You are on page 1of 16

Takrifan & hukum-hukum Fizik

1 of 16

Bab 2 Daya dan Gerakan Bab 1 Pengertian kepada Fizik

Bab

Konsep-konsep dan
hukum-hukum Fizik
Fizik
Pengukuran
Kuantiti terbitan
Kepersisan
Kejituan
Kepekaan
Kuantiti skalar
Kuantiti vektor
Kinematik
Jarak
Sesaran, s

Page
Pengertian

Fizik ialah satu cabang sains yang mengkaji pelbagai fenomena alam
sekeliling kita. Fenomena alam ialah kejadian semulajadi yang dapat
diperhatikan melalui pelbagai deria manusia.
Pengukuran ialah proses menentukan nilai kuantiti fizik dengan menggunakan
peralatan sains yang mempunyai skala piawai.
Kuantiti terbitan ialah gabungan kuantiti-kuantiti asas secara pendaraban atau
pembahagian atau kedua-duanya.
Kepersisan ialah kebolehan alat mengukur sesuatu kuantiti secara konsisten
dengan sedikit atau tiada sisihan relatif antara bacaan-bacaan yang
diperolehinya.
Kejituan pengukuran ialah betapa hampir sesuatu nilai pengukuran kepada
nilai sebenar.
Kepekaan ialah kebolehan sesuatu alat mengesan perubahan kecil kuantiti
fizik yang diukurnya.
Kuantiti skalar ialah kuantiti fizik yang mempunyai magnitud sahaja.
Kuantiti vektor ialah kuantiti fizik yang mempunyai magnitud dan arah.
Kinematik ialah kajian berkenaan dengan jenis pergerakan sesuatu objek
tanpa merujuk kepada daya-daya yang menyebabkan gerakan objek itu.
Jarak gerakan sesuatu objek ialah jumlah panjang lintasan yang dilalui oleh
objek itu. Jarak merupakan kuantiti skalar.
Sesaran suatu objek dari satu titik rujukan, O ialah jarak objek itu dari titik O
mengikut arah dari titik O ke objek itu. Sesaran merupakan kuantiti vektor.

1
u v t
2
1
s ut at 2
2
s = sesaran, u = halaju awal, v = halaju akhir, t = masa, a = pecutan
Laju ialah kadar perubahan jarak terhadap masa. Laju merupakan kuantiti
skalar.
Halaju ialah kadar perubahan jarak pada sesuatu arah tertentu. Halaju
merupakan kuantiti vektor.
v = u + at
v2 = u2 + 2as
s = sesaran, u = halaju awal, v = halaju akhir, t = masa, a = pecutan
Pecutan ialah kadar perubahan halaju terhadap masa. Pecutan merupakan
kuantiti vektor.
vu
a
t
a = pecutan, v = halaju akhir objek, u = halaju awal objek, t = masa
Dinamik ialah kajian berkenaan dengan gerakan objek yang disebabkan oleh
tindakan daya.
Inersia merupakan sifat semulajadi suatu objek yang cenderung untuk
menentang sebarang perubahan keadaan asalnya, sama ada keadaan pegun
atau keadaan bergerak.
Jisim ialah amaun atau kuantiti jirim yang terkandung dalam objek itu.
Hukum Gerakan Newton Pertama menyatakan bahawa sesuatu objek akan
kekal dalam keadaan asalnya, iaitu dalam keadaan pegun atau keadaan
gerakan halaju seragam jika tiada daya luar bertindak ke atas objek tersebut.
s

Laju
Halaju, v

Pecutan, a

Dinamik
Inersia
Jisim, m
Hukum Gerakan
Newton Pertama

Edited by Mok & Adrian Foo

Copyright reserved

Takrifan & hukum-hukum Fizik


2 of 16
Momentum Linear @
Momentum, p

Prinsip keabadiaan
momentum
Hukum Gerakan
Newton Kedua

Impuls, Ft

Daya impuls, F

Page

Momentum linear atau momentum sesuatu objek diiktirafkan sebagai hasil


darab jisim objek itu dengan halajunya.
p = mv
p = momentum, m = jisim objek, v = halaju objek
Prinsip keabadiaan momentum menerangkan bahawa dalam suatu sistem
yang terdiri daripada beberapa objek yang bertindak balas, jumlah
momentum adalah malar jika tiada daya luar bertindak ke atas sistem itu.
Hukum Gerakan Newton Kedua menyatakan bahawa kadar perubahan
momentum adalah berkadar terus dengan daya paduan yang bertindak ke
atas objek itu pada arah yang sama dengan arah tindakan daya paduan itu.
F = ma
F = Daya, m = jisim, a = pecutan
Impuls diiktirafkan sebagai perubahan momentum.
Ft = mv mu
F = daya impuls, t = masa perlanggaran, m = jisim objek, v = halaju akhir
objek, u = halaju awal objek.
Daya Impuls diiktirafkan sebagai kadar perubahan momentum terhadap masa
tindakan yang singkat bagi sesuatu objek.

mv mu
t
F = daya impuls, t = masa perlanggaran, m = jisim objek, v = halaju akhir
objek, u = halaju awal objek.
Semua objek di sekeliling kita ditarik ke arah bumi oleh daya graviti.
Suatu objek yang jatuh di bawah daya tarikan graviti dengan pecutan graviti,
tanpa pengaruh daya-daya luar seperti rintangan dikatakan jatuh secara
bebas atau jatuh bebas.
Berat suatu objek ialah daya tarikan graviti ke atas objek itu.
W = mg
W = berat, m = jisim, g = pecutan graviti
Apabila beberapa daya bertindak ke atas sesuatu objek, keseimbangan daya
berlaku jika paduan semua daya itu ialah sifar.
Hukum Gerakan Newton Ketiga menyatakan bahawa untuk setiap daya
tindakan, terdapat satu daya tindak balas yang bermagnitud sama
pada arah yang bertentangan.
Leraian daya ialah satu proses di mana satu daya tunggal boleh diuraikan
kepada 2 komponen. Proses ini merupakan songsangan kepada prinsip
paduan daya.
Kerja yang dilakukan oleh suatu objek yang malar untuk menggerakkan suatu
jasad adalah sama dengan hasil darab magnitud sesaran dan komponen daya
yang selari dengan arah sesaran itu. Kerja merupakan kuantiti skalar.
W = Fs
W = kerja, F = daya, s = sesaran
Tenaga ialah keupayaan atau kebolehan suatu sistem untuk melakukan kerja.
Kuasa ialah kadar melakukan kerja atau kadar pemindahan tenaga.
Tenaga keupayaan suatu jasad diiktirafkan sebagai tenaga yang dipunyai oleh
jasad itu disebabkan oleh kedudukan atau keadaan jasad itu.
F

