You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT PENDIDIKAN KHAS

KALI KE- 1 TAHUN 2015


SMK SELANDAR
Tarikh

: 29 Januari 2015

Masa

: 0130 1500

Tempat

: Bilik Pendidikan Khas , SMK Selandar.

Kehadiran

: 11 orang.

Nama Yang Hadir:

Pn. Lim Hong Ting


Tn. Hj. Sulaiman bin Hj. Ismail
En. Nordin bin Abdul
En. Mohd Ilham bin Abdullah
Pn. Noorhafida binti Mohamed
Pn. Nor Maheran bt Mohamad Hashim
Pn. Siti Fidya binti Mohd Salleh
Pn. Nor Aini bt Hassan
Pn. Nor Zarifah bt Abu
Pn. Khuzaimah binti Noh
En. Muhammad Nazim bin Ab Kadil

Nama Tidak Hadir:

Pn. Zunairiah Bt Kastamin (Cuti Bersalin)

1. UCAPAN KATA ALU-ALUAN PENGERUSI


1.1. Pengerusi dengan rasminya memulakan mesyuarat dengan ucapan salam dan terima
kasih kepada semua yang hadir.
1.2. Ucapan terima kasih dan taniah atas kejayaan mengadakan Mesyuarat Agung Badan
Kebajikan Kelas Pendidikan Khas Kali Ke -5.
2. MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS
2.1. Pn. Noorhafida binti Mohamed selaku setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang
lalu.
2.2. En. Mohd Ilham bin Abdullah mencadangkan minit mesyuarat disahkan.
Sokongan oleh Pn. Siti Fidya binti Mohd Salleh.

3. PERKARA BERBANGKIT
3.1. Tiada
4. LAPORAN DAN PERBINCANGAN
4.1. BUDAYA BERSALAMAN
En. Nordin bin Abdul memaklumkan supaya semua murid lelaki dikehendaki
bersalaman dengan semua guru dan ppm lelaki dan ucapkan terima kasih kepada semua
guru dan ppm perempuan akhir waktu kelas. Manakala murid perempuan bersalaman
dengan guru perempuan dan mengucapkan terima kasih kepada guru dan ppm.
Tindakan : Semua guru dan
PPM
4.2. PENGESAHAN PUNGUTAN YURAN PIBG DAN YURAN BADAN KEBAJIKAN
PENDIDIKAN KHAS
4.2.1. En. Nordin bin Abdul memaklumkan bahawa pengesahan dan kebenaran kutipan
yuran PIBG bagi murid-murid pendidikan khas akan dimohon oleh Pengetua dari
Unit Perhubungan Jabatan Pendidikan Melaka.
Tindakan : Makluman.
4.2.2. En. Nordin bin Abdul memaklumkan kutipan yuran Badan Kebajikan Kelas
Pendidikan Khas juga perlu mendapatkan pengesahan dan kebenaran kutipan dari
Unit Perhubungan Jabatan Pendidikan Melaka.
Tindakan : Setiausaha BKPK.
4.2.3. Tn. Hj. Sulaiman bin Ismail memaklumkan bahawa semua ibu bapa murid
Pendidikan Khas bersedia membayar RM 60.00 sebagai yuran Badan Kebajikan
Kelas Pendidikan Khas, termasuk waris Mohammad Nasriq dan Mohamad
Riszuan.Surat untuk pungutan wang yuran juga perlu dikeluarkan.
Tindakan : Tn. Hj. Sulaiman
4.2.4. Pn. Maheran mencadangkan supaya murid inklusif aliran perdana juga akan
mendapat faedah yang sama seperti murid Pendidikan Khas yang lain dapat dari
Badan Kebajikan Pendidikan Khas ekoran waris bayar RM 60.00.
Tindakan : Setuju sebulat suara.

4.3. PROJEK KEMAHIRAN HIDUP PERKEBUNAN

4.3.1. En. Nordin bin Abdul mencadangkan untuk membina Taman Mini Herba di
Kolam Ikan Pendidikan Khas dan memohon guru-guru yang berminat untuk
menyumbangkan pokok-pokok herba bagi membantu menceriakan lagi Taman Mini
Herba itu nanti.
Tindakan : En. Nordin bin Abdul.
4.3.2. Kertas kerja perlu diwujudkan bagi membentuk Jawatankuasa serta perancangan
bagi memulakan Projek Kemahiran Hidup Perkebunan dan Taman Mini Herba.
Selain itu, jawatankuasa bagi projek Kemahiran Hidup Masakan dan Kraf juga perlu
dibentuk. Oleh itu, satu mesyuarat khas perlu diadakan pada masa hadapan untuk
membincangkan semua senarai semak dan kriteria yang diperlukan bagi projek khas
Kemahiran Hidup.
Tindakan : Semua guru.
4.3.3. En. Nordin juga mencadangkan memulihara Kolam Ikan Pendidikan Khas dan
meminta En. Mohammad Nazim membeli ikan yang bersesuaian dan ikan
perhiasan untuk diletakkan ke dalam kolam dan akuarium.
Tindakan : En. Muhammad Nazim.
4.3.4. En. Nordin juga memaklumkan bahawa telah memohon kerjasama pengawal
keselamatan untuk pengurusan Kolam Ikan Pendidikan Khas dan juga Taman Herba
Pendidikan Khas.
Tindakan : Makluman.
4.4. LAWATAN
4.4.1. En. Nordin bin Abdul mencadangkan supaya pada tahun ini Program lawatan
Luar Negara dibatalkan memandangkan murid perlu membayar yuran untuk
Program Transisi dan terapi renang dan boling. Namun lawatan sambil belajar
dalam negeri boleh dijalankan.
Tindakan : Semua guru.
4.4.2. Satu jawatankuasa lawatan akan diwujudkan dan mesyuarat akan diadakan untuk
merancang lawatan pada tahun ini.
Tindakan : Semua guru.

