You are on page 1of 5

PENAT BELAJAR, PENAT LAGI JIKA TIDAK BELAJAR

Oleh: Osman Affan


Kerap kali saya mendengar rungutan pelajar mahupun orang dewasa tentang
betapa penatnya mahu belajar sesuatu. Pelajar di peringkat sekolah mengadu
betapa penatnya belajar 8 hingga 10 subjek. Pelajar di peringkat universiti mengadu
betapa penatnya membuat 5-8 assignments dalam satu semester. Orang dewasa
yang sudah bekerja pula merungut betapa penatnya mahu belajar teori-teori baru
atau cara baru melakukan sesuatu kerja.
Satu perkara yang pasti, merungut memang seronok dilakukan. Ia membuat kita
rasa lega. Ia membuat kita rasa puas. Terasa kita patut diberi simpati dan belas
kasihan. Terasa semua orang perlu faham situasi kita dan mungkin cuba kurangkan
sedikit beban yang kita rasa kita tanggung selama ini. Namun, perlu difikirkan,
apabila kita merungut, adakah beban belajar itu menjadi semakin ringan?
Sebagai contoh, apabila kita sedang beratur di pejabat pos untuk membayar
sesuatu dan barisannya terlalu panjang dan bergerak terlalu perlahan, adakah ia
akan berubah jika terus-menerus merungut?
Sudah tentu tidak bukan?
Satu perkara yang perlu kita ingat (jika sudah lupa) dan sedar (jika masih juga tidak
sedar
) ialah merungut tidak menyelesaikan masalah. Malah ia membuat sesuatu
masalah kelihatan lebih besar daripada keadaan asalnya. Cara mudah untuk tidak
merungut ialah jangan beri apa-apa komen dan fokuskan minda kepada perkaraperkara lain yang boleh menarik perhatian dan menenangkan hati kita.
Sebagai contoh, semasa beratur panjang di pejabat pos tadi, alternatif kepada
merungut ialah fokuskan mata kepada apa yang ada di sekeliling. Lihat pada
sesuatu yang boleh menarik perhatian kita seperti hiasan di tempat itu, banner
iklan, gelagat orang berbual-bual, perangai kanak-kanak yang berlari-lari dan
sebagainya. Timbulkan rasa seronok dalam diri semasa melihat perkara-perkara
tersebut. Cuba lakukan tips ini dan lihat apa yang berlaku kepada barisan yang
panjang tadi? Setidak-tidaknya, apa yang berlaku kepada rasa hendak merungut
yang tidak mendatangkan faedah tadi?
Perkara kedua yang perlu difikirkan ialah jika kita terasa belajar itu penat, tahukah
kita bahawa tidak belajar itu jauh lebih memenatkan?
Bayangkan kali pertama kita dihadiahkan sebuah basikal. Dengannya, kita boleh
pergi ke sekolah sendiri dengan lebih cepat. Malah kita boleh pergi ke mana-mana
menggunakan basikal tersebut. Masalahnya, kita perlu belajar dahulu bagaimana
hendak menunggangnya. Bukan sahaja ia susah pada mulanya malah menyakitkan.
Berapa banyak luka di kaki dan tangan kita akibat terjatuh? Berapa kali agaknya

kita menangis atau menyumpah-seranah kerana basikal itu tidak mahu mendengar
kata? Susah bukan?
Namun, apa akan jadi kalau kita tidak mahu penat belajar menunggang basikal?
Adakah berjalan kaki ke sekolah kurang memenatkan?
Pelajar yang merungut belajar itu memenatkan barangkali tidak pernah terfikir apa
akan jadi beberapa tahun akan datang. Bayangkan kita rasa penat dan mahu
berhenti belajar. 20 tahun akan datang kita akan terjumpa semula rakan-rakan
sekelas atau satu sekolah. Mereka semua meneruskan pengajian ke peringkat yang
lebih tinggi. Mereka semua sama ada berkerjaya professional atau menjadi
usahawan yang sangat berjaya.
Mereka mengumpul kejayaan, kekayaan dan kebahagiaan dalam masa yang cepat
dan singkat. Tidakkah ia memenatkan hati dan perasaan kita melihat ini semua
sedangkan kita terkial-kial untuk membayar bil setiap bulan? Tidakkah ia
memenatkan semangat dan azam dalam diri kita apabila kita tahu yang usaha kita
(tanpa pendidikan) sukar membawa kita ke mana-mana?
Bagi orang dewasa yang terasa penat mempelajari ilmu baru pula, tidakkah ia
memenatkan apabila kita asyik gagal dalam apa yang kita lakukan? Bukankah ia
semakin memenatkan apabila kita tersedar bahawa kita asyik melakukan kesilapan
yang sama sejak 20 tahun yang lalu?
Jadi, pesan saya buat diri saya sendiri, adik-adik pelajar dan rakan-rakan
seperjuangan, lebih baik penat kerana belajar sekarang daripada penat menyesal di
kemudian hari. Penat belajar mungkin hanya beberapa gram sahaja dibandingkan
dengan penat menyesal beberapa tan.
Saya ucapkan, selamat belajar ilmu yang baru. Selamat berhenti merungut dan
fokus minda kepada sesuatu yang menarik minat kita dan akhir sekali, selamat
menempuh cabaran demi mencapai kejayaan!
Sumber : http://www.osmanaffan.com/penat-belajar-penat-lagi-jika-tidak-belajar/

