You are on page 1of 8

DEFINISI FONOLOGI -Fonetik dan fonemik -Bunyi bahasa -Bunyi bukan bahasa.

PENSYARAH : HAJI YUSSOFF BIN SAIDJABATAN PENGAJIAN MELAYU


2. DEFINISI FONOLOGI Fonologi ialah bidang yang menyelidiki bunyi bahasa hanya
menurut segi fungsionalnya sahaja.Sumber : Pengantar Linguistik , Prof. Dr J.W.M.
Verhaar, Gadjah Mada Universiti Press, Yogyakarta, 1988.
3. DEFINISI FONOLOGIFonologi ialah cabang ilmu bahasa yangmengkaji bunyi
bahasa sesuatu bahasadan fungsinya dalam sistem bahasatersebut. Bunyi bahasa
disusun dengan sistemdan bidang fonologi bertujuan untukmenganalisis sistem
ini.Sumber : Teks Bahasa Melayu STPM, Nik Safiah Karim & Wan Malini Ahmad,
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, Shah Alam ,2006.
4. DEFINISI FONOLOGIFonologi ( filoloji @ ilmu bunyi ) ialah studitentang bahasa
dalam hubungannya dengankegiatan kegiatan kebudayaan yang lain diluar
kegiatan berbahasa itu sendiri, yaitufinomena bahasa yang extra linguistic.
Sumber : Bahasa dan Ilmubahasa dan Finoloji, Samsuri, DBP, KL, 1972.
5. DEFINISI FONETIK Fonetik ialah bidang bidang yang mengkaji bunyi bunyi yang
dihasilkan oleh manusia dan memberi lambang kepada bunyi tersebut. Sumber :
Teks Bahasa Melayu STPM, Nik Safiah Karim & Wan Malini Ahmad, Penerbit
FajarBakti Sdn. Bhd, Shah Alam ,2006.
6. DEFINISI FONETIK Fonetik ialah kajian mengenai bunyi bunyi bahasa yang
dihasilkan oleh manusia. Bunyi bahasa adalah bunyi bunyi yang digunakan dalam
bahasa untuk berkomunikasi.Sumber : Fonetik Dan Fonologi : Siri P& P Bahasa
Melayu , Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan.
7. DEFINISI FONETIK Fonetik atau ilmu bunyi menyelidiki bunyi sebagaimana
terdapat dalam parole atau sebagaimana terdapat di dalamnya tanpa
memperhatikan segi fungsionalnya.Sumber : Pengantar Linguistik , Prof. Dr J.W.M.
Verhaar, Gadjah Mada Universiti Press, Yogyakarta, 1988.
8. DEFINISI FONETIKFonetik adalah satu ilmu bersifat historis; ia menganalisis
peristiwa dan perubahan, serta bergerak melalui masa. Fonetik seharusnya
merujuk, dan seharusnya terus merujuk kepada kajian evolusi bunyi. Sumber :
Pengantar LinguistikUmum, Ferdinand de Sausure, DBP.
9. DEFINISI FONETIKFonetik mengkaji bunyi bahasa : Dari segicara pengeluarannya,
daerahpengeluarannya dan sifat fizikalnya. Sumber : Dr. Awang Had Salleh ( Nov
1958 : 536 540 )
10. DEFINISI FONEMIKFonemik ialah cabang fonologi yangmenitikberatkan analisis
sistem bunyi sesuatubahasa secara sinkronik, khususnya untukmengenal pasti
fonem fonem dalam bahasatersebut dan menghasilkan sistem tulisan. Sumber :
Pengantar Linguistik Umum, Ferdinand de Sausure, DBP, KL, 1993.