4.5. KEWANGAN

4.5.1. Bahan bantu mengajar hanya akan diberikan kepada guru baru iaitu Pn.
Noorhafida binti Mohamed, manakala guru yang sudah mendapat bahan bantu
mengajar pada tahun lepas dikehendaki menggunakan bahan bantu mengajar tahun
lepas dan menggantikan kembali sekiranya hilang.
Tindakan : Semua guru dan PPM
4.5.2. Pn Khuzaimah akan mengenal pasti alat tulis yang perlu dibeli.
Tindakan : Pn Khuzaimah.
4.5.3. Pn. Noorhafida memaklumkan masih tidak mempunyai kunci bilik Kelas
Pendidikan Khas, jadi mohon En. Muhammad Nazim untuk membuat kunci pendua.
Tindakan : En. Muhammad Nazim.
4.5.4. En. Nordin memaklumkan akan membeli mesin laminated baru.
Tindakan : Makluman.
4.6. PROGRAM TRANSISI MINDA PELANGI DAN TERAPI RENANG/ BOLING
4.6.1. Pn. Siti Fidya memaklumkan bahawa satu perbincangan bersama wakil Kolej
komuniti telah diadakan pada 28 Januari 2014. Hasil perbincangan Program akan
bermula pada 11 Febuari 2015, Rabu , bermula dari jam 0740 sehingga 1600. Kelas
pertama ialah Teknik membuat cup cake. Senarai Jawatankuasa kerja, bidang tugas
dan jadual program adalah seperti Lampiran 1.
Tindakan : Makluman.
4.6.2. Jawatankuasa Perhubungan perlu mengesahkan bilangan dan menghantar faks
senarai nama kepada wakil Kolej Komuniti, Pn Suriani dan Unit Perhubungan
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka setiap kali program sehari sebelum murid dan
guru keluar untuk ke Kolej Komuniti.
Tindakan : Tn. Hj. Sulaiman.

4.6.3. Surat kebenaran mengeluarkan duit dari bank perlu disediakan dan diedarkan
kepada murid supaya guru-guru dapat mengiringi murid mengeluarkan wang dari
bank untuk mengeluarkan wang bagi membayar yuran program dan juga
kelengkapan bagi kelansungan program.

Tindakan : Pn. Siti Fidya


4.6.4. Pn. Nor Aini memaklumkan Jawatankuasa, bidang tugas dan jadual program
Terapi Renang seperti dalam lampiran 2.
Tindakan : Makluman.
4.6.5. Bayaran bagi sewa kolam MBMB adalah RM 20 untuk satu hari dan tidak
menyediakan jurulatih. Kolej komuniti bersedia menyediakan jurulatih tetapi murid
perlu didaftarkan dibawah kursus Kolej Komuniti.
Tindakan : Makluman.

5. HAL HAL LAIN


5.1. Tn. Hj. Sulaiman memaklumkan seramai 11 orang murid dari aliran perdana telah
mendapat persetujuan ibubapa akan di bawa ke klinik bagi proses mendapatkan kad
OKU.
Tindakan : Makluman
5.2. Tn. Hj. Sulaiman memaklumkan jawatankuasa yang baru dilantik dalam Mesyuarat
Agung Badan Kebajikan SMK Selandar seperti Lampiran 2.
Tindakan : Makluman
5.3. Pn. Siti Fidya mencadangkan supaya semua guru terlibat dalam Jawatankuasa Badan
Kebajikan Kelas Pendidikan Khas dan disokong oleh Pn. Nor Aini.
Tindakan : Pn. Nor Aini.
5.4. En. Nordin memaklumkan sekiranya terlibat dengan tanggungjawab di Pendidikan Khas
pada hari Selasa, guru sila maklumkan kepada GPK Ko-Kurikulum dan sertakan hitam
putih bagi memohon kelonggaran untuk keluar.
Tindakan : Makluman.
5.5. Nama bagi kelas sudah diubah PPKI 1 menjadi Anggerik, PPKI 2 menjadi Mawar, PPKI
3 menjadi Tulip, PPKI 4 menjadi Teratai, PPKI 5 menjadi Dahlia.
Tindakan : Semua guru.
5.6. Semua guru dikehendakki membawa wang sebanyak RM 60 bagi membayar duit baju
batik Pendidikan Khas.

Tindakan : Semua guru dan PPM


6. UCAPAN PENUTUP
6.1. Pengerusi mengucapkan terima kasih buat semua guru dan PPM bersama-sama berusaha
bersama-sama mendidik murid-murid pendidikan khas dan hadir dalam mesyuarat ini.
Tindakan : Makluman.

Dicatat oleh:

Disemak oleh:

PN. NOORHAFIDA BINTI MOHAMED

PN. LIM HONG THING

(SETIAUSAHA PENDIDIKAN KHAS)

(GPK PENDIDIKAN KHAS)

Disahkan oleh:

You might also like