Daya graviti, g
Jatuh bebas
Berat, W

Keseimbangan Daya
Hukum Gerakan
Newton Ketiga
Leraian daya
Kerja, W

Tenaga, E
Kuasa, P
Tenaga keupayaan, E

2 jenis tenaga keupayaan:


tenaga keupayaan graviti - disebabkan oleh ketinggian jasad itu .
E = mgh
E = t. keupayaan, m = jisim, g = pecutan graviti, h = ketinggian dari
bumi

Edited by Mok & Adrian Foo

Copyright reserved

Takrifan & hukum-hukum Fizik


3 of 16

Tenaga kinetik, E

Page

tenaga keupayaan kenyal - disebabkan oleh keadaaan jasad itu


1
W Fx
2
W = kerja yang dilakukan, F = daya, x = pemanjangan spring
Tenaga kinetik ialah tenaga yang diperoleh oleh suatu jasad apabila jasad itu
bergerak.

1
2
mv
2
E = tenaga kinetik, m = jisim, v = halaju
Prinsip keabadiaan tenaga menyatakan bahawa tenaga tidak boleh dicipta
atau dimusnahkan tetapi boleh berubah daripada satu bentuk ke bentuk yang
lain.
Gerakan Brown bermaksud gerakan dalam arah yang berubah-ubah secara
tidak tentu.
Pengembangan ialah pertambahan saiz atau isi padu pada suatu objek itu
apabila dipanaskan.
Jirim terdiri daripada zarah-zarah seni.
Zarah-zarah itu sentiasa bergerak secara rawak.
Apabila suhu dinaikkan, zarah-zarah begerak dengan laju yang lebih
tinggi.
Terdapat daya tarikan dan daya tolakan antara zarah. Daya tarikan
bertindak apabila zarah-zarah dijauhkan. Daya tolakan bertindak apabila
zarah-zarah dirapatkan.
Andaian lain bagi teori kinetik jirim:
Zarah-zarah ini mempunyai tenaga kinetik.
Perlanggaran antara zarah-zarah gas adalah perlanggaran kenyal.
Ketumpatan suatu bahan ialah jisim bagi satu unit isi padu bahan itu.
E

Bab 3 Sifat Jirim

Prinsip keabadiaan
tenaga
Gerakan Brown
Pengembangan
Teori kinetik jirim

Ketumpatan,

m
V
= ketumpatan, m = jisim, V = isipadu
Kekenyalan suatu bahan ialah kebolehan bahan itu untuk kembali ke bentuk
dan saiz asalnya apabila daya yang dikenakan ke atasnya dialihkan.
Hukum Hooke menyatakan bahawa pemanjangan suatu bahan kenyal
berubah secara langsung dengan daya regangan yang bertindak terhadapnya
jika daya itu tidak melebihi had kekenyalan bahan itu.
Had kekenyalan (atau had kenyal) suatu spring ialah daya maksimum yang
boleh dikenakan ke atas spring itu sebelum spring itu kehilangan sifat
kekenyalannya. Jika daya regangan melebihi had ini, spring itu tidak akan
kembali kepada panjang asalnya.
=

Kekenyalan
Hukum Hooke
Had kekenyalan

Kekuatan

Ketegaran

F = kx
F = daya, k = kekerasan spring, x = pemanjangan spring
Kekuatan suatu bahan ialah kebolehan bahan itu menahan suatu daya luar
yang bertindak ke atasnya supaya tidak dipecahkan atau dipatahkan.
Kekuatan regangan suatu bahan ialah betapa besar daya regangan yang
dikenakan ke atasnya untuk mematahkannya.
Kekuatan mampatan suatu bahan ialah betapa besar daya mampatan
yang dikenakan ke atasnya untuk memecahkannya.
Ketegaran suatu bahan ialah kebolehan bahan itu menahan suatu daya luar
yang bertindak ke atasnya tanpa mengubah bentuk atau saiz bahan itu.

Edited by Mok & Adrian Foo

Copyright reserved

Takrifan & hukum-hukum Fizik


4 of 16
Tegangan
permukaan

Daya lekitan
Daya lekatan
Tekanan, P

Page

Tegangan permukaan merupakan satu sifat semula jadi cecair di mana


terdapat daya yang bertindak di sepanjang permukaannya dan menyebabkan
permukaan cecair itu bertindak seperti selapis kulit kenyal.
Permukaan cecair sentiasa berada dalam keadaan yang tegang dan bertindak
untuk mencapai luas permukaan yang minimum.
Daya lekitan ialah daya tarikan antara molekul daripada jenis yang sama.
Daya lekatan ialah daya tarikan antara molekul daripada jenis yang berlainan.
Tekanan ditakrifkan sebagai daya yang bertindak secara normal per unit luas
permukaan sentuhan.