11. DEFINISI FONEMIK Fonemik mengkaji bunyi bunyi yangpenting dalam sesuatu
bahasa. Bunyi itu penting kerana ia mempunyai fungsi atau ciri pembeza. Sumber :
Dr. Awang Had Salleh ( Nov 1958 : 536 540 )
12. FONEM / FONEMIKFonem adalah unit penggalan bahasa yang terkecil yangdapat
membezakan makna. Banyak bunyi bolehdiujarkan oleh alat artikulasi dan
digolongkan kepadabeberapa bunyi yang penting sahaja.Bunyi bunyi yang
tergolong ke dalam keluarga yangsama dikenali sebagai fonem. Setiap fonem
itumempunyai anggota anggota yang terdiri daripada fon fon yang mempunyai
ciri ciri fonetik yang sama.Setiap fon yang menjadi anggota fonem itu
dipakaidalam lingkungannya sendiri.
13. Fonem Segmental Bahasa MelayuSebanyak 36 fonem dalam bahasa Melayu,
iaitu 27 fonemasli dan 9 fonem pinjaman (kesemuanya geseran). Daripadajumlah
fonem asli ini, terdapat 6 fonem vokal, 18 fonemkonsonan dan 3 fonem diftong.
Fonem VokalBunyi vokal bahasa Melayu terbahagi kepada tiga, iaituvokal hadapan,
vokal tengah dan vokal belakang.Contoh vokal: i) Vokal [i] Awal Tengah Akhir [ibu]
[pita] [kiri] [ipar] [tidur] [jari]
14. ii) Vokal [e] Awal Tengah Akhir [ekor] [merah] [tauge] [ekar] [keko ] [tauke]iii)
Vokal [a] Awal Tengah Akhir [alur] [mata] [sama] [aku] [baju] [siapa]iv) Vokal [ ]
Awal Tengah Akhir [ mpat] [t pat] - [ ma ] [g ra ] 15. v)Vokal [u] Awal Tengah Akhir [ubat] [sudu] [buku] [ulat] [pukat] [biru]vi) Vokal
[o] Awal Tengah Akhir [otot] [tokoh] [koko] [obor] [kota] [pidato]
16. Fonem KonsonanBunyi bunyi konsonan dalam bahasa Melayu boleh
dibahagikankepada dua jenis, iaitu: i) konsonan asli yang berasal daripada bahasa
Melayu. ii)konsonan pinjaman yang dipinjam daripada bahasa - bahasa
asing.i)Konsonan Asli bahasa MelayuKonsonan asli bahasa Melayu terdiri daripada
18 konsonan yangmemang sedia ada dalam sistem bunyi bahasa
Melayu.Berdasarkan cara pengeluaran dan daerah daerah artikulasi,konsonan
konsonan asli bahasa dapat dibahagikan kepadatujuh jenis, iaitu: *Letupan atau
plosif *Letusan atau afrikat
17. *Geseran atau frikatif *Getaran atau tril *Sisian atau lateral *Sengau atau nasal
*Separuh vokalKonsonan LetupanBunyi bunyi konsonan letupan dapat dibahagikan
kepada empatjenis, iaitu a)Konsonan letupan dua bibir : i)Letupan dua bibir tak
bersuara [p] Awal Tengah Akhir [papan] [bapa] [gelap] [paku] [jumpa] [redup]
18. ii) Letupan dua bibir tak bersuara [b]: Awal Tengah Akhir [bawa] [tabah] [azab]
[bakul] [ubat] [darab]b) Konsonan Letupan Gusi:i) Letupan gusi tak bersuara [t]:
Awal Tengah Akhir [tali] [hitam] [sakit] [takut] [k tat] [tamat]

