You are on page 1of 21

1 PENDAHULUAN

Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi manusia. Alat pertuturan
ini sememangnya kompleks, tetapi teratur dengan menggunakan kod-kod tertentu.
Asmah Hj Omar (1986) mengatakan bahasa yang digunakan oleh manusia adalah
menggunakan alat-alat ujaran yang terdapat dalam tubuh badan manusia itu sendiri.
Contohnya bibir, lidah, lelangit dan pita suara.
Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika
menghasilkannya udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan
rongga mulut tanpa mendapatkan sebarang sekatan atau geseran. Dengan kata lain
bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri seperti bersuara, udara keluar dari paru-paru
berterusan dan udara keluar tanpa sekatan atau geseran. Sifat vokal ini ditentukan oleh
kedudukan lidah dan keadaan bibir. Vokal dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga,
iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang.
Bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa ciri tertentu iaitu, keadaan bibir
sama ada dihamparkan atau dibundarkan, bahagian lidah yang terlibat sama ada depan
lidah atau belakang lidah, turun naik lidah sama ada dinaikkan setinggi-tingginya,
dinaikkan sedikit atau diturunkan, keadaan lelangit lembut, sama ada dinaikkan dan
udara dari paru -paru keluar melalui rongga mulut sahaja menghasilkan bunyi-bunyi
vokal atau oral) atau dinaikkan tetapi tidak rapat sehingga udara dari paru-paru keluar
melalui rongga mulut dan juga rongga hidung menghasilkan bunyi-bunyi vokal yang
disengaukan dan keadaan glotis dirapatkan dan semasa udara keluar dari paru-paru
pita suara bergetar. Selain vokal terdapat juga separuh vokal, diftong dan vokal
rangkap.
Konsonan ialah bunyi selain dari bunyi vokal. Konsonan terhasil apabila terdapat
gangguan atau halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu. Konsonan
terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara
bermaksud konsonan yang terhasil apabila tekanan udara yang keluar dari peparu
menggetarkan pita suara manakala konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang
terhasil apabila udara dari peparu tidak menggetarkan pita suara.

konsonan Bahasa Melayu meliputi bunyi letupan, letusan, sengauan, sisian,


geseran, malaran dan getaran. Hentian sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letupan
(plosif). Udara yang dilepaskan daripada paru-paru akan mengalami sekatan
sepenuhnya sama ada di bahagian bibir, lelangit keras, lelangit lembut atau pita suara.
Kemudian udara akan dilepaskan serta-merta dan akan terhasillah bunyi. Konsonan
terbahagi kepada 2 iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman. Konsonan asli bahasa
Melayu merupakan konsonan yang sedia ada dan diguna oleh penutur bahasa Melayu
tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh penutur. Penghasilan konsonan-konsonan
tersebut melibatkan daerah-daerah artikulasi seperti dua bibir, gusi, lelangit keras,
lelangit lembut, pita suara, glotis dan rongga hidung.Bunyi vokal ditakrifkan sebagai
bunyi yang terhasil apabila udara yang keluar tidak mengalami sebarang sekatan, iaitu
keluar secara berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut. Semasa bunyi vokal
dihasilkan, pita suara mengalami getaran. Jika tidak, maka tiada bunyi yang akan
terhasil. Oleh itu, getaran pita suaralah yang menghasilkan bunyi. Penghasilan vokal ini
juga dikaitkan dengan bentuk bibir, sama ada bundar, neutral ataupun hampar, di
samping kedudukan lidah, sama ada tinggi, sederhana mahupun rendah.
Terdapat lapan bunyi vokal, iaitu [a], [e], [], [], [ ] [i], [o] dan [u]. Kelapan-lapan
gugus vokal ini dihasilkan melalui cara yang berbeza. Persamaannya ialah pita suara
mesti digetarkan dan lelangit lembut diangkat menutup rongga hidung bagi
mengelakkan udara terlepas melalui hidung, yang seterusnya menghasilkan bunyi
sengauan. Yang membezakannya pula ialah bentuk bibir dan kedudukan lidah.
Perbezaan inilah yang menghasilkan vokal yang berlainan.
Definisi Diftong dan Konsonan menurut Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu
(Marzukhi Nyak Abdullah,1997:63), diftong (diphthong) ialah gabungan dua bunyi
vokal yang disebut sebagai satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah
contohnya, [ai] dalam [pandai] pandai, dan [au] dalam [pulau] pulau. Konsonan pula
ialah semua bunyi selain vokal yang dihasilkan dengan melakukan sekatan terhadap
arus udara yang dilepaskan melalui paru-paru. Sekatan itu dapat dilakukan dalam
bentuk hentian sepenuhnya, hentian sebahagian atau hentian sekejap-sekejap
(Abdullah Hassan,2006:44).