F
A
P = tekanan, F = daya, A = jumlah luas permukaan bersentuhan.
Tekanan dalam cecair bertindak dalam semua arah tanpa bergantung
kepada saiz atau bentuk bekas.
Tekanan atmosfera ialah tekanan yang dikenakan oleh atmosfera ke atas
permukaan bumi.
Prinsip Archimedes menyatakan bahawa apabila apabila suatu objek
direndamkan sebahagiannya atau sepenuhnya di dalam suatu cecair, objek
itu mengalami daya tujah ke atas yang sama dengan berat bendalir yang
disesarkan.
Prinsip Archimedes juga benar untuk objek di udara. Semua objek yang
menyesarkan udara dan objek di udara juga mengalami daya tujah ke atas.
Prinsip Pascal menyatakan bahawa tekanan yang dikenakan pada permukaan
suatu cecair dalam bekas tertutup akan dipindah dengan seragam ke seluruh
bahagian bendalir itu.
P

Prinsip Archimedes

Prinsip Pascal

F1
F
2
A1
A2

Bab 4 Haba & Tenaga

Prinsip Bernoulli
Suhu, T
Haba
Keseimbangan
terma

Sifat termometri
Muatan haba, C

F = daya, A = luas
Prinsip Bernoulli menyatakan bahawa apabila halaju bendalir bertambah,
tekanan dalam bendalir itu berkurang.
Suhu ialah darjah kepanasan suatu objek.
Haba ialah tenaga yang dipindah dari objek yang panas ke objek yang sejuk.
Apabila 2 objek berada dalam keseimbangan terma, kadar bersih
pemidahan tenaga antara 2 objek itu adalah sifar.
2 objek yang berada dalam keseimbangan terma mempunyai suhu yang
sama.
Sifat fzikal bahan yang berubah dengan suhu dikenali sebagai sifat
termometri.
Suatu objek yang mempunyai muatan haba yang besar memerlukan kuantiti
haba yang lebih besar untuk menaikkan suhunya sebanyak 1 0C.
Q = C
Q = haba yang dibebaskan, = perubahan suhu, C = muatan haba
Muatan haba suatu objek bergantung pada:
jisim, m
jenis bahan objek itu
suhu bahan objek itu, T

Edited by Mok & Adrian Foo

Copyright reserved

Takrifan & hukum-hukum Fizik


5 of 16
Muatan haba tentu,
c

Q
ditakrifkan sebagai haba yang
m
diperlukan untuk menaikkan suhu sebanyak 10C bagi 1 kg bahan itu dan
unitnya ialah J kg-1 0C-1.
Muatan haba tentu suatu bahan, c

Q = mc = Pt

Haba pendam tentu,


L

Penyejatan

Pendidihan

Tekanan gas

1
mv 2 (jika terdapat perubahan tenaga)
2
Q
Q
C=
manakala, c =
maka, C =
m

m Q

Q= mgh =

1
dan Q dan
m
Q = haba yang dibebaskan, m = jisim objek, c = muatan haba tentu, =
perubahan suhu, C = muatan haba, g = pecutan graviti, h = ketinggian dari
bumi, v = halaju, P = kuasa peralatan elektrik, t = masa
Haba pendam ialah haba yang diserap atau haba yang dikeluarkan semasa
perubahan keadaan jirim. Makna pendam dalam konteks haba pendam ialah
penyerapan dan pengeluaran haba yang tidak ditunjukkan oleh perubahan
suhu.
Haba pendam tentu pelakuran suatu bahan ialah haba yang diperlukan
untuk mengubah 1 kg bahan itu daripada pepejal kepada cecair pada
suhu tetap.
Haba pendam tentu pengewapan suatu bahan ialah haba yang
diperlukan untuk mengubah 1 kg bahan itu daripada cecair kepada gas
pada suhu tetap.
Q = mL = Pt
Q = kuantiti haba yang dibebaskan/diserap, m = jisim bahan, L = haba
pendam tentu, P = kuasa peraatan elektrik, t = masa
Penyejatan ialah perubahan cecair kepada wap pada sebarang suhu yang
lebih rendah daripada takat didih cecair itu secara berterusan dan melibatkan
permukaan cecair sahaja.
Kadar penyejatan bertambah jika:
luas permukaan bertambah
suhu cecair bertambah
kelembapan sekeliling berkurang
angin bertiup
tekanan udara berkurang
Pendidihan ialah perubahan pada keseluruhan bahagian cecair kepada gas
pada takat didih cecair itu.
Takat pendidihan bertambah jika:
bendasing dilarutkan ke dalam cecair
tekanan udara bertambah
molekul gas sentiasa bergerak bebas rawak dengan laju yang tinggi.
gerakan molekul yang rawak menyebabkan dinding bekas dilanggar oleh
molekul gas.
molekul yang berlanggar dinding bekas akan melantun balik dan
mengalami perubahan momentum.
perubahan momentum ini menyebabkan satu daya dikenakan pada
dinding bekas.
jumlah daya pada dinding bekas per unit luas permukaan ialah tekanan
yang dikenakan oleh gas itu.

Haba pendam

Page

Edited by Mok & Adrian Foo

Copyright reserved

Takrifan & hukum-hukum Fizik


6 of 16
Hukum Boyle

Page

Hukum Boyle menyatakan bahawa bagi satu jisim gas yang tetap, tekanan
gas itu adalah berkadar songsang dengan isi padunya jika suhu gas itu adalah
tetap.

1
, maka, P1V1 = P2V2
V
P = tekanan gas, V = isi padu gas
Hukum tekanan menyatakan bahawa bagi satu jisim gas yang tetap, tekanan
gas itu berubah secara langsung dengan suhu mutlaknya jika isi padu gas itu
adalah tetap.
P

Hukum tekanan

P T ,
Hukum Charles

Bab 5 Cahaya & Penglihatan

Pantulan cahaya

Hukum pantulan
cahaya
Titik fokus
Panjang fokus
Pembiasan cahaya

Hukum pembiasan /
Hukum Snell

P1 P2

T1 T2

P = tekanan, T = suhu mutlak


Hukum Charles menyatakan bahawa bagi satu jisim gas yang tetap, isi padu
gas itu berubah secara langsung dengan suhu mutlaknya jika tekanan gas itu
adalah tetap.
V T ,

