You are on page 1of 5

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR

DI DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN MALAYSIA


(BAHAGIAN KOMERSIAL)
GUAMAN NO:

2014

ANTARA
CHINESE UNIVERSITY COLLEGE OF
KUALA LUMPUR
(NO. SYARIKAT: 600121-W)

...PLAINTIF

DAN

CHOW LEE CORPORATION BHD.


(NO. SYARIKAT: 9930462-M)

...DEFENDAN

PENYATA TUNTUTAN

1. Plaintif merupakan sebuah kolej universiti berlesen (No: 600121-W ) yang didaftarkan di
bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dan diperbadankan di bawah Akta
Syarikat 1965, yang beralamat di 1016, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
2. Defendan merupakan sebuah syarikat berlesen (No: 908070-W) yang didaftarkan di
bawah Akta Syarikat 1965 dan mempunyai alamat penyampaian terakhir di No.126-3-5
& 6, Metro Genting Klang, Lot 126, Jalan Genting Kelang, 53100 Kuala Lumpur.

3. Pada 1 April 2011, Plaintif dan Defendan telah memasuki satu kontrak pembinaan
bangunan pentadbiran (selepas ini dirujuk sebagai kontrak pembinaan) di kawasan
Kampus Universiti yang berjumlah RM 10, 900,150.00.
4. Kontrak pembinaan tersebut menyatakan dengan jelas mengenai insuran perlindungan
bagi kepentingan kedua-dua pihak Plaintif dan pihak Defendan.
5. Pada 1 April 2011, menurut peruntukan yang terkandung dalam kontrak pembinaan
tersebut, Defendan telah mengambil Polisi Kebakaran atas nama kedua-dua belah pihak,
untuk melindungi sebarang kerosakan yang berlaku terhadap bahan-bahan kelengkapan
bangunan di tapak pembinaan yang disebabkan oleh bencana alam seperti kebakaran.
6. Pada 11 Jun 2011, Plaintif telah memasuki satu kontrak berasingan dengan American
Engineering Corporation (AEC) untuk pemasangan pendingin hawa di dalam bangunan
pentadbiran yang masih dalam pembinaan.
7. Klausa 1.49 yang terkandung dalam kontrak bersama AEC menyatakan bahawa Plaintiff
akan menjadi Majikan kepada segala kelengkapan dan peralatan yang dibekalkan
sejurus penghantaran kelengkapan dan peralatan ke tapak pembinaan atau sejurus
pembayaran telah dibuat dan segala kerosakan yang berlaku kepada kelengkapan dan
peralatan disebabkan oleh bencana alam termasuk kebakaran akan ditanggung oleh
Majikan.
8. Kerja pemasangan pendingin hawa bermula serentak dengan pembinaan bangunan di
bawah kontrak pembinaan yang telah bermula. Lokasi stor penyimpanan dan bengkel
kerja AEC adalah bersebelahan dengan bengkel pertukangan kayu pihak Defendan di satu
aras yang sama.
9. Pada 17 Mac 2012, satu kebakaran telah berlaku di aras terletaknya kedua-dua bengkel
tersebut dan menyebabkan kerosakan yang teruk di sesetengah bahagian bangunan
termasuk kelengkapan pendingin hawa.
10. Pada 22 Mac 2012, Plaintif telah menghantar satu senarai ganti rugi mengenai kerosakan
yang ditanggungnya berjumlah RM 2,500,000.00 kepada Defendan.

11. Pada 23 Mac 2012, Defendan telah menghantar tuntutan ganti rugi kepada Gilman & Co.
Ltd (selepas ini dirujuk sebagai syarikat insurans) sebanyak RM 4,000,000.00 termasuk
dengan tuntutan Plaintif sebanyak RM 2,500,000.00.
12. Pada 31 Mac 2012, Syarikat insurans telah melantik sebuah firma lain yang dikenali
sebagai Graham Miller & Co. (yang selepas ini dirujuk sebagai penilai kerugian) untuk
mengendali tuntutan tersebut.
13. Pada 7 Jun 2012, penilai kerugian telah mencadangkan pihak syarikat insurans bahawa
beberapa tuntutan seperti kerosakan terhadap pendingin hawa tidak termasuk dalam
Polisi Kebakaran.
14. Defendan telah diberitahu bahawa, penilai kerugian akan menawarkan tuntutan akhir
insuran yang berjumlah RM 2,800,000.00 kepada syarikat insurans.
15. Defendan telah menerima tawaran tersebut dan menandatangani borang penerimaan yang
bertarikh 7th Jun 2012 tanpa sebarang perbincangan lanjut dengan Plaintif.
16. Defendan juga telah berjanji untuk memberikan wang sebanyak RM 1,300,000.00
daripada jumlah keseluruhannya yang diterima, selepas menolak jumlah kerugian
Defendan sebanyak RM 1,500,000.00.

17. Plaintif tidak berpuas hati dengan jumlah insuran yang diterima kerana jumlah kerugian
sebenar yang ditanggung oleh mereka adalah sebanyak RM 2,500,000.00. Oleh itu, pihak
Plaintif ingin membuat tuntutan terhadap baki kerugian mereka yang berjumlah RM 1,
200,000.00 yang disebabkan oleh tindakan Defendan yang tidak berwaspada dan tidak
jujur dalam melaksanakan polisi kebakaran tersebut.
18. Plaintif ingin menegaskan bahawa insuran polisi kebakaran telah diambil atas kedua-dua
nama pihak yang mana Defendan telah menerima daripada syarikat insurans wang
berjumlah RM 2,800,000.00 secara penuh tanpa pengetahuan dan kebenaran daripada
Plaintif.

19. Plaintif juga mendakwa bahawa pihaknya telah mengambil langkah yang wajar untuk
menyokong tuntutan insuran mereka dengan menyediakan senarai kerosakan dan
kerugian mereka pada surat yang bertarikh 22 Mac 2012.

20. DAN, pihak Plaintif menuntut daripada pihak Defendan seperti berikut:-

i.

Jumlah tuntutan bernilai RM 1,200,000.00 kerana Defendan telah bertindak luar


kuasanya tanpa pengetahuan Plaintif sehingga menyebabkan Plaintif menanggung

ii.

kerugian.
Faedah pada 8% setahun ke atas jumlah penghakiman daripada tarikh penghakiman

iii.
iv.

sehingga penyelesaian.
Kos; dan
Apa-apa relif yang mahkamah merasakan suai manfaat.

Bertarikh

, 2014.

..
Ibrahim Ismail & Partners
Peguamcara bagi Plaintiff

PENYATA TUNTUTAN ini difailkan oleh Ibrahim Ismail & Partners, Pegumbela dan
Peguamcara bagi pihak Plaintif yang beralamat di No 12/3, Jalan Petai, Taman Bolton, 05320
Gombak, Selangor.
Ref : IIG / CIV / LIT / 01-14 / AIN
Tel: 03-678 9501, Fax: 03-678 9502,
Emel: ibrahimismailpartnersgombak@gmail.com

You might also like