Jenis-Jenis Diftong dan Konsonan Bahasa Melayu

mempunyai tiga bunyi diftong, iaitu [ai], [au] dan [oi]. Diftong boleh membentuk suku
kata seperti dalam perkataan [# tupai #], [# panau #] dan [# amboi #]. Keadaan sebegini
membezakan diftong daripada deretan vokal contohnya, mengenai (Abdullah Hassan,
2006:42). Bunyi konsonan pula dapat dihuraikan berdasarkan cara penghasilannya,
sama ada letupan, letusan, sengauan, geseran dan sebagainya, serta titik artikulasi
atau daerah sebutannya, seperti dua bibir, gigi-gusi, lelangit keras, lelangit lembut, anak
tekak dan lain-lain.
Bunyi diftong bersifat satu suku kata yang melibatkan alat artikulasi lidah. Diftong
Bahasa Melayu terdiri (i) diftong biasa, iaitu gabungan dua bunyi vokal yang disebut
dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah. contohnya, [ai] dalam [pandai]
pandai, dan [a] dalam [pula] pulau, (ii) diftong lebar yang melibatkan perubahan yang
luas pada kedudukan lidah contohnya, [ai] dalam [pantai], (iii) diftong menurun, iaitu
diftong yang puncak kenyaringannya jatuh pada vokal pertama contohnya, [ai] dalam
[pandai] pandai dan (iv) diftong sempit, iaitu diftong yang melibatkan perubahan yang
sempit pada kedudukan lidah contohnya, [oi] dalam [sepoi] sepoi. Kedudukan alat
artikulasi lidah ketika menyebut bunyi diftong adalah seperti berikut:
Intonasi dalam Bahasa Melayu ialah nada suara yang turun naik atau tinggi
rendah sewaktu bercakap dan hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau
kalimat dalam bahasa Melayu, sama ada ayat penyata biasa, ayat tanya, ayat perintah,
ayat terbalik atau songsang atau ayat pasif dan seumpamanya. Intonasi bahasa Melayu
dapat dikenali dan digayakan dengan empat tingkat nada yang biasa ditandai dengan
angka 1, 2, 3 dan 4. Angka 1 menandai nada yang paling rendah dan angka 4
menandai nada yang paling tinggi. Nada 2 memulakan ujaran dan nada 3 merupakan
nada tekanan. Intonasi bahasa Melayu mempunyai hubungan yang rapat dengan
sintaksis, iaitu dapat membezakan jenis dan bentuk ayat. Intonasi wujud dalam bahasa
Melayu bagi menandai dan memisahkan frasa yang pelbagai jenis dan bentuknya.

2 ALAT ARTIKULASI
Alat tutur atau alat artikulasi merupakan alat-alat yang memainkan peranan amat
penting dalam mengeluarkan atau menghasilkan bunyi bahasa. Alat-alat ini adalah
terdiri daripada bibir atas dan bibir bawah, hujung lidah, hadapan lidah, belakang lidah,
gusi, batas gusi, lelangit keras, lelangit lembut dan pita suara. Kesemua alat-alat yang
dinyatakan di atas berfungsi bagi menghasilkan bunyi bahasa (vokal, konsonan, dan
diftong) yang dilabelkan mengikut alat dan daerah pengeluaran yang terlibat. Tegasnya
bunyi bahasa merupakan bunyi-bunyi yang berfungsi di dalam pertuturan. Bunyi-bunyi
bukan bahasa pula adalah bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat tutur (artikulasi)
manusia tetapi masih belum dapat dianggap sebagai bunyi salah satu bahasa di dunia
ini. Contoh-contoh bukan bunyi bahasa ialah bunyi batuk, bunyi siulan, bunyi orang
berdehem, tiruan kepada bunyi-bunyi binatang, sendawa, mendengkur, bunyi orang
kedinginan (menggigil) dan sebagainya. Seperti mana yang kita ketahui bahawa bunyi
bahasa terjadi jika udara mengalami halangan atau hambatan pada alat-alat artikulasi.
Secara terperinci bahagian-bahagian tubuh yang ikut menentukan baik secara langsung
ataupun tidak langsung dalam hal terjadinya bunyi bahasa itu adalah alat artikulasi. Alat
tutur (artikulasi) atau disebut juga artikulator yang berfungsi dalam penghasilan bunyibunyi bahasa.
Alat artikulasi merupakan alat yang digunakan bagi menghasilkan bunyi. Alat-alat
ini adalah bibir atas dan bawah, hujung lidah, hadapan lidah, belakang lidah, gusi, batas
gusi, lelangit keras, lelalangit lembut, dan pita suara. Alat ini dapat kita bahagi kepada
dua, iaitu yang aktif dan pasif. Alat artikulasi aktif adalah alat yang boleh digerakkan
manakala yang pasif pula adalah sebaliknya. Antara alat artikulasi aktif ialah lidah,
lelangit lembut dan gigi bawah. Alat artikulasi atau alat atau organ yang berfungsi untuk
mengeluarkan bunti bahasa. Terdapat banyak alat yang terlibat dalam mengeluarkan
bunyi bahasa iaitu alat-alat yang terlibat dalam sistem udara yang keluar dan masuk ke
paru-paru untuk menghasilkan bunyi bahasa. Bunyi bahasa yang dihasilkan ialah vokal,
konsonan dan diftong. Setiap alat artikulasi mengeluarkan bunyi bahasa mengikut
daerah pengeluaran bunyi bahasa yang tertentu. Alat-alat artikulasi utama terdiri lidah,
gigi, bibir, gusi, lelangit, rongga hidung dan pita suara.