Hukum gas semester

maka,

maka,

V1 V2

T1 T2

PV
= pemalar
T

P = tekanan gas, V = isi padu gas, T = suhu mutlak


Pantulan cahaya merupakan pembalikkan cahaya daripada suatu permukaan.
Cahaya dipantul daripada suatu permukaan dapat dilihat. Pantulan seragam
cahaya daripada permukaan cermin yang rata membentuk imej pada cermin.
Imej tidak dihasilkan oleh sehelai kertas kerana permukaannya tidak rata
menyebabkan pantulan cahaya tidak seragam.
sudut pantulan adalah sentiasa sama dengan sudut tuju.
sinar tuju, sinar pantulan, dan garis normal berada pada satah yang sama.
Titik di mana semua pantulan akan menumpu pada.
Jarak di antara titik fokus dengan cermin / kanta.
Pembiasan cahaya ialah suatu fenomena di mana alur cahaya mengubah
arahnya apabila merambat dari satu medium ke satu medium lain yang
berlainan ketumpatan.
Cahaya merambat lebih perlahan dalam medium yang lebih tumpat. Oleh
itu, dalam suatu medium lut sinar yang lebih tumpat, halaju cahaya
menjadi perlahan. Perubahan kelajuan cahaya menyebabkan pembiasan
cahaya berlaku.
Hukum pembiasan menyatakan bahawa apabila suatu sinar cahaya merambat
dari satu medium ke medium yang lain,
sinar tuju, sinar pembiasan, dan garis normal terletak pada satah yang
sama.
nisbah sin i kepada sin r adalah suatu pemalar, iaitu
sin i
= pemalar
sin r

Edited by Mok & Adrian Foo

Copyright reserved

Takrifan & hukum-hukum Fizik


7 of 16
Indeks pembiasan

Pantulan dalam
penuh
Sudut genting

Kanta cembung
Kanta cekung
Kuasa kanta

Suatu ukuran yang menunjukkan banyaknya suatu sinar cahaya terbias


apabila merambat melalui suatu medium dari vakum atau bahan lut cahaya.
sin i
c D
1
n

sin r v
d
sin C
n = indeks pembiasan, i = sudut tuju, r = sudut terbias, c = laju cahaya dalam
vakum, v = laju cahaya dalam medium, D = dalam nyata, d = dalam ketara, C
= sudut genting
indeks pembiasan: 1. udara = 1.00
2. air = 1.33
3. perspek = 1.49
4. kaca = 1.48 1.96
5. intan = 2.42
Fenomena pantulan cahaya di permukaan dalam suatu medium ialah pantulan
dalam penuh.
Sudut genting ditakrifkan sebagai sudut tuju apabila sudut penbiasan sama
dengan 900
Syarat-syarat berlakunya pantulan dalam penuh:
sinar cahaya harus merambat dari medium yang lebih tumpat ke medium
yang kurang tumpat.
sudut tuju lebih besar daripada sudut genting bagi 2 medium berkenaan.
1
n
sin C
n = indeks pembiasan, C = sudut genting
Kanta cembung adalah lebih tebal di pusat kantanya daripada sisi kanta, juga
dipanggil kanta penumpu.
Kanta cekung adalah lebih tebal di sisi kantanya daripada pusat kantanya,
juga dipanggil kanta pencapah.
Kuasa kanta ditakrifkan sebagai songsangan panjang fokus.
P

Pembesaran linear,
m

Page

1
f

P = kuasa kanta, f = panjang fokus (diopter, D)


kuasa kanta cembung adalah positif
kuasa kanta cekung adalah negatif
Nisbah imej kepada tinggi objek disebut pembesaran linear

hi
v

ho u

Bab 6 Gelombang

1 1 1

u v
f

Getaran / ayunan
Muka gelombang

Gelombang
melintang
Gelombang
membujur
Amplitud

m = pembesaran linear, hi = tinggi imej, ho = tinggi imej, v = jarak imej, u =


jarak objek, f = jarak fokus
Getaran atau ayunan ialah gerakan ulang-alik suatu sistem yang bergetar
melalui lintasan yang tetap.
Muka gelombang ialah garisan atau permukaan yang menyambungkan titiktitik yang bergerak pada fasa yang sama dan berjarak sama dari sumber yang
sama. Muka gelombang sentiasa berserenjang dengan arah perambatan
gelombang.
Gelombang melintang ialah gelombang yang mana zarah-zarah mediumnya
bergetar pada arah yang berserenjang dengan arah perambatan gelombang.
Gelombang membujur ialah gelombang yang mana zarah-zarah mediumnya
bergetar pada arah yang berselari dengan arah perambatan gelombang.
Amplitud ialah sesaran maksimum suatu jasad dari kedudukan
keseimbangannya.

Edited by Mok & Adrian Foo

Copyright reserved

Takrifan & hukum-hukum Fizik


8 of 16
Tempoh, T

Page

Masa yang diambil oleh suatu jasad untuk membuat satu ayunan atau getaran
lengkap dikenali sebagai tempoh.
Bandul ringkas
T 2

