You are on page 1of 2

KARANGAN

Bidang perniagaan dan keusahawanan merupakan bidang yang sangat mencabar. Pelbagai
faktor diperlukan untuk mencapai kejayaan di dalam perniagaan antaranya kemahiran
pengurusan, kakitangan yang cekap, sumber kewangan yang kukuh, produk dan perkhidmatan
yang baik dan yang paling utama ialah pelangan yang setia dan ramai. Pemasaran adalah aspek
terpenting dalam usaha menarik minat para pelanggan kerana tanpa pelanggan tidak wujudlah
perniagaan. Begitu jua prinsip bagi Puan Yaumi dalam memajukan perniagaannya iaitu kebajikan
pelanggan mesti dijaga. Menurut beliau, Kalau hendak berniaga, kenalah ramah dengan orang.
Pelanggan adalah tuan, tidak mengapa kala kita merendah diri. Kerja juga mesti bersungguhsungguh, jangan fikir hendak rehat banyak.
Kajian yang dilakukan selama kira-kira sebulan ini menemukan saya dengan pelbagai
perkara yang baru dan bernilai. Natijah kajian yang saya lakukan ini juga menelurkan beberapa
unsur patriotisme yang saya perolehi. Melalui kajian yang saya lakukan , sangat pantas jika
kita berbangga sebagai rakyat Malaysia. Kita harus merasa bersyukur kerana hidup di dalam
sesebuah negara yang aman damai yang pesat membangun. Keadaan negara yang harmoni
mendorong ekonomi yang berkembang terutama dalam sektor perindustrian trsadisional. Sebagai
rakyat Malaysia, kita semua bertanggungjawab untuk memastikan keharmonian dan
kesejahteraan yang dicapai tidak hancur berkecai demi generasi di masa hadapan.
Melalui pemerhatian secara tidak langsung, salah satu faktor yang membawa kepada
perkembangan dan kemajuan pesat perusahaan ini adalah kerana nilai-nilai murni yang
diamalkan oleh pihak pengurusan yang terdiri daripada pengusaha dan juga para pekerja.
Kejayaan yang dikecapi tidak datrang bergolek. Ianya hasil kerja keras dan di dorong rasa

tanggungjawab untuk menyara keluarga. Kajian ini banyak menyedarkan saya kepada banyak
perkara. Di sini lahir pelbagai nilai murni seperti bersatu padu, bertolak ansur, bekerjasama,
hormat menghormati dan sentiasa bermuafakat dalam setiap urusan dan perkara. Sikap
mementingkan diri , untuk kepentingan diri dan seperti perumpamaan enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing boleh dikatakan tiada dalam diri setiap daripada mereka . Ia
melahirkan satu bentuk perpaduan dan kekitaan yang jitu antara mereka.
Pihak pengurusan yang penuh bertanggungjawab dalam setiap tindakan juga merupakan
antara nilai murni yang dapat diperhatikan sepanjang kajian. Sebagai pengurus beliau yang
menjadi orang sumber saya memperlihatkan sikap dan sifat ini dalam setiap tindakan dan
langkah yang dilakukan. Sikap-sikap yang ditonjolkan seharusnya diterapkan dalam kehidupan
seharian kita. Sebagai rakyat Malaysia, nilai-nilai murni ini boleh kita guna dalam kelangsungan
hidupan terutamanya dalam aspek sosial di mana kita berinteraksi dengan orang lain demi
menjalinkan semangat patriotisme dan selalu hormat menghormati.
Akhirulkalam, Kajian Kerja Kursus Sejarah ini juga telah menyedarkan saya tentang
pentingnya sifat sentiasa berusaha dan tidak mudah putus asa pada setiap masa sesuai dengan
proses pembuatannya yang menuntut kesabaran dan kegigihan.

You might also like