Rajah 1: Organ Artikulasi


1 Bibir Atas

11 Tengah Lidah

2 Bibir Bawah

12 Belakang Lidah

3 Gigi Atas

13 Akar Lidah

4 Gigi Bawah

14 Epiglotis

5 Gusi

15 Rongga Suara

6 Lelangit Keras

16 Rongga Tekak

7 Lelangit Lembut

17 Rongga Hidung

8 Anak Tekak

18 Rongga Mulut

9 Hujung Lidah

19 Rahang

10 Hadapan Lidah

20 Tenggorok

2.1 FUNGSI ALAT-ALAT ARTIKULASI


2.1.1 Lidah
Lidah merupakan alat artikulasi yang terpenting paling aktif dan digelar tulang belakang
kepada pertuturan manusia.Lidah terbahagi kepada lima bahagian iaitu belakang
lidah,tengah lidah,hadapan lidah,daun lidah dan hujung lidah serta pembahagian ini
membolehkan lidah menghasilkan pelbagai bunyi.
Belakang lidah : bahagian lidah yang paling belakang dan bertentangan dengan lelangit
lembut
Tengah lidah atau akar lidah :bahagian lidah yang bertentangan antara pertemuan
langit keras dan lelangit lembut
Hadapan lidah : bahagian lidah yang bertentangan dengan lelangit keras
Daun/akar lidah : bahagian lidah sepanjang garisan menghadap gusi
Hujung lidah : bahagian lidah yang paling akhir dan bertemu dengan gigi

2.1.2 Gigi
Selain lidah, Gigi juga berperanan penting dalam penghasilan bunyi bahasa meskipun
peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai
penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang
seterusnya menghasilkan bunyi.
2.1.3 Bibir
Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut.Bibir terdiri
daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan
mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Selain itu,Bibir juga menjadi sempadan
paling luar daripada rongga mulut.Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara
yang keluar daripada rongga mulut.
2.1.4 Gusi

Gusi merupakan bahagian yang cembung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam
rongga mulut.Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung
lidah yang berfungsi membuat penyekatan.
2.1.5 Lelangit
Lelangit dapat dipecahkan kepada dua bahagian,iaitu lelangit keras dan lelangit lembut.
Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut.
Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut
dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke
rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar
melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara
terpaksa keluar melalui rongga hidung.
2.1.6 Rongga Hidung
Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh
dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit
lembut dinaikkan atau tidak.

2.1.7 Pita Suara


Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam
penghasilan bunyi.Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan
mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan.
3 PENGHASILAN BUNYI-BUNYI VOKAL, KONSONAN DAN DIFTONG
Vokal merupakan bunyi oral tetapi ada yang dinasalkan. Selain itu, vokal juga
adalah bunyi bersuara. Untuk menghasilkan vokal, udara keluar melalui rongga oral
tanpa sekatan dan sifatnya ditentukan oleh kedudukan lidah dan keadaan bibir. Vokal
dihasilkan tanpa apa sekatan semasa diujarkan. Semua vokal dalam Bahasa Melayu
bersuara, bermakna pita suara bergetar dan aliran udara keluar tanpa sekatan. Menurut
Mohamad Yunus Maris(1964), terdapat lapan buah vokal dalam Bahasa Melayu iaitu
empat vocal depan dan tiga vokal belakang dan satu vokal tengah.

Rajah 2: Kedudukan bunyi vokal dalam Bahasa Melayu

Gambar rajah di atas menjelaskan tentang kedudukan lidah mengikut bahagianbahagiannya. Bahagian di sebelah kiri terdiri daripada bahagian hadapan lidah,
bahagian sebelah kanan merupakan bahagian belakang lidah manakala bahagian
tengah merupakan bahagian tengah lidah. Ini membuktikan bahawa lidah merupakan
alat artikulasi yang penting dalam penghasilan bunyi-bunyi vokal dan pembahagian
bunyi-bunyi vokal.
Menurut Abdul Hamid Mahmood (1996) keadaan bibir semasa menghasilkan
jenis-jenis vokal adalah seperti berikut:

Rajah 3: Menunjukkan keadaan kedudukan bibir semasa.