l
g

T = tempoh ayunan, l = panjang tali bandul, g = pecutan graviti


Spring berbeban
T 2

Frekuensi, f

Panjang gelombang,

Pelembapan

Frekuensi asli
Resonans

Pantulan gelombang

m
g

T = tempoh ayunan, m = jisim, g = pecutan graviti


Frekuensi, f ialah bilangan getaran lengkap yang dibuat dalam 1 saat.
1
f
T
f = frekuensi, T = tempoh ayunan
Panjang gelombang, ialah jarak di antara 2 titik berturutan yang
mempunyai sesaran yang sama serta bergerak dalam arah yang sama.
v=f
v = halaju gelombang, f = frekuensi, = panjang gelombang
Suatu sistem dikatakan mengalami pelembapan jika amplitud getarannya
semakin berkurang dengan masa. Geseran sistem itu dengan udara
menyebabkan tenaga terlesap daripada sistem itu berbentuk haba.
Pelembapan luar iaitu sistem kehilangan tenaga dalam bentuk haba
disebabkan oleh daya geseran dari udara.
Pelembapan dalam iaitu sistem kehilangan tenaga dalam bentuk haba
disebabkan molekul-molekul sistem yang direnggang dan dimampat.
Frekuensi asli suatu sistem bergetar ialah frekuensi sistem itu bergetar secara
bebas tanpa tindakan sebarang daya luar ke atasnya.
Resonans ialah suatu fenomena di mana suatu sistem dipaksa bergetar pada
frekuensi aslinya dengan amplitud yang maksimum. Sistem ini berayun
dengan amplitud maksimum kerana menerima tenaga yang maksimum
daripada sistem luar yang memaksanya.
Pantulan gelombang berlaku apabila gelombang tuju terkena suatu pemantul
dan dibalikkan.
Ciri-ciri gelombang yang dipantulkan:
Pantulan gelombang mematuhi hukum pantulan kerana sudut tuju adalah
sama dengan sudut pantulan.
Panjang gelombang bagi gelombang tuju adalah sama dengan panjang
gelombang bagi gelombang yang dipantul.
Frekuensi bagi gelombang tuju, gelombang pantulan, dan penggetar
adalah sama.
Gelombang yang dipantulkan mempunyai magnitud halaju yang sama
tetapi arah yang berlainan dengan gelombang.

Edited by Mok & Adrian Foo

Copyright reserved

Takrifan & hukum-hukum Fizik


9 of 16
Pembiasan
gelombang

Page

Pembiasan gelombang berlaku apabila arah perambatan gelombang tersebut


berubah disebabkan oleh perubahan laju gelombang tersebut semasa
merambat dari suatu medium ke suatu medium yang berlainan kedalaman.
Ciri-ciri gelombang terbias:
Panjang gelombang bagi gelombang air di kawasan air dalam adalah lebih
besar daripada panjang gelombang bagi gelombang air di kawasan cetek.
Frekuensi gelombang air di semua kawasan sama dengan frekuensi
penggetar.
Magnitud halaju gelombang di kawasan air dalam adalah lebih besar
daripada kawasan air cetek.
Gelombang terbias mendekati garis normal apabila merambat dari
kawasan dalam ke kawasan cetek pada sudut tuju bukan sifar.
Gelombang air dibiaskan menjauhi garis normal apabila merambat dari
kawasan cetek ke kawasan dalam.
Dalam pembiasan gelombang, frekuensi f tetap,
v
f

maka
Belauan gelombang

v1 v 2

1 2

v = halaju gelombang, = panjang gelombang


Belauan gelombang ialah penyebaran gelombang yang berlaku apabila
gelombang merambat melalui satu celah atau halangan.
Ciri-ciri gelombang terbelau:
Panjang gelombang tidak berubah.
Frekuensi gelombang air di semua kawasan sama dengan frekuensi
penggetar.

Prinsip superposisi

koheren
Interferens
Interferens membina

Arah gerakan gelombang yang terbelau berubah.


Frekuensi dan panjang gelombang yang terbelau tidak berubah.
Bentuk gelombang terbelau berubah mengikut keadaan.
Faktor: 1. saiz gelombang celah.
2. panjang gelombang, .
Prinsip superposisi menyatakan bahawa apabila 2 atau lebih gelombang
merambat melalui suatu titik tertentu pada ketika yang sama, sesaran paduan
pada titik itu adalah sama dengan jumlah secara vektor bagi sesaran setiap
gelombang individu.
2 gelombang yang koheren mempunyai frekuensi yang sama dan fasa atau
beza fasa yang sama.
Interferens ialah fenomena gelombang yang berlaku apabila dua lebih
gelombang saling bertindih antara satu dengan yang lain.
Apabila puncak / lembangan gelombang dari kedua-dua gelombang bertemu
dan menghasilkan puncak / lembangan gelombang paduan dengan amplitud
secara hasil tambah vektor. Interferens membina dikatakan berlaku.

ax
D

= panjang gelombang, a = jarak di antara 2 punca koheren, x = jarak


pemisahan

Garis antinod
Garis nod

Edited by Mok & Adrian Foo

Copyright reserved

Punca gelombang

Takrifan & hukum-hukum Fizik


10 of 16
Interferens
memusnah

Page

Kenyaringan

Apabila puncak gelombang dari satu punca bertemu dengan lembangan


gelombang dari satu punca yang lain dan menghasilkan satu kawasan yang
tenang. Interferens memusnah dikatakan berlaku.
Antinod ialah tempat interferens mebina berlaku.
Nod ialah tempat interferens memusnah berlaku.
Bunyi ialah suatu bentuk tenaga yang bergerak dalam bentuk gelombang.
Gelombang bunyi ialah suatu gelombang mekanikal yang memerlukan bahan
atau medium untuk perambatan dan terhasil oleh sistem bergetar serta
merupakan gelombang membujur.
Kenyaringan ialah kekuatan not bunyi yang didengar.

Kelangsingan

Bertambah jika:
amplitud gelombang bunyi bertambah
tidak mengubah frekuensi
bunyi.
Kelangsingan ialah ketinggian not bunyi yang didengar.

Antinod
Nod
Bunyi
Gelombang bunyi

Kualiti
Not-not kalian
Gema
Frekuensi audio
Infrasonik
Ultrasonik
Sonar

Bertambah jika:
frekuensi gelombang bertambah.
Kualiti suatu not muzik bergantung kepada bentuk gelombang bunyi yang
dihasilkan oleh alat muzik.
Not-not kalian ialah gandaan frekuensi asas.
Gema ialah pantulan gelombang dari permukaan keras.
Frekuensi audio ialah julat frekuensi yang boleh didengar oleh manusia, 20 Hz
20000 Hz.
Infrasonik ialah gelombang bunyi yang mempunyai frekuensi kurang daripada
had pendengaran manusia, iaitu kurang daripada 20 Hz.
Ultrasonik ialah gelombang bunyi yang mempunyai frekuensi lebih daripada
had pendengaran manusia, lebih daripada 20000 Hz.
Sonar ialah suatu sistem pembunyian gema yang menggunakan gelombang
ultrasonik untuk mengukur kedalaman laut dan mengesan objek-objek di
dalam sungai.

d v

Polaroid

t
2

d = kedalaman laut, v = halaju ultrasonik, t = masa antara pemancaran


denyutan dengan penerimaan semula gelombang itu.
Polaroid ialah sejenis bahan yang hanya membenarkan gelombagn cahaya
melaluinya pada satu satah sahaja. Gelombang melintang yang melaluinya
mengalami pengutuban.