19. ii) Letupan gusi bersuara [d] Awal Tengah Akhir [duga] [cadar] [tekad] [data]
[buda ] [jasad]c) Konsonan Letupan Lelangit Lembutx) Letupan lelangit lembut tak
bersuara [k] Awal Tengah Akhir [kurus] [pakat] [kritik] [kami] [bakar] [politik]
20. ii) Letupan lelangit lembut bersuara [g] Awal Tengah Akhir [gatal] [segak]
[dialog] [gulai] [tagih] [beg]d) Konsonan Letupan Glotis Awal Tengah Akhir [kaka ]
[gaga ] [adi ] [sa at] [p ti ] [r ta ]
21. Konsonan Geseranc) Konsonan Geseran Gusi [s] Awal Tengah Akhir [suka] [rasa]
[bebas] [satu] [jasa] [atas]b) Konsonan Geseran Glotis [h] Awal Tengah Akhir [hakis]
[mahal] [titah] [halia] [jahat] [tanah]
22. Konsonan Getaran Gusi Bersuara [r] Awal Tengah Akhir [rumah] [marah] [lapar]
[rambut] [kurau] [pagar]Konsonan Sisian Gusi Bersuara [l] Awal Tengah Akhir
[lancar] [hala] [kapal] [lali] [kulat] [pukal]
23. Konsonan Sengauc) Sengau dua bibir bersuara [m] Awal Tengah Akhir [makan]
[lama] [siram] [mula] [semut] [talam]b) Sengau Gusi Bersuara [n] Awal Tengah
Akhir [nasi] [benih] [depan] [nanas] [kena] [tahan]
24. Konsonan Separuh Vokalc) Konsonan separuh vokal dua bibir [w] Awal Tengah
Akhir [wujud] [kawal] [takraw] [wajib] [mawar]b) Konsonan separuh vokal lelangit
keras [y] Awal Tengah Akhir [yuran] [bayar] - [yakin] [bayam] 25. ii) Konsonan Pinjaman Dalam Bahasa MelayuDalam bahasa Melayu, terdapat
beberapa konsonan yang dipinjam daripada bahasa asing seperti bahasa Arab,
Sanskrit dan Inggeris.Contoh :g) Konsonan Geseran Bibir Gigi Tak bersuara [f] [fajar]
[lafaz] [arif] [fasih] [hafaz] [saf]b) Konsonan Geseran Bibir Gigi Bersuara [v] [variasi]
[novel] [van] [aktiviti]
26. c) Konsonan Geseran Gusi lelangit Keras Tak Bersuara [ ]Contoh perkataan:
[ arikat] [ma arakat] [ arat] [mu kil]d) Konsonan Geseran Lelangit Lembut Tak
Bersuara [x]Contoh perkataan: [xatam] [baxil] [xianat] [tarix]
27. Fonem DiftongTerdapat tiga diftong dalam bahasa Melayu:i) Contoh [ai]: [hairan]
[badai] [pandai] [syaitan]ii) Contoh [au]: [aurat] [pulau] [daulat] [lampau]iii) Contoh
[oi]: [sepoi] [sekoi] [amboi] [boikot]
28. RUMUSAN Fonem adalah unit penggalan bahasa yangterkecil yang dapat
membezakan makna.Fonem segmental bahasa Melayu terdiridaripada vokal,
konsonan dan diftong.Vokal bahasa Melayu terbahagi kepadavokal hadapan,
vokal tengah, dan vokalbelakang.
29. Konsonan bahasa Melayu terdiri daripadakonsonan asli dan konsonan
pinjaman.Konsonan bahasa Melayu terbahagi kepadajenis jenis letupan, letusan,
geseran,getaran, sisian, sengau, dan separuh vokal. Diftong adalah rentetan dua
vokal yangdihasilkan dengan satu hembusan nafassahaja dan mempunyai satu

puncakkelantangan. Fonem supra-segmental bersifat fonemikdan terdiri daripada


unsur unsurtekanan, panjang-pendek, tona, danpersendian.
30. JENIS-JENIS FONETIK FONETIK ARTIKULASI ( SEBUTAN ) FONETIK AUDITORI
( PENDENGARAN ) FONETIK AKUSTIK ( SIFAT BUNYI )
31. FONETIKARTIKULASI /artikulatori Kajian dari segi gerakan alat-alat yang
menghasilkan bunyi ( Rencana Linguistik Abdullah Hassan ) Mengkaji bagaimana
bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan atu dikeluarkan oleh alat artikulasi ( alat-alat yang
berfungsi ketika mengeluarkan bunyi bahasa) . Fonetik jenis ini sangat penting bagi
ahli bahasa, peneliti bahasa atau pelajar kerana ianya memberikan kepandaian
berucap kepada seseorang.
32. Sambungan Fonetik jenis ini menerangkan kedudukan alat artikulasi dan cara
ianya berfungsi sewaktu menghasilkan bunyi bahasa. Mengikutkajian fonetik ini,
bunyi-bunyi suara terhasildaripada proses berikut: ( Udara yang keluar daripada
paru-paru akan lalu pada pitasuara yang mana ianya boleh menentukan samada
bunyi itunyaring, kuat, perlahan dan sebagainya. Udara keluar melauirongga iaitu
rongga tekak, rongga mulut atau rongga hidungyang akan mewujudkan gema.
Gema itu akan melalui jenis-jenis gangguan oleh alat artikulasi di rongga mulut
.Hasil darigangguan inilah wujudnya bunyi bahasa yang berlainan.
33. SAMBUNGAN Bunyi bahasa yang timbul adalah seperti jenisletupan, letusan,
geseran, sengauan dan lain-lain lagi.Juga dikenali sebagai fonetik pertuturan atau
sebutan
34. FONETIK AUDITORI Kajian dari segi pendengaran bunyi yang keluardari mulut
( Rencana Linguistik- Abdullah Hassan ) Kajian yang berkaitan dengan
pendengaranterhadap bunyi-bunyi yang dihasilkan. Ianya mengkaji bunyi bahasa
sebagai sesuatu yangditerima oleh pendengar. Pendengaran bunyi itu adalah
penting kerana ianya dapatmenentukan jenis-jenis dan perbezaan di antara bunyi.
35. Sambungan Proses pendengaran mengikut kajian ini adalah : Gelombang
udara masuk ke bahagian tengah telinga Gegendang telinga pendengar akan
bergetar bersamatulang osikel Tulang osikel yang bergetar berfungsi
menyampaikangetaran-getaran kepada cairan yang ada pada bahagiandalam
telinga. Kemudian saraf-saraf auditori menghantar maklumatke otak dan otak akan
mentafsirkan maklumat itusebagai bunyi .Pendengaran yang tepat adalah penting
untukmenentukan jenis dan perbezaan antara bunyi-bunyisupaya bunyi dapat
ditranskripsikan dengan tepat
36. FONETIK AKUSTIK Kajianyang mengkaji tentang sifat-sifat atau hakikatbunyi itu
sendiri. Kajian dari segi sifat bunyi ( Rencana Linguistik-Abdullah Hassan )
Mengikut fonetik akustik, bunyi adalah gelombang-gelombang udara yang asalnya
keluar dari paru-parudan kemudiannya mengalami perubahan dimanaperubahan itu