Bahagian mulut seperti lidah, bibir, dan gigi digunakan untuk menghasilkan bunyi.
Semua bahagian tersebut dinamakan artikulator. Terdapat tiga faktor yang perlu untuk
menghasilkan bunyi konsonan. Antaranya ialah titik artikulasi yang mana tempat
artikulator itu berada sama ada didekatkan atau dirapatkan.
Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan oleh aliran udara yang tersekat atau
terhalang oleh salah satu alat sebutan seperti bibir, gusi, lelangit lembut,

dan

sebagainya dan udara dilepaskan melalui rongga mulut atau rongga hidung. Dalam

bahasa Melayu, terdapat 25 fonem konsonan yang dilambangkan oleh 26 huruf


konsonan. Selain itu, Dalam bahasa Melayu, terdapat enam fonem vokal atau bunyi
vokal yang standard. Huruf-huruf yang melambangkan fonem-fonem tersebut ialah a, e,
i, o dan u. Konsonan merupakan bunyi-bunyi bahasa yang apabila dikeluarkan bunyibunyi ini menerima sekatan, sempitan, dan geseran sama ada di bahagian rongga
mulut, tekak dan hidung. Selain itu, konsonan juga ialah bunyi selain bunyi vokal. Bunyibunyi konsonan ada yang bersuara dan tidak bersuara. Konsonan yang terhasil apabila
tekanan udara yang keluar dari paru-paru menggetarkan pita suara ialah konsonan
bersuara manakala konsonan yang terjadi apabila udara dari paru-paru tidak
menggetarkan pita suara disebut sebagai konsonan tidak bersuara. Terdapat dua jenis
konsonan dalam Bahasa Melayu iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman. Terdapat
lapan belas konsonan asli termasuklah dua konsonan separul vokal. Selain itu, dalam
Bahasa Melayu, konsonan pula dibahagikan kepada tujuh jenis seperti letupan
(p,b,t,d,k,g), letusan (c,j), geseran (s,h), getaran (r) , sisian (l) , sengauan (m,n,ny,ng) ,
separuh vokal (w,y). Lapan belas konsonan asli yang terdapat dalam bahasa Melayu
dapat diklasifikasikan mengikut cara dan daerah sebutannya seperti yang terdapat
dalam jadual berikut:

Cara
sebutan
Letupan
Letusan
Sengau
Geseran
Getaran
Sisian
Separuh

bibir

Daerah sebutan
Gigi-gusi
Lelangit
keras

Pb
M
W

Td
N
S
R
L
-

Cj
(ny)
Y

Lelangit
lembut
Kg
(ng)
-

Glottis
H
-

vokal
Jadual 1: Carta Konsonan Bahasa melayu
Konsonan merupakan bunyi-bunyi bahasa yang apabila dikeluarkan bunyi-bunyi
ini menerima sekatan, sempitan, dan geseran sama ada di bahagian rongga mulut,
tekak dan hidung. Selain itu, konsonan juga ialah bunyi selain bunyi vokal. Bunyi-bunyi

konsonan ada yang bersuara dan tidak bersuara. Konsonan yang terhasil apabila
tekanan udara yang keluar dari paru-paru menggetarkan pita suara ialah konsonan
bersuara manakala konsonan yang terjadi apabila udara dari paru-paru tidak
menggetarkan pita suara disebut sebagai konsonan tidak bersuara. Terdapat dua jenis
konsonan dalam Bahasa Melayu iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman. konsonan
asli terdapat lapan belas konsonan asli termasuklah dua konsonan separul vokal.
Selain itu, dalam Bahasa Melayu,

konsonan pula dibahagikan kepada tujuh jenis

seperti letupan (p,b,t,d,k,g), letusan (c, j), geseran (s,h), getaran (r) , sisian (l) ,
sengauan (m,n,ny,ng) , separuh vokal (w,y).

Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang dilafazkan secara berterusan
dalam satu hembusan nafas. Hal ini seperti demikian kerana bunyi diftong terhasil
apabila bunyi satu vokal menggeluncur dengan cepatnya ke suatu vokal lain. Ertinya,
lidah pada mulanya diletakkan pada keadaan sebagaimana membunyikan sesuatu
vokal, kemudian digeluncurkan ke arah membunyikan vokal yang lain. Diftong dianggap
sebagai satu suku kata, dan dilambangkan oleh dua vokal tetapi bertindak sebagai satu
fonem. Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis diftong, iaitu ai, au, dan oi. H uruf
diftong adalah gabungan dua buah huruf vokal yang menghasilkan bunyi rangkap.
Terdapat tiga jenis diftong standard dalam bahasa Melayu, iaitu [ay], [aw] dan [oy].
Manakala, dalam onotografi bahasa Melayu pula, diftong dilambangkan kepada tiga
jenis, iaitu [ai], [au] dan [oi]. Sebagai contoh perkataan aising, lampau dan boikot.
Dalam perkataan asli bahasa Melayu pula, diftong hanya terdapat pada suku
kata kedua atau suku kata akhir bagi suku kata terbuka. Dalam keadaan lain pula,
kedudukan diftong [ai] dan [au] boleh berlaku di awal, tengah dan akhir perkataan,
manakala diftong [oi] hanya terhad pada suku kata terbuka akhir perkataan sahaja.
Dalam bahasa Melayu lagi, diftong dianggap sebagai satu suku kata yang
dilambangkan oleh dua fonem vokal tetapi disebut sebagai satu bunyi. Diftong juga
mempunyai puncak kelantangan dan ciri geluncuran dalam membunyikannya, iaitu
lidah pada mulanya diletakkan pada keadaan seperti hendak membunyikan sesuatu
vokal, kemudian digeluncurkan kearah membunyikan vokal yang lain.

