You are on page 1of 16

1.

0 PENGENALAN
Matematik

adalah

pelajaran

yang

abstrak

yang

melibatkan

penggunaan

rumus,peraturan-peraturan langkah kerja, algoritma dan teorem-teorem yang kerap digunakan


(Short & Spanos, 1989). Matematik mengandungi dua unsur yang utama dan melaluinya
manusia mengetahui kuantiti dan nilai seperti saiz, laju, hala dan benda-benda di bumi
danalam cakerawala melalui cara yang sistematik. Matematik merupakan satu cabang ilmu
pengetahuan yang timbul daripada proses ketaakulan terhadap kejadian-kejadian alam
sekeliling dan cakerawala. Selain itu juga matematik dianggap sebagai suatu alat rekreasi
dengan adanya aktiviti-aktiviti yang menarik dan unit.Bahasa matematik yang khusus
melibatkan penjelasan pola-pola, hubungan, hukum-hukum dan rumus-rumus yang perlu
diingati. Oleh yang demikian, bahasa memainkan peranan yang penting dalam memindahkan
maklumat yang diperolehi oleh guru kepada pelajar (MacGregor& Moore 1991). Mengikut
Bruner, untuk mempelajari konsep matematik dengan berkesan, bahasa matematik harus
diperkenalkan daripada mudah kepadakompleks, mengikut peringkat perkembangan kognitif
kanak-kanak.Menurut Dr. Jamil Ahmad dan rakan-rakan melalui Seminar Kebangsaan
PendidikanSains dan Matematik (2008), guru berdepan dengan pelajar yang membawa ilmu
dan pengalaman yang dipelajari dari luar yang kemungkinan bercanggah dengan apa yang
gurusampaikan semasa sesi pengajaran. Sekiranya ilmu yang bercanggah ini tidak
diperbetulkan maka ia akan membentuk miskonsepsi dalam ilmu yang ingin disampaikan.
Miskonsepsi adalah sesuatu kepercayaan atau pegangan yang terbentuk apabila pelajar
mempelajarisesuatu perkara yang tidak betul (Champagne, Klopfer & Gunstone 1982;
McDermott 1984;Resnick 1983). Miskonsepsi boleh juga terjadi apabila guru mengajar
sesuatu perkara yang tidak betul, kemungkinan tanpa disedari oleh guru.

2.0 Kesukaran dan Miskonsepsi Dalam Pengajaran matematik


Dalam mempelajari matematik murid menghadapi pelbagai kesukaran samada
memahami atau mengetahui langkah penyelesaian. Tetapi kesukaran yang sering dihadapi
oleh murid-murid banyak berpunca daripada kecuaian dan miskonsepsi. Kesukaran berpunca
daripada kecuaian murid agak mudah dikesan oleh guru tetapi kesukaran yang berpunca
daripada miskonsepsi agak mencabar dan lebih sukar diatasi.

MISKONSEPSI DALAM PENGAJARAN


BENTUK DAN RUANG
BENTUK 2 DIMENSI (2D)
Pengertian 2 Dimensi (2D)
Bahan-bahan 2D merujuk kepada bahan yang mempunyai 2D seperti lebar dan
panjang. Bahan ini adalah leper dan tidak direka bentuk untuk memberikan kedalaman.
Antara contoh bahan 2D termasuk gambar, bahan becetak dan poster yang hanya mempunyai
dua ciri, iaitu lebar dan panjang.
MASALAH 1
PENGETAHUAN (TEORI/ FAKTA ASAS)

Bagi sesetengah murid,kelemahan dalam Matematik mungkin disebabkan oleh kurang


membaca, menulis dan bercakap. Dalam Matematik, masalah ini akan lebih ketara dengan
adanya istilah matematik yang sebahagiannya belum pernah dengar di luar bilik matematik
ataupun mempunyai erti yang berlainan.. Sebagai contoh, seperti yang telah dipaparkan di
atas, kedua-dua murid saya tidak dapat membezakan antara bentuk bulat dengan bentuk sfera.
Natijahnya, murid berkenaan menganggap bola berbentuk bulat. Begitu juga dengan bentuk
kubus.Mereka juga menganggap dadu berbentuk segi empat walhal pada dasarnya, dadu
merupakan objek tiga dimensi dan berbentuk kubus. Dan pada pandangan peribadi saya,
faktor berlakunya miskonsepsi ini berkemungkinan besar disebabkan oleh pengetahuan sedia
ada murid tentang istilah bentuk dua matra dan tiga matra yang telah mereka pelajari secara
tidak sengaja dari kecil.