disebabkan oleh gangguan yang dilakukanoleh alat-alat artikulasi seperti pita suara,
lidah, bibir dansebagainya.
37. SAMBUNGAN Melalui kajian fonetik inilah kita dapat membezakansifat-sifat
bunyi yang dihasilkan seperti halus, kasar,nyaring, lantang , lunak dan
sebagainya.Sifat-sifat bunyi seperti yang disebut itu dapatditentukan dengan
menggunakan alat-alat pentingdalam kajian fonetik seperti palatogram,
laringoskopidan letromiografi.
38. ALAT ARTIKULASI ATAU ALAT PERTUTURAN Proses pengeluaran bunyi bahasa,
banyak alat yang terlibat: Alat yang terlibat secaraAlat yang terlibat dengan
langsung dengan proses sistem pernafasan, iaitu pengeluaran bunyi bahasa yang
berkaitan dengan misalnyasistem udara yang keluar bahagian-bahagian lidah.
masuk ke paru-paru.
39. ALAT-ALAT PERNAFASAN Badan manusia mempunyai sistem pernafasan yang
bertujuan menyedut oksigen bagi pembersihan darah Selain daripada itu, ia juga
berfungsi sebagai alat bagi mengeluarkan bunyi bahasa.
40. Rongga Rongga mulut hidung LelangitMulut lidah lembut Rongga tekakPeti
suara Rongga rengkungSaluran udara Paru-paruRajah 1 : Alat pernafasan
41. Paru-paru Dalam pengeluaran ujaran manusia, udara memainkan penting dan ia
adalah unsur yang terpenting dalam menghasilkan bunyi bahasa. Paru-paru akan
menyedut udara masuk ke dalam paru-paru apabila dada dikembangkan dan
apabila dikempiskan maka udara terdesak keluar. Udara itu keluar melalui pipa
rengkung yang lebih kurang 11 cm panjang dan 2 cmlebarnya dan terus ke
rongga hidung atau mulut
42. Rongga RengkungRonga rengkung terdiri daripada sembilan kepingtulang
rawan yang mempunyai bentuk seakan-akankotak dan diberi nama kotak suara
atau peti suara.Di sini letaknya halkum yang boleh bergerak ke atas atau ke bawah
berdasarkan nada tinggi ataupun rendah. Peti suara ini sangat penting semasa
penghasilan bunyi. Didalamnya terdapat pita suara atau glotis.. Ketiadaan peti
suara menyebabkan seseorang itu bisu.
43. Rongga Tekak Bermula dari rongga rengkung hingga ke rongga hidung,
Panjangnya lebih kurang 15 cm. Rongga ini lebar diatas dan meruncing ke bawah.
Rongga ini boleh diluaskan dan disempitkan. Lelangit lembut yang terletak di dalam
rongga ini boleh diangkatuntuk menutup rongga hidung atau diturunkan untuk
membuka dan meluaskan ruang rongga supaya udara dapat melaluinya. Pergerakan
seperti ini semuanya penting dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa.
44. Rongga HidungRongga hidung ialah ruang yang terdapat diatas rongga mulut
dan dipisahkan dari ronggamulut oleh lelangit lembut. Rongga ini bermula dari
rongga tekak hingga ke lubang hidung.