Jenis
Diftong
/ai/
/au/
/oi/

Awal
/aising/
/aurat/
-

Kedudukan Diftong
Tengah
/ghairah/
/daulat/
/boikot/

Akhir
/pandai/
/kalau/
/amboi/

Jadual 2 : Diftong yang terdapat dalam bahasa Melayu

Diftong dalam bahasa Melayu disebut dengan bunyi vokal pertamanya lebih nyaring,
lebih panjang dan lebih tekenannya daripada bunyi vokal yang kedua. Selain itu, diftong
boleh dibahagi kepada dua jenis, iaitu diftong naik atau diftong turun. Diftong naik
adalah diftong yang bunyi vokal keduanya disebut lebih kuat atau nyaring, lebih panjang
dan tekanan vokalnya lebih daripada tekanan vokal pertama. Manakala diftong turun
pula ialah bunyi vokal pertamanya disebut lebih nyaring, lebih panjang dan lebih
tekanannya daripada vokal kedua. Selain itu, diperkenalkan juga diftong /ei/ dari kata
pinjaman, contohnya, Mei, esei. Diftong dibezakan dari "vokal rangkap" iaitu geluncuran
dua vokal yang bersebelahan dalam dua suku kata, contohnya (/a-i/ contoh: kain). (/au/ contoh: laut).
Cara penghasilan bunyi konsonan asli Konsonan Letupan ialah Dua Bibir Tidak
Bersuara [p] dan Letupan Dua Bibir bersuara [b] Untuk menghasilkan konsonan letupan
dua bibir tidak bersuara [p], lelangit lembut mesti dinaikkan serta bibir dirapatkan.
Seterusnya, udara tersekat pada dua bibir dan udara dipaksa keluar. Jika mulut dibuka
dengan cepat, keluarlah bunyi [p]. Penghasilan konsonan ini terjadi dan dinamakan
sebagai letupan dua bibir tidak bersuara kerana kerana pita suara tidak bergetar.
Manakala jika pita suara bergetar, bunyi itu dinamakan letupan dua bibir bersuara [b].
Perbezaannya hanyalah dengan pita suara dirapatkan, arus udara dari paru-paru keluar
melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara.

Rajah 4: Konsonan Letupan [p] dan [b]

Konsonan Letupan Gusi Tidak Bersuara [t] dan Letupan Gusi Bersuara [d]
Untuk menghasilkan konsonan letupan gugi tidak bersuara [t], dua bibir dirapatkan dan
ini bukan sahaja membuatkan udara akan tersekat tetapi juga mengenakan hujung
lidah pada gusi, lelangit lembut dinaikkan dan udara tertahan. Jika sekatan udara
dilepaskan, maka bunyi [t] iaitu letupan gusi tak bersuara terhasil. Seterusnya, jika pita
suara digetarkan, terhasillah bunyi konsonan letupan gusi bersuara [d].

Rajah 5: Konsonan Letupan [t] dan [g]


Letupan Lelangit Lembut Tidak bersuara [k] dan Bersuara [g]
Cara membunyikan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k], adalah apabila belakang
lidah dirapatkan dengan lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada arus
udara. Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke rongga tekak bagi menyekat arus
udara ke rongga hidung. Manakala untuk membunyikan letupan lelangit lembut
bersuara [g], langkah yang sama seperti konsonan [k] digunakan untuk menghasilkan
bunyi tersebut. Bezanya ialah pita suara dirapatkan, arus udara yang keluar melalui
rongga mulut menggetarkan pita suara.
3.1 Konsonan Geseran
Geseran Gusi Tidak Bersuara [ s ]
Konsonan geseran ini dihasilkan dengan cara iaitu dengan menaikkan lidah ke gusi
untuk membuat sempitan pada arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan
ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara ke rongga hidung. Manakala pita
suara direnggangkan. Maka terhasillah bunyi [s], iaitu bunyi geseran gusi tidak bersuara
di mana arus udara melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.

Geseran Glotis [h]


Glotis terbuka luas.Lelangit lembut dinaikkan untuk menyekat perjalanan udara ke
rongga hidung. Arus udara ditekan keluar dari paru-paru dan melalui sempitan
dilakukan pada bahagian glotis supaya semasa udara keluar melalui ruang
tersebut,akan terhasil bunyi geseran. Adakalanya [h] disampaikan sebagai vokal tak
bersuara, yang sama daerah artikulasi dengan vokal-vokal yang lain.

