You are on page 1of 8

Bunyi-bunyi bahasa ialah gelombang bunyi yang terjadi pada arus udara yang

bergerak. Udara keluar dari paru-paru melalui tenggorok, pita suara, rongga tekak dan
mulut atau hidung atau kedua-duanya. Bunyi-bunyi bahasa dihasilkan apabila udara
tersekat atau terhalang pada alat artikulasi ini.
Di manakah halangan pertama yang berlaku pada udara yang keluar daripada
paru-paru? Ya, mungkin berlaku pada pita suara. Pita suara ialah dua membran yang
anjal/ elastik yang terletak dalam peti suara. Membran itu adalah seperti pita yang
melekat pada dinding peti suara dan terentang dari depan ke belakang. Apabila pita
suara kendur dan renggang, udara lalu tanpa halangan. Ruang yang renggang itu
dipanggil glotis.
Apakah peranan pita suara ketika menghasilkan bunyi-bunyi bahasa? Apabila
pita suara kendur dan renggang, glotis terbuka (Rajah 2.4). Keadaan ini terjadi pada
waktu bernafas dan penghasilan sesetengah bunyi seperti /s/ dan /p/, iaitu bunyi tidak
bersuara. Apabila pita suara tegang dan rapat, glotis tertutup (Rajah 2.5). Udara tidak
dapat keluar, tetapi boleh menghasilkan bunyi letupan glotis /?/. Selain itu, pita suara
itu mungkin dirapatkan tetapi tidak berapa tegang sehingga udara boleh melaluinya dan
pada waktu itu pita suara bergetar. Bunyi yang terhasil ini dikenali sebagai bunyi
bersuara. Jadi, pita suara berfungsi dan menentukan bunyi bersuara atau bunyi tidak
bersuara.
Selepas udara melalui pita suara, udara bergerak ke rongga tekak. Dari rongga
tekak udara boleh keluar melalui rongga tekak (oral) atau rongga hidung (nasal).
Manakala lelangit manusia terbahagi dua. Di sebelah depan dinamakan lelangit keras
dan di bahagian belakang, dikenali sebagai lelangit lembut. Bahagian hujung lelangit
lembut dinamakan anak tekak. Lelangit lembut dan anak tekak boleh digerak-gerakkan.
Apabila bunyi /a/ dikeluarkan, lelangit lembut dinaikkan hingga kena pada belakang
tekak dan dengan itu menutup rongga hidung. Bunyi /a/ dikeluarkan melalui rongga
oral. Oleh itu a ialah bunyi oral. Bunyi nasal pula ialah bunyi yang dikeluarkan melalui
rongga hidung. Lelangit lembut pada waktu itu diturunkan dan rongga oral ditutup
dengan beberapa cara, antaranya dengan merapatkan dua bibir.
Fonem Segmental: Organ-organ yang dinyatakan di atas ialah organ-organ penting
yang menghasilkan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Yang berikut diperjelaskan
organ sebutan yang melibatkan penghasilan bunyi vokal.
Bunyi Vokal: Vokal ialah bunyi oral, tetapi ada yang dinasalkan. Vokal jua ialah bunyi
bersuara. Untuk menghasilkan vokal, udara keluar melalui rongga oral dengan tanpa
sekatan. Sifat vokal ini ditentukan oleh kedudukan lidah dan keadaan bibir. Vokal dalam
bahasa Melayu terbahagi kepada tiga, iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan vokal
belakang. Rajah 3 memperlihatkan kedudukan bunyi vokal.

Vokal Hadapan: Waktu menyebut bunyi akhir dalam kata geli, depan lidah dinaikkan
tinggi dalam mulut. Antara depan lidah dan lelangit keras itu terdapat saluran sempit
untuk udara keluar. Huruf akhir pada perkataan geli, dilambangkan [i]. Lambang ini [ ]
ialah lambang fonetik. Manakala bunyi [e] pada perkataan elok, saluran udaranya lebih
luas kerana depan lidah dinaikkan tidak setinggi kedudukannya sewaktu membunyikan
vokal [i].

