You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH,KAJIAN TEMPATAN SERTA PENDIDIKAN

SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN


SK BUKIT RAWANG JAYA,RAWANG , SELANGOR
KALI PERTAMA 2015
Tarikh

: 4 FEBRUARI 2015

Masa

: 1.10 petang 1.40 petang

Tempat

: Makmal Komputer

Kehadiran

Yang Hadir :
1. Puan Norhayati binti Bedul
2. En.Kornain bin Sabli
3. Puan Salawati binti Selamat
Tidak Hadir Bersebab :
1. En.Amirul Nizam bin Sulaiman ( Pegawai Kejohanan Badminton Daerah
Gombak)
Yang Turut Hadir :
TIADA
Urus Setia Mesyuarat :
1. En.Kornain bin Sabli
Sejarah

Ketua Panitia

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang
hadir dalam mensyuarat panitia pada kali pertama ini.
1.2 Pengerusi juga memaklumkan bahawa mesyuarat kali ini adalah mesyuarat
kali pertama pada tahun ini.

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


TIADA

PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
TIADA

4 PERKARA-PERKARA BAHARU
4.1 Pengerusi memaklumkan tentang sukatan mata pelajaran Sejarah,Kajian
Tempatan serta Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan semua ada dan
lengkap.

4.2 Pengerusi juga memaklumkan untuk tahun ini ujian bulanan akan dibuat dua
kali setahun beserta peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun.

4.3 Tugasan membina soalan mengikut guru panitia dan giliran.

4.4 Aktiviti yang akan dilaksanakan pada tahun ini ialah:


4.4.1 Mesyuarat panitia akan dilaksanakan sebanyak empat kali.
4.4.2 Kemas kini fail panitia masing-masing.
4.4.3 Penyediaan soalan ujian dan peperiksaan.
4.4.4 Menjalankan aktiviti semasa Sambutan Bulan Kemerdekaan.Untuk Panitia
Sejarah,membuat buku skrap besar,Panitia Kajian Tempatan,membuat
kolaj serta Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan,membuat teka
silang kata.
4.4.5 Aktiviti lawatan Panitia Sejarah belum diputuskan lagi.

4.5 Kewangan 2015


Panitia Sejarah akan membeli buku kerja Sejarah Tahun 5,Panitia Kajian
Tempatan dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan akan membeli hadiah
untuk pertandingan semasa Sambutan Bulan Kemerdekaan.Untuk
pembelian lain akan dibincangkan pada mesyuarat yang akan datang.

4.6 NKRA
Pengerusi memaklumkan bahawa mata pelajaran Kajian Tempatan dan
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan adalah tahun terakhir,walaupun
begitu ia harus diajar seperti biasa.Untuk mata pelajaran Sejarah harus

ditekankan dari sekarang kerana ia adalah mata pelajaran wajib lulus


semasa peperiksaan SPM.

5 HAL-HAL LAIN
5.1 Pengerusi mengingatkan kepada ketiga-tiga panitia agar melengkapkan fail
panitia masing-masing dengan jadual waktu serta borang maklumat diri.
5.2 Guru-guru tidak dibenarkan mengutip wang daripada murid.
5.3 Lawatan Kembara Sejarah belum diputuskan sama ada akan dibuat atau
tidak.

6.

PENUTUPAN

Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang telah


diberikan dan mesyuarat
ditangguhkan pada jam 1.40 petang.

Urus Setia Mesyuarat


Panitia Sejarah,
SK Bukit Rawang Jaya.
Tarikh : 10 Februari 2015

You might also like