Rajah 5: Geseran Glotis [h]

Rajah 6: Geseran Gusi Tidak Bersuara [ s ]

3.2 Konsonan Letusan


Letusan Gusi Lelangit Keras[c],[j]
Apabila depan lidah ditemukan dengan lelangit keras, bunyi letusan akan dihasilkan.
Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus udara yang
keluar dari paru-paru melalui rongga mulut dan tersekat di belakang pertemuan depan
lidah dan gusi. Bagi menghasilkan bunyi letusan gusi lelangit keras bersuara [ j ] ,pita
suara digetarkan manakala letusan bunyi yang tidak bersuara [ c ] terhasil apabila pita
suara tidak digetarkan. Kedua-dua konsonan ini hadir pada awal dan tengah perkataan
sahaja dalam Bahasa Melayu Asli tetapi konsonan ini hadir pada akhir perkataan hanya
pada perkataan-perkataan pinjaman.

Rajah 7: Letusan Gusi Lelangit Keras[c],[j]

3.3 Konsonan Getaran:


Getaran Gusi Bersuara [ r ]
Untuk menghasilkan bunyi konsonan ini, hujung lidah diletakkan dekat dengan gusi
sehingga melalui antara lidah dan gusi. Kemudian, lidah bergetar. Lelangit lembut pada
ketika itu dinaikkan maka terhasillah bunyi getaran gusi bersuara

Rajah 8: Getaran Gusi Bersuara [ r ]


3.4 Konsonan Sisian
Sisian Gusi [ l ]
Untuk menghasilkan konsonan ini, hujung lidah dinaikkan sehingga sampai ke bahagian
tengah gusi. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung.
Udara dari rongga mulut hanya boleh keluar melalui kedua-dua belah tepi atau sisi
lidah. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.

Rajah 9: Sisian Gusi [ l ]

Konsonan Sengauan (nasal)


Terdapat 4 jenis bunyi sengau atau nasal dalam Bahasa Melayu iaitu sengau dua bibir
[m], sengau gusi [ n ],sengau lelangit keras[ ny] dan sengau lelangit lembut [ng]. Bunyi-

bunyi nasal dapat dibezakan apabila berlaku daerah udara disekat yang berlaku pada
rongga mulut. Pita suara digetarkan dan lelangit lembut dinaikkan.
Konsonan Sengauan Dua Bibir [m]
Bunyi ini terhasil apabila dua bibir dirapatkan manakala lelangit lembut diturunkan. Arus
udara dari paru-paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara
bergetar.
Konsonan Sengauan Gusi [n]
Konsonan sengauan gusi [n] ini terhasil apabila hujung lidah dinaikkan ke gusi serta
lelangit lembut diturunkan. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga hidung.
Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.
Konsonan Sengauan Gusi-Lelangit Keras [ny]
Depan lidah ditemukan ke lelangit keras. Lelangit lembut diturunkan. Arus udara dari
paru-paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.
Konsonan Sengauan Lelangit Lembut [ng].
Belakang lidah diangkat ke lelangit lembut. Lelangit lembut diturunkan. Arus udara dari
paru-paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.
Sengauan Gusi Lelangit Keras [ny]
Depan lidah ditemukan dengan lelangit keras.Lelangit lembut diturunkan. Arus udara
dari paru-paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.
Konsonan Separuh Vokal
Penghasilan bunyi separul vokal terjadi apabila kedudukan lidah tidak tetap tetapi
bergerak dan membuat luncuran. Terdapat dua jenis bunyi separuh vokal iaitu separuh
vokal dua bibir bersuara [w] dan separuh vokal lelangit keras [y].
Separuh Vokal Dua Bibir Bersuara [w]

Bibir dan belakang lidah mengambil kedudukan seperti menghasilkan vokal [u],iaitu
bibir dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin. Kemudian berlaku
geluncuran ke arah kedudukan vokal yang mengikutinya [0]. Lelangit lembut dinaikkan
dan pita suara bergetar.

Separuh Vokal Lelangit Keras [y]


Bibir dan lidah mengambil kedudukan seperti menghasilkan vokal [i] iaitu bibir
dihamparkan dan hujung lidah diangkat setinggi-tingginya. Kemudian ,berlaku
geluncuran ke arah vocal yang mengikutnya [e]. Lelangit lembut dinaikkan dan pita
suara bergetar.