PEMBETULAN

a) Circle / bulat

a) Square / Segiempat sama

b) Oval / bujur

b) rectangle / Segiempat tepat

c) Sphere / sfera

c) cuboid / kuboid

d)Hemisphere / hemisfera

d) cube / kubus

Oleh yang demikian, saya telah mengkaji cara untuk mengatasi miskonsepsi ini
daripada berlaku.saya sebagai bakal guru berazam untuk menggunakan objek maujud
ataupun alat bantu mengajar yang konkrit bagi mengajar topic bentuk dua matra dan tiga
matra supaya murid mendapat gambaran yang jelas. Selain itu, objek maujud sangat penting
kerana saya berpendapat bahawa jika guru menggunakngaan objek maujud, murid dapat
menyelidik sendiri ciri-ciri bentuk dua dimensi dan tiga dimensi.Oleh yang demikian, murid
tidaklah berasa keliru untuk menentukan yang mana adalah merupakan objek tiga matra dan
yang manakah pula yang dimaksudkan dengan bentuk dua matra.miskonsepsi ini dapat
diatasi dengan penggunaan alat bantu mengajar dan objek maujud.

MASALAH 2
ANALISIS CIRI-CIRI BENTUK (BANDING BEZA)

Trapezium

Rombus

Miskonsepsi kedua yang telah saya kenalpasti ialah miskonsepsi yang juga melibatkan
topik geometri iaitu murid saya tidak dapat membezakan sepenuhnya ciri-ciri yang terdapat
pada bentuk yang berbeza.Sebagai contoh, murid menyangka bahawa bentuk rombus itu ialah
bentuk segiempat kerana mereka telah terbiasa dengan bentuk segi empat yang sangat
common dalam kehidupan seharian mereka. Walhal pada dasarnya, kedua-dua bentuk
tersebut mempunyai empat sisi yang sama panjang namun demikian bentuk rombus
mempunyai empat sisi selari manakala segiempat bersudut 90 darjah. Begitu juga dengan
segiempat sama dengan trapezium. Kedua-duanya mempunyai dua sisi yang sama panjang
yang bertentangan namun apa yang membezakannya ialah trapezium mempunyai dua sisi
bertentangan yang selari.
Saya mendapati bagi mengatasi miskonsepsi ini guru haruslah member penekanan kepada
murid bahawa bukan semua bentuk segi empat adalah dinamakan segi empat. Terdapat
beberapa segiempat istimewa yang diberikan nama yang istimewa seperti trapezium dan
rombus. Guru perlu memberi penjelasan yang jelas kepada pelajar bahawa segiempat yang
mempunyai dua garis selari yang bertentangan dinamakan trapezium manakala segiempat
yang mempunyai empat garis selari dinamakan rombus.

MASALAH 3

Miskonsepsi ketiga yang saya telah kenalpasti ialah kekeliruan untuk mengenalpasti
antara segi tiga sama sisi dan segi tiga sama kaki. Saya mendapati bahawa murid saya gagal
untuk melukiskan bentuk segi tiga sama kaki dengan tepat. Mereka berdua telah melukiskan
segi tiga sama kaki sebagai segi tiga sama sisi. Murid saya berpendapat bahawa kedua-dua
segi tiga tersebut adalah sama. Keadaan ini sangat jelas sekali menunjukkan murid saya gagal
untuk membayangkan bentuk yang betul.

Oleh yang demikian, saya berazam untuk membuat transformasi pengetahuan bagi
membetulkan miskonsepsi tersebut. Pada fikiran saya, saya boleh menayangkan atau
mempamerkan gambar segi tiga sama sisi kepada murid-murid saya dan meminta murid saya
untuk menyatakan nama bentuk tersebut. Saya perlu membimbing murid saya ketika murid
memberikan respon kepada soalan saya. Saya boleh mengulangi proses yang sama apabila
menanyakan bentuk segi tiga sama kaki. Dan yang paling penting sekali, saya perlu cuba
untuk menamakan kata kunci bagi mewakili kedua-dua segitiga agar murid lebih jelas dan
faham.

