekiranya masyarakat terlalu bergantung kepada media untuk mendapatkan maklumat, berita
tanpa merujuk kepada mana-mana sumber alternatif disebabkan terlalu sibuk bekerja dan sikap
individualistik. Begitu juga halnya, dalam dunia serba moden ini, akan timbul kekeliruan apabila
merujuk kepada terlalu banyak sumber.

Walaubagaimanapun, hanya segelintir sahaja di kalangan masyarakat kita yang menerima segala
informasi yang disampaikan oleh media dengan penilaian yang cukup jelas bagi membezakan
kebenaran dan kepalsuan maklumat yang disampaikan. Namun begitu, ramai daripada anggota
masyarakat kita pada masa kini tidak menyedari hakikat sebenar bahawa, media sebenarnya
mempunyai peranan yang sangat penting dalam mencorak kehidupan masyarakat ataupun
peranan media itu sendiri dalam pembangunan masyarakat selain daripada penyampai maklumat.

Menyedari hakikat ini, timbul banyak persoalan tentang peranan media sebagai penyampai
maklumat, dan juga dalam pembangunan masyarakat. Hal ini kerana, dengan jelas kita dapat
melihat peranan media sebagai medium informasi.

23

8.0 BIBLIOGRAFI

Elvinaro Ardiato. (2009 : 3-4). Komunikasi Massa.

Nurudin. (2007 : 96-136). Pengantar Komunikasi Massa. Kuala Lumpur : Rajawali Pers.

Onong Uchjana, Effendy. (2000: 188). Ilmu Komunikasi dan Falsafah Komunikasi.

Rahmat. Pengertian Komunikasi Massa. PR writing.

Saodah Wok, Narimah Ismail, Mohd Yosuf Hussain. (2005).Teori-teori Komunikasi


. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Md Sidin Ahmad Ishak . (2006 :7) .Jurnal Komunikasi, Malaysia Journal of Communication. 25 :
(13-20)

Asguest57080.Lecture
3
Pengenalan
Komunikassi
Massa.
Kedapatan
di:
http://www.authorstream.com/Presentation/aSGuest57080-450671-lecture-203/. Akses pada 12
Oktober 2012.

Azran Fitri Rahim. (2009, Ogos 25). Peranan Media Massa. Kedapatan
di : http://azranfitri.blogspot.com. Akses pada 12 Oktober 2012.
24

Zilzikri.(2010, November 09).Fungsi Media Massa. Kedapatan di:


http://serambibahasa.blogspot.com. Akses pada 12 Oktober 2012.

Malaysia Kini.(2012,Oktober 6).PM harap mandat besar dalam PRU ke 13.Kedapatan


di:http://www.malaysiakini.com/news/210947. Akses pada 16 Oktober 2012.

Cari Citizen Infonet 1st in Malaysia.(2012, Oktober 8). Abe1 Najib seorang peace maker sejati.
Kedapatan di : http://mforum1.cari.com.my/forum.php?
mod=viewthread&tid=678601&page=1&authorid=1559803. Akses pada 13 Oktober 2012.

AIDC. (2012, Oktober 9). Shahnon Ahmad:PAS tak tepati Islam. Kedapatan di :
http://www.anwaraidc.com/?p=28212. Akses pada 13 Oktober 2012.

Namaberita [dot] com. (2012, Oktober 13). PDRM masuk institusi cari graduan isi kekosongan
1000 jawatan inspektor.Kedapatan di:http://www.namaberita.com/2012/10/pdrm-masuk-ipt-carigraduan-isi.html. Akses pada 16 Oktober 2012.

Siti Sofia Md Nasir.Antarapos.com. (2012, Oktober 9). Kes Scorpene sedang disaring hakim
Perancis-Suaram. Kedapatan di: http://antarapos.com/v1/index.php?
q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WqbJJi. Akses pada 13 Oktober 2012.

Anis Sofea. Malaysia Aktif. (2012, Oktober 12).Pembangkang sedar belanjawan bayangan tidak
realistic. Kedapatan di: http://malaysiaaktif.my/v2/index.php/News/State/Pembangkang-sedarbelanjawan-bayangan-tidak-realistik.html. Akses pada 13 Oktober 2012.

Rizal Tahir. Selangor Daily Dot Com. (2012, Oktober 11).Apabila Prof Dr Shahnon Ahmad & Dr
Harun Din kritik PAS-pasti ada yang tak kena. Kedapatan di: http://www.selangordaily.com/?
p=6012. Akses pada 13 Oktober 2012.

25

You might also like