3.5 KONSONAN PINJAMAN


Geseran Bibir Gusi Tidak Bersuara [f] dan Bersuara [v]
Bunyi-bunyi tersebut dihasilkan dengan merapatkan dua bibir sehingga apabila udara
melalui terdapat geseran. Lelangit lembut dinaikkan. Pita suara tidak bergetar untuk
membunyikan [f] iaitu bunyi geseran bibir gusi tidak bersuara manakala bunyi [v]
terhasil apabila pita suara bergetar

Rajah 10: Geseran Bibir Gusi Tidak Bersuara [f] dan Bersuara [v]

Geseran Gigi-[th] dan [dh/dz]


Untuk menghasilkan geseran gigi-[th] dan [dh/dz] ,hujung lidah berada di antara gigi
atas dan gigi bawah manakala lelangit lembut dinaikkan . Udara yang keluar dari paruparu dibiarkan bergeser di daerah gigi. Jika glotis direnggangkan dan pita suara tidak
bergetar, bunyi yang terhasil ialah bunyi geseran tidak bersuara [th]. Jika glotis
dirapatkan dan pita suara bergetar, bunyi yang terhasil ialah bunyi geseran bersuara
[dh].
Konsonan Geseran Gusi Bersuara [z]
Konsonan Geseran Gusi Bersuara [z] dihasilkan apabila hujung lidah ditemukan
dengan daerah gusi. Lelangit lembut dinaikkan. Arus udara dari paru-paru keluar
melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser di pertemuan hujung lidah dengan gusi.
Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar, bunyi yang terhasil ialah bunyi konsonan
geseran bersuara,[z].
Geseran Gusi Lelangit Keras Tak Bersuara[sy]
Hadapan lidah dinaikkan ke arah gusi lelangit keras untuk menyekat perjalanan udara
yang keluar melalui rongga mulut. Lelangit lembut dinaikkan untuk menghasilkan bunyi
geseran lelangit keras bersuara. Glotis direnggangkan, pita suara tidak digetarkan dan
terhasillah bunyi geseran tidak bersuara [sy].
Geseran Lelangit Lembut [kh] dan [gh]
Untuk menghasilkan bunyi konsonan ini,belakang lidah dinaikkan untuk menutup
rongga hidung. Udara dari rongga tekak keluar ke arah rongga mulut melalui ruang
yang telah mengalami sempitan pada lelangit lembut. Bagi menghasilkan geseran
bersuara [kh ], glottis dirapatkan, pita suara digetarkan manakala bagi menghasilkan
bunyi geseran lelangit lembut tidak bersuara [ gh ], glotis direnggangkan dan pita suara
tidak digetarkan.
Vokal Hadapan Sempit [i]

Penghasilan vokal hadapan sempit terjadi apabila hadapan lidah dinaikkan tinggi tetapi
tidak menyentuh lelangit keras manakala lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan
untuk menutup rongga hidung. Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dapat
menggetarkan selaput. suara. Contoh: ikan, lihat, pili.
Vokal Hadapan Separuh Sempit [e]
Untuk menghasilkan bunyi ini depan lidah dinaikkan, tetapi lebih rendah daripada bunyi
vokal [i] sementara alat-alat lain sama sahaja peranannya. Vokal ini terletak di tengah
bahagian hadapan mulut. Kalau kita menyebut vokal [ e ], bahagian depan lidah
diturunkan satu pertiga daripada kedudukan vokal [ i ]. Untuk menyebutnya, hadapan
lidah dinaikkan tetapi lebih rendah daripada bunyi vokal [ i ]. Lelangit lembut terangkat
rapat ke belakang tekak dan menutup rongga hidung. Udara dikeluarkan dari paru-paru
melalui rongga mulut tanpa sekatan. Pita suara akan bergetar.
Vokal Hadapan Separuh Luas []
Untuk menghasilkan vokal ini, hadapan lidah dinaikkan separuh luas iaitu lebih rendah
daripada cara membunyikan vokal [e] yang bergerak ke arah lelangit keras iaitu hujung
lidah mencecahi gigi dan gusi sebelah bawah. Lelangit lembut dan anak tekak
dinaikkan untuk menutup rongga hidung dan pita suara bergetar. Kedudukan alat
pertuturan adalah sama seperti semasa mengeluarkan bunyi vokal [i] dan [e]. Contoh:
tauke, gelek, gesek, gerek.
Rajah 12: Vokal Hadapan

Rajah 13: Vokal Hadapan

Separuh Sempit [e]

Rajah 11: Vokal Hadapan Sempit


[i]

Vocal hadapan luas [a]

Separuh luas []

Vokal ini dihasilkan dengan menurunkan hadapan lidah serendah-rendahnya. Lelangit


lembut berkeadaan terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga hidung. Pita
suara bergetar. Vokal ini paling banyak terdapat dalam Bahasa Melayu. Untuk
mengeluarkan bunyi vokal ini, hadapan lidah dinaikkan sedikit sahaja ke arah lelangit
keras, anak tekak dan lelangit lembut menutup rongga hidung serta pita suara bergetar.

