You are on page 1of 6

Bahasa yang dihasilkan melalui alat artikulasi manusia disebut pertuturan,

kalimat atau ujaran, iaitu satu sistem bunyi yang teratur atau percantuman bunyi yang
hadir secara berulang-ulang atau berurutan. Bahasa berasal daripada bunyi-bunyi yang
disebut bunyi-bunyi bahasa. Menurut Penalosa (dalam buku Siti Hajar Hj. Abdul Aziz,
2008: 87) bahasa bertindak melalui dua bentuk. Pertama, ia melibatkan bunyi-bunyi
bahasa yang dihasilkan melalui alat ujaran manusia. Kedua, meransang pemikiran,
situasi sosial dan makna.Kajian bunyi terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan
fonologi.
Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi bahasa yang berkaitan senarai bunyi
bahasa dan ciri-ciri bunyi tersebut serta peraturan khusus yang menjelaskan cara
bunyi-bunyi tersebut berhubung antara satu sama lain. Tugas bidang fonologi ialah
merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan segala bentuk bunyi dalam sesuatu
bahasa secara terperinci.
Fonetik ialah kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik
memberikan tumpuan kepada fon atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyibunyi itu dihasilkan, didengar dan diiterpretasikan. Bidang fonetik terbahagi kepada tiga
cabang utama, iaitu fonetik artikulasi, fonetik akustik dan fonetik auditori. Fonetik
artikulasi mengkaji cara bunyi- bunyi bahasa dihasilkan oleh manusia dengan
menggunakan alat tutur. Fonetik akustik mengkaji gelombang bunyi dan cara
gelombang tersebut mencapai pendengaran manusia. Fonetik auditori mengkaji cara
otak memproses bunyi yang diterima melalui telinga dan cara bunyi- bunyi tersebut
diinterprestasikan.
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2008: 93), alat artikulasi ialah organ atau organ
yang berfungsi untuk mengeluarkan bunyi bahasa. Terdapat banyak alat yang terlibat
dalam mengeluarkan bunyi bahasa, iaitu alat-alat yang terlibat dalam sistem udara yang
keluar dan masuk ke paru-paru untuk menghasilkan bunyi. Alat artikulasi terbahagi
kepada dua, iaitu alat yang boleh digerak- gerakkan dengan bebas dan boleh
diletakkan pada beberapa kedudukan di dalam mulut serta daerah pengeluaran.

Menurut Indirawati Zahid, Mardian Shah Omar(2006: 30) dalam buku fonetik dan
fonologi, alat artikulasi adalah alat yang digunakan bagi menghasilkan bunyi. Alat-alat
ini adalah bibir atas dan bawah, hujung lidah, hadapan lidah, belakang lidah, gusi, batas
gusi, lelangit keras, lelangit lembut dan pita suara. Alat artikulasi terbahagi kepada dua,
iaitu yang pasif dan aktif. Alat artikulasi aktif adalah alat yang boleh digerakkan
manakala yang pasif pula adalah sebaliknya.

ALAT- ALAT ARTIKULASI


Konsep/ Definisi oleh Tokoh
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2008: 93), alat artikulasi ialah organ atau organ yang berfungsi
untuk mengeluarkan bunyi bahasa. Terdapat banyak alat yang terlibat dalam mengeluarkan
bunyi bahasa, iaitu alat-alat yang terlibat dalam sistem udara yang keluar dan masuk ke paruparu untuk menghasilkan bunyi. Alat artikulasi terbahagi kepada dua, iaitu alat yang boleh
digerak- gerakkan dengan bebas dan boleh diletakkan pada beberapa kedudukan di dalam
mulut serta daerah pengeluaran.
Menurut Indirawati Zahid, Mardian Shah Omar(2006: 30) dalam buku fonetik dan fonologi, alat
artikulasi adalah alat yang digunakan bagi menghasilkan bunyi. Alat-alat ini adalah bibir atas
dan bawah, hujung lidah, hadapan lidah, belakang lidah, gusi, batas gusi, lelangit keras, lelangit
lembut dan pita suara. Alat artikulasi terbahagi kepada dua, iaitu yang pasif dan aktif. Alat
artikulasi aktif adalah alat yang boleh digerakkan manakala yang pasif pula adalah sebaliknya.