Edited by Mok & Adrian Foo

Copyright reserved

Takrifan & hukum-hukum Fizik


11 of 16
Parutan belauan

Page

Parutan belauan ialah sekeping kaca nipis yang mempunyai banyak celah
halus yang rapat dan selari serta sekata.

1
10 2 m
N

d = jarak pemisahan antara 2 celah, N = Bilangan celah per cm


Tertib kedua
m=2

MOKHBIU
Spektrum
cahaya

Tertib
pertama
m=1

MOKHBIU
Spektrum
cahaya

Tertib
sifar
m=0

Cahaya
putih

Tertib
pertama
m=1

UIBHKOM
Spektrum
cahaya

Tertib kedua
m=2

UIBHKOM
Spektrum
cahaya

U = ungu, I = indigo, B = biru, H = hijau, K = kuning, O = oren, M = merah

n d sin
n = nombor tertib belauan, = panjang gelombang cahaya, d = jarak pemisahan celah,
= sudut belauan
Gelombang
elektromagnet

Gelombang elektromagnet terdiri daripada getaran medan magnet dan


getaran medan elektrik yang saling berserenjang.
1.

2.

Sinar gama, = 10-14 10-16 m


Dihasilkan dalam tindak balas nuklear seperti pembelahan nukleus
Bertenaga tinggi dan mempunyai kuasa penembusan yang tinggi.
Membunuh sel-sel kanser.
Mensterilkan peralatan pembedahan.
Mengawet makanan.
Membunuh serangga perosak dalam bidang pertanian.
Mengesan ketidaksempurnaan atau kehausan enjin kereta.
SinarX

= 10-11 10-8 m
Dihasilkan dalam tiub sinarX apabila elektron berjalaju tinggi
dihentikan oleh sasaran logam berat.
Bertenaga tinggi dan mempunyai kuasa penembusan yang tinggi.
Mengesan kecacatan tulang dan tulang yang patah. (SinarX lembut)
Menyiasat kecacatan struktur binaan dan bahagian dalaman sesuatu
mesin atau enjin.
Menyelidik struktur hablur dan menentukan unsur-unsur dalam suatu
bahan.
Memeriksa beg dan barangan penumpang di lapangan terbang.
(SinarX keras).

Edited by Mok & Adrian Foo

Copyright reserved

Takrifan & hukum-hukum Fizik


12 of 16

Page

Sinar ultralembayung / ultraungu

= 10-10 10-7 m
Dihasilkan oleh Matahari, lampu wap merkuri, dan jasad lampau
panas.
Boleh diserap oleh kaca dan lapisan ozon.
Boleh menyebabkan tindak balas kimia, kebakaran kulit, dan kanser
kulit.
Merawat kulit jika disinar dengan keamatan yang sesuai untuk
memperoleh Vitamin D (panjang gelombang yang lebih pendek).
Mengesan wang kertas palsu.
4. Cahaya nampak = 4 10-7 8 10-7 m ( dari merah ke ungu )
Dihasilkan oleh Matahari, nyalaan mentol, tiub nyahcas, api, lampu
iklan.
Terdiri daripada 7 warna yang masing-masing mempunyai panjang
gelombang dan frekuensi yang berlainan.
Membolehkan kita melihat objek di sekeliling dan mengambil gambar.
Membolehkan tumbuhan hijau menjalankan proses fotosistesis.
Cahaya melalui gentian optik digunakan untuk melihat keadaan tisu
dan organ.
Cahaya laser dalam gentian optik digunakan dalam sistem
komunikasi.
5. Sinar inframerah

= 4 10-7 8 10-7 m
Dihasilkan oleh Matahari, pemanas, dan semua benda yang panas
atau membara.
Merupakan sinaran haba.
Boleh menyebabkan rasa paans.
Digunakan dalam fisioterapi, bambar yang diambil dengan sinar ini
digunakan untuk menyiasat fungsi organ dalam badan.
Gambar foto sinar inframerah yang diambil oleh satelit membekalkan
maklumat untuk penyiasatan.
6. Gelombang radio / mikro

= 10-3 103 m
Dihasilkan oleh arus elektrik yang berayun pada arial pemancar dan
cas-cas bergetar.
Boleh membawa maklumat seperti isyarat suara dan gambar.
Penting dalam bidang telekomunikasi.
Gelombang mikro digunakan:
Dalam komunikasi seperti satelit, radar, dan perhubungan telefon
antarabangsa.
Sebagai radar pengesan bagi kapal, kapal terbang, dan misil.
Untuk memasak makanan melalui ketuhar gelombang mikro.
Gelombang VHF dan UHF digunakan dalam sinaran radio dan
televisyen.
Gelombang pendek, sederhana dan panjang (SW, MW, dan LW) sesuai
digunakan:
Untuk siaran radio tempatan kerana gelombang ini senang
dibelaukan mengelilingi halangan.
Untuk siaran radio jarak jauh kerana gelombang ini dapat
dipantulkan oleh lapisan ionosfera dan tidak diganggu oleh cuaca
buruk.
Modulasi ialah suatu proses penggabungan isyarat audio ( isyarat maklumat )
seperti suara, muzik dan sebagainya dengan gelombang pembawa ( isyarat
pembawa ).
3.