MENIRU UNTUK BERJAYA


Oleh Osman Affan
Semua orang nak berjaya tetapi tak semua orang tahu bagaimana cara terbaik
untuk berjaya. Jalan paling mudah untuk berjaya adalah dengan meniru cara orang
yang telah berjaya.
Bayangkan, kalau kita lihat seorang tukang masak berjaya memasak seperiuk
pengat durian, kita juga tentu boleh memasak pengat durian yang sama kalau kita
tiru bulat-bulat apa yang dilakukan oleh tukang masak itu. Kalau dia letak 250g
gula, kita letak 250g gula juga. Kalau dia guna 2 biji durian, kita guna 2 biji durian
juga. Jadi, agak mustahil kalau kita tidak mendapat hasil yang sama.
Nak berjaya dalam pelajaran begitu juga. Tiru cara pelajar cemerlang belajar.
Jangan tiru jawapan mereka semasa peperiksaan pula!
Tiru cara mereka fokus kepada pelajaran. Tiru azam mereka. Tiru semangat mereka
untuk berjaya. Kalau semua perkara itu anda sudah tiru, adakah mustahil untuk
mencapai kejayaan?
Sumber : http://www.osmanaffan.com/meniru-untuk-berjaya/

TIPS BELAJAR
1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.
Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku
menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut
ilmu.Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya
pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu
ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu
tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.
2) Disiplinkan diri.
Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula
waktu study itu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun
kita. Ustazah ada cerita satu kisah yang sangat memberi inspirasi.Ada seorang
budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tidak hancur, walaupun sudah lebih
dua tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik kerana budak itu masih kecil,
dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan
bertanya, apakah amalan budak perempuan ini.Ibunya menjawab, saya tidak tahu
apa yang istimewa anak saya lakukan, cuma saya tahu dia sangat menjaga alQuran. Setiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca satu muka surat ayat-ayat
al-Quran, memang tidak pernah tinggal. Jadi, budak sekecil ini pun boleh baca satu
muka surat setiap kali sebelum belajar, kita yang besar panjang ini mustahil tidak
mampu bukan? Orang yang hebat tidak akan memberi alasan, tetapi dia sentiasa
cari jalan.
3) Kembalikan caj-caj positif dalam diri supaya tiada ruang untuk Syaitan
menghalang kita menuntut ilmu.
Apaila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik tersebut, tetapi
tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasaputus asa dan terus tutup buku. Dan yang
lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ini sangat susah dan tidak
menarik. Akhirnya, kita tinggalkan terus topik itu hingga akhirnya kelam kabut
waktu menjelang peperiksaan.Jadi, apa kata kita cuba tips daripada salafus soleh
terdahulu. Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui

wudhuk dan solat sunat dua rakaat.Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat
perbaharui wudhuk sudah memadai.
4) Utamakan seruan Allah S.W.T.
Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang.
Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini.
Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan
bahawa:Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan
segala urusan untuk menunaikan solat berjemaah, di akhirat kelak, dia akan
dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamuNya.Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat, ingat
kembal, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak, aku perlu
utamakan solat dahulu daripada kerja lain. Mana kita tahu bukan, kita lagi rasa
mudahapabila belajar selepas selesai solat itu. Inilah namanya berkat. Apabila kita
utamakan Allah S.W.T daripada benda lain.
5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.
Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada
wudhuk ini, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang
sangat dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika
sedang belajar, tiba-tiba azan. Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar lebih
berkat
..
Kesimpulannya, selamat beramal. Cubalah praktis tips belajar ini, matlamat kita
bukanlah cemerlang dalam belajar semata, tetapi kita juga mahu keberkatan
daripada Allah S.W.T. Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah,
nescaya Allah menjagamu).
Jadilah seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia
akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi
sibuk daripada kita, tetapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan membaca
al-Quran.
Buat pemburu dunia, jangan pula kita memberi alasan, mereka tidak sama macam
kita, Iman mereka mantap kerana Rasulullah S.A.W ada di sisi. Kita tidak sehebat
mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke
bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas

You might also like