You are on page 1of 7

Jadual kerja

1. Objektif kajian

Mengenalpasti isu-isu perpaduan kaum secara umum

Mengenalpasti kepentingan perpaduan kaum kepada negara ini

Menghuraikan cabaran dan kekangan dalam usaha mengekalkan perpaduan kaum di negara ini

Menyenaraikan langkah-langkah untuk mengekalkan dan memantapkan perpaduan kaum di


malaysia

2. Menetapkan kaedah kajian

Membaca akhbar tempatan

Merujuk buku teks atau rujukan

Melayari internet berkaitan dengan isu perpaduan

TAJUK semangat perpaduan kaum di Malaysia

KERANGKA AWAL
a. Tajuk rencana- semangat Perpaduan kaum di negara ini
b. Nama penulis Ashwinder singh a/l jap singh
c. Isi kandungan
PENGENALAN
Perpaduan boleh ditakrifkan sebagai satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara
seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti
dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan dalam kalangan mereka. Perpaduan masyarakat
merupakan antara aspek yang penting dalam membentuk perpaduan negara. Malaysia kini dihuni oleh
beberapa kaum dan etnik yang bersifat majmuk yang membawa kepada wujudnya jurang perpisahan .

Pada zaman pemerintahan British di negara ini , mereka mengamalkan dasar pecah dan perintah
terutama membiarkan penduduk negara ini mengamalkan kegiatan ekonomi masing-masing mengikut
komposisinya. Orang Melayu dibiarkan berada di kampung yang terlibat dalam bidang pertanian dan
penanaman padi serta menangkap ikan manakala tenaga buruh di ladang diambil dari negara India dan
di kawasan lombong bijih timah tenaga imigran dari China diambil. Kesannya jurang perpaduan mula
timbul disebabkan kegiatan ekonomi yang diusahakan di samping tempat tinggal yang berbeza .
Keadaan ini mengurangkan kebarangkalian penduduk Melayu , Cina dan India bersama-sama dalam
satu lokaliti.Kesan jangka panjang keadaan ini ialah wujudnya jurang pemisahan antara kaum.

Bersama-sama dengan kedatangan imigran ini ialah sistem pendidikan mereka yang dibawa ke negara
ini. Orang Cina dan India memiliki sistem sekolah vernakular sendiri yang membawa masuk guru, buku
dan sukatan pelajaran dari negara mereka. Kesannya di negara ini telah wujud satu sistem pendidikan
yang di dalamnya terdapat sekolah aliran agama , Inggeris, Cina , Tamil dan aliran Melayu. Kesan
langsung wujudnya sistem pendidikan zaman British ini menyebabkan terhalangnya proses asimilasi
yang boleh memungkinkan pergaulan kaum dapat dilakukan dengan sempurna.
Penaklukan Jepun di Tanah Melayu pada Perang Dunia Kedua iaitu pada 1941-1945 juga tak kurang
mendatangkan kesan yang hebat ke atas hubungan integrasi kaum di negara ini. Pihak Jepun pula
mengamalkan dasar anti-Cina dan pro-Melayu yang ternyata mengeruhkan lagi keadaan semasa dengan
menyebabkan timbulnya perasaan benci dan prasangka buruk masyarakat Cina terhadap orang Melayu.
Orang Cina bertindak mengambil kesempatan utuk membalas dendam dengan menganggotai Bintang
Tiga atau lebih dikenali sebagai Parti Komunis Malaya (PKM) dalam tempoh masa Jepun menyerah
kalah dan sebelum kedatangan kembali pihak British. Ketika inilah berlakunya keganasan 14 hari seperti
membunuh, menculik, membakar masjid dan bangunan sebagai cara membalas dendam . Keadaan ini
menyebabkan berlakunya persengketaan kaum antara orang Melayu dan orang Cina. Lebih
memburukkan lagi keadaan adalah apabila kebanyakan orang Cina terlibat dalam pergerakan PKM
manakala orang Melayu kebanyakannya merupakan anggota pasukan keselamatan ketika zaman darurat
pada 1948-1960.
Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti
pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan
(Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang
bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah
dalam pilihanraya.
Pada pilihanraya umum 1969 Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah gagal
memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini
disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi
yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964
kepada 66 kerusi pada tahun 1969.Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik
(DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS
menang 12 kerusi.
Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah meraikan
kemenangan mereka pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk
menimbulkan isu perkauman. Malah terdapat segelintir pengikut perarakan telah mengeluarkan sloganslogan sensitif berkenaan isu perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar
Kuala Lumpur. Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi
kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian tersebut. Pihak
pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari Democratic Action Party dan Gerakan
yang menang, mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di
Kuala Lumpur. Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan
Melayu Kampung Baru, menyorak penduduk di situ. Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu,
kemudiannya dikatakan sebagai simbol menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara
yang lain meneriak slogan mengenai tengelamnya kapal Perikatan . Orang Melayu memandang
perisitiwa ini sebagai kaduk naik junjung. Natijahnya berlaku kemarahan yang meluap-luap dalam