Modulasi

Edited by Mok & Adrian Foo

Copyright reserved

Takrifan & hukum-hukum Fizik


13 of 16
Beza keupayaan, V

Arus elektrik, I

Rintangan, R

Bab 7 & 8 Elektrik & Elektromagnet & Elektronik

Hukum Ohm

Fenomena
kesuperkonduksian
Superkonduktor

Arus terus (Direct


current)
Arus ulang-alik
(Alternating current)

Daya gerak
elektrik(D.G.E)
Electric Motion Force
(E.M.F.)
Rintangan dalam
Medan lastik

Page

Kerja yang dilakukan untuk memindahkan 1 unit cas(1 coulomb) dari satu
titik ke titik yang lain dalam medan elektrik.
2 titik dalam medan elektrik
kerja yang dilakukan
E V = beza keupayaan
V

I = Arus elektrik
1 unit cas yang dipindahkan
Q R = Rintangan
ATAU
V IR E = kerja / tenaga
2 titik dalam litar elektrik
Q = cas yang dipindahkan
kuasa yang dipindahkan
1 unit arus yang mengalir
Kadar Pengaliran Cas (Unit = Ampere).
Charge (cas) is the quantity of electricity responsible for electric phenomena.
It is defined as the product of current flow & the time. Unit is coulomb.

Nisbah beza keupayaan, V, terhadap arus, I .


Resistance is the physical property of an element or device that impedes the
flow of current: it is represented by the symbol R. The unit is Ohm.
Hukum Ohm menyatakan bahawa beza keupayaan V, yang merentasi satu
kondoktor logam berubah secara langsung dengan arus I, jika suhu dan sifat
fizik lain adalah tetap.
Ohms Law states that the voltage across a material is proportional to the
current flow through it provided that the physical quantities (i.e.:
temperature) are constant.
Bahan yang berkenaan: Konduktor logam
V
V
pemalar rintangan
R
Hubungan: V I maka,
I
I
Syarat: Jika suhu dan sifat lain tetap

V = beza keupayaan, I = Arus, R = rintangan


Fenomena kesuperkonduksian, iaitu rintangan elektrik tiba-tiba hilang apabila
disejukkan ke suatu suhu genting tertentu oleh cecair penyejuk seperti cecair
oleum.
Bahan yang berkeupayaan membawa arus elektrik tanpa sebarang rintangan.
Bahan ini berpotensi menjadi bahan industri penting pada masa depan.
Keistimewaan:
Mengalirkan arus tanpa rintangan dengan kehilangan tenaga yang
minimum.
Membatalkan medan magnet yang dikenakan.
Arus mantap yang mengalir dalam satu arah sahaja dalam suatu litar.
It is a unidirectional current of constant magnitude. It is independent of
time.
Arus yang nilainya(magnitudnya) dan arah pengalirannya sentiasa berubah
secara berkala terhadap masa.
It is a function in which the signal has positive portion & negative current
portion alternately. In our studies we normally refer alternating current as
sinusoidal function which its function follows the sine equation for a
particular frequency & amplitude.
Tenaga elektrik yang dibekalkan oleh sumber apabila 1 coulomb cas mengalir
melaluinya dari satu terminal ke satu terminal yang lain.
E = D.G.E.
R = Rintangan luar (litar)
E = IR + Ir
V = beza keupayaan
r = rintangan dalam
E = V + Ir
I = Arus
v = beza keupayaan dalam
E=V+v
Rintangan yang diberi oleh bahan kimia (elektrolit) di dalam bateri.
Daya yang tak seimbang dalam medan magnet yang terhasil akibat saling
tindakan antara medan kekal dengan medan magnet yang dibentuk oleh
konduktor lurus yang membawa arus.

Edited by Mok & Adrian Foo

Copyright reserved

Takrifan & hukum-hukum Fizik


14 of 16
Peraturan
genggaman tangan
kanan

Page

Ciri-ciri medan magnet hasil daripada dawai lurus yang membawa arus:
Garis medan magnet adalah membulat.
Medan yang menghampiri dawai adalah lebih kuat.
Kekuatan magnet yang dihasilkan bergantung kepada saiz keratan dawai
dan saiz arus dalam dawai.
Arah medan magnet akan disongsangkan jika arah arus disongsangkan,
tetapi corak medan kekal sama.
Peraturan genggaman tangan kanan bagi dawai lurus:
Ibu jari: arah arus
Jari lain: arah medan magnet

Hukum Lenz
Hukum Faraday
Peraturan tangan kiri
Fleming

Peraturan tangan
kanan Fleming

Proses pendopan
Transistor

Transformer
Get Logik
Medan elektrik
Kecekapan tenaga
Radioisotop
Keradioaktifan

Peraturan genggaman tangan kanan bagi solenoid:


Ibu jari: arah kutub utara
Jari lain: arah arus mengalir dalam solenoid
Hukum Lenz menyatakan bahawa arus aruhan yang terhasil sentiasa mengalir
pada arah yang menentang perubahan fluks magnet yang menghasilkannya.
Hukum Faraday menyatakan bahawa magnitude D.G.E teraruh berubah
secara langsung kepada kadar perubahan fluks magnet melaluisesuatu
gegelung atau kadar fluks magnet dipotong.
Ibu jari: arah daya bertindak, motion
Jari telunjuk: arah medan magnet ( dari selatan ke utara) , field
Jari hantu: arah aliran arus (dari terminal positif ke terminal negatif),
current
Bagi motor dan ada punca seperti bateri
Tenaga kinetik kepada tenaga mekanik
Ibu jari: arah gerakan dawai, motion
Jari telunjuk: arah medan magnet ( dari selatan ke utara), field
Jari hantu: arah aliran arus (dari terminal positif ke terminal negatif),
current
Bagi penjana dan tiada punca seperti bateri
Tenaga mekanik kepada tenaga kinetik
Sifat kekonduksian bahan semikonduktor juga dapat ditambah dengan
memasukkan kuantiti kecil benda asing yang terkawal ke dalam kekisi hablur
bahan semikonduktor. Proses ini dikenali sebagai pendopan.
Transistor merupakan suatu peranti elektronik yang bertindak sebagai
perintangboleh ubah (transfer resister) yang dapat mengawal arus dan beza
keupayaan dalam suatu litar elektronik.
Tapak, B (base)
Pengeluar, E (emitter)
Pengumpul, C (collector)
Transfomer ialah suatu alat yang digunakan untuk meningkatkan dan
menurunkan beza keupayaan suatu bekalan arus ulang-alik.
Get logik ialah peranti elektronik yang mempunyai satu atau beberapa inout
dan hanya satu output.
Kawasan di mana cas yang berada di situ akan mengalami daya elektrik.
Pengurusan tenaga yang cekap & mengelakkan pengunaan tenaga yang
berlebihan. Ini merangkumi menjalani aktiviti untuk meminimumkan
pengunaan tenaga semasa melakukan sesuatu kerja.
Radioisotop ialah atom-atom unsur itu yang mempunyai bilangan proton yang
sama tetapi bilangan neutron yang berbeza.
Keradioaktifan ialah proses reputan nukleus yang tidak stabil dengan
memancarkan sinaran radioaktif untuk menjadi stabil, misalnya zarah- ,
zarah-, dan sinar-.

