You are on page 1of 3

Temu Ramah Bersama Orang Sumber

Zuhri

: Assalamualaikum, Puan Yaumi.

Puan Yaumi

: Waalaikumusalam.

Zuhri

: Nama saya Muhd Danial Zuhri bin Zaninudin. Saya bersekolah di Sekolah
Menengah Sains Teluk Intan. Tujuan saya datang ke sini ialah untuk menemu
ramaangh puan untuk Kerja Kursus Sejarah PMR 2013.

Puan Yaumi

: Oh, boleh. Tiada masalah.

Zuhri

: Jadi, boleh tak puan beritahu tahu saya tentang diri puan?

Puan Yaumi

: Nama saya Yaumi binti Parijan. Saya berumur 53 tahun. Alamat tempat ini
ialah Jalan Bahagia, Kampung Labohan Dangang.

Zuhri

: Bilakah Kerepek Umi House mula beroperasi?

Puan Yaumi

:Kerepek Umi Houde mula beroperasi pada tahun 1999. Ketika itu, saya menjual
kerepek secara kecil-kecilan dengan modal sebanyak RM 300. Waktu kedai ini
beroperasi ialah dari 8.00 a.m.- 9.30 p.m. dan rehat pada 12.00 p.m.

Zuhri

: Berapakah bilangan pekerja yang puan ada sekarang?

Puan Yaumi

: Setakat ini saya hanya mempunyai 10 orang pekerja sahaja.

Zuhri

: Apakah jenis kerepek yang dijual di sini?

Puan Yaumi

: Jenis-jenis kerepek yang dijual di sini ialah kerepek pisang,kerepek ubi,kerepek


ubi pedas basah,kerepek kentang dan sebagainya. Saya juga menjual rempeyek,
kacang tanah,kacang dhal,belinjau dan air minuman dalam botol.

Zuhri

: Seluas manakah pasaran puan sekarang?

Puan Yaumi

: Saya hanya memasarkan produk saya di kedai runcit dan pasar mini. Saya juga
memasarkan produk saya di kilang secara borong.

Zuhri

: Apakah sumbangan Kerepek Umi House kepada masyarakat?

Puan Yaumi : Kedai ini memberi peluang kepada penduduk untuk membuat pelbagai jenis
makanan untuk dipasarkan di sini. Hasil keuntungan daripada barang mereka
akan diagihkan sama rata. Selain itu, kedai ini memberi peluang pekerjaan
kepada mereka yang mahu.
Zuhri

: Apakah masalah yang dihadapi puan ketika sedang mengurus Kerepek Umi
House?

Puan Yaumi : Masalah utama yang saya hadapi ialah masalah kekurangan tenaga pekerja.
Selain itu, saya juga menghadapi masalah kekurangan bahan mentah kerana
kebun saya tidaklah sebesar mana. Di samping itu, saya juga menghadapi
persaingan kuat daripada penjual yang lain terutama sekali orang cina.

Zuhri

: Bagaimanakah puan mengatasi masalah-masalah tersebut?

Puan Yaumi : Saya bekerja dengan lebih keras lagi untuk mengatasinya. Saya juga menghadiri
kursus keusahawanan yang diadakan di Banting.
Zuhri

: Apakah harapan puan pada masa akan datang?

Puan Yaumi : Saya berharap untuk membuka lagi cawangan yang berkemungkinan besar
beroperasi di Sungai Besar. Selain itu, saya juga berharap agar dapat membuka
yang lebih besar jika modal mencukupi.
Zuhri

: Itu sahaja soalan yang saya mahu tanya. Saya ingin mengucapkan terima kasih
kepada puan kerana sudi meluangkan masa bersama saya dan membantu saya
menyiapkan kerja kursus ini.

Puan Yaumi : Sama-sama.

You might also like