MASALAH 4
Miskonsepsi pembelajaran bentuk dan ruang. Murid selalu terkeliru antara perimeter dan luas
sesuatu bentuk 2 dimensi.
Miskonsepsi untuk mengira perimeter dan luas sesuatu bentuk 2 dimensi

Miskonsepsi ini berlaku kerana murid-murid tidak memahami konsep perimeter yang
sebenar. Muri-murid beranggapan perimeter sesuatu rajah itu adalah hasil tambah bagi
kesemua batas dalam lingkaran sesuatu bentuk 2 dimensi tersebut.Sedangkan, perimeter
sesuatu gambarajah adalah merupakan ukur lilit luar lingkaran sesuatu bentuk 2 dimensi dan
bukannya ukuran semua garisan. Oleh itu, jawapan yang telah diberikan oleh murid adalah
salah.
Contoh: 1.
Cari perimeter untuk 2 segiempat tepat ini.

Tidak perlu
tambah
garisan
dalaman

4
cm
2
cm

4
cm

2cm

2cm

4
cm

2cm

Kirakan luas padang ini.Murid melakukan kesilapan dengan mengira perimeter

dengan

menambahkan semua panjang sisi luar lingkaran sesuatu bentuk 2 dimensi.


4cm+4cm+4cm+2cm+2cm+2cm+2cm =20cm
4cm+4cm+4cm+2cm+2cm+2cm = 18cm

Contoh: 2
Sesetengah murid akan melakukan kesilapan dengan mendarabkan panjang sisi dengan
panjang sisi untuk mencari luas segiempat ini.
4
cm

4cm x 4cm = 16cm2


2cm

4cm x 4cm = 16cm2


4cm x 2cm = 8cm2

MASALAH 5

2. POSISI / KEDUDUKAN
Sesetengah Murid gagal mengenalpasti bentuk apabila dipamerkan dalam pelbagai
posisi. Murid belum menguasai konsep ketekalan terhadap posisi objek seperti gambar
tersebut .Teori Operasi Formal, gagal menguasai masalah-masalah yang melibatkan abstrak.

MISKONSEPSI
BENTUK 3 DIMENSI (3D)

Tiga Dimensi (3D)


Bahan 3D merujuk kepada bahan yang mempunyai panjang, lebar dan ketinggian.
Bahan 3D mendeskripsi sesuatu imej sebagai mempunyai persepsi kedalaman. Bentuk
mempunyai struktur jisim dan isi padu..Ia mempunyai lebih daripada satu permukaan dan
bersifat tiga dimensi (3D).Objek 3D terdiri daripada pelbagai bentuk seperti kuboid, kon,
kiub, sfera , model-model, diorama, dan realia.
Bahan 3D dibina dan digunakan untuk membantu pelajar memahami dunia kini dan
dahulu. Bahan ini memberikan pelbagai jenis pengetahuan berbanding dengan bahan-bahan
bertulis atau lisan. Objek 3D boleh menyokong bahan lain seperti buku teks dan
menyumbang kepada pengalaman konkrit selain memberikan rangsangan untuk kreativiti dan
ekspresi.
Bahan 3D digunakan untuk mengajar pelbagai kurikulum dalam bilik darjah selain di
tempat bersejarah, di mana koleksi artifak dan objek 3D memberi pelajar peluang untuk
meneliti, membaca serta belajar daripada bahan yang direka cipta oleh manusia.
CIRI-CIRI 3D

MISKONSEPSI 1
Garis simetri atau paksi simetri adalah garis pembahagi dua sama sesuatu
objek atau rajah. Murid mendapati lebih garisan simetri daripada yang benar-benar
wujud. Ini kerana murid tidak dapat melihat secara jelas garisan simetri yang dapat

membahagi sesuatu bentuk 3D. Tidak semua bentuk dapat dibahagi kepada dua
bahagian yang sama.