Edited by Mok & Adrian Foo

Copyright reserved

Keradioaktifan

Takrifan & hukum-hukum Fizik


15 of 16
Sinaran latar
belakang

Sinaran latar belakang merupakan sinaran radiokatif yang wujud di Bumi


(dalam jumlah yang kecil secara relatif), berasal dari sumber semula jadi dan
bukan semula jadi serta dari sinaran kosmik.
=daripada
zarah alfa
= 24 He 14 oleh
Contoh: Karbon 14 dihasilkan secara Zarah
berterusan
nitragen
hentaman sinaran kosmik yang memasuki lapisan atmosfera
dari
0
Zarah = zarah beta = 1 e
angkasa lepas.
14
Sinar = sinar gama
N 14 C 0 e + tenaga
7
0
1 e

Bilangan latar
belakang
Pelakuran nukleus

Page

14
7

= zarah beta,

N = karbon 14,

14
7 N

= nitrogen 14
Bilangan latar belakang merupakan pengukuran bagi sinaran latar belakang.

Percantuman 2 nukleus ringan untuk membentuk 1 nukleus yang lebih berat.


Contoh: 12 H 12 H 24 He tenaga
2
3
4
1
1 H 1 H 2 He 0 n

tenaga

4
4
4
12
2 He 2 He 2 He 6 C

Pembelahan nukleus

1
1H

= Hidrogen

2
1H

= Deuterium = 2.014102 u.j.a.

3
1H

= Tritium = 3.016029 u.j.a.

Pembelahan aruhan

Reputan alfa,

= zarah alfa ( ) = 4.002603

u.j.a.
1
0 n = Neutron = 1.0086649
12
6 C = Karbon 12

u.j.a.

235
1
236
148
85
92 U 0 n 92 U 57 La 35 Br

3 01 n tenaga

Pembelahan nukleus yang berlaku secara semula jadi, iaitu tanpa bantuan
agen luar. Ini boleh berlaku atas nukleus berat, seperti isotop uanium 238.
Pembelahan aruhan satu nukleus dijadikan tidak stabil secara buatan iaitu
dengan dilanggar oleh zarah (sering kali neutron), yang kemudiannya diserap.
Tidak semua nukleus yang dapat dibelah dengan cara ini, nukleus yang dapat
berbuat demikian, contohnya uranium-235 dan plutonium-239 diterangkan
sebagai fisile. Jika terdapat terlalu banyak nukleus yang fisile dalam suatu
bahan, neutron yang dibebaskan melalui pembelahan aruhan, tindak balas
berantai berlaku. Jika tidak dapat dikawal, letupan berlaku.
Reputan alfa berlaku apabila suatu unsur radioaktif mereput dengan
memancarkan zarah alfa ( ).
A
Z X

ZA24 X 24 He tenaga

contoh:
Reputan beta,

4
2 He

Pemecahan 1 nukleus berat kepada 2 nukleus ringan.


Proses pemecahan nukleus berjisim besar (bila dihentam oleh neutron)
kepada dua nukleus (jisim hampir sama) yang lebih ringan disertai dengan
pembebasan tenaga.

Contoh:
Pembelahan spontan

tenaga

238
234
4
92 U 90 Th 2 He

tenaga

Reputan beta berlaku apabila suatu unsur radioaktif mereput dengan


memancarkan zarah beta ( ).
A
A
0
Z X Z 1 X 1 e tenaga
1
1
0
0 n 1 p 1 e

contoh:
Reputan gama,

Reputan gama berlaku apabila suatu unsur radioaktif mereput dengan


memancarkan zarah gama ( ).

Contoh:
Setengah hayat

60
60
27 Co 27 Co
214
214
0
83 Bi 84 Po 1 e

Masa yang diambil untuk kereaktifannya/ jisimnya berkurang menjadi


setengah daripada nilai asalnya.

Edited by Mok & Adrian Foo

Copyright reserved

Takrifan & hukum-hukum Fizik


16 of 16
Jisim genting
Unit jisim atom
(u.j.a.)
Radiologi
Radioterapi

Pentarikhan
radiokarbon /
pentarikhan karbon

Page

Jisim sampel uranium yang minimum untuk menyebabkan tindak balas


berantai (satu siri pembelahan nukleus yang berterusan.)
Unit jisim atom ialah satu per dua belas daripada jisim satu atom karbon 12 (
12
6C )
Radiologi ialah kajian tentang keradioaktifan dan sinaran-X, terutamanya
kegunaannya dalam bidang perubatan.
Radioterapi merupakan sejenis rawatan perubatan yang menggunakan
sinaran radioaktif yang dipancarkan oleh radioisotop untuk memusnahkan sel
malignan (sel kanser) dengan menggunakan sinaran dalam dos yang
terkawal.
Merupakan cara mengira masa yang berlalu dari masa suau benda mati.
Semua benda menerima sedikit karbon 14 (suatu radioisotop yang diserap
dari amosfera) yang terus memancarkan sinaran selepas benda hidup mati.
Separuh hayat karbon 14 = 5700 tahun.

Edited by Mok & Adrian Foo

Copyright reserved

You might also like