You are on page 1of 18

PEMBINAAN HAIPOTESIS

A. Haipotesis adalah tanggapan


awal mengenai kesimpulan kajian

Dalam setiap kajian sesuatu tanggapan


mengenai kajian itu dinyatakan dengan
jelas terlebih dahulu.
Tanggapan tersebut, iaitu, haipotesis,
tidak dapat dibuat tanpa mengetahui
maklumat yang mencukupi tentang
sabjeknya.

Contoh: Dalam kajian, Kampung Baru


Tanjung Malim,
Sabjeknya ialah, kampung baru. Ia
merupakan sebuah kampung yang dibuka
kesan daripada Dharurat.
Pengkaji telah mempunyai maklumat dari
sumber kedua atau pertama, mahupun
dari buku-buku teks, kenapa kampungkampung baru dibuka semasa dharurat.

Subjek kedua ialah, Tanjung Malim.


Pengkaji sepatutnya sudah tahu serba sedikit
tentang bandar tersebut., di mana letaknya,
kenapa ia penting, siapa penduduknya, berapa
orang, apakah aktiviti ekonomi mereka, dll.
Kenapa sebuah kampung baru (sebab khusus)
dibuka di sini. Terdapatkah peristiwa-peristiwa
Dharurat yang mendorong ke arah itu?

Sebelum membuat haipotesis, pengkaji (anda)


Dari pembacaannya, terutama semasa memilih
dan mengulas beberapa kajian terdahulu
(literature review) pengkaji mengetahui bahawa
kampung-kampung baru (Dharurat) adalah
petempatan untuk penduduk-penduduk Cina
yang asalnya tinggal di pesisir hutan.
Pengkaji juga faham bahawa tujuan utama
pembukaan kampung baru itu adalah untuk
mengawal penduduk-penduduk ini dari memberi
bantuan (makanan dan senjata serta maklumat)
kepada Komunis.

Dari kajian terdahulu beberapa kesimpulan


(tesis) telah dibuat oleh pengkajipengkajinya. Contoh: Dari buku,
Kampung Baru Di Selangor, penulis
membuat kesimpulan bahawa pendudukpenduduk di situ melalui zaman
kesusahan pada awalnya, tetapi mula
berdikari sosio-ekonomi mereka setelah
melibatkan diri dalam pertanian sayursayuran pasar dan perniagaan.

Dari tesis kajian kedua pula, contoh;


Kampung Baru Jeram Mengkuang,
pengkajinya menyimpulkan (menyatakan
tesisnya) bahawa penduduk-penduduk
yang bersemangat persatuan yang kuat
berjaya mewujudkan masyarakat yang
kental, berdikari sosio-ekonomi dan politik
mereka. Justeru beberapa tokoh politik
dan ekonomi lahir dari kampung baru ini.

Kajian ketiga Kampung Baru Sungai


Petai, menyimpulkan dalam tesisnya,
penduduk-penduduk di sini gagal kerana
tidak berjaya memajukan diri mereka
sendiri dari segi ekonomi mahupun sosial,
kerana mudah patah semangat dan tidak
bekerjasama di antara satu sama lain dan
juga dengan kerajaan.

Dalam kajian terdahulu beberapa tesis telah


dikemukakan dan dibuktikan.
Setelah anda membuat bacaan-bacaan sumber
kedua dan pertama, anda sudah boleh cuba
mengemukakan haipotesis anda. Mungkinkah
Kamung Baru di Tanjung Malim mengalami
perkembangan sejarah seperti kajian terdahulu
yang pertama, kedua ataupun ketiga.
Atau mungkinkah Tanjung Malim mempunyai
pengalaman sejarah yang tidak seperti ketigatiga di atas?

Justeru, haipotesis anda ialah, bahawa


Kampung Baru Tanjung Malim merupakan
kampung baru yang berjaya dari segi
politik, ekonomi dan sosialnya kerana
perjuangan penduduk-penduduk yang
bersemangat, tidak kenal erti kalah /
kecewa, yang mementingkan pendidikan
dan terlibat dalam pelbagai kegiatan
ekonomi pertanian dan industri.