MISKONSEPSI 2
Formula-formula Matematik untuk mengira perimeter, luas dan unit yang digunakan
menyebabkan kekeliruan kepada murid-murid. Oleh sebab itu, murid biasa melakukan
kesilapan dengan menggunakan formula yang salah semasa mengira perimeter, luas dan
menggunakan unit yang salah bagi sesuat pengukuran bentuk 3D.
Contohnya: Silinder;

Luas permukaan = 2jt + 2j2


Isipadu

=j2t

MISKONSEPSI 3
Permukaan tersembunyi dalam persembahan bentuk 3D. Biasanya murid
terlupa untuk mengira permukaan tapak sesuatu bentuk 3D kerana tapak berada pada
bahagian bawah.

tapak

RUJUKAN
Alwyn Olivier, 1998 , Handling pupils misconceptions. Department of Didactics, University
of Stellenbosch, Stellenbosch 7600
Ian

Stewart.

(2002).

Pendekatan

Konstruktivisme

[Laman

www.geocities.com/venusstewart/konstruktivisme_matematik.htm

Web].

Tersedia

Nor Asmah Md Noh (2000). Senario pengajaran dan pembelajaran Matematik. [On-Line].
Tersedia : www. geocities.com
See Kin Hai (Dr.), ____. Analisis Kesilapan Umum Dalam Matematik di Sekolah- Sekolah
Rendah. Universiti Brunei Darussalam.
http://youtu.be/EFL77f460No

1.0 AKTIVITI 1
Tema
Tajuk
Kelas / Masa
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran

Pengetahuan Sedia Ada

:
:
:
:
:

Bentuk Dan Ruang


Bentuk 3-Matra (3-D)
Tahun 1 Murni / 9.00pg 10.00pg
9.1 Mengenali bentuk 3D
Murid berupaya untuk menamakan bentuk 3D:
(a) kubus
(b) kuboid
(c) kon
(d) silinder
Murid telah mempelajari bentuk 3-Matra di
tadika.

Langkah-langkah

SET INDUKSI
1. Guru memainkan sebuah lagu berkaitan bentuk 3-matra pada murid.
2. Guru menunjukkan beberapa benda maujud bentuk 3-matra pada murid.
3. Murid akan menamakan benda tersebut dengan bentuk 3-matra yang betul.
4. Guru membimbing murid untuk menamakan semua bentuk 3-matra yang ternampak
pada benda maujud.
LANGKAH 1
1. Guru menunjukkan sebuah tayangan video http://youtu.be/EFL77f460No cara
mengira isipadu kubus dan kuboid.
2. Guru akan menunjuk pada papan putih cara mengira isipadu kubus dan kuboid pada
murid..
3. Guru memberi beberapa soalan pada murid dan memanggil murid secara rawak untuk
menyelesaikannya.
4. Murid-murid akan menyelesaikan soalan tersebut di papan putih.

LANGKAH 2
1. Guru akan mengagihkan kelas kepada 3 kumpulan.
2. Setiap kumpulan diberikan dengan sehelai kertas mahjung yang mengandungi bentuk
kubus dan kuboid yang ukurannya berbeza..
3. Kemudian, murid akan mengira dan menyelesaikan soalan tersebut.
4. Setiap kumpulan akan memaparkan jawapan di papan putih masing-masing.
LANGKAH 3
1. Guru memberikan bentuk 3-D objek yang berbeza kepada setiap kumpulan dengan
2.
3.
4.
5.

maker pen.
Kemudian, setiap kumpulan akan mengira isipadu objek 3-D tersebut.
Kemudian, setiap kumpulan akan memaparkan jawapan di papan putih hadapan kelas.
Guru akan menyemak jawapan setiap kumpulan.
Guru akan memberi lembaran kerja pada murid.

Bahan Pengajaran

1.
2.
3.
4.

5.
6.
7.
8.

Kad imbasan
Meja
Kerusi
Kad manila

Penilaian

LCD
Komputer Riba
Pen Maker
Lembaran kerja

: Lembaran kerja diberikan dan dinilai.

PADANKAN BENTUK 3DIMENSI DENGAN NAMA YANG BETUL

KON

KUBUS
KUBOID

SILINDER

1.0 BENDA MAUJUD ( 3-D)

Lembaran kerja Matematik Tahun 1 Murni

Nama:___________________
Tarikh:___________
Lengkapkan .

1.Tuliskan jumlah permukaan bentuk 3 dimensi dibawah.

___________________________

____________________

2.Tuliskan jumlah bucu bagi bentuk 3 dimensi.

______________________

B6 D1 E1

______________________

You might also like