Vokal Belakang Sempit [u]


Penghasilan bunyi vokal ini terjadi apabila bahagian belakang lidah dinaikkan ke arah
lelangit lembut untuk menyempitkan rongga mulut tetapi tidak mencecah lelangit
lembut. Sementara itu, lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan pita suara
bergetar. Contohnya baru, tiru, pupus.
Vokal Belakang Separuh Sempit [o]
Vokal ini dihasilkan dengan belakang lidah diturunkan sedikit daripada titik yang paling tinggi
semasa melafazkan bunyi [u]. Belakang lidah dinaikkan separuh sempit ke arah lelangit lembut,
sementara lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung sementara
pita suara digetarkan.
Rajah 16: Vokal Belakang Separuh

Rajah 15: Vokal Belakang Sempit


Rajah 14: Vokal Hadapan luas [a]

[u]

Sempit [o]

Ciri-ciri Suprasegmental Bahasa Melayu Dan Kepentingannya Dalam Pengajaran


Suprasegmental adalah kajian tentang bunyi kerana setiap satu bunyi
merupakan satu segmen atau penggalan daripada arus tuturan. Setiap hari, kita
bertutur dan pertuturan kita itu kadang kala dalam pelbagai intonasi, tekanan dan nada.
Terdapat empat unsur bahasa atau disebut suprasegmental yang perlu kita perhatikan
iaitu tekanan, nada, jeda dan panjang-pendek.
Tekanan merupakan kelantangan sesuatu suku kata yang menandakan keras
atau lembutnya penyebutan sesuatu suku kata. // adalah lambang untuk tekanan yang
mana lambang itu diletakkan di atas suku kata yang menerima tekanan. Dalam bahasa
Melayu, tekanan tidak membezakan makna. Tekanan ialah ucapan yang ditekankan
pada suku kata atau kata sehingga bagian tersebut tampak lebih keras atau menonjol
dari suku kata atau kata yang lain. Ketika mengucapkan suatu kalimat yang didalamnya
terdapat kata yang penting biasanya kita akan menekan suku kata atau kata tersebut
agar lawan tutur memahaminya dengan benar. Tekanan biasa juga di sebut aksen.
Nada merupakan kadar tinggi atau rendah pengucapan sesuatu perkataan.
Nombor 1(rendah), 2(biasa), 3(tinggi) dan 4(paling tinggi) sesuatu nada itu ditandai.
Jeda bermaksud persendian iaitu unsur hentian yang memisahkan antara unsurunsur
linguistik seperti perkataan, ayat atau frasa. Lambang jeda ialah #. Unsur jeda boleh
membezakan makna. Panjang-pendek menunjukkan kadar panjang atau pendek
sesuatu bunyi yang diucapkan. Lambang fonem ini ialah[:] yang dinamakan mora.
Lambang [:] menunjukkan satu mora, [: :] menunjukkan 2 mora dan [.] setengah mora.
Berdasarkan penjelasan mengenai suprasegmental di atas, jelas menunjukkan bahawa
suprasegmental sangat penting dalam pengajaran kemahiran lisan bahasa Melayu.

Antara kepentingan suprasegmental ini dalam kemahiran lisan adalah Menunjukkan


kepada pelajar bagaimana untuk melontarkan dan menyebut sesuatu suku kata itu
mengikut tekanan atau sebutan yang jelas dan tepat. Dengan sebutan mengikut
tekanan yang tepat, sesuatu perkataan itu mudah difahami. Selain itu, suprasegmental
sangat penting untuk membolehkan seseorang murid itu melafazkan atau melontarkan
percakapan dan pengucapan dengan nada, tekanan dan intonasi yang berbeza
mengikut situasi atau keadaan. Pelajar dapat memahami arahan dengan lebih jelas
sama ada arahan yang berbentuk suruhan, larangan, dan sebagainya. Dengan
menggunakan nada yang berbeza, guru-guru dapat menyampaikan arahan kepada
murid dengan mudah serta murid lebih. Jika nada yang digunakan oleh seseorang guru
itu kuat atau tinggi, murid-murid sudah dapat memahami maksud guru tersebut. Jika
sebaliknya, guru menggunakan nada yang rendah untuk arahan tersebut, tentulah
pelajar akan menganggap arahan itu tidak serius. Selain dari itu ianya juga dapat
menunjukkan dengan lebih jelas kepada murid bagaimanakah untuk membezakan
sesuatu jenis frasa atau ayat. Seperti ayat tanya, ayat seruan, ayat perintah dan ayat
penyata. Contohnya, semasa pengajaran ayat seruan seperti Wah, tingginya bangunan
itu!. Nada dan tekanan semasa guru menyebut perkataan itu memudahkan murid-murid
yang mendengar dan membuat jangkaan tentang maksud ayat dan seterusnya
menjelaskan tentang ayat tersebut. Menyampaikan dengan lebih jelas keadaan atau
suasana, jenis-jenis petikan yang diperdengarkan sama ada sedih, gembira dan
sebagainya. Semua itu melalui intonasi yang terdapat dalam unsur suprasegmental.

You might also like