Selepas anda menyebut bunyi [i], pegang tulang rahang dan sebut bunyi [a].
Anda akan merasakan bahawa tulang rahang turun. Saluran udara menjadi luas
kerana depan lidah juga diturunkan. Jadi bunyi [a] ialah bunyi vokal hadapan luas
(rujuk Rajah 4). Bagi vokal belakang, sebutlah bunyi akhir dalam kata batu. Vokal ini
ialah vokal [u]. Untuk menghasilkan bunyi ini pula, bibir dibundarkan dan belakang
lidah dinaikkan dekat dengan lelangit lembut. Cuba letakkan tangan di bawah rahang
dan sebut [u], kemudian sebut [o]. Pasti ada perbezaan kerana vokal [o] juga vokal
belakang, tetapi kedudukan belakang lidah lebih rendah dari menghasilkan bunyi [u].

Rajah 4: Kedudukan rahang/bibir, lidah ketika menghasilkan bunyi [a], [u] dan [i].
Vokal tengah [] : Berdasarkan Rajah 4, terdapat vokal tengah dalam bahasa Melayu,
iaitu []. Vokal ini dihasilkan dengan meletakkan tengah lidah dekat dengan lelangit.
Bibir dihamparkan. Sungguhpun begitu ada dua vokal kata pinjaman dan dalam
bahasa baku sebagai kelainan bagi [e] iaitu [
dan
].
Vokal dinasalkan: Pada masa vokal-vokal hadapan dan belakang dikeluarkan melalui
rongga oral, lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga nasal. Vokal-vokal yang
dikeluarkan melalui rongga oral dan nasal ini dikenali sebagai vokal yang dinasalkan
(nasalisasi), iaitu ketika lelangit lembut diturunkan. Vokal ini ditandakan dengan [~] atas
lambang vokal. Contohnya [nani], semasa kata ini dituturkan, udara tidak seratus
peratus keluar melalui rongga mulut tetapi apabila [n] disebutkan ada aliran udara yang
melalui rongga hidung lalu terjadilah sengauan. Tanda [~] diwujudkan pada vokal yang
seterusnya, iaitu [na].

Diftong: Diftong ialah gabungan dua vokal yang terdapat dalam satu suku kata, yang
disebut secara berterusan tanpa ada segmen. Dalam penghasilannya, terdapat ciri
geluncuran tetapi ada satu puncak. Ada tiga jenis diftong dalam bahasa Melayu
sebagaimana diperlihatkan pada Rajah 5:

Rajah 5: Pergerakan lidah untuk membunyikan diftong


Yang pertama ialah diftong [ai]. Pada masa ini bahagian depan lidah mula-mulanya
berada pada kedudukan untuk vokal [a] kemudian bergerak kepada kedudukan untuk
vokal [i] tetapi tidak setinggi sebagaimana membunyikan [i]. Contoh, [pakai].
Yang kedua pula ialah diftong [au]. Pada masa ini depan lidah berada pada
kedudukan untuk vokal [a] kemudian bergerak kepada kedudukan untuk vokal [u]; bibir
yang mula-mula dihamparkan, kemudian dibundarkan pula. Contoh, [pulau].
Diftong yang ketiga ialah diftong [oi]. Semasa dihasilkan lidah berada pada kedudukan
[o] dan kemudian bergerak kepada [i], bibir yang mula-mula bundar tetapi kemudian
berkeadaan hampar. Contoh, [amboi].
Konsonan: Konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa yang sewaktu dikeluarkan menerima
sekatan, sempitan dan geseran, sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau
hidung. Bunyi-bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara.

Rajah 5: Carta konsonan bahasa Melayu


Konsonan Letupan: Ada sembilan konsonan yang dikeluarkan dengan udara ditahan
dan dilepaskan dengan cepat. Konsonan yang dihasilkan dengan cara ini dipanggil
letupan.