Haipotesis tersebut merupakan tanggapan awal


setelah anda membaca dan mempunyai
maklumat yang cukup mengenai sabjek anda.
Justeru, anda hendaklah membuktikan dalam
kajian anda (dari bab kedua hingga akhir) apa
yang anda tanggapkan itu adalah betul.
Berkemungkinan setelah anda mendapat buktibukti (sumber pertama), anda mengubah
haipotesis tersebut. Ini juga boleh berlaku, dan
memang dibenarkan. Sejarah adalah
sepertimana ia benar-benar berlaku

B. Permasalahan kajian
Pembinaan haipotesis ada hubungan dengan
permasalahan kajian.
Permasalahan kajian bererti, isu-isu / perkaraperkara yang hendak dibuktikan dalam kajian
(hypothetical problem).
Permasalahan kajian ini pula hendaklah
dikaitkan dengan teori-teori kajian yang temanya
sama. Contoh: Kajian 1, di atas, membuktikan
bahawa Kampung Baru Di Selangor terbukti
bejaya kerana penduduknya berdikari dan
terlibat dalam ekonomi perniagaan dan
perdagangan.

Permaslahan anda ialah mengenai konsep


kejayaan yang digunakan oleh pengkaji
Kampung Baru Di Selangor. Ia mengukur
kejayaan dengan menilai pendapatan purata
tahunan penduduk yang melebihi garis
kemiskinan negara. Garis kemiskinan kerajaan
adalah RM 450 sebulan (RM 3,000 setahun).
Namun dalam kajian lain (tentang kemiskinan)
yang mengambil kira kos kehidupan yang tinggi,
garis kemiskinan adalah RM 1,000 sebulan (RM
12,000 setahun).

Maka anda menghadapi permasalahan kajian


mengenai konsep kejayaan yang anda perlu
juga buktikan dalam kajian anda.
Justeru, anda hendaklah membaca beberapa
teori mengenai kejayaan atau kemiskinan
atau kemajuan yang perlu juga dijadikan
sebahagian dari kajian terdahulu (literature
review) untuk digunakan sebagai asas
pembuktian anda dalam kajian anda sendiri.
Anda juga perlu jelaskan teori atau konsep yang
mana yang anda fikir paling sesuai bagi kajian
anda itu.

Dengan itu, setelah menyatakan haipotesis


anda, anda hendaklah juga menyatakan
permasalahan kajian anda dan jalan mana yang
anda ambil untuk menyelesaikan permasalahan
tersebut.
Anda perlu definisikan istilah-istilah khusus dan
konsep-konsep yang anda gunakan dalam teori
anda, seperti, kejayaan bagi anda bermaksud,
, kemiskinan bermaksud, .

Di bawah Permasalahan Kajian ini, anda boleh


juga jelaskan bagaimana anda akan tafsirkan
data-data / sumber-sumber. Contohnya, jika
anda gunakan maklumat / sumber lisan, anda
perlu pastikan bahawa maklumat itu betul.
Bagaimana anda akan pastikan kesahihannya,
perlu dijelaskan di sini. Misalnya, anda akan
bandingkan maklumat tersebut dari beberapa
orang lain yang kontemporari (seumur) dengan
responden anda, dan semak dari dokumendokumen asli mengenai maklumat yang sama,
atau dari laporan polis, atau surat khabar, dll.

Di bawah permasalahan ini juga, mungkin


anda hadapi masalah sumber yang anda
tak dapat baca kerana ia ditulis dalam
tulisan yang anda tidak tahu
membacanya.
Jelaskan bagaimana anda atasi masalah
ini. Contoh: anda terpaksa bergantung
kepada seseorang yang boleh
membacanya dan berkredibiliti tinggi.

C. Kesimpulan
Pada permulaan kajian, anda hendaklah
membina haipotesis, tetapi pada akhir
kajian, setelah anda buktikan objektif dan
tujuan kajian (yang berlandaskan
haipotesis tadi), anda boleh membuat
kesimpulan dengan yakin dan pasti dan
mengemukakan satu tesis.
Biasanya dalam kajian yang baik,
haipotesis tidak bercanggah dengan tesis.

You might also like