FUNGSI ALAT-ALAT ARTIKULASI


Anak tekak
Menurut buku Siti Hajar Abdul Aziz(2008: 95), anak tekak terletak di bahagian belakang rongga
mulut dan berhampiran dengan lelangit lembut. Menurut buku Frank Parker(1994: 114), anak
tekak ialah daging yang tergantung dari lelangit lembut. Menurut Radiah Yussoff dan Nor Aini
Ismail(2006: 23), anak tekak ialah sekeping otot yang terdapat di bahagian hujung lelangit
lembut.
Lidah
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz(2008: 95-96), lidah terbahagi kepada lima bahagian, iaitu hujung
lidah, tengah lidah,hadapan lidah, belakang lidah dan daun lidah. Kedudukan bahagian
belakang lidah ialah bertentangan dengan lelangit lembut manakala kedudukan tengah lidah
ialah bertentangan dengan pertemuan lelangit keras dengan lelangit lembut. Hadapan lidah
terletak bertentangan dengan lelangit keras. Hujung lidah pula terletak bahagian yang paling
akhir lidah. Sementara itu, daun lidah berada di sepanjang garisan yang menghadap gusi.
Pita suara
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz(2008: 96), pita suara terletak di dalam ruang tenggorok. Pita
suara terdiri daripada dua keping selaput yang boleh terbuka dan tertutup. Menurut Dr. Abdullah
Hassan(1983: 44),pita suara terdiri daripada dua pasang selaput nipis yang tumbuh di kiri
kanan bahagian dalam rengkung bertentangan dengan halkum.
Rongga
Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, rongga terbahagi kepada
tiga, iaitu rongga tekak, rongga mulut dan rongga hidung. Rongga tekak bermula dari bahagian
atas selaput pita suara hinggalah ke bahagian anak tekak. Rongga mulut pula bermula dari
ruang di belakang lidah membawa ke bahagian dalam,sementara rongga hidung bermula dari
bahagian belakang anak tekak menghala ke hidung.
Bibir
Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, bibir terletak di bahagian
luar rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan.
Menurut Linguistik Am yang ditulis oleh Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan, bibir ialah kumpulan
otot yang kenyal dan boleh diubah-ubah bentuknya dengan mengawal otot-otot pada bibir.

Gigi

Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, gigi terbahagi kepada
dua,iaitu gigi atas dan gigi bawah. Menurut Linguistik Am yang ditulis oleh Prof Emeritus Dr
Abdullah Hassan, gigi bermaksud lidah yang tidak bergerak.
Gusi
Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, gusi terletak antara gigi
dengan lelangit keras. Menurut laman web http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002, gusi ialah
bahagian yang cembung di gigi menurun ke bahagian dalam rongga mulut.
Lelangit
Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, lelangit dapat
dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit keras
terletak di antara gusi dengan lelangit lembut manakala lelangit lembut pula terletak ke dalam
sedikit, iaitu selepas lelangit keras dan sebelum anak tekak. Menurut Linguistik untuk bukan ahli
linguistik yang ditulis oleh Frank Parker dan diterjemahkan oleh Raja Rahawani Raja Mamat,
lelangit keras ialah tulang yang berbentuk cembung pada bahagian atas mulut manakala
lelangit lembut ialah bahagian belakang lelangit keras.
Epiglotis
Menurut buku Linguistik Am yang ditulis oleh Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan, epiglotis ialah
anak tekak yang terdiri daripada sekolompok otot yang berbentuk bujur daun yang boleh
bergerak ke depan atau ke belakang bagi menutup rongga rengkung. Menurut buku yang ditulis
oleh Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar, epiglotis ialah tisu yang terletak di belakang
lidah dan di depan pintu masuk ke larinks.

Anak tekak
Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz , anak tekak berfungsi
sebagai alat pertuturan bersama-sama dengan lelangit lembut, khususnya dalam menentukan
sama ada sesuatu bunyi yang hendak dikeluarkan itu bunyi sengau atau tidak.

Lidah
Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, bahagian hadapan,
tengah, belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi- bunyi vokal, iaitu vokal hadapan,
vokal tengah dan vokal belakang. Hujung lidah pula berfungsi untuk menyekat perjalanan
udara.
Pita suara
Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, pita suara berperanan
penting dalam menentukan sama ada sesuatu bunyi yang dihasilkan itu bersuara ataupun tidak
bersuara.
Rahang
Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, rahang berperanan
penting dalam pembuyian vokal.
Rongga
Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, rongga berperanan
dalam menetukan penghasilan bunyi-bunyi bahasa.
Bibir
Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, bibir berfungsi untuk
menyekat perjalanan udara. Bibir juga berfungsi untuk membuat sekatan kepada udara yang
keluar melalui rongga mulut.
Gigi
Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, gigi berfungsi untuk
menahan udara daripada terus keluar dengan bebas melalui rongga mulut. Gigi juga
berperanan dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa, tetapi peranannya tidaklah aktif. Menurut
Linguistik Am yang ditulis oleh Prof
Gusi
Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, gusi berfungsi sebagai
daerah artikulasi, iaitu daerah penyebutan dan tidak boleh digerak-digerakkan. Gusi juga

berperanan dalam pengeluran bunyi-bunyi bahasa dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi
untuk membuat penyekatan, misalnya ketika mengujarkan bunyi [ t ] dan [ d ].
Lelangit
Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, lelangit keras berfungsi
sebagai daerah artikulasi dalam mengeluarkan bunyi- bunyi bahasa. Lelangit lembut
berperanan dalam menentukan sama ada bunyi yang dihasilkan itu bunyi oral atau bunyi nasal.
Menurut Linguistik Pengenalan yang ditulis oleh Radiah Yussoff dan Nor Aini Ismail, lelangit
lembut berfungsi untuk mengawal udara untuk sama ada keluar melalui mulut atau hidung.
Epiglotis
Menurut buku linguistik untuk bukan ahli linguistik yang ditulis oleh Frank Parker, epiglotis
berfungsi menutup peti suara semasa makan, justeru itu ia melindungi saluran ke paru-paru.
Menurut buku yang ditulis oleh Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar, epiglotis berfungsi
sebagai penutup kepada masuknya makanan dan minum ke trakea.

You might also like