You are on page 1of 3

FAKTOR PENCEMARAN SUNGAI

Antara faktor pencemaran sungai ialah pembuangan sampah sarap ke dalam


sungai.Tindakan ini akan menyebabkan kualiti air sungai merosot dan tidak lagi
selamat untuk kegunaan domestik.Hal ini boleh mengundang krisis air dan
menyusahkan individu yang hidup bergantung kepada sungai
Tambahan pula,pembuangan sampah sarap akan menyebabkan sungai berbau
busuk.Oleh itu,setiap individu mesti bertanggungjawab menjaga kebersihan sungai.
Selain itu,pembuangan sisa daripada kilang menyebabkan pencemaran sungai.Sisa
daripada kilang yang tidak dirawat terlebih dahulu akan mengancam kehidupan
akuatik di dalam sungai kerana mengandungi bahan kimia yang berbahaya.

KESAN PENCEMARAN SUNGAI


Pencemaran sungai yang semakin menjadi-jadi ini akan menjejaskan industri
pelancongan bagi negara kita.
Hal ini disebabkan oleh tumpahan minyak dan sampah-sampah sarap telah
menyebabkan bau yang tidak selesa dan menyebabkan pulau dan pantai akan
kurang dikunjungi oleh pelancong-pelancong asing seandainya tarikan alam marin
ini terjejas dan musnah.

Pencemaran sugani juga menjejaskan sumber pendapatan penduduk setempat


khususnya bagi para nelayan.
Hal ini kerana hidupan air yang tinggal di kawasan air kotor akan berpindah habitat
yang lebih selamat.

Pencemaran sungai ini turut menyebabkan penyebaran bakteria, virus dan parasit
melalui bahan buangan yang dibuang ke dalam sungai dengan mudah.
Ini kerana penyebaran mikroorganisma ataupun virus ini akan mengakibatkan
penyakit bawaan air seperti cirit-birit, sakit perut dan muntah-muntah semakin
meningkat.

You might also like