kalangan orang Melayu sehingga menumpahkan darah .Maka berlakulah kejadian yang dinamakan
Tragedi 13 Mei 1969. Kepanasan isu ini cepat menular sehingga ke seluruh negara dalam masa yang
begitu singkat sahaja.
Perpaduan negara ini juga diuji dengan pelbagai isu berkaitan dengan agama dan soal hak kerakyatan
dan beberapa isu sensitif lain yang mampu menjejaskan perpaduan kaum di negara ini . Ianya dibawa
dan dimainkan oleh beberapa badan bukan kerajaan yang cuba mendapatkan nama dalam usaha
mendapatkan sokongan berterusan sehingga ke tarikh pilihanraya akan datang. Jika dibiarkan begitu
sahaja tanpa diselesaikan atau dirungkai terlebih awal hal ini mampu merobek perpaduan kaum sedia
ada pada masa sekarang.

Kepentingan perpaduan kaum


mewujudkan masyarakat harmoni dan aman
-

Perpaduan integrasi nasional masyarakat majmuk adalah perlu supaya rakyat yang berbilang
bangsa dan kaum hidup aman dan damai. Dengan perpaduan yang dibentuk di negara kita
Malaysia, mampu menjadi role model kepada negara lain. Kita juga hendaklah bersyukur kerana
dapat hidup dengan makmur, bebas daripada peperangan, perbalahan, dan sebagainya. Kita
juga haruslah berbangga dengan usaha-usaha drastik kerajaan yang memperkenalkan dasardasar sebagai usaha untuk mengekalkan perpaduan kaum di Malaysia. Untuk memastikan agar
kemerdekaan dan kemakmuran terus dicapai, perpaduan hendaklah terus diwujudkan antara
kaum melalui aspek politik, ekonomi, dan sosial. Justeru, diri setiap warganegara itu sendiri perlu
dibangunkan dalam usaha mencapai perpaduan dan itegrasi nasional. Segala isu-isu sensitif
seperti yang melibatkan perkauman dan keagamaan hendaklah dielakkan. Sementara amalan
nilai-nilai murni seperti bersopan-santun, saling hormat menghormati, bertegur-sapa dan lain-lain
hendaklah diterapkan dalam kehidupan seharian

mengekalkan kestabilan politik


-

Perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik di negara kita haruslah dikekalkan untuk menjamin
keselamatan negara agar kemerdekaan yang kita kecapi sekarang ini berkekalan .Hal ini adalah
untuk mengelakkan berulangnya perkara yang tidak diingini seperti rusuhan kaum pada 13 mei
1969 yang telah berlaku di negara kita. Kesan daripada rusuhan ini kita dapat lihat betapa ramai
masyarakat negara kita yang mati dalam peristiwa berdarah ini. Oleh itu, perpaduan penting
agar kejadian yang sama tidak akan berulang. Dalam nada yang sama kita akan dapat
mengekalkan kestabilan politik jika kejadian rusuhan kaum ini dapat dielakkan oleh semua
anggota masyarakat yang memiliki semangat nasionalisme dan patriotik yang tinggi.
Selain itu, keharmonian ini juga mestilah dikekalkan untuk melahirkan perasaan cintakan tanah
air dan sanggup berkorban untuk negara kita. Perpaduan dalam kalangan etnik di negara ini
juga akan dapat mengukuhkan lagi keselamatan negara daripada ancaman luar dan dalam
negara. Warganegara yang memiliki semangat nasionalisme akan melahirkan kekuatan dalam
mempertahankan negara ini daripada campurtangan kuasa luar seterusnya memelihara
kedaulatan negara ini dan mengekalkan kemerdekaan negara ini seterusnya.

