You are on page 1of 5

PPPM: Persiapan hadapi alaf 21

PROF. DATUK DR. SIDEK BABA


Prof. Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Pelan Pembanguan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang


dilancarkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pendidikan merangkap
Timbalan Perdana Menteri pada 6 September lalu adalah persiapan untuk
menyediakan generasi penerus dan negara menghadapi cabaran alaf 21.
Antara cabaran alaf 21 ialah perkembangan ilmu dan proses pendidikan
yang dinamik. Perkembangan teknologi terutama teknologi maya dan
media baru adalah cabaran yang perlu dihadapi dengan perancangan
yang rapi dan strategik.
Faktor globalisasi adalah faktor paling utama mendepani cabaran
perubahan hari depan. Faktor hak asasi manusia mengikut ukuran Barat,
budaya popular dan hedonistik yang sedang menular, hegemoni pihak
luar terhadap faktor teknologi, ekonomi dan budaya memberikan Malaysia
pilihan mencabar untuk terus maju dan berubah.
Oleh itu generasi muda harus dipersiapkan untuk respons kepada cabaran
globalisasi di samping mengukuhkan asas-asas fundamental dan relevan
dengan iklim Malaysia yang ingin maju dalam acuan kita sendiri.
Perubahan dalam ilmu dan pendidikan adalah sesuatu yang tidak boleh
dielakkan. Tradisi penyelidikan dan pengembangan menyebabkan ilmu
berkembang dinamik. Ia menuntut kebijaksanaan bagaimana
perkembangan ilmu khususnya dalam bidang sains dan teknologi dapat
disantuni dan dimanfaatkan dengan bijaksana.
PPPM melibatkan kajian terhadap pemimpin sekolah, guru, ibu bapa,
murid dan orang ramai di seluruh negara. Ia telah menilai prestasi semasa
sistem pendidikan negara dengan mengambil kira pencapaian lampau
dan membandingkannya dengan tanda aras antarabangsa.
Pelan ini juga mencadangkan 11 anjakan strategik dan operasi yang perlu
dilaksanakan oleh Kementerian bagi mencapai visi yang dihasratkan.
Kualiti kurikulum dan guru, pengurusan sekolah dan masyarakat, kaedah
penyampaian dan cara pengukuran mempunyai kaitan rapat membangun
pelan ini.
Terdapat enam ciri utama yang diperlukan oleh setiap murid untuk
berupaya bersaing di peringkat global. Ciri-ciri itu ialah ilmu pengetahuan,
kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika
dan kerohanian dan identiti nasional.
Ilmu pengetahuan adalah sesuatu yang amat penting bagi mendepani
perubahan. Integrasi ilmu dan nilai adalah sesuatu yang amat penting
supaya ilmu tidak hanya dipelajari secara mekanistik tetapi sekali gus
membentuk sahsiah dan jati diri pelajar.
Kemahiran berfikir merupakan faktor penting perubahan berlaku. Ilmu
tidak hanya dihafaz semata-mata untuk keperluan peperiksaan. Dalam
tradisi umat Islam yang membawa kepada tamadun proses pengajaran

dan pembelajaran melalui lima tahap yang sifatnya saling mengukuh. Di


samping hafazan, kefahaman adalah perlu.
Selepas faham, berfikir adalah amat utama. Berfikir melahirkan pemikiran
(fikrah). Daripada nya proses internalisasi (penyerapan) harus berlaku.
Akhirnya manifestasi ilmu itu terlihat pada amal.
Kemahiran memimpin memerlukan latihan. Kokurikulum dan ekstra
kurikulum yang harus disusun semula supaya potensi pelajar dapat
dingilap secara praktis dan bersifat lapangan. Kepimpinan dan pengikutan
adalah asas penting lahirnya sistem dan masyarakat yang baik.
Kemahiran dwi bahasa dan beberapa bahasa dalam konteks Malaysia
amat mustahak. Penguasaan bahasa Melayu yang berstatus ilmu dan
bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa harus dijadikan fokus.
Dalam tradisi tamadun Islam terdahulu penguasaan banyak bahasa
menjadi resam amalan dalam kalangan ilmuwannya dan bahasa Arab
dijadikan bahasa utama.
Etika dan kerohanian adalah sesuatu yang paling utama dalam manamana proses transformasi pendidikan. Agama yang mendukung Nilai
Paling Utama (Supreme Values) dan Nilai-nilai Interaktif (sejagat) adalah
penting membentuk watak dan sahsiah.
Barat suatu ketika menjadikan agama sebagai latar penting pembinaan
etika dan nilai.
Mendepani Barat dan Timur, warga Malaysia harus memanfaatkan faedah
berbanding yang sifatnya menyumbang ke arah pembangunan tamadun.
Tradisi Islam silam menjadikan ini sebagai resam tradisi yang sifatnya
menyumbang terhadap kemajuan tamadun Islam itu sendiri.
Dalam konteks Islam faktor berbanding ini perlu melalui penyesuaian
epistemologi (falsafah ilmu) supaya ia terbina dengan kekuatan etika dan
nilai. Inilah yang dikatakan integrasi dan islamisasi ilmu yang giat
dilaksanakan di Malaysia supaya tasawwur mengenai ilmu sifatnya
merangkumi.
Malaysia ada perjalanan sejarah dan budayanya sendiri. Kemajmukan
adalah ciri penting masyarakatnya. Amat penting sistem pendidikannya
mendidik warga pelajarnya dengan rasa kecintaan yang tinggi terhadap
negaranya dan bersikap patriotik terhadapnya.
Patriotisme di Amerika Syarikat umpamanya boleh dipelajari bagaimana
konsep melting-pot menghasilkan warga yang patriotik walaupun wujud
perbezaan kaum dan kelainan faham politik.
Enam ciri di atas ditunjangi dengan 11 anjakan utama supaya proses
transformasi berlaku.
1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti
bertaraf antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam bahasa Malaysia
dan bahasa Inggeris dan digalakkan memperlajari bahasa tambahan.