45. Rongga Mulut Rongga mulut ialah ruang yang terletak di antara rongga tekak
dengan bibir.
46. Alat sebutan Alat-alat yang terlibat secara langsung dalam proses
pengeluaran bunyi. Terdiri daripada : Lidah, gigi, bibir, gusi, lelangit keras, lelangit
lembut, dan pita suara.
47. Penghasilan bunyi-bunyi bahasa. Tiga kategori penting yang terlibat : 1.
Artikulator atau alat artikulasi 2. Titik atau daerah artikulasi 3. Udara
48. ALAT-ALAT ARTIKULASI Alat artikulasi adalah alat ujaran yang boleh membuat
penyempitan dan boleh bergerak semasa meghasilkan bunyi bahasa. Alat-alat itu
ialah : Kedua-duabibir, tulang rahang, lidah, lelangit lembut, dan pita suara.
49. Rongga mulut Lelangit lembut Rongga hidung & Lelangit keras Anak tekak
GusiGigiBibir Epiglotis Rongga tekak Lidah Pita suara TenggorokRahang
50. Bibir Atas dan Bibir Bawah Bibir ialah organ yang menjadi sempadan paling
luar dari rongga mulut. Merupakan kumpulan otot yang kenyal yang boleh diubahubah bentuk dengan menguasai otot-otot tersebut. Bibir tersebut boleh menjadi
bundar, leper untuk mengeluarkan bunyi-bunyi yang berlainan.
51. Epiglotis Anak tekak yang terdiri dari sekelompokotot yang berbentuk bujur
daun yang bolehbergerak ke depan atau ke belakang untuk menutup rongga
rengkung. Ianya jugaboleh digerakkan untuk menyempitkan atau meluaskan rongga
rengkung.
52. Tulang Rahang Tulang rahang terlibat dalam penghasilan bunyi- bunyi bahasa
dalam menentukan kedudukan bibir dan gigi. Mulut akan terbuka luas jika rahang
dibuka dan tertutup jika rahang ditutup.
53. Lidah Merupakan alat artikulasi yang terpenting. Gerakan lidah ke daerahdaerah tertentu dalam rongga mulut menghasilkan bunyi-bunyi bahasa yang
berbeza. Lidah di bahagikan kepada 5 bahagian penting iaitu : Hujung lidah,
tengah lidah, depan lidah,belakang lidah dan akar lidah.Bahagian-bahagian lidah ini
boleh digerak-gerakkan sama ada diangkat, dinaikkan atau diturunkan untuk
membuat penyekatan terhadap udara yang keluar melalui rongga mulut.
54. Lelangit 2 bahagian Lelangit keras : Terletak diantara gusi dan lelangit
lembut. Lelangit keras berfungsi sebagai daerah artikulasi dalam pengeluaran
bunyi-bunyi. Lelangit lembut bermula dari sempadan lelangit keras hingga ke
akhir rongga mulut dan merupakan bahagian lelangit yang paling belakang dalam
rongga mulut. Lelangit lembut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka
rongga tekak dan saluran rongga hidung.
55. Pita Suara Pita suara terletak dalam rongga rengkung.Dalam peti suara
terdapat otot-otot selaput nipisyang dikenali sebagai pita suara. Pita suara dapat