negara yang jitu juga dapat membina sebuah masyarakat yang saling menghormati antara satu
sama lain disebabkan faktor rasa bersama dan kekitaan yang lahir dalam jiwa seluruh anggota
masyarakat. Sifat dengki dan khianat akan terlebur begitu sahaja jika semua anggota
masyarakat memiliki sifat saling menghormati yang dipupuk sejak kita kecil lagi

Membina masyarakat yang saling menghormati


-

Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang memerlukan setiap
kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Cara ini dapat memupuk
semangat kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain dengan menghapuskan sikap
mementingkan diri yang tertanam di dalam jiwa masyarakat kini. Namun, sikap negative
masyarakat terutamanya masyarakat yang duduk di bandar yang hanya bekerja tidak tentu masa
dan melakukan kerja sendiri menyebabkan usaha memupuk semangat perpaduan sukar untuk
diterapkan. Aktiviti memperteguh jalinan kemesraan harus dijalinkan seperti aktiviti gotong royong
yang memerlukan sumbangan setiap pihak untuk menjayakan aktiviti tersebut supaya perpaduan
secara maksimum dapat dilahirkan. Pendek kata, aktiviti kemasyarakatan dapat menjadi wadah
yang terbaik bagi memupuk semangat perpaduan yang perlu ada dalam diri setiap rakyat seiring
dengan hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu walaupun berlainan
bangsa mahupun agama.

Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum


Peristiwa 13 mei
- Peristiwa 13 Mei telah menjadi catatan sejarah yang suram di negara ini. Hal ini demikian kerana
peristiwa ini memperlihatkan bahawa hubungan kaum akan menjadi rapuh jika ada tindakan luar batasan
dilakukan dan tindakan mencegah tidak dilakukan dengan secukupnya. Peristiwa berdarah ini menjadi
iktibar bahawa perpaduan kaum boleh menjadi bom jangka yang boleh meletup pada bila-bila masa
memandangkan terdapat sebahagian anggota masyarakat yang gemar menjaja isu sensitif bagi meraih
sokongan politik mudah untuk bangsa mereka. Selepas kejadian ini lahir kesedaran untuk
menyatupadukan kaum di negara ini dengan terbentuknya Rukun Negara yang menjadi satu identiti bagi
semua anggota masyarakat. Dalam masa yang sama kekurangan orang Melayu dalam bidang ekonomi
cuba diselesaikan dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan pada 1970.

Sistem pendidikan penjajah


-

Kerajaan telah merangka Dasar Pendidikan Kebangsaan sebagai landasan mewujudkan


masyarakat yang bersatu padu. Penyata Razak dan Ordinan Pelajaran yang telah termaktub
sebelum merdeka telah disemak semula menghasilkan Laporan Rahman Talib dan seterusnya
dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961 merupakan antara usaha awal kerajaan dalam sektor
Pendidikan. Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan diharapkan dapat memenuhi keperluan
tenaga rakyat negara ini dalam jangka pendek dan panjang demi melahirkan masyarakat yang
bersatu padu, berdisiplin dan terlatih. Antara strategi yang dirancang untuk mencapai matlamat
Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah menjadikan Bahasa Kebangsaan bahasa pengantar yang
utama, mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis
sekolah, mewujudkan sistem peperiksaan yang sama dan sebagainya

Penubuhan parti politik


-

Penubuhan parti politik di negara kita sebenarnya bermula pada 1940 apabila kesedaran politik
mula melonjak hasil pengenalan Malayan Union oleh Inggeris di negara ini. Penubuhan UMNO ,
MCA dan MIC pada awalnya bermaksud untuk membela masyarakat atau kaum masing-masing
dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Perpaduan kaum mula dibentuk apabila Parti Perikatan
mula ditubuhkan hasil gabungan UMNO,MCA dan MIC yang merapatkan hubungan antara orang
Melayu, Cina dan India dalam bidang politik dalam usaha memuju kerjasama kaum ke arah
mencapai kemerdekaan. Proses ini dilakkukan mulai 1948 hinggalah 1956 . Dapat dilihat pada
masa ini kesedaran pentingnya perpaduan kaum dibentuk bagi menjamin keadaan negara yang
aman dan damai dengan penduduknya dapat bekerjasama antara satu sama lain.