Konsonan [p] dan [b]: Jika lelangit lembut dinaikkan dan bibir dirapatkan, kemudian
udara tersekat pada dua bibir dan udara dipaksa keluar. Jika dengan cepat dibuka
mulut, keluarlah bunyi [p]. Penghasilan konsonan ini dinamakan letupan dua bibir tak
bersuara kerana pita suara tidak bergetar. Jika pita suara bergetar, bunyi itu ialah
letupan dua bibir bersuara [b].
Konsonan [t] dan [d]: Udara bukan sahaja boleh tersekat dengan merapatkan dua bibir,
tetapi juga dengan mengenakan hujung lidah pada gusi, lelangit lembut dinaikkan dan
udara tertahan. Jika proses sekatan ini dilepaskan, terdapat bunyi [t] letupan gusi tak
bersuara. Jika pita suara digetarkan, terbitlah bunyi letupan gusi bersuara [d].
Konsonan [k] dan [g]: Bunyi letupan lelangit lembut tak bersuara [k] dan letupan
lelangit lembut bersuara [g]. Untuk menghasilkan bunyi [k], belakang lidah dirapatkan
ke lelangit lembut untuk menyekat arus udara. Di samping itu, lelangit lembut dan anak
tekak dirapatkan ke rongga tekak bagi menyekat arus udara ke rongga hidung. Untuk
menghasilkan bunyi [g] caranya sama seperti bunyi konsonan [k] tetapi pita suara
dirapatkan, arus udara yang keluar melalui rongga mulut menggetarkan pita suara.
Konsonan [c] dan [j]: Bunyi [c] dihasilkan apabila hadapan lidah dinaikkan rapat ke
lelangit keras untuk membuat sekatan pada arus udara. Lelangit lembut dan anak
tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan
terhadap arus udara ke rongga hidung.
Pada masa ini pita suara direnggangkan, arus udara yang melalui rongga mulut tidak
menggetarkan pita suara tetapi udara yang tersekat di hadapan lidah dan lelangit keras
dilepaskan perlahan-lahan. Untuk menghasilkan konsonan [j] proses yang sama
dilakukan tetapi pita suara bergetar.
Hentian [?]: Hentian glotis terhasil dengan cara lelangit lembut dan anak tekak
dinaikkan ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara ke rongga hidung.
Pita suara dirapatkan dan arus udara yang keluar daripada paru-paru tersekat di
bahagian rapatan pita suara udara menyebabkan pita suara tidak bergetar dan hentian
glotis akan dihasilkan.
Konsonan geseran
[s] - Mula-mula hadapan lidah dinaikkan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus
udara. Pada masa ini lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga
tekak untuk menyekat arus udara ke rongga hidung. Pita suara direnggangkan. Arus
udara melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara, lalu terhasillah bunyi [s],
bunyi geseran gusi tak bersuara.

[h] - Apabila udara keluar melalui pita suara yang arenggang dan rongga mulut
berkeadaan seperti sewaktu mengeluarkan bunyi vokal, bunyi [h] yang dinamakan
bunyi geseran glotis tak bersuara akan dihasilkan.
Konsonan getaran
[r] - apabila hujung lidah diletakkan dekat gusi sehingga udara melalui antara lidah
dan gusi, lidah bergetar. Lelangit lembut pada waktu itu dinaikkan. Bunyi yang terhasil
dinamakan bunyi getaran gusi bersuara [r].
Konsonan getaran
[l] - hujung lidah dinaikkan ke gusi dan menyekat udara. Lelangit lembut dinaikkan
dan pita suara bergetar. Udara keluar melalui tepi-tepi lidah. Bunyi yang dihasilkan
dinamakan bunyi sisian gusi bersuara [l].
Konsonan sengauan (nasal): Ada empat bunyi nasal dalam bahasa Melayu. Apakah
yang membezakan bunyi-bunyi nasal tersebut? Perbezaannya berlaku pada daerah
udara disekat yang berlaku pada rongga mulut. Pita suara digetarkan dan lelangit
lembut dinaikkan.
[m] - dua bibir dirapatkan untuk menhasilkan sengauan dua bibir bersuara [m].
[n] - hujung lidah dinaikkan ke gusi untuk menghasilkan sengauan gusi bersuara [n].
[n] - tengah lidah dinaikkan ke lelangit keras untuk menghasilkan bunyi sengauan
lelangit
keras bersuara [n].
[n] - belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut untuk menghasilkan sengauan lelangit
lembut bersuara [n].
Separuh Vokal: Untuk menghasilkan bunyi separuh vokal, kedudukan lidah tidak tetap,
tetapi bergerak dan membuat luncuran. Ada dua jenis bunyi separuh vokal. Separuh
vokal yang dimaksudkan itu adalah seperti yang berikut.
[w] - lidah mula-mula seperti untuk membunyikan [u], kemudian bergerak pada vokal
yang
lain. Bunyi ini dinamakan separuh vokal dua bibir bersuara.
[j] - Kedudukan lidah pada mulanya seperti untuk membunyikan [i], kemudian bergerak