dirapatkan dan direnggangkan. Ruang antara pita suara itu dipanggil glotis. Glotis
boleh disempitkan, dikecilkan atau dirapatkan hingga tertutup sama sekali.
56. GusiTerletak di antara gigi dan lelangit keras.Keadaanya cembung dan berfungsi
sebagai daerah artikulasi. Gusi berperanan dalampengeluaran bunyi-bunyi seperti
bunyi t, d, l dengan bantuan hujung lidah.
57. Daerah Artikulasi Daerah artikulasi ialah bahagian dalam rongga mulut yang
tidak dapat bergerak atau digerakkan dalam penghasilan bunyi . Walau
bagaimanapun daerah-daerah ini dapat disentuh oleh alat-alat artikulasi tertentu.
Daerah-daerah ini ialah gigi bawah, gigi atas, gusi, lelangit keras, dan velum.
58. Peranan Udara Setiap bunyi bahasa dihasilkan oleh alat ujaran yang berfungsi
serentak dengan udara yang keluar dari paru-paru. Lazimnya bunyi-bunyi bahasa
dihasilkan sewaktu udara keluar dari paru-paru, melalui rongga-rongga rengkung,
tekak, mulut, dan hidung.
59. Apa Itu BUNYI ? Bunyi adalah gelombang udara yang keluar daripada kedua
belah paru-paru, seterusnya melalui pita suara, ke rongga tekak dan akhirnya
keluar terus melalui rongga mulut atau rongga hidung. Semasa udara keluar
melalui rongga tekak dan rongga mulut, udara itu mungkin mengalami gangguan
atau sekatan atau mungkin tidak. Udara yang keluar itu akan mengenai bahagian
gegendang telinga dan akhirnya kita mendengarnya sebagai bunyi.
60. Bunyi Bahasa Bunyi-bunyi yang terdapat di dalam segala bahasa di dunia
ini. Bunyi bahasa adalah bunyi-bunyi yang berfungsi di dalam pertuturan. Ia
merupakan bunyi-bunyi yang berfungsi di dalam komunikasi Untuk tujuan kajian,
bunyi-bunyi tersebut dianggap terpisah atau dipenggalkan menjadi unit-unit kecil
yang dikenali sebagai bunyi penggalan atau fon. Contohnya : [p], [w] dan [a].
61. .sambungan Terdapat juga bunyi lain yang tidak bersifat penggalan, bunyibunyi ini disebut bunyi-bunyi ini disebut bunyi-bunyi suprapenggalan. Contohnya
ialah unsur kepanjangan, membezakan perkataan Inggeris [sit ] (vokal i yang
pendek) daripada perkataan [si:t ] (vokal i yang panjang yang ditandai dengan
lambang dua titik [:] selepas vokal i ).
62. Bukan Bunyi Bahasa Bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi
manusia. Sehingga sekarang masih belum dapat dianggap sebagai bunyi salah satu
bahasa di dunia ini. Contoh : Bunyi batuk, bunyi berdehem, bunyi siulan, tiruan
kepada bunyi binatang, sendawa, mendengkur, bunyi orang menggigil dan
sebagainya.
63. Bunyi Bersuara dan Bunyi Tidak BersuaraKeduanya berkaitan dengan keadaan
pita suara.Sekiranya semasa udara keluar melalui pitasuara, keadaan pita suara
(glotis) itu agak rapatmaka berlakulah getaran dan bunyi yangmenghasilkan bunyi
bersuara.Sekiranya keadaan glotis renggang atau terbuka,sewaktu udara keluar

melaluinya, tidak berlakugetaran dan bunyi yang terhasil adalah bunyitidak


bersuara.
64. Bagaimana Bunyi DihasikanUdara dikeluarkan dari kedua belah paru-paru
melaluiruang tenggorok dan pita suara, masuk ke rongga tekak,seterusnya ke
rongga mulut atau rongga hidung.Sekiranya semasa udara itu lalu pada pita suara,
pitasuara itu tertutup rapat dan udara terpaksa keluarsecara terdesak maka bunyi
batuk akan timbul.Manakala jika pita suara renggang dan udara dapatkeluar
melaluinya, pita suara itu akan bergetar makabunyi yang terhasil ialah bunyi
bersuara.
65. Sambungan Apabila pita suara lebih renggang lagi, udara boleh keluar
dengan mudah, pita suara tidak bergetar, oleh itu bunyi yang terhasil adalah bunyi
tidak bersuara. Udara yang keluar dari pita suara akan masuk ke rongga tekak lalu
mungkin ia terus ke rongga hidung atau rongga mulut. Lelangit lembut atau anak
tekak akan mengatur jalan udara sama ada ke rongga mulut atau rongga hidung.
Sekiranya lelangit lembut dan anak tekak tidak menutup ruang ke rongga hidung
maka udara akan keluar melalui hidung yang akan menghasilkan bunyi sengau.
66. Sambungan Manakala jika ruang ke rongga hidung tertutup, udara akan
keluar melalui rongga mulut dan bunyi yang terhasil bukan bunyi sengau.

You might also like