You are on page 1of 1

Inovasi ialah asas kepada pertumbuhan dan kemajuan sesebuah negara.

Ia
pemangkin yang akan menentukan acuan dan kepantasan negara untuk menjadi
sebuah negara maju. Tan berpendapat seni reka cipta seharusnya diterapkan di
dalam kokurikulum seperti yang dilakukan oleh negara seperti Finland, Korea dan
Jepun. Di negara-negara itu, reka cipta merupakan satu subjek pembelajaran di
sekolah. Terdapat guru yang mengajar subjek itut seperti asas kreativiti dan
bagaimana mereka mencipta sesuatu benda.

Pelbagai halangan yang akan dihadapi belia yang menceburi bidang reka cipta
ini terutama di dalam melakukan proses penyelidikan dan pembangunan (R & D).
Banyak wang serta masa yang perlu dikorbankan dalam usaha mencipta produk
yang berguna kepada pembangunan negara.

Disebabkan itu, menurut Tan, terdapat dua buah agensi iaitu Multimedia
Development Corporation (MDeC) dan Cradle Fund Sdn Bhd di mana kedua-dua
agensi ini memberi sumbangan sebanyak RM150 ribu untuk belia berumur 18
tahun ke atas bagi menjalankan projek penyelidikan dan pembangunan.

"Perkara paling penting yang perlu ada dalam diri belia ialah perasaan minat
serta kesabaran yang tinggi terhadap reka cipta. Ini kerana, dalam bidang reka
cipta ini, belia akan menghadapi pelbagai jenis cabaran. Belia mungkin akan
menghadapi kegagalan demi kegagalan sebelum mereka mencapai apa yang
mereka ingini," tegas Tan.

Minat terhadap reka cipta perlu diterapkan dalam diri belia sejak mereka di
zaman kanak-kanak lagi
Takut gagal.Inovasi!Takut dikritik jika mencadangkan idea baru.Takut mengambil
risiko.Gagal mengeram.Toleransi terhadap ambiguiti rendah

You might also like