3. Melahirkan rakyat yang menghayati nilai.


4. Mentransformasi misi profesion keguruan menjadi profesion pilihan.
5. Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap
sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian
khusus berasakan keperluan.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran.
8. Mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian Kementerian.
9. Bekerjasama dengan ibubapa, komuniti dan sektor swasta secara
meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban awam secara
langsung.
Sekiranya anjakan tersebut dapat dijadikan proses utama dalam
menyediakan ejen perubahan dalam pendidikan Wawasan 2020 akan
menjadi suatu kenyataan. Malah PPPM melampaui sehingga tahun 2025
supaya kemajuan itu menuju kepada suatu peradaban.
Malaysia memilih pendekatan transformatif yang sifatnya gradual tetapi
konsisten. Ia menginsafi proses membentuk manusia tidak boleh berlaku
dengan sekelip mata apalagi untuk merubah sistem ke arah etika tinggi
dan berasaskan nilai menuntut perancangan yang rapi dalam meraikan
agenda yang strategik supaya yang dikejar dapat dan yang dikendung
tidak berciciran.
Kongsi Konten di :

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130912/re_02/PPPM-Persiapan-hadapialaf-21#ixzz3RJXq9lUd


Utusan Melayu

Sistem pendidikan di Malaysia melalui aspirasi murid dalam Pelan


Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-3025 (PPPM) memerlukan
mereka mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) atau Higher
Order Thinking Skills (HOTS) yang amat bersesuaian dengan keperluan
pembelajaran Abad ke-21.
Kemahiran berfikir aras tinggi memerlukan murid mengguna minda secara
meluas untuk menghadapi cabaran-cabaran baru.
Ledakan teknologi maklumat telah mengubah landskap pendidikan di
peringkat global apabila guru bukan lagi pendeta di atas pentas untuk
menjadi rujukan murid tetapi hanya menjadi fasilitator di sisi murid.
Maklumat dapat dicapai oleh murid melalui pelbagai corak pembelajaran
yang berlaku dalam talian atau dengan kata lain proses pembelajaran
berlaku lebih awal daripada proses pengajaran.
Dalam hal ini murid harus mampu menggunakan daya pemikiran mereka
untuk menganalisis maklumat yang mereka terima.
Penggunaan minda secara meluas berlaku apabila seseorang itu perlu
mentafsir, menganalisis atau memanipulasi maklumat untuk menjawab
soalan atau menyelesaikan masalah yang dikemukakan (Onosko dan
Newmann, 1994).
Perluasan maklumat yang sedia ada dalam minda adalah bertujuan
menghasilkan sesuatu yang baru atau asli. Masalah-masalah yang
mempunyai pelbagai kemungkinan penyelesaian merupakan nadi kepada
Pemikiran Aras Tinggi (Zevin, 1995).
Di Malaysia konsep Pemikiran Aras Tinggi ini sudahpun dilaksanakan dan
soalan-soalan yang bercirikan HOTS diselitkan dalam peperiksaan.
Walau bagaimanapun pelbagai strategi harus dibentuk untuk
meningkatkan lagi pemahaman konsep ini.
Oleh itu satu reka bentuk strategi yang mampu memudahkan guru dan
murid melaksanakannya dalam proses pembelajaran dan pengajaran
diperlukan.
Dalam konteks ini Pakar Motivasi dan Pensyarah Cemerlang Gred Khas C,
Dr. Ismail Zain dalam penyelidikannya telah berjaya menghasilkan reka
bentuk strategi untuk dijadikan panduan kepada guru dan murid
bagaimana memupuk kemahiran aras tinggi di kalangan mereka.
Malah, lebih membanggakan reka bentuk strategi itu diterima untuk
pembentangan dalam beberapa siri persidangan akademik di peringkat
antarabangsa seperti di Itali dan di Paris, Perancis anjuran International
Journal of Arts and Science (IJAS) yang berpusat di Amerika Syarikat.
Reka bentuk strategi ini juga dimuatkan dalam Jurnal antarabangsa iaitu
dalam The Macrotheme Review: A multidisciplinary journal of global macro

trends. Dalam siri keluaran khas The Macrotheme Review 2(2), Spring
2013 Special Issue On Education And Training.
Menyedari kepentingan Kemahiran Berfikiran Aras Tinggi di kalangan
murid dan pencapaian yang ditunjukkan oleh Dr. Ismail di peringkat
antarabangsa, justeru Unit Pendidikan Utusan Malaysia menjemput beliau
menyebarluas ilmu dalam Siri Program Motivasi dan HOTS pada cuti
sekolah nanti.
Pengisian program selama tiga hari ini, antaranya termasuklah sesi
pengenalan HOTS berdasarkan pengalaman Dr. Ismail berinteraksi dengan
pakar pendidik di peringkat antarabangsa dan strategi menjawab soalan
HOTS dalam beberapa subjek oleh guru pakar.
Impak seminar ini nanti akan membolehkan murid memahami dan
mengaplikasikan HOTS dengan lebih mudah dan mampu menjawab
soalan-soalan yang bercirikan HOTS dengan lebih yakin serta tepat.
Untuk mendaftar, sila muat turun borang daripada
www.facebook.com/adaponline.
Sebarang pertanyaan, boleh diajukan kepada Fauzi Hamdan di talian 0195716282.

Artikel
Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20131028/pe_01/Se
minar-HOTS-Utusan-tepati-PPPM#ixzz3RJYdtLa2
Utusan Melayu (M) Bhd

You might also like