You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BARU PASIR GOGOK

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU 2012


BIL. 1 TAHUN 2012 Tarikh/Hari: 5 Januari 2012 /
Khamis Masa

: 1:45 petang

Tempa: Bilik Mesyuarat SK Kg. Baru Pasir Gogok


Pengerusi: En. Abd Jalil Bin Abd Kahar (Guru Besar)
Kehadiran (bilangan) :13 Nama Yang Hadir :
1. En. Tn Mohd Ridzuan Bin Tn Soh
2. Pn. Wan Nor Aidawati Bt Wan Abdullah
3. En. Halim Bin Hussain

GPK 1
GPK HEM

GPK KOKU

4. En. Muhamad Farhan Bin Ishak


5. En. Md Razib Bin Md Rajali
6. En. Azmi Bin Abd Ghani
7. En. Mursyidi Bin Ali Akbar
8. En Muhamad Akmal Bin Tumian
9. Pn. Normawani Bt Awang
10. Pn. Siti Suraya Bt Mokhtar
11. Pn Siti Nurliza Bt Khalid
12. Pn. Nor Shafiza Bt Ahmad
Nama Yang Tidak Hadir :
Turut Hadir (Jika ada) :
1. Doa Pembukaan
1.1 Bacaan doa pembukaan oleh En. Mursyidi Bin Ali Akbar Tindakan : En. Mursyidi
Bin Ali Akbar
2. Ucapan Tuan Guru Besar
2.1 Merakamkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang dapat menghadirkan
diri dalam mesyuarat pada kali pertama ini.

2.2 Memohon kerjasama kepada semua guru-guru guru untuk bersama-sama


berusaha bagi meningkatkan kecemerlangan anak-anak di sekolah ini. Tindakan :
Semua guru

3. Ucapan Ketua panitia Bahasa Melayu


3.1 Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua jawatankuasa Panitia Bahasa
Melayu Yang berusaha keras membantu kecemerlangan murid dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu khususnya peperiksaan UPSR 2011 yang lepas yang
mendapat 100% untuk kertas pemahaman serta 94% untuk kertas penulisan.Beliau
berharap program Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan pelajaran Johor pada
tahun ini dapat dilaksanakan dengan baik. Tindakan : Guru Bahasa Melayu 4.
Takwim Panitia Bahasa Melayu Tahun 2012
4.1 Program Panitia Bahasa Melayu Tahun 2012
4.1.1 Pengerusi mencadangkan agar Program Panitia Bahasa Melayu tahun 2011
dapat dibuat penambahbaikan untuk tahun 2012.Antara program yang dicadangkan
ialah Program Motivasi, Bengkel Teknik menjawab solan Bahasa Melayu, Program
Mentor Mente dan kelas tambahan pada setiap hujung minggu(Bimbingan Jaya).
Tindakan : Guru-guru Bahasa Melayu
4.2 Program Ceramah Motivasi dan teknik menjawab soalan
4.2.1 Pengerusi berharap guru - guru dapat bergabung dengan sekolah-sekolah
kurang murid yang berhampiran untuk melaksanakan program motivasi.
4.2.2 Pengerusi berharap guru - guru dapat bergabung dengan sekolah-sekolah
kurang murid yang berhampiran untuk melaksanakan teknik menjawab soalan UPSR
untuk murid-murid tahun 6.
Tindakan : Ketua Panitia Bahasa Melayu
4.3 Program Nilam 4.3.1 Guru- guru mata pelajaran Bahasa Melayu dikehendaki
melaksanakan program ini untuk semua murid dan mewajibkan murid meminjam
buku cerita.
4.3.2 Murid-murid perlu menyertai pertandingan Nilam yang dianjurkan untuk
meggilap potensi murid yang telah dikanal pasti berbakat. Tindakan : Guru-guru
Bahasa Melayu
4.4 Penilaian Berasaskan Sekolah
4.4.1 Ketua panitia perlu memantau serta memastikan program ini dapat
dilaksanakan dengan baik. 4.4.2 Guru-guru perlu mengemaskini fail dengan
maklumat-maklumat yang terkini dan melengkapkannya.
Tindakan : Guru-guru Bahasa Melayu
4.5 Program LINUS dan KSSR
4.5.1 Guru guru yang terlibat perlu tahu program yang dijalankan serta
melaksanakannya mengikut garis panduan yang telah ditetapkan hasil daripada
kursus yang telah dihadiri.
4.5.2 Guru guru tahun 1 dan 2 yang mengajar Bahasa Melayu perlu masalah
menyediakan fail perkembangan murid serta sentiasa mengemukakan masalahyang dihadapi kapada pihak pentadbiran. Tindakan : Guru-guru Bahasa Melayu

4.6 Pemantauan P&P guru dan penyeliaan buku latihan murid


4.6.1 Ketua panitia perlu membuat pematauan terhadap guru-guru lain yang
mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu sekurang kurangnya 2 kali setahun.
4.6.2 Guru-guru perlu menanda buku latihan murid serta melengkapkan borang
penyeliaan yang telah disediakan. Tindakan : Guru-guru Bahasa Melayu
4.7 Analisa dan markah peperiksaan 4.7.1 Memohon kerjasama daripada semua
guru supaya melengkapkan markah secara online dalam masa yang telah
ditetapkan. 4.7.2 Guru-guru perlu menyediakan analisa peperiksaan untuk
mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid-murid.
Tindakan : Guruguru Bahasa Melayu
4.8 Protim
4.8.1 Mohon kerjasama daripada semua guru Bahasa Melayu supaya secara jujur
melaksanakan ujian protim mengikut instrumen yang ditetapkan.
4.8.2 Guru yang terlibat perlu membimbing dan berusaha bersungguh-sungguh
untuk membantu murid-murid yang bermasalah pembelajaran supaya dapat
meningkatkan prestasi sekolah.
4.8.3 Guru yang terlibat perlu menghantar data kepada Pejabat Pelajaran Daerah
dalam masa yang telah ditetapkan. Tindakan : Guru Bahasa Melayu
5. Hal-hal lain
5.1 Mohon kerjasama kepada semua guru-guru Bahasa Melayu yang terlibat
dengan mesyuarat, taklimat, bengkel atau kursus diminta melampirkan surat
tersedbut dalam fail yang telah disediakan. 5.2 Mohon kerjasama guru disiplin dan
termasuk guru-guru yang lain sentiasa memastikan murid-murid mematuhi
peraturan sekolah yang telah ditetapkan serta perlu membuat penambahbaikan jika
perlu. Tindakan : Semua guru
6. Ucapan Penanggunhan
6.1 Setiausaha mengucapkan terima kasih dan penghargaan di atas kesungguhan
yang ditunjukkan oleh guru-guru dan berharap agar segala perancangan yang
diatur dapat dilaksanakan dengan sebaiknya dan penuh tanggungjawab. Mesyuarat
ditangguhkan pada jam 11.30 pagi.

Disediakan oleh :
oleh : .............................................
(SITI NURLIZA BT KHALID)

Disemak
................................................

(ABD JALIL BIN ABD KAHAR)

Setiausaha Panitia Bahasa Melayu,


Gogok.

Guru Besar, SK Kg. Baru Pasir

SK Kg. Baru Pasir Gogok.

You might also like