You are on page 1of 1

1. APA ITU RANGKAIAN?

Definasi Rangkaian
Rangakaian komputer bermaksud sumbungan dua atau lebih perkakasan komputer yang
terpisah secara fizikal tetapi disambungkan secara operasinya. Rangkaian juga merupakan
satu sistem perkongsian alat (pencetak dan CD-Rom), perisian, pertukaran maklumat dan
komunikasi. Maklumat dapat dipindahkan dalam rangkaian melalui kabel, gelombang radio,
pancar infra merah atau satelit.
2. MENGGUNAKAN RANGKAIAN (NETWORKING) DAN Medium ( Kabel ,
gelombang radio, pancar infra merah atau satelit)
.
a) Berkongsi Fail
Pengguna dapat berkongsi fail yang disimpan pada palayan (server) atau komputer
pusat.
b) Menimdahkan Fail
Memudahkan pemindahan fail yang disimpan dari satu komputer ke komputer
yanglain.
c) Berkongsi Perisian (Aplication) dan mengurangkan kos
Memudahkan pengguna untuk berkongsi program aplikasi seperti Word, Lotus, Access
dll. Dengan ini ia dapat mengurangkan kos dan memudahkan instalasi perisian.
d) Berkongsi data dan menjimatkan masa untuk memasukkan data
Data-data dapat dimasukkan serentak oleh dua atau lebih pengguna kedalam satu
aplikasi. Pada masa yang sama juga pengguna yang lain dapat menggunakan data
-data tersebut.
e) Berkongsi Pencetak, Pengimbas, CD-Rom dll
Pencetak atau CD-Rom yang terdapat pada sesebuah komputer dapat digunakan oleh
semua pengguna yang mengunakan komputer lain.
f) Menggunakan Mel Elektronik (E-Mail)
Pengguna dapat menghatar memo dari satu komputer ke komputer yang lain.

You might also like