Cabaran mengekalkan perpaduan kaum


Penyalahgunaan media sosial menimbulkan isu sensitive
-

Penyalahgunaan media sosial telah mula menular sejak akhir-akhir ini. Media sosial seperti web
dan blog serta face book menyebabkan timbulnya kerenggangan kaum kerana banyak
menimbulkan isu sensitif . Beberapa laman web yang bebas bergerak telah memperkatakan
begitu banyak isu bersifat sensiti di samping menaburkan fitnah serta berita palsu menyebabkan
wujudnya keresahan dalam masyarakat di negara ini. Beberapa kenyataan bersifat rasis dan
berunsur perkauman begitu berleluasa pada masa sekarang. Keadaan ini pula tidak diambil
tindakan oleh pihak berkuasa kerana pertindihan tugas dan bidang kuasa antara badan
penguatkuasa dan badan pengawal komunikasi. Penyebaran berita palsu dan tohmahan juga
menjadi punca perbalahan dan persengketaan terhadap anggota masyarakat di negara ini. Isu
kalimah Allah dalam bible yang diterbitkan dalam Bahasa Melayu contohnya menyebabkan
berlaku pertentangan pendapat dalam kalangan rakyat di negara ini. Ianya bakal menyebabkan
wujudnya rasa benci dan dendam dalam masyarakat yang mampu mengguggat keamanan
negara.

Campurtangan kuasa luar


-

Campur tangan kuasa luar juga boleh menlunturkan perpaduan di negara ini.Beberapa individu
yang dikenalpasti sedang berusaha mendapatkan kerjasama daripada Amerika Syarikat dan
Australia dalam usaha mendapatkan sokongan dan dokongan terhadap permasalahan yang
mereka hadapi. Kehadiran beberapa pemimpin dari luar ini boleh dianggap cuba mencampuri
urusan negara ini kerana cuba mempertikaikan isu hubungan sesama jenis dan hak golongan
lesbian, gay dan transgender di negara ini.Segelintir anggota masyarakat juga mengaitkan isu di
atas sebagai isu hak asasi manusia di negara ini. Dengan menjadikan isu ini sebagai isu hak
asasi maka ianya mendapat sokongan sebahagian daripada anggota masyarakat.

Kewujudan pelbagai aliran sekolah


-

Sistem persekolahan yang wujud di negara ini, pada dasarnya berpandukan sistem Barat yang
diperkenalkan oleh pentadbiran British mulai abad ke 19, Pelajaran Cina telah memberi
kesedaran kebangaaan pemuda pemuda Cina. Sekolah Cina bukan hanya menggunakah
bahasa Cina sebagai bahasa pengantar, gurunya datang dari negara China, buku teks diimport
dari negara China dan berkiblatkan China.

Sekolah Tamil pula menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar yang tunggal. Kebanyakan
sekolah Tamil terletak di kawasan ladang dan sebahagian besarnya dibiayai oleh syarikat-syarikat yang
memiliki ladang-ladang berkenaan. Kerajaan sebelum merdeka menganggap sekolah Inggeris sebagai
sistem persekolahan yang unggul. Kelulusan sekolah Inggeris terdedah kepada pemikiran Barat.
Perbezaan di antara sekolah Inggeris dengan sekolah-sekolah lain bukan dari segi bahasa pengantar
sahaja, sukatan pelajaran juga tidak sama dan sekolah Inggeris juga memberi kesan kepada perpecahan
yang berlaku di dalam masyarakat. Jelas sekali, sistem persekolahan sebelum merdeka memainkan
peranan penting mengekalkan keperibadian satu-satu golongan etnik dan, di samping itu, mewujudkan
dua golongan terdidik berpelajaran Inggeris dan berpelajaran vernakular yang tidak mempunyai
pandangan dunia (world view) yang sama. Pihak Inggeris tidak memberatkan objektif perpaduan dalam
sistem pelajarannya. Tidak ada satu dasar pendidikan kebangsaan sepertimana yang kita lihat hari ini.
Yang penting bagi mereka ialah memberi pelajaran kepada segolongan rakyat untuk membolehkan
sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi.

Langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia

Slogan I Malaysia
Slogan 1Malaysia atau 'Satu Malaysia' adalah satu gagasan peribadi yang diperkenalkan oleh Perdana
Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April 2009. Intipati gagasan ini idea satu
bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Semua pihak mestilah bersamasama menjayakannya. Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara evolusi.Ia adalah ramuan
serta formula pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang,
gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan kelima iaitu Tun Dr
Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di antara satu sama
lain.Masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui '1Malaysia'. Hubungan kaum dipereratkan
bagi jangka masa panjang. Prinsip utama yang mendasari 1Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan
dalam satu keluarga besar. Oleh yang demikian slogan ini sudah tentu menjadi satu pemangkin kepada
perpaduan rakyat di negara ini.
Kempen kerajaan
Beberapa kempen dan program yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan mampu mengekal dan
memantapkan perpaduan kaum di negara ini. Pelan Tindakan Perpaduan & Integrasi Nasional telah
dirancang oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Ia merupakan rancangan lima tahun
iaitu dari 2005-2010 yang merancang pelbagai usaha untuk memupuk dan mempertingkatkan perpaduan
dan integrasi nasional. Pelan ini mengandungi pelbagai strategi yang dirancang dari pelabagai aspek
seperti strategi politik, ekonomi, pendidikan, penggunaan Bahasa Kebangsaan, Agama, Kebudayaan,
Integrasi Wilayah, Keselamatan, Pembangunan Kawasan, Penggunaan Tenaga Manusia, Media Massa,
Kesukanan, Pemasyarakatan Perpaduan, Pertubuhan Sukarela, Penyelidikan Dan Penerbitan Bahan
Bacaan, Pemantauan Isu-isu Semasa dan Konflik, Penubuhan Panel Penasihat Perpaduan Negara
(PANEL) dan Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Peringkat Negeri (JKPPN), program dan aktiviti

perpaduan, Sekolah Wawasan dan Program Latihan Khidmat Negara. Kesemua program, pelan dan
aktiviti yang dirancang telah dijalankan dengan bertujuan supaya masyarakat dapat melibatkan diri dan
memupuk hubungan etnik yang erat antara rakyat di negara ini.

Rumusan
Pengetahuan
Keamanan negara ini sangat penting dalam usaha negara ini menginjak menjadi sebuah negara maju
menjelang tahnun 2020. Antara faktor utama kejayaan ini boleh dicapai ialah melalui situasai keamanan
dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin atau tidak boleh dikompromi oleh sebarang faktor lain.
Berdasarkan peristiwa 13 Mei 1969 kita wajar memperkuat semula perpaduan kaum di negara ini agar
semua anggota masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni di negara yang kita cintai ini.
Dalam nada yang sama kita seharusnya memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara negara ini
yang terjajah sekian lama dan memerlukan kekuatan segenap sudut bagi menjamin penjajahan ke atas
negara ini tidak lagi akan berlaku .
Iktibar
Kita juga seharusnya mengambil iktibar bahawa perpaduan hanya dapat dicapai jika semua rakyat
bersatu padu , bertolak ansur, hormat menghormati antara sesama angota masyarakat
Harapan
Saya berharap agar semua warga negara ini akan sentiasa mematuhi undang-undang/ peraturan, tidak
terpengaruh dengan anasir luar dan menghargai jasa tokoh yang telah banyak berjuang bagi
mendapatkan kemerdekaan dan memenuhi kemerdekaan ini agar menjadi lebih bermakna akhirnya.
sumber rujukan
Internet
Buku text sejarah tingkatan 3
Majalah

You might also like