kepada kedudukan vokal yang lain. Bunyi ini dinamakan separuh vokal lelangit
keras
bersuara.
Konsonan Pinjaman: Selain konsonan-konsonan yang kita nyatakan di atas, ada
konsonan yang dimasukkan ke dalam bahasa Melayu melalui kata-kata asing yang
dipinjam. Banyak konsonan dalam kata pinjaman telah digantikan dengan konsonan
Melayu seperti bunyi-bunyi dari bahasa Arab dalam bunyi [th] menjadi [s]; [gh] menjadi
[g]; [dh] menjadi [d] dan [dz] menjadi [z]. Walau bagaimanapun, ada yang bunyi
asalnya terus digunakan dalam banyak kata dan digunakan sehingga kini. Bunyi-bunyi
itu ialah bunyi-bunyi geseran.
[f] dan [v] -bunyi-bunyi ini dihasilkan dengan merapatkan bibir bawah atas sehingga
apabila udara melalui terdapat geseran. Lelangit lembut dinaikkan. Pita
suara tidak bergetar untuk membunyikan [f] iaitu bunyi geseran bibir gusi
tidak bersuara. Manakala untuk membunyikan [v] pita suara bergetar
yang
menghasilkan bunyi geseran bibir gusi bersuara.
[z] bunyi ini dihasilkan seperti menghasilkan [s]. Membunyikan [z] berbeza apabila
pita
suara bergetar. Oleh itu, konsonan yang dihasilkan ini dinamakan geseran gusi
bersuara.
[s] pada waktu pengeluarkan bunyi ini lelangit lembut dinaikkan dan depan lidah
dinaikkan
ke lelangit keras. Pita suara tak bergetar. Geseran yang dihasilkan dinamakan
geseran gusi lelangit keras.
Fonem Suprasegmental: Unsur-unsur bahasa yang kita bicarakan sebelum ini ialah
unsur-unsur segmental, kerana tiap-tiap satu bunyi merupakan satu segmen atau
penggalan daripada arus tuturan. Kita menuturkan segmen-segmen dengan berbagaibagai tingkat tekanan dan nada. Kadang-kadang kita berhenti sebentar sehingga
terdapat kumpulan kata. Kata-kata itu diucapkan sama rata atau mendatar sahaja. Ada
empat lagi unsur bahasa yang perlu kita perhatikan, iaitu tekanan, nada, jeda dan
panjang-pendek. Unsur-unsur ini dinamakan suprasegmental.

Tekanan: Tekanan menunjukkan kelantangan sesuatu suku kata yang menandakan


keras atau lembutnya penyebutan sesuatu suku kata tersebut. Lambang yang
digunakan untuk tekanan ialah //. Lambang ini diletakkan di atas suku kata yang
menerima tekanan itu misalnya /buda?/. Dalam bahasa Melayu, tekanan tidak
membezakan makna.
3

Nada: Nada ialah kadar meninggi atau menurun pengucapan sesuatu suku kata atau
perkataan. Nada ditandai oleh nombor-nombor 1 rendah, 2 biasa, 3 tinggi, 4 tinggi
sekali. Ayat penyata biasanya dimulakan dengan nada 2; kemudian nada itu menaik
bila ada tekanan dan turun hingga 1.
Contoh:

Saya hendak balik.

Dalam bahasa Melayu juga nada tidak fonemik. Hal ini bermaksud bahawa nada tidak
mempunyai sifat-sifat bunyi seperti penghasilan sesuatu fonem.
Jeda: Jeda juga disebut sebagai persendian ialah unsur hentian yang memisahkan
antara unsur-unsur linguistik, sama ada perkataan, ayat atau rangkai kata. Lambang
yang digunakan untuk jeda ialah # . Unsur ini boleh membezakan makna.
Contoh: [#saya makan nasi ema?#] adalah berbeza maknanya dengan ayat [#saya
makan nasi # ema?].
Panjang-pendek: Panjang pendek adalah kadar panjang atau pendeknya sesuatu bunyi
itu diucapkan. Lambang bagi fonem ini ialah [:] yang dinamakan mora. Lambang [:]
bererti panjang sebutan bunyi itu ialah satu mora. Lambang [: :] menunjukkan dua
mora dan lambang [.] adalah setengah mora. Bagi bahasa Melayu, unsur ini tidak
membezakan makna.

1.

Abdullah Hassan (1984). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia, Petaling


Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

2.
Ab. Rahman Ab. Rashid et.al. (1997). Pengajian Melayu 1, Petaling
Longman

Jaya:

Malaysia Sdn. Bhd.


3.
Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006). Fonetik dan Fonologi, Kuala
Lumpur:
PTS Professional Sdn. Bhd.
4.

Raminah Sabran dan Rahim Syam (1985). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab
Perguruan, Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

You might also like