You are on page 1of 8

Teknik Mudah Cetak Sijil-Sijil

Program
January 6, 2015 53 comments

Seringkali apabila terdapat progam sukan, Hari Kebudayaan, Hari Kecemerlangan dan
pelbagai program lain sudah pasti guru akan mencetak sijil-sijil kepada para peserta
sebagai tanda penghargaan. Ada kalanya, guru perlu mencetak nama yang bebeza pada
satu sijil yang sama.

Di sini akan saya kongsikan teknik mudah untuk mencetak sijil dengan nama peserta
yang berbeza dengan mudah. Dua aplikasi atau perisian diperlukan bagi memudahkan
cetakan sijil-sijil ini. Perisian tersebut ialah Microsoft Office Word dan Microsoft
Office Excel. Tidak kisah versi apa yang hendak digunakan.

#1 Isikan Maklumat di Excel


Buka Excel dan mulakan mengisi nama peserta dan nombor kad pengenalan peserta di
dalam perisian tersebut. Isikan pada lajur menegak yang pertama untuk nama dan lajur
menegak kedua untuk nombor kad pengenalan.

Setelah selesai menaip maklumat-maklumat tersebut, anda boleh menyimpan (save)


di desktop dalam format Excel Workbook untuk memudahkan carian. Cara lain selain
menaip semula nama dan nombor kad pengenalan peserta adalah dengan
kaedah copy dan paste. Ini lebih mudah dan cepat.

#2 Buat Reka Bentuk Sijil di Word

Bina satu reka bentuk sijil di Word dan pastikan ianya mempunyai ruangan untuk nama
dan nombor kad pengenalan peserta tersebut. Boleh rujuk contoh reka bentuk yang
saya siapkan di bawah.

Pastikan jarak ruangan untuk nama cukup luas kerana perlu diingat ada nama peserta
yang mempunyai bilangan aksara yang banyak.

#3 Gunakan Arahan Mailing di Word


Klik pada Mailing di Word (cari bahagian atas) dan klik pada klik select receipients.
Kemudian klik use existing list. Kemudian anda akan mendapat paparan windows baru

yang meminta anda untuk select data source. Di sini anda hanya perlu memilih file excel
mempunyai nama dan kad pengenalan peserta yang telah anda simpan di desktop.

Setelah memilih file yang anda simpan tadi, klik open.

Select sheet1.

#4 Menggantikan Nama Peserta di Ruangan


Nama
Setelah memilih lokasi data, hanya perlu menggantikan nama peserta di ruangan nama
dan no kad pengenalan peserta di ruangan no kad pengenalana.

Langkah yang mudah, hanya highlight nama di reka bentuk sijil dan klik pada insert
merge field.

Lakukan perkara yang sama untuk ruangan kad pengenalan. Setelah selesai anda boleh
klik pada preview results.

Anda kini boleh menyemak nama dan nombor kad pengenalan peserta dengan hanya
klik pada anak panah biru di sebelah preview result. Untuk mencetak, hanya klik pada
finish & merge dan klik pada print document.

Jika anda dapati terdapat kesalahan pada nama atau no kad pengenalan, anda hanya
perlu ubah di data Excel sahaja. Kedah yang sama juga boleh digunakan untuk anda
mencetak kad jemputan, surat penggilan mesyurat PIBG dan lain-lain lagi. Semoga info
ini memberi menfaat kepada anda.

You might also like